Didikan Rohani Dengan Ibadah. عن عمرو بن شُعَيْبٍ عن أَبِيهِ عن جَدِّهِ قَالَ، قَالَ رسولُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مُرُوا أَوْلاَدَكُمْ بِالصَّلاَةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْع سِنِينَ وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءَ عَشْرِ سِنِينَ، وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي المَضَاجِعِ.[4] Yang bermaksud, Daripada ‘Amru bin Syu‘aib, daripada bapanya, daripada datuknya berkata, sabda Rasulullah saw: “Perintahlah anak-anakmu mendirikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka jika meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun serta pisahkan tempat tidur mereka.

Perkhidmatan

Pengiktirafan Majalah Pendidik kepada Blog Aspirasi Diri

Keluaran Disember 2010, MS 30
Showing posts with label Refleksi Menjelang Peperiksaan. Show all posts
Showing posts with label Refleksi Menjelang Peperiksaan. Show all posts

03 September 2013

aspirasidiri : Refleksi Seminggu Sebelum UPSR

Ulang Siar

1. Menjaga Hubungan : Dengan Allah, Ibu Bapa, Guru Dan Rakan. Pertingkatkan hubungan dengan Allah dengan meningkatkan amalan kerohanian. Sentiasa meminta restu ibu bapa dan guru di dalam semua aktiviti yang di lakukan khususnya yang berkaitan dengan Peperiksaan.

2. Menjaga kesihatan. Menghadkan aktiviti yang lasak dan tanpa tujuan seperti bermain basikal. Bersiar-siar dengan motorsikal kerana dibimbangi berlaku perkara yang tidak diingini. ambil berat keadaan caca sekeliling. Segera mendapatkan rawatan jika ada tanda-tanda tidak sihat.

3. Menghadkan menonton TV, CD, Internet, SMS, kerana ia adalah anasir yang paling banyak mencuri masa dan tenaga tanpa disedari.

4. Mengawal pemakanan. Elakkan memakan makanan yang mengandungi lemak yang tinggi kerana akan menyebabkan kita mudah mengantuk.


Ingat sangat tinggi pengorbanan untuk menggapai aspirasi kejayaan diri.

16 June 2012

aspirasidiri : Refleksi Menjelang UPSR, SK Seri Taman Kluang Barat, Kluang, Johor







 Rasulullah s.a.w dalam sabda baginda:

إِذَاْ أَذْنَبَ الْعَبْدُ نُكِتَ فِيْ قَلْبِهِ   نُكْتَةٌ سَوْدَاْءُ  فَإِنْ تَاْبَ صَقُلَ مِنْهَاْ فَإِنْ عَاْدَ زَاْدَتْ حَتَّى تَعْظُمَ فِيْ قَلْبِهِ فَذَلِكَ الرَّاْنُ الَّذِيْ ذَكَرَهُ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ كَلَّاْ بَلْ رَاْنَ عَلَى قُلُوْبِهِمْ مَاْ كَاْنُوْا يَكْسِبُوْنَ

Maksudnya : Apabila seseorang mukmin itu melakukan sesuatu dosa maka ada titik hitam dalam hatinya, sekiranya dia bertaubat dan beristighfar maka bersihlah hatinya itu, sekiranya ia berulang (dosanya) maka bertambahlah (titik hitam itu) sehingga ia menutupi hatinya, maka itulah al-ran yang disebut oleh Allah dalam al-Quran yang bermaksud “bahkan apa yang telah mereka usahakan itu (kekufuran dan kemaksiatan) telah menutup hati mereka”. Al-Hakim, al-Mustadrak `ala al-Sahihayn, juz.1, hlm.45

Ilmu hanya jatuh pada hati yang bercahaya, 
bukan di tempat yang penuh dengan titik hitam... 
Mafhum Ungkapan Imam Shafie..

 Rasullullah s.a.w telah bersabda:
أَلَاْ وَاِنَّ فِيْ الْجَسَدِ مُضْغَةً اِذَاْ صَلُحَتْ صَلُحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ وَاِذَاْ فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ أَلَاْ وَهِيَ الْقَلْبُ
Maksudnya : Ketahuilah sesunggunya dalam tubuh manusia itu ada segumpal darah, apabila ia baik maka baiklah seluruh jasadnya dan apabila ia rosak maka rosaklah seluruh tubuhnya, ketahuilah, itulah hati  Al-`Ajluni, Kashf al-Khafa, juz.1, hlm.438

Sumber Rujukkan

19 September 2010

aspirasidiri : Refleksi Menjelang Pepeiksaan

<> Link <> Warkah Pengarah JPNJ Buat Calon UPSR 2010 <>Link<>
48 Jam masa yang tinggal, UPSR kian menggamit kehadirannya.
1. Tidak perlu berasa cemas.
2. Rancang waktu ulangkaji dengan teliti. Semalam adalah (Sabtu) waktu mengulangkaji hari ke tiga UPSR , (23hb), Hari ini (Ahad) waktu ulang kaji hari kedua UPSR (22hb) dan esok adalah hari ulang kaji untuk hari pertama UPSR (21hb). Walaupun strategi ini nampaknya janggal, tetapi ada bukti yang ianya berkesan. Namun begitu kepada calon-calon UPSR yang tidak terbiasa dengan cara mengulangkaji cara ini, kemungkinan ianya akan menimbulkan masalah lain. JANGAN praktikkannya.
Namun begitu kepada calon UPSR yang tidak mengamalkan / tidak pernah / selalunya belajar secara rambang / tidak mempunyai perancangan cara belajar di saat akhir, saya syorkan cara begini. Mudah-mudahan ianya dapat membantu.
3. Buat latihan "menderaf ". Drafkan penulisan berformat (BM). Jangan panik jika kamu terlupa sesuatu format di dalam penulisan. Kadang-kadang kamu bukan lupa cuma panik.
4. Buat "tinjauan" latihan yang lalu. Lihat latihan-latihan yang telah dibuat dan telah ditanda oleh guru. Baca semula latihan tersebut. Lihat komen yang telah dibuat oleh guru kamu, ingat jangan ulangi kesalahan yang telah ditegur. Biasanya kita boleh lihat komen guru kita di dalam mata pelajaran BI Sec C, BM Penulisan, MT kertas 2, SC sec C. Ianya sangat membantu di saat-sat akhir. Komen guru adalah nasihat sebenarnya.
5. Hubungi guru segera sekiranya ada masalah.
6. Jangan terpengaruh dengan rakan yang tidak bervisi.
7. Jangan buat perbandingan tentang persiapan yang kamu buat dengan rakan-rakan kamu, kerana ianya membangkitkan rasa panik.
8. Kamu perlu yakin dengan usaha bersungguh-sungguh kamu selama ini.
9. Cuba serap tekanan yang hadir dari setiap sisi kita dengan tenang untuk mengelakkan diri kita tertekan.
10 Jangan terlalu yakin. Over Confident. Yakin perlu ada tetapi tidak keterlaluan untuk mengelakkan kecuaian.
11. Biasakan tidur waktu yang bersesuaian. jangan terlalu lewat. kamu perlukan rehat yang secukupnya. Otak perlu segar. Tubuh badan perlu cergas. Tidak cukup tidur akan meletihkan otak dan mengurangkan kecergasan tubuh badan.
12. Teruskan berdoa.
13. Bertawakal di atas segala usaha yang telah dilakukan. Insya Allah.


18 September 2010

aspirasidiri : Refleksi Menjelang Peperiksaan





















Refleksi Persiapan Buat Ibu Bapa
1. Memahami Perubahan 
Perubahan Tingkah Laku 
Tidak selera makan 
Terlalu selera makan 
Tidak boleh tidur
Terlalu kuat tidur

2. Tingkatkan Perhatian  
Memaklumi tarikh peperiksaan
Menyatakan harapan dengan jelas berdasarkan kemampuan
Diamkan diri apabila mereka tertekan
Tanamkan keyakinan 



Bersama-sama merancang masa

Mengawal Pergerakkan keluarga
Sentiasa mengambil bahagian di dalam akativiti yang dianjurkan
Mewujudkan suasana tenang di rumah



nurabadi































3.Persiapan akhir  
Malam Sebelum Peperiksaan :
Tingkatkan amalan kerohanian
Semak jadual peperiksaan
Sediakan semua keperluan peperiksaan
Tidur Awal 




SK Layang-layang, Kluang































Pagi Peperiksan :
Ibu Bapa Solat hajat Sebelum subuh
Mandi Air Suam
Bersarapan
Merestui Anak
Datang mengikut masa yang ditetapkan



SK Seri Taman Kluang Barat, Kluang






Membaca yasin semasa anak sedang menghadapi peperiksaan

Perkara yang perlu dielakkan
 Terlalu yakin dengan kebolehan anak-anak 
Meletakkan harapan yang terlalu tinggi  
Anak-anak bersendirian di dalam mengatur persiapan
Tiada sokongan ahli keluarga
Tiada penghormatan kepada anak-anak yang sedang menduduki peperiksaan

Doa kami, doa kecemerlangan buat anak didik yang bakal menghadapi UPSR 2010 seluruh malaysia
 
 
 
 

aspirasidiri : Seminggu Sebelum UPSR

1. Menjaga Hubungan : Dengan Allah, Ibu Bapa, Guru Dan Rakan. Pertingkatkan hubungan dengan Allah dengan meningkatkan amalan kerohanian. Sentiasa meminta restu ibu bapa dan guru di dalam semua aktiviti yang di lakukan khususnya yang berkaitan dengan Peperiksaan.

2. Menjaga kesihatan. Menghadkan aktiviti yang lasak dan tanpa tujuan seperti bermain basikal. Bersiar-siar dengan motorsikal kerana dibimbangi berlaku perkara yang tidak diingini. ambil berat keadaan caca sekeliling. Segera mendapatkan rawatan jika ada tanda-tanda tidak sihat.

3. Menghadkan menonton TV, CD, Internet, SMS, kerana ia adalah anasir yang paling banyak mencuri masa dan tenaga tanpa disedari.

4. Mengawal pemakanan. Elakkan memakan makanan yang mengandungi lemak yang tinggi kerana akan menyebabkan kita mudah mengantuk.

Ingat sangat tinggi pengorbanan untuk menggapai aspirasi kejayaan diri

12 September 2010

aspirasidiri : Be Fokus di Zon Peperiksaan

be fokus
Alhamdulillah syawal telah pun disambut. Kini kita perlu lebih fokus kepada UPSR/PMR yang terlalu hampir. Ya, Terlalu hampir. Sudah tentu perasaan gementar akan sentiasa terasa. Itu sebenarnya suatu perasaan yang semula jadi. Itupun jika kita punya matlamat. Bagi yang sedang asyik dibuai kesibukkan syawal, kembali kepada keadaan waspada kerana kita sedang berada di ZON PEPERIKSAAN. Ini bermakna tumpuan kita perlu dihalakan ke arah peperiksaan semestinya.
Ketika ini kita perlu :

1. Lebih bersemangat.
2. Latihan perlu menumpukan kepada subjek-subjek yang masih lemah, namun begitu jangan over confident jika ada subjek-subjek yang memang telah mendapat A secara konsisten.
3. Dalam konteks semasa, (hari raya) Jika ada tetamu yang datang ke rumah kita, terutama saudara terdekat, layanlah seperti biasa, jangan abaikan mereka, mohon diri secara sopan jika kita tidak dapat mengelak dari membuat ulang kaji. Maklumkan kepada mereka bahawa kamu akan menghadapi peperiksaan. Tentu mereka akan rasa lebih bangga dengan sikap kamu, bahkan mereka akan mendoakan kamu pula.
4. Sentiasa meminta bantuan kepada rakan-rakan atau sesiapa sahaja yang difikirkan boleh membantu kamu jika kamu menghadapi sebarang masalah,
5. Sediakan jadual belajar dan sesuaikan dengan keadaan semasa kerana kita berada di awal aidil fitri.
6. Jika ada rakan-rakan yang mengajak untuk berhari raya dan kamu tidak berminat, tolaklah ajakkan mereka dengan sopan untuk mengelakkan salah tanggapan. Ini kerana setiap individu mempunyai perpektif yang berbeza tentang peperiksaan.
7. Jika ada juga yang menzahirkan dengan menganggap apa yang kita lakukan untuk menghadapi peperiksaan adalah dalam bentuk yang  negatif, hadapilah dengan tenang dan sabar.
Sentiasa memohon dari Allah agar dikuatkan semangat dan kesungguhan dalam mengulang kaji, terutama di musim-musim perayaan.
8. Tingkatkan amalan kerohanianm Ambil peluang berpuasa sunat Syawal. Teruskan berdoa.

Menyedari cabaran di sekeliling dan hadapi dengan tenang, antaranya :
1. Rancangan televisyen yang mempunyai tarikan tersendiri,
2. Rakan-rakan yang tidak mempunyai fokus.
3. Peluang untuk mengulangkaji yang semakin singkat.
4. Ahli keluarga yang terdekat yang tidak memahami inspirasi seorang pelajar
5. Alat-alat komunikasi yang mencuri ruang masa yang semakin terhad. SMS, Game,
6. Desakkan ibu bapa yang terlalu tinggi.
7. Kelas tambahan dilaksanakan di saat orang lain berhari raya

Kamu terlebih dahulu perlu cemerlang untuk menghadapi cabaran ini sebelum kamu mampu menggenggam kecemerlangan sebenar.

04 August 2009

aspirasidiri : Selepas Peperiksaan Tamat

  • Ucapkan tahniah kepada kawan-kawan
  • Jika kurang pasti dengan jawapan jangan bincang
  • Doakan diri dan rakan-rakan semoga sama-sama berjaya di dalam peperiksaan yang baru dilalui
  • Tinggalkan sekolah dan terus pulang ke rumah.

aspirasidiri : Apabila Telah Selesai Menjawab soalan

  • Jangan buang masa semak semula. (pengiraan, ejaan, dll)
  • Sebelum kertas jawapan dipungut berdoalah sebagai tanda syukur kerana dapat menjawab soalan sebaik mungkin
  • Apabila masa telah tamat dan skrip jawapan telah dipunggut, tinggalkan dewan dengan tenang. Ingat esok ada peperiksaan lagi.

aspirasidiri : Apabila Masa Menjawab Telah Bermula

  • Mulakan dengan lafaz Basmallah
  • Baca arahan dengan teliti
  • Bahagikan masa dengan saksama
  • Jawapan HENDAKLAH MENGIKUT KEHENDAK SOALAN jangan jawab mengikut apa yang kita tahu
  • Jika menghadapi sebarang masalah, sila angkat tangan, beritahu, (bukan tanya jawapan)
  • Semasa menjawab dahulukan soalan yang mudah dahulu
  • Jika tidak dapat menjawab sesuatu soalan jangan gamam, letakkan tangan kanan di atas umbun-umbun kepala dan kemudian berselawat, tarik perlahan-lahan tangan ke arah belakang (dari depan ke belakang) Insya Allah dengan keberkatan selawat yang kita yakin, daya ingatan akan pulih, ameen
  • Jangan melakukan perbuatan yang mencurigakan.

aspirasidiri : Apabila Soalan Telah Diberi

  • Dengar dengan teliti arahan pengawas
  • Jangan mula menjawab jika pengawas tidak membenarkan anda berbuat demikian

aspirasidiri : Tips Ketika Berada Di Dalam Dewan Peperiksaan

  • Melangkah masuk ke dalam dewan dengan kaki kanan
  • Duduk dengan selesa
  • Keluarkan alat tulis
  • Jangan bawa masuk bahan-bahan yang dilarang
  • Baca doa penerang hati
  • Kalau gemuruh lakukan pernafasan permulihan, banyakkan berselawat
  • Senyum untuk mencari ketenangan
  • Bisikkan pada diri Insya Allah aku akan dapat menjawab dengan baik.

aspirasidiri : Seminggu Menjelang Peperiksaan

1. Menjaga Hubungan : Dengan Allah, Ibu Bapa, Guru Dan Rakan. Pertingkatkan hubungan dengan Allah dengan meningkatkan amalan kerohanian. Sentiasa meminta restu ibu bapa dan guru di dalam semua aktiviti yang di lakukan khususnya yang berkaitan dengan Peperiksaan.

2. Menjaga kesihatan. Menghadkan aktiviti yang lasak dan tanpa tujuan seperti bermain basikal. Bersiar-siar dengan motorsikal kerana dibimbangi berlaku perkara yang tidak diingini. ambil berat keadaan caca sekeliling. Segera mendapatkan rawatan jika ada tanda-tanda tidak sihat.

3. Menghadkan menonton TV, CD, Internet, SMS, kerana ia adalah anasir yang paling banyak mencuri masa dan tenaga tanpa disedari.

4. Mengawal pemakanan. Elakkan memakan makanan yang mengandungi lemak yang tinggi kerana akan menyebabkan kita mudah mengantuk.

Ingat sangat tinggi pengorbanan untuk menggapai aspirasi kejayaan diri.

aspirasidiri : Strategi Mengulangkaji Di Hari Peperiksaan

  • Beritahu Ibu / Ayah
  • Pohon restu
  • Ambil Wuduk
  • Mengadab kiblat
  • Niat dan lafaz doa
  • Ambil masa tidak terlalu lama kerana otak perlu rehat yang secukupnya untuk menghadapi peperiksaan yang seterusnya.
  • Konsentrasi
  • Mengamalkan teknik bacaan scanning (menyemak / melihat setiap muka surat secara sambil lalu dan hanya memberikan tumpuan kepada seuatu topik secara bersantai). Lihat tajuk kemudian lihat jawapan sepintas lalu.
  • Jika perlu lihat tajuk, cth : cuba tuliskan nilai murni / formula / unit / dll
  • Rehat dan tarik nafas yang panjang setiap 15 minit
  • Tamatkan mengulangkaji dengan doa : Mohon kepada Allah agar diberi ketenangan.
  • Sudahkan dengan membaca Tasbih Kafarrah dan surah Al-asr
  • Simpan semula buku yang digunakan di tempatnya yang asal.

aspirasidiri : Malam Sebelum Peperiksaan

1. Lakukan Amalan Kerohanian :
  1. Solat hajat
  2. Doa
  3. Mohon Restu Ibu Bapa

2. Sediakan semua keperluan peperiksaan
  1. Pakaian
  2. Alat tulis
  3. Air Mineral
  4. Jam
  5. Gula-gula
  6. lain-lain Keperluan
3. Tidur Awal

  1. Elakkan menonton TV
  2. Memasang jam Penggera Untuk bangun

Aspirasi Diri : Sebulan Sebelum Peperiksaan

1. Menjaga pemakanan : Mengambil makanan yang boleh membantu menambahkan oksigen ke otak. Makanan yang berkhasiat seperti kismis perlu di amalkan.

2. Menjaga kesihatan fizikal : Menghindari daripada melaksanakan aktiviti fizikal yang keterlaluan. Menjalankan aktiviti tanpa mengira cuaca dan tenaga yang digunakan.

Jika aspek ini diabaikan kemungkinan akan menjejaskan keadaan kesihatan seseorang dan seterusnya akan menjejaskan persiapan Peperiksaan

3. Meningkatkan amalan kerohanian. Merendah diri. Melaksanakan solat hajat agar situasi psikologi sesorang lebih tenang dan yakin.

4. Meningkatkan hubungan dengan guru dengan cara bertanya mengenai soalan yang tidak difahami. Meminta nasihat mengenai persiapan untuk menghadapi peperiksaan.

5. Sentiasa mohon restu dari ibu bapa

aspirasidiri : Kesilapan Yang Tidak Disedari Ketika Sedang Menjawab Soalan

  • Over Confident
  • Menjawab soalan mengikut apa yang diketahui bukan mengikut kehendak soalan
  • Tulisan yang tidak kemas
  • Tergesa-gesa
  • Soalan belum habis dibaca tetapi telah memilih jawapan
  • Meletakkan harapan yang terlalu tinggi
  • Panik yang tidak terkawal
  • Kerisauan yang terlalu tinggi terhadap kegagalan
  • Tidak urus masa dengan betul
  • Memindahkan pilihan jawapan yang tidak betul : jawapan yang dipilih B tetapi menandakan jawapan di kertas jawapan D : akibat cuai
  • Menukar pilihan jawapan di saat akhir.
  • Keluar ke tandas ketika peperiksaan sedang berlangsung tanpa sebab yang munasabah

aspirasidiri : Pagi Peperiksaan

  1. Mandi air Suam
  2. Solat hajat Sebelum subuh
  3. Sarapan : Jangan makan terlalu banyak / berat
  4. Pakai minyak wangi (DDFMK)
  5. Keluar rumah minta restu
  6. Datang mengikut masa yang sesuai. tidak terlalu awal / lewat

03 September 2007

aspirasidiri : Perjuangan Dalam UPSR Telah Bermula



Calon-calon perlu TENANG, TABAH, YAKIN dan BERSERAH. Insya-Alah segala impian dan cita-cita akan menjadi kenyataan.

Modul Guru Penyayang

Posting Ke-2 Paling Popular (1041 Pelawat)(25873 Pelawat 14.4.2015)

Teks disusun dan dibacakan oleh nurabadi sempena hari Anugerah Cemerlang & Konvokesyen Pra Sekolah SK Seri Taman Kluang Barat 2011

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِ الْعَالَمِيْنَ حَمْدًا يُوَافِى نِعَامَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَهُ يَارَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِيْ لِجَلاَلِ وَجْهِكَ وَعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُنْجِيْنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ اْلأَهْوَالِ وَاْلآفَاتِ وَتَقْضِيْ لَنَا بِهَا جَمِيْعَ الْحَاجَاتِ وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ السَّيِّئَاتِ وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ أَعْلَى الدَّرَجَاتِ وَتُبَلِّغُنَا بِهَا أَقْصَى اْلغَايَاتِ مِنْ جَمِيْعِ الْخَيْرَاتِ فِى الْحَيَاةِ وَبَعْدَ الْمَمَاتِ

اَللَّهُمَّ يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ

Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana mengizinkan kami untuk mengadakan dan berada dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Konvokesyen Pra Sekolah SK Seri Taman Kluang Barat, 2011

اَللَّهُمَّ يَا مُجِيْبَ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الْحَاجَاتِ

Kami memohon kepada-Mu , agar Eangkau berkati majlis ini dengan limpahan rahman dan rahim-Mu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan hidayah-Mu. Tidak juga lupa kepada para pendidik yang telah menyumbang khidmat dan menabur bakti mereka di sekolah yang bertuah ini .

اَللَّهُمَّ يَا قَوِيُّ يَا عَزِيْزُ يَا فَعَّالٌ لِّمَا يُرِيْدُ

Di saat ini juga kami rafa’kan tangan kehambaan mengharapkan ihsan-Mu agar Engkau teruskan dan lanjutkan kecemerlangan yang sudah kami capai samada dalam bidang akademik mahupun aspek pembinaan sahsiah insan dan seterusnya menganugerahkan kepada kami kecemerlangan demi kecemerlangan yang lebih bermakna dalam pelbagai bidang pada masa-masa akan datang.

اَللَّهُمَّ يَا مُهَيْمِنُ يَا رَقِيْبُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ

Jadikanlah pelajar-pelajar yang menerima hadiah dan sijil penghargaan pada hari ini sebagai pelajar-pelajar yang bersyukur di atas pengiktirafan ini. Jadikanlah mereka pelajar-pelajar yang akan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk meningkatkan potensi dan prestasi mereka dalam bidang akademik mahupun ketrampilan peribadi yang luhur. Malah kami memohon daripada-Mu Ya Allah dengan penuh ketaakulan agar majlis anugerah ini akan menjadi sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar lain supaya mereka sama-sama mengerah keringat dan menggembleng tenaga untuk mencapai kecemerlangan demi mengharumkan nama sekolah ini.


اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ
وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقًا مَعْصُوْمًا
وَلاَ تَجْعَلْ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا.

Ya Allah, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai satu perhimpunan yang dirahmati dan perpisahan kami pula selepas ini sebagai satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi. Dan janganlah Engkau jadikan pada diri kami ini, dan mereka yang bersama kami, kebinasaan, dan menyingkirkan kami dari memperolehi rahmat

رَبَّنَا اصْرِفْ عَنَّا عَذَابَ جَهَنَّمَ إِنَّ عَذَابَهَا كَانَ غَرَامَا إِنَّهَا سَاءَتْ مُسْتَقَرًّا وَمُقَامًا
رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوْبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ مَعَ اْلأَبْرَارِ. يَا عَزِيْزُ يَاغَفَّارُ يَارَبَّ الْعَالَمِيْنَ
وَصَلَّى الله ُ وَسَلَّمَ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

Posting Paling Popular Sepanjang 2012 : (3163 Pelawat)

aspirasidiri : Jadual Waktu Belajar Persendirian (Hari Bersekolah & Cuti Sekolah)

Murid yang mampu mengurus masa berpotensi untuk mendapat pencapaian yang baik dalam bidang Akademik. Sehari kehidupan seorang murid sekolah menempuh aktiviti pembelajaran yang berbeza. Di sekolah seorang murid tertakluk dengan jadual yang disediakan oleh pihak sekolah. Namun bagaimana pula ketika berada di rumah. Aktiviti hujung minggu perlu dikawal Jangan biarkan ianya berlalu begitu sahaja. Sedaikan jadual hujung minggu disesuaikan dengan aktiviti anjuran sekolah. Jika sekolah mengadakan kelas tambahan pada minggu ke-2 dan ke-4, masukkan aktiviti tersebut di dalam jadual agar kita dapat merancang aktiviti hujng minggu dengan aktiviti yang selaras dengan diri kita yang masih bergelar murid sekolah. Bagaimana pula ketika sekolah sedang bercuti ? Cuti sekolah yang tidak dirancang merugikan kita. Peluang tersebut perlu kita ambil dengan kita mengatur masa belajar mengikut keselesaan kita. Jangan gadaikan masa depan dengan hanya berseronok sahaja. Apa yang kita lakukan sekarang ini natijah yang kita perolehi adalah di masa depan. Sekarang kita bersusah payah belajar, Insya Allah hidup kita akan selesa pada masa depan dengan kerjaya yang kita ceburi. Seperkara lagi, apabila kita menyusun jadual jangan kita lupa masukkan sekali matapelajaran sekolah agama, dan aktiviti belajar agama ( mengaji quran). Ini adalah kerana pengabaian kepada aktiviti belajar agama akan menyebabkan persiapan hidup kita akan pincang. Belajar akademik sahaja sedangkan belajar agama terabai. Kata Imam Syafie :

Barangsiapa yang Menginginkan Dunia …

مَنْ أَرَادَ الدُّنْيَا فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ وَمَنْ أَرَادَ الآخِرَةَ فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ

“Barangsiapa yang menginginkan dunia, maka hendaknya menuntut ilmu dan barangsiapa yang menginginkan akhirat, maka hendaknya ia menuntut ilmu”.

Jadual Waktu Persendirian Cuti Sekolah


Jadual Waktu Sekolah



Jadual Waktu Persendirian Hari Bersekolah

Modul PRS


Kandungan : Panduan Perlaksanaan PRS di Sekolah

++klikdownload++Modul P R S ++klikdownload++

Modul RIMUP 2011

Kandungan : Modul RIMUP 3H2M :
"Perhatian" Video Sejarah Kemerdikaan akan di UPLOAD di youtiube dalam masa terdekat. Akan dimaklumkan kemudian.

++klikdownload++Kertas Kerja RIMUP++klikdownload++

++klikdownload++Video RIMUP++klikdownload++

"Perkongsian" Perancangan UBK 2011 Untuk download


Kandungan : Perancangan Strategik, Rancangan Tahunan, Pelan Tindakan, Carta Gantt

++klikdownload++Buku Pengurusan UBK 2011++klikdownload++

Konvensyen PERASA Peringkat Kebangsaan ke-8

Ekslusif Buat Kulator & Kulaan Konvensyen

++klikdownload++ PERASA++klikdownload++

Modul Kajian Tindakan


Kandungan : Panduan Untuk Membuat Kajian Tindakan di Sekolah

++klikdownload++Modul Kajian Tindakan++klikdownload++

Modul Kepimpinan 2011


Kandungan : Modul Kepimpinan 3H2M, 1H di SK Perempuan Bandar

++klikdownload++Modul Kepimpinan++klikdownload++

"Perkongsian" Dokumen Kelab UBK SR Utk Download


Isi kandungan : Perlembagaan Kelab, Cth Aktiviti Tahunan, dll

++klikdownload++Dokumen Pengurusan Kelab UBK++klikdownload++

e-Pengurusan UBK untuk download

Sila dapatkan no unprotected untuk pengaktifan dengan meninggalkan e mail d soutmax
+++klik link ++++e pengurusan bdk++++klik link++++

Waman Jahada Fainnama Yujahidu Linafsih......

Saya admin aspirasidiri menyuarakan KECAMAN sekeras-kerasnya terhadap Laknatullah Rejim Zionis kerana melakukan serangan terhadap SAUDARA-saudara saya di ....GAZZA.... Jahanam, Jahanam Zionis, Hancur, Hancur Zionis. Ihzihum Wansurna Alaihim.... Saya berdoa agar rakyat Palastin tabah dan terus berjuang mempertahankan malahan menyerang keangkuhan Rejim Zionis... Menang atas Rejim Zionis atau Menang Sebagai SYAHID bertemu Allah... Yujahidu na Fi Sabilillah... Fayaktalun na wayuk talun ..... terus berjuang .... samada kamu membunuh atau di bunuh... .... Ya Allah Kami Tidak Dapat Berjuang Seperti Mereka..... tetapi kemi berdoa ... Wamautana, Bimauti Syuhada' ....seperti MEREKA.. Ijabata li dua'

jemput tinggalkan jejak di blog apirasidiri