Memahami perkembangan diri menjadi satu keperluan yang penting. Zaman kanak-kanak hingga akhir kanak-kanak secara UMUMnya apabila seseorang itu berada di tahap sekolah rendah. (Namun begitu, ada juga awal remaja sebahagiannya bermula di sekolah rendah tetapi hanya sedikit sahaja bilanganya).
Bermulanya awal remaja itu apabila berlakunuya IHTILAM bagi lelaki dan hadirnya HAID kali pertama bagi perempuan. Kedua-dua kehadiran IHTILAM dan HAID perlu diberi perhatian dengan sandaran ilmu. Oleh kerana di sekolah kadangkala topik ihtilam dan haid ini hanya disentuh secara umum maka pengetahuan mengenainya perlulah dihalusi dengan bantuan guru, ustaz, ustazah, jururawat,dan yang lebih mudah adalah melalui ibubapa.
Bagi seorang lelaki kadang kala ihtilam ini berlaku tanpa disedari kerana ilmu tentang ciri-ciri ihtilam ini tidak difahami secara mendalam meliputi :
Bila masanya ia berlaku ?, Bagaimana ia berlaku? Apa yang dialami apabila ianya berlaku? Apakah tanda-tandanya yang menunjukkan ianya telah berlaku? Apa yang patut dibuat apabila ianya berlaku ?
Soalan-soalan ini boleh dijawab hanya dengan ILMU, ya, hanya dengan ilmu yang dipelajari dan yang diajari. Tidak boleh dengan hanya secara mendengarnya sepintas lalu atau melalui sangkaan sahaja kerana ianya berkait dengan dosa dan pahala.
Apa itu IHTILAM ? barangkali anda sudah mengetahui akan jawapannya ?.....bersambung