Bila suatu hari anda mendapatkan diri anda menggangur tanpa kegiatan, bersiaplah untuk bersedih gundah dan cemas. Sebab dalam keadaan kosong itulah fikiran anda akan kosong dan menerawang ke mana-mana, dari mengingat kegelapan masa lalu menyesali kesialan masa kini hingga mencemaskan kelamnya masa depan yang belum tentu anda alami. Dan itu membuatkan fikiran anda tidak terkendali dan mudah dari kawalan.
Maka dari itu saya nasihatkan kepada anda dan diriku sendiri bahawa mengerjakan amalan-amalan bermanfaat dalah lebih baik dari terlarut dalam kekosongan yang membinasakan. Kesimpulannya, membiarkan diri dalam kekosongan itu sama halnya dengan bunuh diri.
Bunuhlah setiap waktu kekosongan dengan pisau kesibukkan. Dengan cara itu doktor-doktor dunia akan berani menjamin bahawa anda telah mencapai 50% kebahagiaan.