- Ucapkan tahniah kepada kawan-kawan
- Jika kurang pasti dengan jawapan jangan bincang
- Doakan diri dan rakan-rakan semoga sama-sama berjaya di dalam peperiksaan yang baru dilalui
- Tinggalkan sekolah dan terus pulang ke rumah.
Top Menu
Didikan Rohani Dengan Ibadah.
عن عمرو بن شُعَيْبٍ عن أَبِيهِ عن جَدِّهِ قَالَ، قَالَ رسولُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مُرُوا أَوْلاَدَكُمْ بِالصَّلاَةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْع سِنِينَ وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءَ عَشْرِ سِنِينَ، وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي المَضَاجِعِ.[4] Yang bermaksud, Daripada ‘Amru bin Syu‘aib, daripada bapanya, daripada datuknya berkata, sabda Rasulullah saw: “Perintahlah anak-anakmu mendirikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka jika meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun serta pisahkan tempat tidur mereka.
Perkhidmatan
Tips Berkaitan Peperiksaan
- Teknik DETER
- Doa
- Mengurus Masa
- Sebulan Sebelum Pepeiksaan
- Seminggu Menjelang Peperiksaan
- Malam Sebelum Peperiksaan
- Pagi Peperiksaan
- Apabila Soalan Telah Di Beri
- Apabila Masa Menjawab Telah Bermula
- Apabila Masa Menjawab Telah Tamat
- Tips Menjawab Soalan Objektif
- Kesilapan Yang Tidak Disedarai Ketika Menjawab
- Tips Ketika Di Dalam Dewan Peperiksaan
- Strategi Mungulangkaji Di Hari Peperiksaan
- Rahsia Kejayaan Calon PMR Yang Lalu
- Tips Menjawab Di Bulan Ramadan
Pengiktirafan Majalah Pendidik kepada Blog Aspirasi Diri
04 August 2009
aspirasidiri : Selepas Peperiksaan Tamat
aspirasidiri : Apabila Telah Selesai Menjawab soalan
- Jangan buang masa semak semula. (pengiraan, ejaan, dll)
- Sebelum kertas jawapan dipungut berdoalah sebagai tanda syukur kerana dapat menjawab soalan sebaik mungkin
- Apabila masa telah tamat dan skrip jawapan telah dipunggut, tinggalkan dewan dengan tenang. Ingat esok ada peperiksaan lagi.
aspirasidiri : Apabila Masa Menjawab Telah Bermula
- Mulakan dengan lafaz Basmallah
- Baca arahan dengan teliti
- Bahagikan masa dengan saksama
- Jawapan HENDAKLAH MENGIKUT KEHENDAK SOALAN jangan jawab mengikut apa yang kita tahu
- Jika menghadapi sebarang masalah, sila angkat tangan, beritahu, (bukan tanya jawapan)
- Semasa menjawab dahulukan soalan yang mudah dahulu
- Jika tidak dapat menjawab sesuatu soalan jangan gamam, letakkan tangan kanan di atas umbun-umbun kepala dan kemudian berselawat, tarik perlahan-lahan tangan ke arah belakang (dari depan ke belakang) Insya Allah dengan keberkatan selawat yang kita yakin, daya ingatan akan pulih, ameen
- Jangan melakukan perbuatan yang mencurigakan.
aspirasidiri : Apabila Soalan Telah Diberi
- Dengar dengan teliti arahan pengawas
- Jangan mula menjawab jika pengawas tidak membenarkan anda berbuat demikian
aspirasidiri : Tips Ketika Berada Di Dalam Dewan Peperiksaan
- Melangkah masuk ke dalam dewan dengan kaki kanan
- Duduk dengan selesa
- Keluarkan alat tulis
- Jangan bawa masuk bahan-bahan yang dilarang
- Baca doa penerang hati
- Kalau gemuruh lakukan pernafasan permulihan, banyakkan berselawat
- Senyum untuk mencari ketenangan
- Bisikkan pada diri Insya Allah aku akan dapat menjawab dengan baik.
aspirasidiri : Seminggu Menjelang Peperiksaan
1. Menjaga Hubungan : Dengan Allah, Ibu Bapa, Guru Dan Rakan. Pertingkatkan hubungan dengan Allah dengan meningkatkan amalan kerohanian. Sentiasa meminta restu ibu bapa dan guru di dalam semua aktiviti yang di lakukan khususnya yang berkaitan dengan Peperiksaan.
2. Menjaga kesihatan. Menghadkan aktiviti yang lasak dan tanpa tujuan seperti bermain basikal. Bersiar-siar dengan motorsikal kerana dibimbangi berlaku perkara yang tidak diingini. ambil berat keadaan caca sekeliling. Segera mendapatkan rawatan jika ada tanda-tanda tidak sihat.
3. Menghadkan menonton TV, CD, Internet, SMS, kerana ia adalah anasir yang paling banyak mencuri masa dan tenaga tanpa disedari.
4. Mengawal pemakanan. Elakkan memakan makanan yang mengandungi lemak yang tinggi kerana akan menyebabkan kita mudah mengantuk.
Ingat sangat tinggi pengorbanan untuk menggapai aspirasi kejayaan diri.
2. Menjaga kesihatan. Menghadkan aktiviti yang lasak dan tanpa tujuan seperti bermain basikal. Bersiar-siar dengan motorsikal kerana dibimbangi berlaku perkara yang tidak diingini. ambil berat keadaan caca sekeliling. Segera mendapatkan rawatan jika ada tanda-tanda tidak sihat.
3. Menghadkan menonton TV, CD, Internet, SMS, kerana ia adalah anasir yang paling banyak mencuri masa dan tenaga tanpa disedari.
4. Mengawal pemakanan. Elakkan memakan makanan yang mengandungi lemak yang tinggi kerana akan menyebabkan kita mudah mengantuk.
Ingat sangat tinggi pengorbanan untuk menggapai aspirasi kejayaan diri.
aspirasidiri : Strategi Mengulangkaji Di Hari Peperiksaan
- Beritahu Ibu / Ayah
- Pohon restu
- Ambil Wuduk
- Mengadab kiblat
- Niat dan lafaz doa
- Ambil masa tidak terlalu lama kerana otak perlu rehat yang secukupnya untuk menghadapi peperiksaan yang seterusnya.
- Konsentrasi
- Mengamalkan teknik bacaan scanning (menyemak / melihat setiap muka surat secara sambil lalu dan hanya memberikan tumpuan kepada seuatu topik secara bersantai). Lihat tajuk kemudian lihat jawapan sepintas lalu.
- Jika perlu lihat tajuk, cth : cuba tuliskan nilai murni / formula / unit / dll
- Rehat dan tarik nafas yang panjang setiap 15 minit
- Tamatkan mengulangkaji dengan doa : Mohon kepada Allah agar diberi ketenangan.
- Sudahkan dengan membaca Tasbih Kafarrah dan surah Al-asr
- Simpan semula buku yang digunakan di tempatnya yang asal.
aspirasidiri : Malam Sebelum Peperiksaan
1. Lakukan Amalan Kerohanian :
2. Sediakan semua keperluan peperiksaan
- Solat hajat
- Doa
- Mohon Restu Ibu Bapa
2. Sediakan semua keperluan peperiksaan
- Pakaian
- Alat tulis
- Air Mineral
- Jam
- Gula-gula
- lain-lain Keperluan
- Elakkan menonton TV
- Memasang jam Penggera Untuk bangun
Aspirasi Diri : Sebulan Sebelum Peperiksaan
1. Menjaga pemakanan : Mengambil makanan yang boleh membantu menambahkan oksigen ke otak. Makanan yang berkhasiat seperti kismis perlu di amalkan.
2. Menjaga kesihatan fizikal : Menghindari daripada melaksanakan aktiviti fizikal yang keterlaluan. Menjalankan aktiviti tanpa mengira cuaca dan tenaga yang digunakan.
Jika aspek ini diabaikan kemungkinan akan menjejaskan keadaan kesihatan seseorang dan seterusnya akan menjejaskan persiapan Peperiksaan
3. Meningkatkan amalan kerohanian. Merendah diri. Melaksanakan solat hajat agar situasi psikologi sesorang lebih tenang dan yakin.
4. Meningkatkan hubungan dengan guru dengan cara bertanya mengenai soalan yang tidak difahami. Meminta nasihat mengenai persiapan untuk menghadapi peperiksaan.
5. Sentiasa mohon restu dari ibu bapa
aspirasidiri : Kesilapan Yang Tidak Disedari Ketika Sedang Menjawab Soalan
- Over Confident
- Menjawab soalan mengikut apa yang diketahui bukan mengikut kehendak soalan
- Tulisan yang tidak kemas
- Tergesa-gesa
- Soalan belum habis dibaca tetapi telah memilih jawapan
- Meletakkan harapan yang terlalu tinggi
- Panik yang tidak terkawal
- Kerisauan yang terlalu tinggi terhadap kegagalan
- Tidak urus masa dengan betul
- Memindahkan pilihan jawapan yang tidak betul : jawapan yang dipilih B tetapi menandakan jawapan di kertas jawapan D : akibat cuai
- Menukar pilihan jawapan di saat akhir.
- Keluar ke tandas ketika peperiksaan sedang berlangsung tanpa sebab yang munasabah
aspirasidiri : Pagi Peperiksaan
- Mandi air Suam
- Solat hajat Sebelum subuh
- Sarapan : Jangan makan terlalu banyak / berat
- Pakai minyak wangi (DDFMK)
- Keluar rumah minta restu
- Datang mengikut masa yang sesuai. tidak terlalu awal / lewat
Subscribe to:
Posts (Atom)
Modul Guru Penyayang
Posting Ke-2 Paling Popular (1041 Pelawat)(25873 Pelawat 14.4.2015)
Teks disusun dan dibacakan oleh nurabadi sempena hari Anugerah Cemerlang & Konvokesyen Pra Sekolah SK Seri Taman Kluang Barat 2011
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِ الْعَالَمِيْنَ حَمْدًا يُوَافِى نِعَامَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَهُ يَارَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِيْ لِجَلاَلِ وَجْهِكَ وَعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُنْجِيْنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ اْلأَهْوَالِ وَاْلآفَاتِ وَتَقْضِيْ لَنَا بِهَا جَمِيْعَ الْحَاجَاتِ وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ السَّيِّئَاتِ وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ أَعْلَى الدَّرَجَاتِ وَتُبَلِّغُنَا بِهَا أَقْصَى اْلغَايَاتِ مِنْ جَمِيْعِ الْخَيْرَاتِ فِى الْحَيَاةِ وَبَعْدَ الْمَمَاتِ
اَللَّهُمَّ يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ
Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana mengizinkan kami untuk mengadakan dan berada dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Konvokesyen Pra Sekolah SK Seri Taman Kluang Barat, 2011
اَللَّهُمَّ يَا مُجِيْبَ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الْحَاجَاتِ
Kami memohon kepada-Mu , agar Eangkau berkati majlis ini dengan limpahan rahman dan rahim-Mu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan hidayah-Mu. Tidak juga lupa kepada para pendidik yang telah menyumbang khidmat dan menabur bakti mereka di sekolah yang bertuah ini .
اَللَّهُمَّ يَا قَوِيُّ يَا عَزِيْزُ يَا فَعَّالٌ لِّمَا يُرِيْدُ
Di saat ini juga kami rafa’kan tangan kehambaan mengharapkan ihsan-Mu agar Engkau teruskan dan lanjutkan kecemerlangan yang sudah kami capai samada dalam bidang akademik mahupun aspek pembinaan sahsiah insan dan seterusnya menganugerahkan kepada kami kecemerlangan demi kecemerlangan yang lebih bermakna dalam pelbagai bidang pada masa-masa akan datang.
اَللَّهُمَّ يَا مُهَيْمِنُ يَا رَقِيْبُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ
Jadikanlah pelajar-pelajar yang menerima hadiah dan sijil penghargaan pada hari ini sebagai pelajar-pelajar yang bersyukur di atas pengiktirafan ini. Jadikanlah mereka pelajar-pelajar yang akan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk meningkatkan potensi dan prestasi mereka dalam bidang akademik mahupun ketrampilan peribadi yang luhur. Malah kami memohon daripada-Mu Ya Allah dengan penuh ketaakulan agar majlis anugerah ini akan menjadi sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar lain supaya mereka sama-sama mengerah keringat dan menggembleng tenaga untuk mencapai kecemerlangan demi mengharumkan nama sekolah ini.
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ
وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقًا مَعْصُوْمًا
وَلاَ تَجْعَلْ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا.
Ya Allah, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai satu perhimpunan yang dirahmati dan perpisahan kami pula selepas ini sebagai satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi. Dan janganlah Engkau jadikan pada diri kami ini, dan mereka yang bersama kami, kebinasaan, dan menyingkirkan kami dari memperolehi rahmat
رَبَّنَا اصْرِفْ عَنَّا عَذَابَ جَهَنَّمَ إِنَّ عَذَابَهَا كَانَ غَرَامَا إِنَّهَا سَاءَتْ مُسْتَقَرًّا وَمُقَامًا
رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوْبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ مَعَ اْلأَبْرَارِ. يَا عَزِيْزُ يَاغَفَّارُ يَارَبَّ الْعَالَمِيْنَ
وَصَلَّى الله ُ وَسَلَّمَ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
Labels: Doa
Posting Paling Popular Sepanjang 2012 : (3163 Pelawat)
aspirasidiri : Jadual Waktu Belajar Persendirian (Hari Bersekolah & Cuti Sekolah)
19.5.12 | Entry by nurabadi | Edit Post
Murid yang mampu mengurus masa berpotensi untuk mendapat pencapaian yang baik dalam bidang Akademik. Sehari kehidupan seorang murid sekolah menempuh aktiviti pembelajaran yang berbeza. Di sekolah seorang murid tertakluk dengan jadual yang disediakan oleh pihak sekolah. Namun bagaimana pula ketika berada di rumah. Aktiviti hujung minggu perlu dikawal Jangan biarkan ianya berlalu begitu sahaja. Sedaikan jadual hujung minggu disesuaikan dengan aktiviti anjuran sekolah. Jika sekolah mengadakan kelas tambahan pada minggu ke-2 dan ke-4, masukkan aktiviti tersebut di dalam jadual agar kita dapat merancang aktiviti hujng minggu dengan aktiviti yang selaras dengan diri kita yang masih bergelar murid sekolah. Bagaimana pula ketika sekolah sedang bercuti ? Cuti sekolah yang tidak dirancang merugikan kita. Peluang tersebut perlu kita ambil dengan kita mengatur masa belajar mengikut keselesaan kita. Jangan gadaikan masa depan dengan hanya berseronok sahaja. Apa yang kita lakukan sekarang ini natijah yang kita perolehi adalah di masa depan. Sekarang kita bersusah payah belajar, Insya Allah hidup kita akan selesa pada masa depan dengan kerjaya yang kita ceburi. Seperkara lagi, apabila kita menyusun jadual jangan kita lupa masukkan sekali matapelajaran sekolah agama, dan aktiviti belajar agama ( mengaji quran). Ini adalah kerana pengabaian kepada aktiviti belajar agama akan menyebabkan persiapan hidup kita akan pincang. Belajar akademik sahaja sedangkan belajar agama terabai. Kata Imam Syafie :
“Barangsiapa yang menginginkan dunia, maka hendaknya menuntut ilmu dan barangsiapa yang menginginkan akhirat, maka hendaknya ia menuntut ilmu”.
Barangsiapa yang Menginginkan Dunia …
مَنْ أَرَادَ الدُّنْيَا فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ وَمَنْ أَرَادَ الآخِرَةَ فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ
Jadual Waktu Persendirian Cuti Sekolah
Jadual Waktu Sekolah
Jadual Waktu Persendirian Hari Bersekolah
Modul PRS
Modul RIMUP 2011
"Perhatian" Video Sejarah Kemerdikaan akan di UPLOAD di youtiube dalam masa terdekat. Akan dimaklumkan kemudian.
++klikdownload++Kertas Kerja RIMUP++klikdownload++
++klikdownload++Video RIMUP++klikdownload++
Modul BDK Utk Download
"Perkongsian" Perancangan UBK 2011 Untuk download
++klikdownload++Buku Pengurusan UBK 2011++klikdownload++
Konvensyen PERASA Peringkat Kebangsaan ke-8
++klikdownload++ PERASA++klikdownload++
Modul Kajian Tindakan
++klikdownload++Modul Kajian Tindakan++klikdownload++
Modul Program 5 Minit Benci Zina
Modul Kepimpinan 2011
++klikdownload++Modul Kepimpinan++klikdownload++
"Perkongsian" Dokumen Kelab UBK SR Utk Download
++klikdownload++Dokumen Pengurusan Kelab UBK++klikdownload++
e-Pengurusan UBK untuk download
Waman Jahada Fainnama Yujahidu Linafsih......
Saya admin aspirasidiri menyuarakan KECAMAN sekeras-kerasnya terhadap Laknatullah Rejim Zionis kerana melakukan serangan terhadap SAUDARA-saudara saya di ....GAZZA.... Jahanam, Jahanam Zionis, Hancur, Hancur Zionis. Ihzihum Wansurna Alaihim.... Saya berdoa agar rakyat Palastin tabah dan terus berjuang mempertahankan malahan menyerang keangkuhan Rejim Zionis... Menang atas Rejim Zionis atau Menang Sebagai SYAHID bertemu Allah... Yujahidu na Fi Sabilillah... Fayaktalun na wayuk talun ..... terus berjuang .... samada kamu membunuh atau di bunuh... .... Ya Allah Kami Tidak Dapat Berjuang Seperti Mereka..... tetapi kemi berdoa ... Wamautana, Bimauti Syuhada' ....seperti MEREKA.. Ijabata li dua'