Setelah kita mengetahui aspirasi diri adalah matlamat yang ingin dicapai oleh seorang murid maka kita juga perlu memikirkan bagaimanakah aspirasi diri itu boleh dicapai. Berfikir ke arah memenuhi aspirasidiri itu adalah merupakan sebahagian tingkah laku MENJANA aspirasi diri. Berfikir, mengurus masa, belajar cara belajar yang betul, bertanya, memberi tumpuan semasa belajar, datang ke kelas tambahan, membuat ulang kaji, membuat latihan, membuat kerja rumah, menyertai program motivasi, menghadiri program teknik menjawab adalah termasuk di dalam proses menjana aspirasi diri.
Untuk itu Menjana ialah tindakkan berbentuk praktikal, tersusun, terancang, berstrategi bersemangat, bermotivasi, bermisi, bervisi menjadi suatu kemestian. Soalnya bagaimana ?
Asas penting dalam usaha menjana aspirasi diri.
1. Konsep kejiwaan (psikolgi)
Konsep jiwa menerangkan bahawa sikap adalah penentu kepada kejayaan seseo rang. Rajin, malas, bosan, mudah jemu suka meniru, buat kerja di saat akhir, tidak suka bertanya, mudah putus asa, panas baran, cuai, sombong, bodoh som bong dan tiada matlamat adalah sebahagian sikap yang ada dalam kalangan murid.
Mengikut kajian 70% kejayaan adalah ditentukan oleh sikap. Kecerdikan, keraji nan, kecerdasan bukan faktur penentu kejayaan. Oleh yang demikian untuk menjana sesuatu kejayaan sikap perlu diberi perhatian. Jika ada orang mengata- kan sikap kita negative maka seharusnya kita perlu mengubah sikap kita.
Jika benar memang kita ingin cemerlang, ubahlah sikap kita dengan kadar segera. Pencapaian dalam pelajaran boleh berubah dengan berubahnya sikap kita. Mengi kut kajian sebenarnya sikap seseorang boleh berubah secara semerta. Sebagai con toh, seorang murid yang sering terburu-buru ketika menggunakan tangga dengan alasan untuk cepat sampai ke kantin sekolah pada waktu rehat. Bimbang kuih kegemarannya habis maka setiap hari tingkahlakunya adalah sedemikian.
Satu hari dengan sikap kebiasaannya yang terburu-buru itu ketika menuruni tangga murid tersebut telah terjatuh dan mengakibatkan tangannya patah. Selepas kejadian itu murid tersebut telah lebih berhati-hati dan tidak terburu-buru. Men gapa ? Kerana terjatuh, murid itu telah berubah sikap serta merta. Dari seorang murid yang terburu-buru kepada sikap berhati-hati akibat menginsafi akibat yang terpaksa ditanggung akibat terburu-buru. Begitu juga jika kita ingin cemerlang.