T ketiga TAKDIR
Ada banyak perkara kita tidak dapat mengetahui. Akal manusia amat terbatas walaupun dibekalkan dengan peralatan paling canggih di dunia. Kita tidak dapat meramal sesuatu kelahiran. begitu juga tentang kematian. Bila dan di mana kita akan mati .... adalah milik Allah. Semua itu adalah Kudrat dan Iradat Allah. atas kehendak dan kuasa Allah.
Begitulah takdir kita di dalam menuntut ilmu ini. Oleh kerana peperiksaan adalah sebahagian dari penilaian dalam proses belajar maka kita tidak mengetahui sama ada keputusan kita itu akan cemerlang atau sebaliknya.
Dalam kehidupan ini apabila sesuatu yang kita inginkan itu .... kita tidak dapat mengetahui kesudahan takdirnya maka kita hendaklah redha apa sahaja yang bakal kita perolehi. namun sebelum itu kita metilah meletakkan tawakal kepada Allah pada tempatnya yang sebenar iaitu setelah kita BERUSAHA dengan bersungguh. Melaksanakan syarat-syarat yang diperlukan untuk mencipta kejayaan. Maka kita pasrah dengan bertawakal. Berserah kepada Allah di atas apa sahaja keputusan yang bakal kita terima. Akhirnya kita perlu sentiasa berdoa kepada Allah agar menganugerahkan sesuatu yang kita inginkan. Iaitu kecemerlangan di dalam pelajaran untuk dunia dan akhirat.
Dan akhirnya di penghujung usaha itu kita terima TAKDIR Allah kepada kita. Jika kita berjaya mendapatkan apa yang kita cita-citakan... kita BERSYUKUR kepada Allah. Jika kita ditakdirkan tidak mendapatkan apa yang kita harapkan kita hadapinya dengan sikap SABAR. Mungkin apa yang kita dapat itu sesuai untuk kita. Allahlah yang mengetahui segala-galanya. Ingat belajar bukan untuk dunia sahaja, bahkan untuk kebahagian di akhirat. Ingat kita berjaya bukan kerana / sebab kita rajin berusaha, tetapi kita berjaya adalah di atas sifat RAHMAT Allah. Jika kamu ingin dunia maka hendaklah kamu dekatinya dengan Ilmu. Juga jika kamu inginkan akhirat maka dekatinya juga dengan Ilmu.