Perkhidmatan Bimbingan Psikologi & Kaunseling ONLINE
aspirasidiri : Sekitar Pengumuman UPSR 2011
Tahniah .......
SK Seri Taman Kluang Barat, Kluang, Johor
SK Seri Taman Kluang Barat, Kluang, Johor
KUALA LUMPUR: “Saya nekad mahu buktikan walaupun ditempatkan di kelas tercorot saya juga mampu memperoleh keputusan cemerlang dalam pelajaran seperti murid lain,” kata Siti Aisyah Mawardi, 12, yang memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
KONGSI...Kamaliah (kiri) berkongsi bersama rakan sekelasnya Allysha Mohamad Nadzri yang turut mendapat 5A.
Siti Aisyah yang tinggal bersama nenek selepas ibu bapanya bercerai enam tahun lalu adalah antara 41 murid memperoleh keputusan cemerlang di Sekolah Kebangsaan Sentul 1 di sini, semalam.
Dia juga tidak menyangka akan mendapat keputusan cemerlang dalam semua mata pelajaran berikutan ketika peperiksaan percubaan UPSR hanya memperoleh 4B 1C. “Keputusan yang kurang memberangsangkan itu menyebabkan saya terus membanyakkan ulang kaji mata pelajaran yang lemah. Saya juga bersyukur kerana selain selalu dibantu guru di sekolah, nenek juga tidak jemu memberi dorongan dan sokongan,” katanya.
Ditanya resipi kejayaannya, Siti Aisyah berkata, dia memberi tumpuan ketika belajar di dalam kelas serta sentiasa menyiapkan kerja sekolah selain mengikuti kelas tambahan disediakan pihak sekolah.
Sementara itu, Kamaliah Nasuha Azuan, 12, dari Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1, kejayaannya mendapat 5A dalam UPSR berbaloi dengan usaha kerasnya selama ini walaupun terpaksa menyeimbangi antara latihan sukan dan akademik.
Kamaliah yang pernah mewakili sekolahnya dalam sukan bola jaring hingga ke peringkat negeri berkata, walaupun penat menjalani latihan kokurikulum di sekolah, dia cuba mencuri masa dua jam untuk mengulangkaji pelajaran bagi menghadapi peperiksaan.
“Saya bercita-cita menjadi atlit negara dalam sukan bola jaring,” katanya.
Selain itu, katanya, keputusan yang diperoleh semalam agak mengejutkannya kerana tidak menyangka mampu memperoleh 5A berikutan dia agak lemah dalam subjek Sains.
Kongsi artikel ini menerusi media sosial
KUALA NERANG: “Saya menitiskan air mata kerana sedih apabila adik gagal mencapai keputusan 5A, walaupun kami sentiasa bersengkang mata belajar bersama,” kata Nur Hamisah Wahab, 12, yang memperoleh keputusan 5A berbanding adik kembarnya, Nur Hamizah memperoleh 4A 1B dalam keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan, semalam.
Pasangan kembar itu yang menuntut di Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Sanai, di sini, tidak henti-henti menangis dan kelihatan sering berpelukan antara satu sama lain selepas menerima keputusan berkenaan daripada Pengarah Jabatan Pelajaran Kedah, Mansor Lat.
Nur Hamisah antara tujuh pelajar sekolah luar bandar yang memperoleh 5A dalam UPSR 2011.
Lebih mengharukan apabila anak kepada penoreh getah, Wahab Latif, 43, dan Nor Saripah Taib, 33, itu tidak menjadikan alasan kemiskinan keluarga sebagai ruang untuk tidak belajar bersungguh-sungguh bagi mencipta kejayaan.
“Kami sentiasa memberi perhatian apabila guru mengajar dan sering membuat ulang kaji di rumah selain membaca buku,” katanya yang ditemui di SK Padang Sanai, di sini, semalam.
Katanya, dia dan adiknya cuma belajar berdua di rumah kerana lebih selesa dan mudah berbanding belajar secara berkumpulan.
“Saya membahagikan masa untuk belajar dan bermain. Biasanya saya dan adik belajar bermula jam 5 hingga 6 petang dan akan sambung semula pada jam 9 hingga 11 malam setiap hari bagi memastikan apa yang dipelajari mudah diterima otak,” katanya.
Sementara itu, Nor Saripah berkata, dia menamatkan perkhidmatan langganan televisyen berbayar kerana mahu kedua-dua anaknya menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran.
Utusan
Pelajar sakit sendi cemerlang UPSR
MELAKA 17 Nov. - Walaupun menghidap pseudoachondroplasia atau masalah sendi sehingga menyukarkan Syakirah Karim menulis, namun ia tidak menghalang murid Sekolah Kebangsaan Sacred Heart, Banda Hilir itu memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan hari ini.Kata Syakirah, akibat penyakit itu tangannya cepat lenguh ketika menulis menyebabkan dia sering tidak sempat menyalin nota yang ditulis guru di papan hitam.
"Saya terpaksa meminjam buku rakan-rakan dan menyalin semula nota di rumah," katanya ketika ditemui di Jabatan Pelajaran Melaka, Bukit Baru di sini hari ini.
Syakirah yang juga mengalami masalah pembesaran berkata, akibat kesukaran untuk menulis, tempoh menjawab soalan UPSR yang didudukinya ditambah 15 minit berbanding murid biasa.
Mengenai rahsia kejayaannya katanya, dia mengulangkaji pelajaran setiap hari selama satu atau dua jam.
"Saya tak sangka dapat 5A kerana hanya dapat 1A 4B semasa peperiksaan percubaan," katanya yang hanya mempunyai ketinggian 116 sentimeter dan seberat 21 kilogram.
Anak peniaga laksa Sarawak dapat 5A dalam UPSR
KUCHING 17 Nov. - Jerih-perih Rusmiaddy Hardi berniaga laksa Sarawak setiap hari demi menanggung keluarga berbaloi apabila anak sulungnya, Aniamirul Sofia mendapat keputusan cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan hari ini.Perasaan bangga dan terharu jelas terbayang di wajah Rusmiaddy apabila menatap slip keputusan peperiksaan anak perempuannya itu.
Rusmiaddy, 37, berkata, kejayaan Aniamirul Sofia bukan sahaja membanggakan mereka sekeluarga malah menjadi pembakar semangat kepada tiga adiknya untuk mengikut jejak langkahnya.
"Ketika peperiksaan percubaan, Sofia sekadar mendapat 4A 1B, namun semangatnya yang tidak mudah mengalah dan terus tekun belajar akhirnya membuahkan hasil," katanya ketika ditemui di gerainya di Jalan Merdeka, di sini hari ini.
Sementara itu, Aniamirul Sofia bersyukur kerana dapat menghadiahkan keputusan cemerlang kepada bapanya dan seluruh ahli keluarga.
"Susah payah bapa berniaga setiap hari hingga lewat malam menjadi penguat semangat untuk saya terus belajar bersungguh-sungguh supaya dapat mengubah nasib keluarga suatu hari nanti," katanya.
Aniamirul Sofia merupakan antara 11 murid Sekolah Kebangsaan Rancangan Perumahan Rakyat (RPR) Jalan Astana, di sini yang memperoleh 5A dalam peperiksaan UPSR yang keputusannya diumumkan hari ini.
Anak petani antara pelajar cemerlang UPSR
17/11/2011 5:32pm
HULU TERENGGANU - Anak petani, pembantu kantin dan pekerja kilang antara tujuh pelajar yang berjaya memperoleh keputusan 5A dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) di Sekolah Kebangsaan Dusun di sini.
Biarpun terpaksa belajar dalam keadaan serba kekurangan, namun murid di sekolah luar bandar ini tetap membuktikan mereka mampu bersaing dengan pelajar lain sehingga membantu sekolah itu muncul sekolah terbaik UPSR di Terengganu.
Tinjauan Bernama mendapati sekolah itu mempunyai 65 murid di Tahun Satu hingga Enam dan sebahagian besar daripada mereka belajar di bangunan kayu.
Guru Besar Sekolah itu Noraini Lebai Abdul berkata, 15 calon yang menduduki peperiksaan itu semuanya lulus, dan pencapaian cemerlang yang dicatat adalah hasil kerja keras guru hingga mampu memperoleh 1.23 Gred Purata Sekolah (GPS). - Bernama
Kejayaan UPSR dorong bela nasib keluarga
KUANTAN 18 Nov. - Kejayaan memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2011 yang diumumkan semalam diharap menjadi pendorong dan landasan terbaik bagi anak seorang pemandu bas di sini untuk membela nasib keluarganya.Nur Ain Najwa Che Ngah, 12, dari Tanjung Api di sini menyimpan cita-cita untuk menjadi arkitek agar dapat membalas jasa ibu dan bapa selama ini.
Menurut murid Sekolah Kebangsaan (SK) Teruntum itu, selama ini dia terpaksa mengulang kaji pelajaran di samping membantu ibunya menjaga adik yang menghadapi masalah perut tidak berotot iaitu prune belly syndrome.
"Sebelum menduduki peperiksaan, bapa, Che Ngah Abdullah, 48, terlibat dalam kemalangan sehingga menyebabkan pergerakannya terbatas.
"Dalam kepayahan itu, bapa tetap berusaha menghantar saya ke sekolah dan semua ini menguatkan semangat untuk terus belajar dengan bersungguh-sungguh," katanya di sini semalam.
SK Teruntum merupakan sekolah harian terbaik di negeri ini dengan 54 calon mendapat 5A dan jumlah tersebut adalah peningkatan sebanyak 34 peratus berbanding tahun lalu.
Sementara itu rakannya, Nur Sabrina Aliya Asman, 12, yang juga memperoleh 5A menyifatkan kejayaan tersebut adalah hasil dorongan ibu bapanya.
"Mereka berdua (Noorlili Mohd. Amin, 42, dan Asman Amirullah, 48,) sering membantu saya membahagikan masa antara pelajaran dan sukan.
"Saya akan pastikan memberi sepenuh tumpuan di dalam kelas dan mengulang kaji pelajaran apabila menjelang peperiksaan," katanya yang merupakan pemain catur negara.
Anak tukang jahit dapat 5A
![]() |
|
Pelajar SK Pekan Putatan,
Mohd. Zulheem Hamzah (kiri) menunjukkan keputusan UPSR 5A kepada ibunya
Kasmirah Jaafar,51, di sekolah itu, semalam.
|
KOTA KINABALU 18 Nov. - Pengorbanan seorang ibu tunggal, Kasmirah Jaafar, 51, yang menyara lima anaknya dengan mengambil upah menjahit baju ternyata berbaloi apabila anak bongsunya mendapat keputusan 5A dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini.
Anak Kasmirah, Mohd. Zulheem Hamzah merupakan salah seorang daripada lapan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Putatan yang memperolehi keputusan cemerlang itu.
''Saya gembira dengan kejayaannya. Alhamdulillah, dengan rezeki daripada upah menjahit baju, lima anak-anak saya telah berjaya dalam pelajaran," katanya ketika ditemui di SK Pekan Putatan dekat sini semalam.
Sementara itu, Zulheem berkata, semua ini adalah hasil ketabahan ibu mereka kerana banyak memberi sokongan tidak terhingga dalam membantunya berjaya dalam pelajaran.
''Ketabahan ibu menjaga kami memberi saya inspirasi untuk belajar bersungguh-sungguh. Saya juga mahu mengikut jejak langkah abang dan kakaknya yang cemerlang dalam pelajaran dan kini menuntut di universiti luar negara.
''Saya amat bertuah mempunyai ibu yang amat menyayangi dan menjaga kami meskipun dia hanya berkerja sebagai tukang jahit sahaja," katanya.
Dalam pada itu, Guru Besar SK Pekan Putatan, Abu Kassim Binsin berkata, sekolah itu mencatatkan peningkatan dalam keputusan UPSR tahun ini apabila seramai lapan muridnya mendapat 5A berbanding hanya satu pada tahun lepas.
Menurutnya, peningkatan pencapaian dalam UPSR itu berkait rapat dengan program 3Q (Kuantiti, Kelayakan dan Kualiti) yang diilhamkan oleh pihak sekolah bertujuan mengasah pembelajaran murid-murid menghadapi peperiksaan berkenaan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Program Pembelajaran On-Line Best Scorer Utk Para Pelajar
Perlukan Personel Bagi Memenuhi Program Anda
Modul RIMUP 2011
"Perhatian" Video Sejarah Kemerdikaan akan di UPLOAD di youtiube dalam masa terdekat. Akan dimaklumkan kemudian.
++klikdownload++Kertas Kerja RIMUP++klikdownload++
++klikdownload++Video RIMUP++klikdownload++
Modul BDK Utk Download
"Perkongsian" Perancangan UBK 2011 Untuk download
++klikdownload++Buku Pengurusan UBK 2011++klikdownload++
Konvensyen PERASA Peringkat Kebangsaan ke-8
++klikdownload++ PERASA++klikdownload++
Modul Kajian Tindakan
++klikdownload++Modul Kajian Tindakan++klikdownload++
Modul Kepimpinan 2011
++klikdownload++Modul Kepimpinan++klikdownload++
"Perkongsian" Dokumen Kelab UBK SR Utk Download
++klikdownload++Dokumen Pengurusan Kelab UBK++klikdownload++
e-Pengurusan UBK untuk download
Menjana Aspirasi Diri
Belajar Kumpulan
Ujian Psikologi "online"
Bimbingan & Kaunseling
Bahan Untuk Download
- Al Ma'thurat / PDF
- Perancangan UBDK 2011
- Pendidikan Awal Remaja / PPoint
- e book Jejak Pelajar Cemerlang
- Borang Perkhidmatan P13_ISO
- Teks Doa Kejohanan Olahraga Tahunan
- Setup Font Jawi UBDK
- Setup Quran In Word Malay UBDK
- Doa Majlis Rasmi UBDK
- Dokumen Pengurusan Kelab UBDK / Pub.PPt.Msw
- Bahan Sebaran Maklumat UBDK / Pub.PPt.Msw
- Program Sekolah Selamat 3K / Publisher
- Dokumen Program Mentor-mentee UBDK / Pub.PPt.Msw
- Buku Catatan Perkhidmatan UBDK / Publisher
- Urus Tadbir UBDK /Pub.PPt.Msw
- Zikir Munajat Kerohanian / PPoint
- Pengurusan Tingkah Laku Sahsiah / PPoint
- Painplet Kemahiran Belajar UBDK / Publisher
- Booklet Belajarlah Sayang_Mengurus Masa / Pelbagai Contoh Jadual Belajar UBDK/ Publisher
- Muhasabah Cinta 5 Perkara Kerohanian / PPoint
- Booklet Eksplorasi Diri UBDK / Publisher
- PPDA / PPoint
- Booklet Menjana Aspirasi Diri UBDK / Publisher
- Doa Kecemerlangan UBDK / Publisher
Perkongsian Download
Bahan PBB Download
UBK SKS Tmn Kluang Barat
Downlowd eL4 KPM
Mengapa Gagal ?
Tips Parenting
Tekad memburu Impian
Pengumuman UPSR 09
Pengumuman PMR 2009
Tips Berkaitan Peperiksaan
- Doa
- Mengurus Masa
- Sebulan Sebelum Pepeiksaan
- Seminggu Menjelang Peperiksaan
- Malam Sebelum Peperiksaan
- Pagi Peperiksaan
- Apabila Soalan Telah Di Beri
- Apabila Masa Menjawab Telah Bermula
- Apabila Masa Menjawab Telah Tamat
- Tips Menjawab Soalan Objektif
- Kesilapan Yang Tidak Disedarai Ketika Menjawab
- Tips Ketika Di Dalam Dewan Peperiksaan
- Strategi Mungulangkaji Di Hari Peperiksaan
- Rahsia Kejayaan Calon PMR Yang Lalu
- Tips Menjawab Di Bulan Ramadan
Munajat
- Doa Majlis Anugerah Cemerlang
- Doa Persaraan
- Selawat Tib
- Selawat Malaikat
- Selawat sir
- Selawat Haji
- Doa Cemerlang
- Doa Ziarah Hari Raya
- Selawat mencegah Lupa
- Doa Mohon Dikurniakan Ketabahan di Dalam menuntut Ilmu
- Doa Perlindungan Dari Kufur, Ria', Munafik, syirik
- Doa Taubat
- Doa Mohon di Tambah Ilmu
- Doa Mudah menghafal
- Doa Agar Mendapat Pencapaian Terbaik di Dalam Peperiksaan
- Dia Nabi Zakaria
- Doa Dimudahkan Urusan
- Doa Agar Berjaya di Dalam Pelajaran dan mengejar Cita-cita
- Doa Fatihah
- Doa Malaikatul Jamlatul Arsy
Mengingat
Bertanya
Iktibar
Menggarab Perubahan Diri
Kemahiran Belajar
Membuat Nota
Tips Kejayaan
Al-Quran Hidup Dalam Diri
Kemahiran Membaca
Bimbingan Psikologi
- Akal
- Azam mengatasi kekurangan
- Bernakah kita ingin cemerlang ?
- Gaya Belajar
- Hubungan Makan & Keupayaan Otak
- Kelembutan & Ketegasan
- Kenali Kaedah Psikologi
- Kesediaan Diri
- Menyingkir Kebosanan
- Motivasi Pengaruhi Minat
- Personaliti Menarik
- Pilihan seorang Pelajar
- Sikap Perlu Berubah
- Strategi Memburu Kecemerlangan
Mengulangkaji
Subjek PMR
Topik dalam Blog Ini
- Awal Remaja (12)
- Bimbingan Berfokus (2)
- Bimbingan Dan Kaunseling Perspektif Islam (2)
- bimbingan online (1)
- Cemerlang_IPT (4)
- Citra Diri Pelajar Cemerlang_3T (1)
- Citra Diri Pelajar Cemerlang_M.U.S.L.I.M (16)
- Citra Diri Pelajar Cemerlang_S.A.B.R (1)
- Disiplin (2)
- Disiplin_Ponteng (1)
- Doa (28)
- Facebook (1)
- Fenomena Zina (2)
- Hari Guru (1)
- Iftar (1)
- Iklan universiti (1)
- Info Kesihatan (2)
- Isu Semasa (2)
- Kasturi (2)
- Keibubapaan (11)
- Keibubapaan_Kecemerlangan Anak-anak (7)
- Kemahiran Belajar (1)
- Kemahiran Belajar_Belajar Berkumpulan (4)
- Kemahiran Belajar_Belajar di Bulan Ramadan (8)
- Kemahiran Belajar_Bertanya (5)
- Kemahiran Belajar_Ingatan (8)
- Kemahiran Belajar_Membaca (9)
- Kemahiran Belajar_Mendengar (7)
- Kemahiran Belajar_Nota (5)
- Kemahiran Belajar_Pengurusan Masa (6)
- Kemahiran Belajar_Persekitaran Belajar (1)
- Kemahiran Belajar_Teknik Mengulangkaji (6)
- Kerohanian_Isra' Miraj (1)
- Kerohanian_Qiamullail (1)
- Latihan Mengosongkan Bangunan (1)
- Menggarab Perubahan Diri (13)
- Menjana Aspirasi Diri (21)
- Menjana Aspirasi Diri_UPSR (1)
- Menjana Karismatik (5)
- Murtad (1)
- Pasca UPSR (3)
- Pemantauan BDK (1)
- Pendaftaran Tahun 1 dan PRA (1)
- Pendidikan Pencegahan Dadah (2)
- Pengurusan_UBK (3)
- Peranan Guru Bimbingan (1)
- PERASA (1)
- Pesan Ibu (1)
- Program 5 Minit Benci Zina (1)
- Program Belajarlah Sayang (1)
- Program Jati Diri (1)
- Program Kepimpinan (1)
- Program Motivasi (3)
- PRS (1)
- Psikolgi_Kemurungan (1)
- Psikolgi_Panas Baran (1)
- Psikologi (3)
- Psikologi_Akal (1)
- Psikologi_Azam (3)
- Psikologi_Elak Lupa (2)
- Psikologi_Gelisah (2)
- Psikologi_Ingatan (1)
- Psikologi_Kecelaruan Jantina (1)
- Psikologi_Kendiri (1)
- Psikologi_Kesediaan Belajar (1)
- Psikologi_Matlamat (1)
- Psikologi_Motivasi (1)
- Psikologi_Perkembangan Kanak-kanak (4)
- Psikologi_Pilihan (1)
- Psikologi_Punca Kegagalan (5)
- Psikologi_Sabar (1)
- Puisi (1)
- Ramadan_Elakkan Perlakuan Negatif (1)
- Ramadan_Persiapan Menghadapinya (1)
- Ratib Al-Atas (1)
- Refleksi Menjelang Peperiksaan (16)
- Renungan (2)
- Rokok (1)
- Sajak_Hari Guru (1)
- Sajak_UPSR (2)
- Sekitar Pengumuman PMR (10)
- Sekitar Pengumuman SPM (6)
- Sekitar Pengumuman STPM (5)
- Sekitar Pengumuman STPM 2010 (1)
- Sekitar Pengumuman UPSR (11)
- Selawat (5)
- Sesi Persekolahan 2012 (1)
- Solat Gerhana (1)
- Solat Hajat (1)
- Sukan (1)
- Sumber Ilmu (1)
- Syair (1)
- Tips Menghadapi Peperiksaan (1)
- Tips Menghadapi Peperiksaan di Musim Perayaan (1)
- Tips Menghafal Al Quran (1)
- Tips Menjelang Peperiksaan (1)
- TKRS (3)
- Trauma (1)
- Tugas Guru Bimbingan (1)
- Ujian Psikologi (4)
- Umum (7)
Info Kunjung Bantu
JALUR INTERAKTIF
Jalur Komunikasi Pelbagai Hala, belajar online, zoom A, Face Book, Forum, south box, dll
PTK terakhir
Alhamdulillah dapat IV (Generik & Fungsional_Kaunseling), di garisan terakhir, tiada PTK selepas ini.
login base
Entry Blog Ini
- ► 2010 (158)
- ▼ 2011 (102)
Berkongsi
-
Semangat Perlu Membara2 hours ago
-
ALONG MEMBUNUH5 hours ago
-
Al-Rasul Sebagai Pendidik2 days ago
-
-
-
-
Jom Belajar Tentang Tayamum3 days ago
-
Ukiran pokok misteri4 days ago
-
Berubah Meskipun Payah ! Grrr...5 days ago
-
-
Aku Adalah Aku6 days ago
-
-
-
13.02.122 weeks ago
-
Salamm buat mu ...3 weeks ago
-
PERSEDIAAN AWAL TAHUN 20122 months ago
-
Kembali Untuk Mengingat3 months ago
-
..:: Saya Sayang Isteri Saya (^_^) ::..4 months ago
-
CERITA RENUNGAN6 months ago
Rakan Guru BDK
-
Semangat Perlu Membara - AMPANG. 1 Mac 2012. Terima Kasih kepada guru-guru SK Taman Bukit Teratai, juga buat Cikgu Widyawati atas jemputan saya menyampaikan ceramah Motivasi UPSR...
-
Mengadap Raja Segala Raja ~ Hj Asaari Mohamad - Sudah menjadi kebiasaan kalau rakyat mengadap raja, raja memanggilnya lebih dahulu mengadapnya Sejak dipanggil belum pun mengadapnya, orang yang dipanggil ...
-
USM DAN POLITEKNIK - *Usm dan politeknik* View more presentations from Mgkk Kluang Johor.
-
SEKITAR LAWATAN KE KARNIVAL PENGAJIAN TINGGI 1/2012 - Salam. Tahniah kepada 40 pelajar Tingkatan 5 yang berpeluang menghadiri karnival Pengajian Tinggi "JOM MASUK U! " Siri 1/2012 di Pusat Konvensyen Sultan...
-
BLOG UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SKPTLDM YANG BARU - UNTUK MELAWAT KE BLOG UBK SKPTLDM SILA KLIK DI SINI UBKSKPTLDM:
-
HARI TERAKHIR GURU PRAKTIKAL KAUNSELING - 20 Mei 2011, tarikh di mana tamatlah latihan praktikal bagi dua orang guru kaunselor pelatih, Cik Norhayati dan Cik Norhaslinda. Diharapkan mereka mengguna...
-
KEPUTUSAN SPM 2010 - Keputusan SPM 2010 akan keluar pada 23 Mac 2011 HARAP MAKLUM









0 Pendapat / Komen di sini:
Post a Comment