Didikan Rohani Dengan Ibadah. عن عمرو بن شُعَيْبٍ عن أَبِيهِ عن جَدِّهِ قَالَ، قَالَ رسولُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مُرُوا أَوْلاَدَكُمْ بِالصَّلاَةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْع سِنِينَ وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءَ عَشْرِ سِنِينَ، وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي المَضَاجِعِ.[4] Yang bermaksud, Daripada ‘Amru bin Syu‘aib, daripada bapanya, daripada datuknya berkata, sabda Rasulullah saw: “Perintahlah anak-anakmu mendirikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka jika meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun serta pisahkan tempat tidur mereka.

Perkhidmatan

Pengiktirafan Majalah Pendidik kepada Blog Aspirasi Diri

Keluaran Disember 2010, MS 30

31 August 2007

aspirasidiri : Ciri-ciri Orang Yang Bermotivasi

  • Sentiasa awal dan mendahului
  • Sentiasa bersemangat
  • Sentiasa tekun dan rajin
  • Sentiasa rajin dan optimisK
  • Kenal potensi dan kelemahan diri
  • Sentiasa cekal dan tabah
  • Sentiasa memperbaiki diri dan keadaan
  • Menghasilkan kerja yang cemerlang
  • Sentiasa berdoa dan bersyukur
  • Sentiasa tawaduk
  • Sentiasa Konsisten, istiqomah dan iltizam

30 August 2007

aspirasidiri : UPSR Kian Meruntun Ketenangan Dan Ketabahan

Sesungguhnya UPSR ini bakalku hadapi dengan penuh ketenangan dan ketabahan. Insya Allah

28 August 2007

aspirasidiri : Sekadar Renungan

Murid yang cemerlang menyedari bahawa guru adalah sumber ilmu yang sangat bernilai. Guru di dalam setiap mata pelajaran telah berkecimpung dalam mata pelajaran tersebut bertahun-tahun lamanya. Oleh itu sekiranya kita tidak memahami sesuatu topik pastikan kita bertanya kepada guru tersebut

18 August 2007

aspirasidiri : Di Dalam Dewan Peperiksaan

1. Baca selawat / kalimah Basmallah dan melangkah masuk ke dalam dewan.

2. Duduk dengan selesa

3. Semak slip peperiksaan, tanda tangan

4. Baca doa penerang hati

3. Jika gemuruh, lakukan pernafasan pemulihan. Bernafas dengan tenang.

5. Bisikkan "Insya-Allah, aku akan dapat jawab semua soalan dengan baik.

6. Dengar dengan teliti arahan pengawas.

7. Mulakan menjawab jika sudah diberitahu.

8. Jangan melakukan perkara yang mencurigakan.

9. Jika selesai menjawab, elakkan melakukan perkara yang tidak elok seperti melukis, menconteng dll.

10. Sebelum kertas jawapan dikutip berdoalah tanda kesyukuran kerana telah dapat menjawab sebaik mungkin.

11. Berdoalah agar pemeriksa memberikan markah yang sewajarnya.

12. Ketika masa menjawab telah tamat dan jawapan telah dipungut, keluar dari dewan peperiksaan dengan tenang.

Meningkatkan aspirasi diri perlukan kesungguhan yang benar-benar jitu.

17 August 2007

aspirasidiri : 3 T

1. T: Takbir : Sentiasa memulakan sesuatu aktiviti ulang kaji dengan niat dan doa yang bersungguh-sungguh.

2. T : Tadbir : Sentiasa mengurus Masa, Mengurus teknik belajar dengan betul, dan menguruskan hubungan dengan ibu bapa dan guru dengan betul. Menjaga kesihatan dengan baik.

3. T : Takdir : Sentiasa yakin dan berserah diri kepada Allah. Yakin dengan usaha yang dilakukan.

16 August 2007

aspirasidiri : Tips Menjelang Peperiksaan

1. Tips : Sebulan, seminggu sebelum Peperiksaan
2. Tips : Sehari sebelum Peperiksaan
3. Tips : Malam peperiksaan Peperiksaan
4. Tips : Di luar bilik peperiksaan Peperiksaan
5. Tips : Di dalam dewan peperiksaan Peperiksaan
6. Tips : Selepas selesai menjawab soalan Peperiksaan

Ikuti tips-tips ini dipertemuan akan datang Insya Allah.

aspirasidiri : Rancang Strategi : "SABAR" menjelang UPSR

1. S : Strategi :
Belajar, Ulang kaji, membuat latihan, pembahagian masa mestilah tepat dan bersesuaian dengan tempat masa dan keadaan. Boleh menentukan keutamaan. Ada jadual, ada kumpulan belajar, ada tempat rujukkan.

2. A : Amanah :
Melaksanakan tugas dengan anggapan melaksanakan amanah yang perlu dilaksanakan oleh seorang anak kepada keluarga, sekolah dan negara.

3. B : Bersungguguh-sungguh
Membuat persiapan akhir dengan bersungguh-sungguh, tanpa mengira tempat, masa dan keadaan. Boleh bersikap arsetif berdasarkan keperluan.

3. A : Akhlak :
Berusaha untuk memelihara akhlak yang baik, menjaga hubungan dengan kawan-kawan, guru-guru, dengan Allah. Sentiasa bersikap merendah diri, menjaga tutur kata, tingkah laku dan amalan seharian agar selaras dengan kehendak aspirasi diri.

4. R : Refleksi :
Sentiasa membuat muhasabah diri, adakah persiapan yang dilaksanakan selama ini memenuhi keperluan mencipta sejarah dan cita-cita, selaras dengan aspirasi diri, ayah bonda dan guru-guru.

15 August 2007

aspirasidiri : Aspirasi Kegemilangan Milik Kita Bersama

Kini Langkahmu Berjalin
sulaman Tugu Cita-cita
Mara Bertapak
Menyemai bebenih iltizam
Ingatlah
Usah dipetik kuntuman alpa
Dengan jejari curiga
Usah dipadam semarak mimpi
Semarak membara di dada
Meski dihimpit resah UPSR
Usah dilupa hakikat tugas diri
Sebagai Khalifah penyuluh maya
Kerana
Kegemilangan Milik Kita Bersama

nuristiqomah, BCB 2002 Kemaman, Terengganu

Peperiksaan Kian Hampir : Jadikan Tempat Belajar Bilik Gerakan Peperiksaan

Jadikan tempat belajar di rumah sebagai bilik gerakkan :

Tampalkan di tempat yang sesuai dengan :

1. Jadual Waktu Sekolah
2. Jadual Kelas Tambahan (STF, SBT, Pusat Belajar Swasta)
3. Kata-kata perangsang :
" Kegagalan Lalu Bukan Kegagalan Seterusnya", 5 A Bakal Ku Hadiahkan Kemanisan ini buat Ayah, Bonda Dan Guruku" 5 A Pasti Ku Genggam ",

4. Gambar Yang boleh memberi semangat : Orang-orang tersayang : gambar ayah, ibu (sentiasa menjadi pendorong dan semangat. sewaktu sedang mengulangkaji. hambar kejayaan yang lalu, gambar ketika menerima hadiah, Gambar ahli keluarga yang telah memperolehi Ijazah. gambar-gambar pemimpin.

5. Pastikan tempat belajar mengadap Kiblat

6. Memilih warna yang sesuai : Hijau (Merangsang minda : terapi warna)

7. Menampalkan doa-doa belajar dan yang bersesuaian.

Di Medan Aspirasi Diri Ini

Langkah semakin deras
Kegusaran Semakin Menerjah
Bilahan Hari Kian Mendakap
Aspirasi diri semakin memagut hati yang resah
UPSR bakal bertandang lagi
Mengimbau ketulusan hati penuh pasrah
Namun Intan Payung masih sendiri
Jauh di belai mimpi
Jiwa yang masih goyah
Menggarab bait-bait hasrat
Guru, ayahanda dan bonda
Duhai Intan Payung
Medanmu kian terserlah
Pesan Shafie "Masa Ibarat Mata Pedang"
"Hari yang berlalu akan dilipat sebagai lembaran sejarah"
Kegemilangan menutut satu tekad yang tabah, gigih
Namun kita perlu pasrah
UPSR aspirasi diri
Menjulang Masa Depan Terbilang "5A"
Ingat "Gemilang Milik Kita Bersama"
UPSR Kian menghampir
Ayuh kita pugar jiwa agar membara
Dari hamparan diri, yang masih teguh berdiri
Demi Impian, aspiri

SKUP 15-08-2007

14 August 2007

Mengimbau Kenangan Lalu

Buat rakan seperjuangan di Kemaman Terengganu, Sdr Saidin (SK Rantau Petronas), Razali (SK Ibuk), Rosdi (SK Sultan Ismail) sdri Julia (SK Sri Kemaman) Azmi (SK Ayer Putih), Alias (SK Ceneh Baru 2), Rashid (GB SK Lembah Jabor), Zuraida (SK Felda Neram 1), Kheiruddin (SK Geliga) dan yang tidak disebut di sini sesungguhya bidang ini benar-benar meninggalkan kesan.
Buat guru-guruku Tn Mahzan (PPD Kemaman), Tn Hanafi (PPDa PPDK), M Nor Besar (PPDK) Ahmad Mat Zin (Ex PPDK) Asri, Basiran, Abang Aji (Musa SMK Rantau Petronas) , Ahmad Sabri (SK Sultan sulaiman KT) Kalian masih di dalam ingatan. Terima Kasih memberi saya peluang untuk memimpin dan memberi tunjuk ajar. (1996-2005)
Blog ini akan mengutarakan intrumen-intrumen yang boleh dikongsi bersama. Insya Allah.

UPSR 2007 Kian Hampir, Getarannya Semakin Kuat Menerjah Jiwa Yang Berjuang

UPSR kian menghampiri. Calon UPSR 2007 perlu bersungguh-sungguh menghadapi dengan penuh tabah dan merendah diri. Utamakan perkara penting. Selogan-selogan semangat sentiasa diberi perhatian agar keletihan dan tekanan dapat diminimakan. (Lima A Pasti Ku Genggam, 5 A Bakal Ku Hadiahkan Kemanisan Ini Buat Mu Ayah, Bonda Dan Guru Ku) Sentiasa menyemak "To Do List" dan Not To Do List" Hubungan dengan Allah perlu dipertingkatkan, kominikasi dengan ibu bapa dan guru perlu dipelihara dan dijaga dengan sebaik-baiknya. Keupayaan dan kesegaran otak perlu dipertingkat dengan menjaga pemakanan, dan amalan kerohanian.

Buat rakan guru ketabahan jiwa dan hati amat penting. Kesabaran menjadi tuntutan utama di saat akhir-akhir ini. Asakkan UPSR 2007 semakin menerjah di segenap penjuru jiwa. Lebih hebat, lebih kuat apabila UPSR semakin hampir. Lebih bergemuruh jika dibandingkan intan payung yang bakal menghadapi UPSR 2007. Namun inilah manisnya perjuangan. Semoga kita tabah di medan perjuang ini, Selamat Menghadapi UPSR buat intan payung tersayang, Selamat meneruskan perjuangan para pendidik.

13 August 2007

Menjulang Aspirasi Diri Terbilang merupakan satu ruang perkongsian pintar di dalam bidang Perkhidmatan Bimbingan peringkat sekolah rendah. Sejak dahulu lagi perkhidmatan ini amat penting namun akhir-akhir ini Perkhidmatan Bimbingan kelihatan semakin diberi perhatian dan ianya tiada had malahan melampaui situasi, tempat dan masa.

Ingin Menyertai Program Best Scorer

Sekiranya Tuan/Puan berminat hubungi saya di :

Nama  :   Cikgu Mohamad Amin Ahmad Basri
               019-7764178

e-mail :   nurulabadi@hotmail.com

weblog : http://aspirasidiri.blogspot.com

           tuan/puan  juga boleh TINGGALKAN no hp / e-mail  / mesej di sout box di dalam blog ini. Saya akan  menghubungi tuan/puan dengan kadar yang segera.

Testemoni

Testimoni

1. Yayasan Pengurusan Ilmu (YPI) yakin bahawa program Best-Scorer yang dibangunkan oleh Getra menepati keperluan semasa terutama golongan pelajar. Setelah membuat beberapa tinjauan dan perbandingan dengan program-program serupa yang terdapat di pasaran, YPI yakin bahawa Best-Scorer lebih komprehensif merangkumi latih tubi pembelajaran dari peringkat rendah hingga ke peringkat menengah yang amat menyeluruh. YPI percaya program ini mempunyai potensi yang amat baik mampu dipasarkan bukan sahaja dalam negara malahan menjangkau ke peringkat antarabangsa. YPI dengan ini berkeyakinan serta menyokong penuh program yang telah dibangunkan oleh Getra ini yang dijangka mampu dapat membantu terutama para pelajar Melayu mencapai kecemerlangan di dalam bidang akademik pada masa kini dan akan datang selari dengan perkembangan dan kemajuan teknologi ICT yang telah melanda dunia dewasa ini.

-Jamaludin Bin Nawi
Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Pengurusan Ilmu

2. Getra has successfully developed a systematic, easy to use and flexible method of learning on-line for our students in all the school subjects; a complimentary learning approach to the formal teaching and learning in the classroom. This system enables students to evaluate their levels of achievement or ability in particular area. The process involves them to think and answer questions or come up with appropriate solutions; and then to immediately get feedback on their answers or solutions. This enables them to make corrections, do further reading and study and try again until they are knowledgeable and gain mastery in a particular topic. This method of self learning or learning with friends and others is a very important skill that is now encouraged all over the world. It will enhance student’s ability to keep on learning, improve their knowledge, thinking skills and ability in problem identification and problem solving. This is the heart of lifelong learning for all of us, and especially for the younger generation in school now. In my view, Getra has come up with an easy-to-use on-line learning system that is effective to enhance student’s learning ability and achievement.

-Professor Emeritus Dato’ Dr. Ishak Haron
Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim Perak Darul Ridzuan

3. The portal program is the best program that I have seen. The program is attractive to all students who are weak in the various subjects. The program helps us to study well and provide an easy way to do revision.

-Emily Daisy D/O Ratnam
Pelajar, Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sungai Buloh Selangor

4. Portal ini agak memuaskan kerana dapat menambahkan pengetahuan pelajar dan menambah minat. Best-Scorer mempunyai pengetahuan tentang pembelajaran mengikut peringkat dan sukatan yang betul.

-Mohd Izudin Bin Daud
Pelajar, Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sungai Buloh Selangor


5. Bagi saya, Best-Scorer amat baik bagi kalangan pelajar. Program ini perlu meningkatkan taraf nya lagi supaya dapat membantu para pelajar untuk meningkatkan lagi skil pembelajaran mereka.

-Mohd Nur Afiq Bin Zainuddin
Pelajar, Sekolah Menengah Agama Haji Mohd Yatim, Rembau Negeri Sembilan


6. Portal bagus dan baik untuk pembelajaran di rumah mahupun di sekolah.

-Ikrimah Bin Muhd Harias
Pelajar, Sekolah Menengah Agama Haji Mohd Yatim, Rembau Negeri Sembilan
7. Pada pendapat saya, portal ini telah banyak membantu saya dalam meningkatkan prestasi saya dalam semua matapelajaran. Melalui portal ini juga sukatan pelajaran lebih mudah difahami.

-Fatihah Adiba Binti Mohd Shah
Pelajar, Sekolah Menengah Sains Selangor

8. Sebagai salah seorang pengguna, saya berpuas hati ketika menggunakan Best-Scorer yang menjadikan ICT sebagai medium bagi membantu pelajar seperti saya dari segi latihan topikal dan secara tidak langsung membantu saya dalam mengenal pasti topik-topik yang kurang dikuasai.

-Nur Wazir Bin Nordin
Pelajar, Sekolah Menengah Sains Selangor

Pakej Pembelajaran

Pakej-Pakej Yang Ditawarkan

BASIC
  • Pakej ini mengandungi subjek-subjek dari darjah 4 hingga 6 & tingkatan 1 hingga 3
  • Anda boleh mengakses ke
  1. My Topic,
  2. My Assessment
  3. My Report Card.
  • Anda boleh mengakses ke portal ini selama 1 tahun daripada tarikh pembelian
  • Pakej ini hanya boleh digunakan oleh seorang ibu/bapa/penjaga & seorang anak/pelajar
  • YURAN CUMA RM50 SETAHUN BELI SEKARANG

QUARTERLY PLUS


  • Pakej ini mengandungi subjek-subjek dari darjah 4 hingga 6 & tingkatan 1 hingga 3
  • Anda boleh mengakses ke
  1. My Topic
  2. My Assessment
  3. My Quarterly
  4. My Report Card.
  • Anda boleh mengakses ke portal ini selama 1 tahun daripada tarikh pembelian
  • Pakej ini hanya boleh digunakan oleh seorang ibu/bapa/penjaga & seorang anak/pelajar
YURAN CUMA RM60 SETAHUN


BELI SEKARANG




FAMILY BONANZA


  • Pakej ini mengandungi subjek-subjek dari darjah 4 hingga 6 & tingkatan 1 hingga 3
  • Anda boleh mengakses ke
  1. My Topic
  2. My Assessment
  3. My Quarterly
  4. My Report Card
  5. My Family Quiz
  • Anda boleh mengakses ke portal ini selama 1 tahun daripada tarikh pembelian
  • Pakej ini hanya boleh digunakan oleh seorang ibu/bapa/penjaga & dua orang anak/pelajar
YURAN CUMA RM90 SETAHUN

Berminat Hubungi Saya di 019-7764178

Apakah Itu Best Scorer

Apakah Itu Best Scorer

Best Scorer merupakan portal yang membantu pelajar-pelajar daripada darjah 4 hingga 6 untuk membuat persiapan untuk menduduki peperiksaan UPSR & pelajar-pelajar tingkatan 1 hingga 3 untuk membuat persiapan menduduki peperiksaan PMR. Portal ini memfokuskan kepada latihan latih tubi yang berpandukan piawai Kementerian Pelajaran Malaysia.

Di dalam portal ini, anak anda/pelajar anda boleh mengakses kepada ruangan-ruangan di bawah. Had ruangan yang boleh diakses adalah bergantung kepada pakej yang dibeli.


Ruangan Di Dalam Best Scorer



  • Pelbagai topik daripada silibus Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Mengandungi 20 soalan setiap set.
  • Pelajar akan dibenarkan untuk memantapkan kefahaman dan mengetahui jawapan yang betul untuk setiap soalan yang diberikan.
  • Pelajar akan digalakkan untuk melakukan latihtubi secara konsisten untuk pelbagai topik yang disediakan.



  • Koleksi soalan-soalan berpandukan silibus sekolah Malaysia untuk seluruh topik dalam satu tahun kalender akademik.
  • 25 soalan setiap set
  • Keputusan latihan hanya akan dinilai selepas keseluruhan 25 soalan telah disiapkan dan dihantar.



  • Kompilasi soalan-soalan peperiksaan untuk semua subjek dan ujian akan diadakan setiap 3 bulan sekali melalui "online".
  • Dibuka hanya seminggu sahaja dalam setiap tiga bulan dan setiap pelajar hanya dibenarkan melakukan sekali percubaan sahaja.
  • Hadiah-hadiah menarik menanti bagi jawapan paling tepat dan waktu menjawab yang terpantas; tertakluk kepada terma dan syarat.



  • Prestasi pencapaian anak anda melalui My Topic boleh dipantau secara "real time" oleh ibu bapa malah oleh anak anda sendiri tidak kira bila dan di mana pun jua.



  • Set 200 soalan-soalan berdasarkan Pengetahuan Am dan soalan-soalan berdasarkan Silibus Sekolah
  • Dikeluarkan hanya seminggu dalam setiap enam bulan dan hanya membenarkan sekali percubaan sahaja bagi setiap akaun Family Bonanza.
  • Hadiah-hadiah menarik menanti bagi jawapan paling tepat dan waktu menjawab yang terpantas; tertakluk kepada terma dan syarat

Modul Guru Penyayang

Posting Ke-2 Paling Popular (1041 Pelawat)(25873 Pelawat 14.4.2015)

Teks disusun dan dibacakan oleh nurabadi sempena hari Anugerah Cemerlang & Konvokesyen Pra Sekolah SK Seri Taman Kluang Barat 2011

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِ الْعَالَمِيْنَ حَمْدًا يُوَافِى نِعَامَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَهُ يَارَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِيْ لِجَلاَلِ وَجْهِكَ وَعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُنْجِيْنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ اْلأَهْوَالِ وَاْلآفَاتِ وَتَقْضِيْ لَنَا بِهَا جَمِيْعَ الْحَاجَاتِ وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ السَّيِّئَاتِ وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ أَعْلَى الدَّرَجَاتِ وَتُبَلِّغُنَا بِهَا أَقْصَى اْلغَايَاتِ مِنْ جَمِيْعِ الْخَيْرَاتِ فِى الْحَيَاةِ وَبَعْدَ الْمَمَاتِ

اَللَّهُمَّ يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ

Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana mengizinkan kami untuk mengadakan dan berada dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Konvokesyen Pra Sekolah SK Seri Taman Kluang Barat, 2011

اَللَّهُمَّ يَا مُجِيْبَ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الْحَاجَاتِ

Kami memohon kepada-Mu , agar Eangkau berkati majlis ini dengan limpahan rahman dan rahim-Mu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan hidayah-Mu. Tidak juga lupa kepada para pendidik yang telah menyumbang khidmat dan menabur bakti mereka di sekolah yang bertuah ini .

اَللَّهُمَّ يَا قَوِيُّ يَا عَزِيْزُ يَا فَعَّالٌ لِّمَا يُرِيْدُ

Di saat ini juga kami rafa’kan tangan kehambaan mengharapkan ihsan-Mu agar Engkau teruskan dan lanjutkan kecemerlangan yang sudah kami capai samada dalam bidang akademik mahupun aspek pembinaan sahsiah insan dan seterusnya menganugerahkan kepada kami kecemerlangan demi kecemerlangan yang lebih bermakna dalam pelbagai bidang pada masa-masa akan datang.

اَللَّهُمَّ يَا مُهَيْمِنُ يَا رَقِيْبُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ

Jadikanlah pelajar-pelajar yang menerima hadiah dan sijil penghargaan pada hari ini sebagai pelajar-pelajar yang bersyukur di atas pengiktirafan ini. Jadikanlah mereka pelajar-pelajar yang akan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk meningkatkan potensi dan prestasi mereka dalam bidang akademik mahupun ketrampilan peribadi yang luhur. Malah kami memohon daripada-Mu Ya Allah dengan penuh ketaakulan agar majlis anugerah ini akan menjadi sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar lain supaya mereka sama-sama mengerah keringat dan menggembleng tenaga untuk mencapai kecemerlangan demi mengharumkan nama sekolah ini.


اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ
وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقًا مَعْصُوْمًا
وَلاَ تَجْعَلْ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا.

Ya Allah, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai satu perhimpunan yang dirahmati dan perpisahan kami pula selepas ini sebagai satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi. Dan janganlah Engkau jadikan pada diri kami ini, dan mereka yang bersama kami, kebinasaan, dan menyingkirkan kami dari memperolehi rahmat

رَبَّنَا اصْرِفْ عَنَّا عَذَابَ جَهَنَّمَ إِنَّ عَذَابَهَا كَانَ غَرَامَا إِنَّهَا سَاءَتْ مُسْتَقَرًّا وَمُقَامًا
رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوْبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ مَعَ اْلأَبْرَارِ. يَا عَزِيْزُ يَاغَفَّارُ يَارَبَّ الْعَالَمِيْنَ
وَصَلَّى الله ُ وَسَلَّمَ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

Posting Paling Popular Sepanjang 2012 : (3163 Pelawat)

aspirasidiri : Jadual Waktu Belajar Persendirian (Hari Bersekolah & Cuti Sekolah)

Murid yang mampu mengurus masa berpotensi untuk mendapat pencapaian yang baik dalam bidang Akademik. Sehari kehidupan seorang murid sekolah menempuh aktiviti pembelajaran yang berbeza. Di sekolah seorang murid tertakluk dengan jadual yang disediakan oleh pihak sekolah. Namun bagaimana pula ketika berada di rumah. Aktiviti hujung minggu perlu dikawal Jangan biarkan ianya berlalu begitu sahaja. Sedaikan jadual hujung minggu disesuaikan dengan aktiviti anjuran sekolah. Jika sekolah mengadakan kelas tambahan pada minggu ke-2 dan ke-4, masukkan aktiviti tersebut di dalam jadual agar kita dapat merancang aktiviti hujng minggu dengan aktiviti yang selaras dengan diri kita yang masih bergelar murid sekolah. Bagaimana pula ketika sekolah sedang bercuti ? Cuti sekolah yang tidak dirancang merugikan kita. Peluang tersebut perlu kita ambil dengan kita mengatur masa belajar mengikut keselesaan kita. Jangan gadaikan masa depan dengan hanya berseronok sahaja. Apa yang kita lakukan sekarang ini natijah yang kita perolehi adalah di masa depan. Sekarang kita bersusah payah belajar, Insya Allah hidup kita akan selesa pada masa depan dengan kerjaya yang kita ceburi. Seperkara lagi, apabila kita menyusun jadual jangan kita lupa masukkan sekali matapelajaran sekolah agama, dan aktiviti belajar agama ( mengaji quran). Ini adalah kerana pengabaian kepada aktiviti belajar agama akan menyebabkan persiapan hidup kita akan pincang. Belajar akademik sahaja sedangkan belajar agama terabai. Kata Imam Syafie :

Barangsiapa yang Menginginkan Dunia …

مَنْ أَرَادَ الدُّنْيَا فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ وَمَنْ أَرَادَ الآخِرَةَ فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ

“Barangsiapa yang menginginkan dunia, maka hendaknya menuntut ilmu dan barangsiapa yang menginginkan akhirat, maka hendaknya ia menuntut ilmu”.

Jadual Waktu Persendirian Cuti Sekolah


Jadual Waktu Sekolah



Jadual Waktu Persendirian Hari Bersekolah

Modul PRS


Kandungan : Panduan Perlaksanaan PRS di Sekolah

++klikdownload++Modul P R S ++klikdownload++

Modul RIMUP 2011

Kandungan : Modul RIMUP 3H2M :
"Perhatian" Video Sejarah Kemerdikaan akan di UPLOAD di youtiube dalam masa terdekat. Akan dimaklumkan kemudian.

++klikdownload++Kertas Kerja RIMUP++klikdownload++

++klikdownload++Video RIMUP++klikdownload++

"Perkongsian" Perancangan UBK 2011 Untuk download


Kandungan : Perancangan Strategik, Rancangan Tahunan, Pelan Tindakan, Carta Gantt

++klikdownload++Buku Pengurusan UBK 2011++klikdownload++

Konvensyen PERASA Peringkat Kebangsaan ke-8

Ekslusif Buat Kulator & Kulaan Konvensyen

++klikdownload++ PERASA++klikdownload++

Modul Kajian Tindakan


Kandungan : Panduan Untuk Membuat Kajian Tindakan di Sekolah

++klikdownload++Modul Kajian Tindakan++klikdownload++

Modul Kepimpinan 2011


Kandungan : Modul Kepimpinan 3H2M, 1H di SK Perempuan Bandar

++klikdownload++Modul Kepimpinan++klikdownload++

"Perkongsian" Dokumen Kelab UBK SR Utk Download


Isi kandungan : Perlembagaan Kelab, Cth Aktiviti Tahunan, dll

++klikdownload++Dokumen Pengurusan Kelab UBK++klikdownload++

e-Pengurusan UBK untuk download

Sila dapatkan no unprotected untuk pengaktifan dengan meninggalkan e mail d soutmax
+++klik link ++++e pengurusan bdk++++klik link++++

Waman Jahada Fainnama Yujahidu Linafsih......

Saya admin aspirasidiri menyuarakan KECAMAN sekeras-kerasnya terhadap Laknatullah Rejim Zionis kerana melakukan serangan terhadap SAUDARA-saudara saya di ....GAZZA.... Jahanam, Jahanam Zionis, Hancur, Hancur Zionis. Ihzihum Wansurna Alaihim.... Saya berdoa agar rakyat Palastin tabah dan terus berjuang mempertahankan malahan menyerang keangkuhan Rejim Zionis... Menang atas Rejim Zionis atau Menang Sebagai SYAHID bertemu Allah... Yujahidu na Fi Sabilillah... Fayaktalun na wayuk talun ..... terus berjuang .... samada kamu membunuh atau di bunuh... .... Ya Allah Kami Tidak Dapat Berjuang Seperti Mereka..... tetapi kemi berdoa ... Wamautana, Bimauti Syuhada' ....seperti MEREKA.. Ijabata li dua'

jemput tinggalkan jejak di blog apirasidiri