Didikan Rohani Dengan Ibadah. عن عمرو بن شُعَيْبٍ عن أَبِيهِ عن جَدِّهِ قَالَ، قَالَ رسولُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مُرُوا أَوْلاَدَكُمْ بِالصَّلاَةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْع سِنِينَ وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءَ عَشْرِ سِنِينَ، وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي المَضَاجِعِ.[4] Yang bermaksud, Daripada ‘Amru bin Syu‘aib, daripada bapanya, daripada datuknya berkata, sabda Rasulullah saw: “Perintahlah anak-anakmu mendirikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka jika meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun serta pisahkan tempat tidur mereka.

Perkhidmatan

Pengiktirafan Majalah Pendidik kepada Blog Aspirasi Diri

Keluaran Disember 2010, MS 30

30 October 2007

aspirasi : Pengorbanan Untuk Kemanisan Sebuah Kejayaan

Peperiksaan semakin hampir. Masa kian menghambat kelapangan yang ada. Kejayaan masih berada di hadapan........

Tiga pengorbanan yang patut saya lakukan untuk saya berjaya di dalam peperiksaan ialah
  1. _________________________________________________
  2. _________________________________________________
  3. _________________________________________________

Tiga perubahan sikap dan tindakan yang saya patut lakukan untuk berjaya dalam peperiksaan ialah :

  1. _________________________________________________
  2. _________________________________________________
  3. _________________________________________________
Ingatlah bahawa sebuah kejayaan yang manis itu kita rasai apabila kita melihat ibu bapa dan orang yang kita sayangi menangis kerana meraikan kejayaan kita..........

aspirasidiri : Mengurus Masa Menjelang Peperiksaan

Sentiasa mencari ruang dan peluang untuk menggunakan masa senggang dengan aktiviti yang bermanfaat. Cuba anda tanya dan jawab persoalan ini......

  1. Adakah waktu belajar saya setakat ini mencukupi ? ya / tidak
  2. Adakah saya menambah waktu belajar saya menjelang peperiksaan ? ya / tidak
  3. Adakah waktu rehat saya berlebihan ? ya / tidak
  4. Adakah saya menggunakan waktu rehat apabila waktu peperiksaan semakin hampir ? ya / tidak
  5. Adakah saya membaca nota ketika saya menunggu kenderaan semasa hendak pergi dan balik dari sekolah ? ya / tidak
  6. Adakah saya membaca nota saya semasa di dalam perjalanan yang jauh ? ya / tidak
  7. Adakah saya melakukan aktiviti pembelajaran semasa cikgu lambat atau tiada di dalam kelas? ya / tidak
  8. Adakah saya menggunakan sedikit masa untuk matapelajaran yang saya lemah atau tidak minat ? ya / tidak
  9. Adakah saya menghabiskan terlalu banyak masa terhadap masa yang saya minati ? ya / tidak
  10. Dengan pengurusan masa belajar yang saya amalkan selama ini, adakah pencapaian yang diperolehi memuaskan hati saya ? ya / tidak

Walaupun kesemua persoalan di atas boleh di jawab dengan mudah samada ya / tidak, kedua-dua jawapan itu mempunyai hubungan yang signifikan dengan keputusan yang diperolehi.

Bincanglah jawapan anda dengan guru anda kerana guru anda mengenali anda dengan lebih dekat lagi. Insya Allah guru anda akan dapat membantu anda. Guru anda akan bangga dengan kejayaan anda. Insya Allah.

28 October 2007

aspirasidiri : Renungan

Jangan Bergantung Kepada Selain dari Allah

Zat yang menghidupkan , yang mematikan dan yang memberi rezeki itu adalah Allah. Lalu mengapa harus merasa takut sesama manusia ? Oleh kerana itu tidak selayaknya seorang muslim itu takut dan khuatir sesama manusia. Aku telah memperhatikan bahawa gejala yang sering mendatangkan kerisauan dan kegelisahan adalah pergantungan pada manusia, mencari muka dihadapan mereka serta mendekatkan diri dan mencari pujian manusia. Semua ini adalah disebabkan rendahnya ketauhidan manusia.

semoga hidupmu selalu indah
Selagi kehidupan manusia lainya terasa pahit
semoga engkau senantiasa nyaman
selagi banyak manusia merasa hidup tertekan
jika cinta yang engkau miliki ialah cinta sejati
maka segalanya akan menjadi mudah
setiap yang berada di atas tanah adalah tanah juga

Dipetik dari kitab La Tah Zan Dr Aidh Bin Abdullah Al Qarni MS 263

aspirasidiri : Persekitaran Belajar

Jawab Persoalan Ini

Bagaimana saya menerima maklumat terbaik :
  1. Lisan
  2. Tulisan
  3. Lisan dan tulisan
Dalam kelas saya patut :
  1. Tumpu perhatian kepada pengambilan nota
  2. Tumpu perhatian mendengar
  3. Duduk di hadapan
  4. Duduk di belakang
  5. Duduk dekat tingkap / pintu.
Di mana saya dapat belajar dengan baik :
  1. Di rumah
  2. Di perpustakaan
  3. Tempat lai (nyatakan) ____________
Bila saya dapat belajar dengan baik :
  1. Setiap malam
  2. Pada hujung minggu
  3. Diagihkan sepanjang 7 hari
  4. Pagi
  5. Petang
  6. Tengah hari
  7. Sebelum makan malam
  8. Selepas makan malam
Bagaimana cara belajar terbaik saya :
  1. Sendirian
  2. Bersama kawan
  3. Dalam kumpulan
  4. Di bawah tekanan masa
  5. Bersama muzik
  6. Di depan TV
  7. Di dalam bilik sunyi
Saya perlu berehat :
  1. Setiap 30 minit
  2. Setiap sejam
  3. setiap 2 jam
  4. Setiap _____jam

aspirasidiri : Mengurus Masa - Faedah Jangka Panjang

Selain daripada membantu mengurus masa anda dengan betul sekarang dan mencapai matlamat pembelajaran yang terdekat, pengurusan masa berkesan akan memberi faedah jangka panjang. Pernakah anda duduk di dalam kelas dan berfikir, " Saya tidak akan menggunakan bahan-bahan ini setelah tamat sekolah?"

  1. Belajar pengurusan masa sekarang akan membantu anda bersedia untuk masa hadapan ?
  2. Belajar bagaimana mengurus masa anda sekarang akan membentuk tabiat dan kemahiran yang anda boleh gunakan di luar daripada sekolah.

aspirasidiri : Mengurus Masa - Faedah Jangka Pendek

Sistem pengurusan masa yang lebih baik untuk keperluan anda akan membantu anda membuat kerja dalam tempoh yang singkat. Tidak kira samaada keutamaan anda ialah masa yang lebih daripada yang anda ada sekarang atau gred yang lebih baik, pengurusan masa yang berkesan boleh membantu anda mencapai objektif anda kerana :

  1. Membantu anda membuat sesuatu ikut keutamaan.
  2. Membantu anda menghindar perangkap masa
  3. Membantu anda untuk menjangka peluang-peluang yang ada
  4. Memberi anda kebebasan dan kawalan
  5. membantu anda menghindar daripada konflik masa
  6. Membantu anda menghindar rasa bersalah
  7. membantu anda menilai kemajuan anda
  8. Membantu anda belajar bagaimana untuk belajar dengan bijak

21 October 2007

aspirasidiri : Mengurus Masa Belajar ( 3 )

Sediakan senarai aktiviti belajar seharian ( list to do ). Pangkahkan kepada kerja-kerja yang telah sempurna dilakukan. Semak semula sepintas lalu tahap pencapaian kerja yang telah selesai. Perbaiki kelemahan pada masa akan datang jika ia melibatkan teknik. Tetapi jika kelemahan itu adalah kelemahan yang besar, perbaiki kelemahan secara semerta agar kelemahan itu tidak terbawa-bawa dan menjadi satu kebiasaan di masa depan. Sediakan senarai to do list untuk hari berikutnya. Agar apabila kita memulakan hari baru perjalanan pembelajaran dan aktiviti yang akan di lalui esok hari akan teratur. Pada kebiasaannya aktiviti pembelajaran hampir sama, namun mungkin berbeza dari tugasan yang kita perlu buat dan selesaikan. Ada tugasan yang diberi oleh guru telah sampai masanya untuk dihantar. ada tugasan berbentuk individu dan mungkin juga ada tugasan yang melibatkan kumpulan. Jangan jadikan diri kita menjadi sebab tugasan kumpulan tidak dapat disempurnakan.

aspirasidiri : Mengurus Masa Belajar ( 2 )

Ketika mengulangkaji adalah lebih sesuai kita meletakkan matlamat pada kemampuan jangkuan kita. Tetapkan matlamat berdasarkan peruntukakan masa. Dalam sejam berdasarkan pengalaman yang lalu kita hanya mampu membaca 10 muka surat dengan tumpuan yang sepenuhnya. Oleh yang demikian matlamat untuk menghabiskan 20 muka surat dalam masa sejam adalah tidak tepat. Kerana ia akan mengundang kejemuan dan stress. Kita juga tidak juga boleh hanya menetapkan 5 muka surat sahaja untuk dihabiskan selama 1 jam. Keadaan ini akan mengujudkan keselesaan yang tidak sepatutnya. Belajar dengan terlalu santai tidak setimpal dengan nisbah masa yang digunakan dan tidak tepat dengan matlamat yang ingin dicapai.

Begitu juga ketika kita membuat soalan latihan atau menjawab contoh-contoh soalan lalu. Tetapkan dahulu jumlah set soalan yang ingin dijawab dan sesuaikan masa yang akan digunakan. Latihan penulisan yang biasanya amat membosankan oleh segelintir pelajar perlu dirancang dengan baik. Menulis selain amat memenatkan dari segi fizikal ia juga memenatkan minda kita. Namun perlu diingat hampir 80 peratus soalan di dalam peperiksaan perlu dijawab dengan cara menulis.

aspirasidiri : Mengurus Masa Belajar

Pelajar harus dapat mengurus masa dengan baik agar pengunaan masa dapat diseimbangkan diantara aktiviti belajar dengan aktiviti yang lain. Kegagalan mengurus masa dengan berkesan menjadi salah satu faktor kegagalan seseorang. Kejayaan yang telah dicapai oleh nama-nama terbilang di malaysia di dalam peperiksaan yang lalu mengakui bahawa pengurusan masa amat penting di dalam mereka memburu kejayaan.

Pastikan waktu mengulang kaji pelajaran sekurang-kurangnya 3 jam sehari. Jangan salah faham. Bukan belajar selama 3 jam secara berterusan. 1 jam pada waktu pagi. 1 jam pada waktu petang dan 1 am pada waktu malam.

Kebisaannya tumpuan akan hilang ketika kita mengulangkaji pelajaran. Jangan paksa keadaan ini. Rehatlah sebentar dengan cara menarik nafas atau melakukan senaman ringan atau minum sedikit air kosong (suam) untuk mengembalikan kesegaran.

Untuk mengelakkan kejemuan. Pelbagaikan aktiviti semasa belajar. Membuat catatan apa yang dibaca, melafazkan semula apa yang dibaca, menukarkan maklumat di dalam bentuk peta minda boleh dipraktikkan bagi tujuan itu. Proses secara berselang seli akan mendatangkan impak yang berkesan.

20 October 2007

aspirasidiri : Menggarap Citra Diri Pelajar ( 4.3 )

M : Muhasabah : Sebagai seorang pelajar kita hendaklah selalu memuhsabahkan diri. Sentiasa membuat cek list sejauhmana kerjabuat kita memenuhi aspirasidiri yang ingin dicapai. Adakah kita benar-benar mempunyai daya tahan yang tinggi untuk mengatasi cabaran yang melekakan di sekeliling kita. Keseronokan, kegembiran yang tidak mengenalbatas. Seringkali melalaikan kita, menghanyutkan kita ke laluan yang tidak berasas, tanpa tujuan tanpa arah tanpa pedoman yang tepat dan betul. Adakah kita berada di landasan yang tepat bukan di luar perjalanan, di lorong yang salah dipimpin oleh matlamat yang tidak betul. Kita perlu cepat kembali ke pangkal jalan, kembali ke jalan yang betul jika kita tersasar. bukankah kita pernah di beri peringatan bahawa kegagalan hari ini bukanlah penyudah kepada sesuatu perjalanan dan usaha?. Ayah bangkit penuh sedar dan bersemangat, kita berusaha demi maruah diri, demi maruah kluarga, demi maruah bangsa, demi maruah agama yang kita cintai ini. Kita bangun memartabatkn segala-galanya dengan mendakap kejayaan yang paling agong. Yang dapat dikongsi bersama. Kerana kegemilangan aspirasidiri adalah milik kita bersama : diri ibubapa, masarakat tanah air dan agama.

aspirasidiri : Menggarap Citradiri Pelajar ( 4.2 )

I. Insaf : Menginsafai bahawa segala perubahan yang perlu dilakukan adalah kerana memenuhi harapan dan impian keluarga. Ibu bapa, guru dan orang tersayang sentiasa ingin melihat kejayaan kita. Segala usaha dan ikhtiar perlu dilaksanakan berdasarkan kesedaran ini. barulah akan lahir ketulusan dan kesungguhan untuk memburu kejayaan. Tenaga dalaman akan sentiasa kuat dan berkobar-kobar. Kesungguhan dan pengorbanan akan berbayar sekiranya melihat senyuman kedua orang kita sayangi meraikan kejayaan kita. Air mata yang mengalir kerana meraikan kejayaan kita. bukan meratapi kegagalan kita.

08 October 2007

aspirasidiri : Menggarap Citradiri ( 4.2 )

Punca gangguan ketenangan hati :

Kita semua mengetahui bahawa manusia dianugerahi Allah dengan hati dan nafsu. Nafsu negatif adalah sumber segala gangguan. Ini ditambah pula dengan gangguan syaitan yang telah bersumpah untuk sentiasa menggangu manusia dan bani Adam.
  1. Musuhmu yang paling kau lawan ialah nafsu (negatif) yang ada dalam tubuhmu (HR Al-Baihaqi)
  2. Dan aku tidak membiarkan Nafsumu, bahawasanya Nafsumu itu sentiasa menyuruh berbuat jahat (Yusuf : 53)
  3. Apakah engkau tahu, siapakah yang menjadikan nafsumu sebagai tuhannya dan ia disesatkan Allah dalam keadaan mengetahui (Al-Jatsiah : 23)
  4. Dan kami bolak-balikkan hati mereka dan penglihatan mereka ( Al-An'am : 110)
  5. Hati orang mu'min itu lebih sangat berbolak balik daripada periuk dikala mendidih (Al-Hadith)
Oleh yang demikan seorang pelajar itu perlu berusaha mengelakkan daripada mengalami masalah dan gangguan-gangguan tersebut.

aspirasidiri : Menggarap Citradiri ( 4.1 )

Sebagaimana yang diketahui bahawa ilmu adalah suatu petunjuk atau nur yang dianugerahkan Allah kepada manusia yang berjiwa dan berhati bersih melalui perantaraan malaikatnya.

  1. Maksud hadith : Barangsiapa berbuat dosa ia akan diceraikan oleh akalnya yang tidak kunjung kembali lagi kepadanya.
  2. Sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang (Ar-Ra'ad :38)
  3. Andainya hati anak Adam tidak dikelilingi syaitan, pasti ia dapat melihat rahsia kerajaan Allah (HR Ahmad)
  4. Setiap satu, ada alat pencucinya dan yang mencuci hati ialah zikir kepada Allah Taala (Abu Laits)
  5. Barang siapa yang berzikir 100 kali dengan menyebut nama Allah iaitu "Ya Baa'its" dalam keadaan bersih daripada hadas ketika hendak tidur setiap malam sambil menghantarkan ke dua tangannya di atas dadanya. Insya Allah diterangkan hatinya dan diberi akan dia akan ilmu dan hikmat.
  6. Berpuasa sunat.
  7. Menjaga makanannya dari sudut Kehalalan, kebaikkan dan sumbernya.
  8. Solat sunat malam / Qiammulail
  9. Memelihara pandangannya dari maksiat.
Demikianlah sebahagian amalan para hafiz/hafizah . Wallahu a'lam.

06 October 2007

aspirasidiri : Menggarap Citra Diri Pelajar ( 4 )

4. L . Setiap pelajar yang telah menetapkan dan menggariskan matlamat yang ingin dicapai, pelajar hendaklah perlu mempunyai hati yang benar-benar LUHUR. Hati yang benar-benar bersih dari kecelaruan pemikiran yang tidak mantap. Wadah yang bersih, subur dan gembur amat diperlukan untuk menanam benih azam, cita-cita dan hasrat yang tinggi. Ketahuilah di dalam jasad itu ada mudgrah, (segumpal darah), sekiranya ia baik maka baiklah seluruh jasad itu, sekiranya ianya fasad (tidak baik) maka rosaklah seluruh jasad itu, ketahuilah bahawa segumpal darah itu adalah hati. Hati memainkan peranan yang penting bagi menentukan segala-galanya baik. Sebagai tamsil dari keadaan ini kita rujuk bagaimana seorang pekebun menanam dua benih lada di dua tapak pembenihan yang berbeza. Baja, air, teknik, tempat, masa menanam, jenis benih, penyelidikkan, dan segala teknik penanaman dianggap sama cuma satu yang berbeza iaitu tempat di mana benuh itu ditanam sahaja yang berbeza. Hasil akhir yang diperolehi oleh pekebun tadi ialah apabila lada itu berbuah dan mendatangkan hasil didapati bentuk, rasa dan warna lada itu tadi didapati mempunyai perbezaan antara satu tempat pembenihan dan tempat pembenihan yang lain. Ini menunjukkan bahawa tempat pembenihan itu amat penting dan menentukan hasil yang bakal di perolehi itu baik.

Modul Guru Penyayang

Posting Ke-2 Paling Popular (1041 Pelawat)(25873 Pelawat 14.4.2015)

Teks disusun dan dibacakan oleh nurabadi sempena hari Anugerah Cemerlang & Konvokesyen Pra Sekolah SK Seri Taman Kluang Barat 2011

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِ الْعَالَمِيْنَ حَمْدًا يُوَافِى نِعَامَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَهُ يَارَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِيْ لِجَلاَلِ وَجْهِكَ وَعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُنْجِيْنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ اْلأَهْوَالِ وَاْلآفَاتِ وَتَقْضِيْ لَنَا بِهَا جَمِيْعَ الْحَاجَاتِ وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ السَّيِّئَاتِ وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ أَعْلَى الدَّرَجَاتِ وَتُبَلِّغُنَا بِهَا أَقْصَى اْلغَايَاتِ مِنْ جَمِيْعِ الْخَيْرَاتِ فِى الْحَيَاةِ وَبَعْدَ الْمَمَاتِ

اَللَّهُمَّ يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ

Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana mengizinkan kami untuk mengadakan dan berada dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Konvokesyen Pra Sekolah SK Seri Taman Kluang Barat, 2011

اَللَّهُمَّ يَا مُجِيْبَ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الْحَاجَاتِ

Kami memohon kepada-Mu , agar Eangkau berkati majlis ini dengan limpahan rahman dan rahim-Mu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan hidayah-Mu. Tidak juga lupa kepada para pendidik yang telah menyumbang khidmat dan menabur bakti mereka di sekolah yang bertuah ini .

اَللَّهُمَّ يَا قَوِيُّ يَا عَزِيْزُ يَا فَعَّالٌ لِّمَا يُرِيْدُ

Di saat ini juga kami rafa’kan tangan kehambaan mengharapkan ihsan-Mu agar Engkau teruskan dan lanjutkan kecemerlangan yang sudah kami capai samada dalam bidang akademik mahupun aspek pembinaan sahsiah insan dan seterusnya menganugerahkan kepada kami kecemerlangan demi kecemerlangan yang lebih bermakna dalam pelbagai bidang pada masa-masa akan datang.

اَللَّهُمَّ يَا مُهَيْمِنُ يَا رَقِيْبُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ

Jadikanlah pelajar-pelajar yang menerima hadiah dan sijil penghargaan pada hari ini sebagai pelajar-pelajar yang bersyukur di atas pengiktirafan ini. Jadikanlah mereka pelajar-pelajar yang akan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk meningkatkan potensi dan prestasi mereka dalam bidang akademik mahupun ketrampilan peribadi yang luhur. Malah kami memohon daripada-Mu Ya Allah dengan penuh ketaakulan agar majlis anugerah ini akan menjadi sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar lain supaya mereka sama-sama mengerah keringat dan menggembleng tenaga untuk mencapai kecemerlangan demi mengharumkan nama sekolah ini.


اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ
وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقًا مَعْصُوْمًا
وَلاَ تَجْعَلْ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا.

Ya Allah, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai satu perhimpunan yang dirahmati dan perpisahan kami pula selepas ini sebagai satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi. Dan janganlah Engkau jadikan pada diri kami ini, dan mereka yang bersama kami, kebinasaan, dan menyingkirkan kami dari memperolehi rahmat

رَبَّنَا اصْرِفْ عَنَّا عَذَابَ جَهَنَّمَ إِنَّ عَذَابَهَا كَانَ غَرَامَا إِنَّهَا سَاءَتْ مُسْتَقَرًّا وَمُقَامًا
رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوْبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ مَعَ اْلأَبْرَارِ. يَا عَزِيْزُ يَاغَفَّارُ يَارَبَّ الْعَالَمِيْنَ
وَصَلَّى الله ُ وَسَلَّمَ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

Posting Paling Popular Sepanjang 2012 : (3163 Pelawat)

aspirasidiri : Jadual Waktu Belajar Persendirian (Hari Bersekolah & Cuti Sekolah)

Murid yang mampu mengurus masa berpotensi untuk mendapat pencapaian yang baik dalam bidang Akademik. Sehari kehidupan seorang murid sekolah menempuh aktiviti pembelajaran yang berbeza. Di sekolah seorang murid tertakluk dengan jadual yang disediakan oleh pihak sekolah. Namun bagaimana pula ketika berada di rumah. Aktiviti hujung minggu perlu dikawal Jangan biarkan ianya berlalu begitu sahaja. Sedaikan jadual hujung minggu disesuaikan dengan aktiviti anjuran sekolah. Jika sekolah mengadakan kelas tambahan pada minggu ke-2 dan ke-4, masukkan aktiviti tersebut di dalam jadual agar kita dapat merancang aktiviti hujng minggu dengan aktiviti yang selaras dengan diri kita yang masih bergelar murid sekolah. Bagaimana pula ketika sekolah sedang bercuti ? Cuti sekolah yang tidak dirancang merugikan kita. Peluang tersebut perlu kita ambil dengan kita mengatur masa belajar mengikut keselesaan kita. Jangan gadaikan masa depan dengan hanya berseronok sahaja. Apa yang kita lakukan sekarang ini natijah yang kita perolehi adalah di masa depan. Sekarang kita bersusah payah belajar, Insya Allah hidup kita akan selesa pada masa depan dengan kerjaya yang kita ceburi. Seperkara lagi, apabila kita menyusun jadual jangan kita lupa masukkan sekali matapelajaran sekolah agama, dan aktiviti belajar agama ( mengaji quran). Ini adalah kerana pengabaian kepada aktiviti belajar agama akan menyebabkan persiapan hidup kita akan pincang. Belajar akademik sahaja sedangkan belajar agama terabai. Kata Imam Syafie :

Barangsiapa yang Menginginkan Dunia …

مَنْ أَرَادَ الدُّنْيَا فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ وَمَنْ أَرَادَ الآخِرَةَ فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ

“Barangsiapa yang menginginkan dunia, maka hendaknya menuntut ilmu dan barangsiapa yang menginginkan akhirat, maka hendaknya ia menuntut ilmu”.

Jadual Waktu Persendirian Cuti Sekolah


Jadual Waktu Sekolah



Jadual Waktu Persendirian Hari Bersekolah

Modul PRS


Kandungan : Panduan Perlaksanaan PRS di Sekolah

++klikdownload++Modul P R S ++klikdownload++

Modul RIMUP 2011

Kandungan : Modul RIMUP 3H2M :
"Perhatian" Video Sejarah Kemerdikaan akan di UPLOAD di youtiube dalam masa terdekat. Akan dimaklumkan kemudian.

++klikdownload++Kertas Kerja RIMUP++klikdownload++

++klikdownload++Video RIMUP++klikdownload++

"Perkongsian" Perancangan UBK 2011 Untuk download


Kandungan : Perancangan Strategik, Rancangan Tahunan, Pelan Tindakan, Carta Gantt

++klikdownload++Buku Pengurusan UBK 2011++klikdownload++

Konvensyen PERASA Peringkat Kebangsaan ke-8

Ekslusif Buat Kulator & Kulaan Konvensyen

++klikdownload++ PERASA++klikdownload++

Modul Kajian Tindakan


Kandungan : Panduan Untuk Membuat Kajian Tindakan di Sekolah

++klikdownload++Modul Kajian Tindakan++klikdownload++

Modul Kepimpinan 2011


Kandungan : Modul Kepimpinan 3H2M, 1H di SK Perempuan Bandar

++klikdownload++Modul Kepimpinan++klikdownload++

"Perkongsian" Dokumen Kelab UBK SR Utk Download


Isi kandungan : Perlembagaan Kelab, Cth Aktiviti Tahunan, dll

++klikdownload++Dokumen Pengurusan Kelab UBK++klikdownload++

e-Pengurusan UBK untuk download

Sila dapatkan no unprotected untuk pengaktifan dengan meninggalkan e mail d soutmax
+++klik link ++++e pengurusan bdk++++klik link++++

Waman Jahada Fainnama Yujahidu Linafsih......

Saya admin aspirasidiri menyuarakan KECAMAN sekeras-kerasnya terhadap Laknatullah Rejim Zionis kerana melakukan serangan terhadap SAUDARA-saudara saya di ....GAZZA.... Jahanam, Jahanam Zionis, Hancur, Hancur Zionis. Ihzihum Wansurna Alaihim.... Saya berdoa agar rakyat Palastin tabah dan terus berjuang mempertahankan malahan menyerang keangkuhan Rejim Zionis... Menang atas Rejim Zionis atau Menang Sebagai SYAHID bertemu Allah... Yujahidu na Fi Sabilillah... Fayaktalun na wayuk talun ..... terus berjuang .... samada kamu membunuh atau di bunuh... .... Ya Allah Kami Tidak Dapat Berjuang Seperti Mereka..... tetapi kemi berdoa ... Wamautana, Bimauti Syuhada' ....seperti MEREKA.. Ijabata li dua'

jemput tinggalkan jejak di blog apirasidiri