Didikan Rohani Dengan Ibadah. عن عمرو بن شُعَيْبٍ عن أَبِيهِ عن جَدِّهِ قَالَ، قَالَ رسولُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مُرُوا أَوْلاَدَكُمْ بِالصَّلاَةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْع سِنِينَ وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءَ عَشْرِ سِنِينَ، وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي المَضَاجِعِ.[4] Yang bermaksud, Daripada ‘Amru bin Syu‘aib, daripada bapanya, daripada datuknya berkata, sabda Rasulullah saw: “Perintahlah anak-anakmu mendirikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka jika meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun serta pisahkan tempat tidur mereka.

Perkhidmatan

Pengiktirafan Majalah Pendidik kepada Blog Aspirasi Diri

Keluaran Disember 2010, MS 30

30 October 2011

aspirasidiri : Teks Doa Konvokesyen Pasti

DOA SEMPENA KONVOKESYEN PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM (PASTI)
(teks disusun & dibaca oleh nurabadi )
Konvokesyen PASTI kawasan Semberong 2011
Tarikh : 30-10-2010,  Hari : Ahad,  Masa : 9 Pagi
 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
 َالْحَمْدُ ِللهِ رَبِ الْعَالَمِيْنَ حَمْدًا يُوَافِى نِعَمَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَهُ يَارَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِيْ لِجَلاَلِ وَجْهِكَ وَعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ  
 اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُنْجِيْنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ اْلأَهْوَالِ وَاْلآفَاتِ وَتَقْضِيْ لَنَا بِهَا جَمِيْعَ الْحَاجَاتِ  وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ السَّيِّئَاتِ  وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ أَعْلَى الدَّرَجَاتِ  وَتُبَلِّغُنَا بِهَا أَقْصَى اْلغَايَاتِ مِنْ جَمِيْعِ الْخَيْرَاتِ فِى الْحَيَاةِ وَبَعْدَ الْمَمَاتِ.

اَللَّهُمَّ يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ

Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana mengizinkan kami untuk mengadakan dan berada dalam Majlis Konvokesyen  Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI Al-Hikmah) Sesi 2011 besamaan 1432 Hijrah

 اَللَّهُمَّ يَا مُجِيْبَ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الْحَاجَاتِ

Kami memohon kepada-Mu , agar Engkau berkati Majlis Konvokesyen PASTI ini dengan limpahan rahmat dan rahim-Mu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan, keberkatan dan hidayah-Mu.

اَللَّهُمَّ يَا قَوِيُّ يَا عَزِيْزُ يَا فَعَّالٌ لِّمَا يُرِيْدُ

Di saat ini juga kami rafa’kan tangan kehambaan mengharapkan ihsan-Mu agar Engkau teruskan dan lanjutkan kecemerlangan yang sudah kami capai samada dalam bidang akademik mahupun aspek pembinaan sahsiah insan dan seterusnya menganugerahkan kepada kami kecemerlangan demi kecemerlangan yang lebih bermakna dalam pelbagai bidang pada masa-masa akan datang.

اَللَّهُمَّ يَا مُهَيْمِنُ يَا رَقِيْبُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ

Jadikanlah pelajar-pelajar  yang menerima anugerah dan sijil penghargaan pada hari ini sebagai pelajar yang bersyukur di atas pengiktirafan ini. Jadikanlah mereka pelajar-pelajar yang akan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk meningkatkan potensi dan prestasi mereka dalam bidang akademik mahupun ketrampilan peribadi yang luhur. Malah kami memohon daripada-Mu Ya Allah dengan penuh ketaakulan agar anugerah yang diterima di dalam Majlis Konvokesyen PASTI akan menjadi sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar lain supaya mereka sama-sama mengerah keringat dan menggembleng tenaga untuk mencapai kecemerlangan demi mengharumkan nama PASTI di masa hadapan.
  
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
  
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقًا مَعْصُوْمًا وَلاَ تَجْعَلْ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا.
Ya Allah, jadikanlah pertemuan  kami  di dalam Majlis Konvokesyen Pusat Asuhan Tunas Islam Sesi 2011 bersamaan 1432 Hijrah ini sebagai satu pertemuan yang dirahmati dan perpisahan kami pula selepas ini sebagai satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi. Dan janganlah Engkau jadikan pada diri kami ini, dan mereka yang bersama kami, kebinasaan, dan menyingkirkan kami dari memperolehi rahmat.

{رَبَّنَا اصْرِفْ عَنَّا عَذَابَ جَهَنَّمَ إِنَّ عَذَابَهَا كَانَ غَرَامَا إِنَّهَا سَاءَتْ مُسْتَقَرًّا وَمُقَامًا} {رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوْبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ} {رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّار}ِ وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ مَعَ اْلأَبْرَارِ. يَا عَزِيْزُ يَاغَفَّارُ يَارَبَّ الْعَالَمِيْنَ  وَصَلَّى الله ُ وَسَلَّمَ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ  وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن
 رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ  

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

28 October 2011

aspirasidiri : Awal Remaja

Alhamdulillah diizinkan Allah untuk menyampaikan ceramah di dalam Program Awal Remaja SK Felda Ulu Penggeli. Semoga meniti alam remaja dengan pengetahuan yang benar.










25 October 2011

aspirasidiri : Penghantaran Data L4



Alhamdulillah. Penghantaran L4 telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Tahniah kepada JU Teknikal Kebangsaan yang telah dapat menyediakan program tersebut. Penambah baikan perlu dibuat pada perkara berikut :

1. Table untuk daftar kod sekolah masih kekal walaupun teleh direset. Saya dapati reset maklumat tidak memadam kod sekolah. Ini menyebabkan walaupun data baru dimasukkan (data sekolah lain) pada table kod masih lagi terdaftar kod sekolah sebelumnya. Reset perlu memadam semua maklumat. Program tolong bantu lebih mudah dilaksanakan.

2. Susunan Jenis perkhidmatan di dalam SPSK tidak sama dengan susunan jenis perkhidmatan di dalam eL4 ini menyebabkan kemungkinan berlakunya kesilapan semasa keyin maklumat. (e L4 tidak berformatkan borang L4 SPSK)

3. Nama bidang di eL4 tidak  sama dengan nama bidang di L4 SPSK. Pembangunan diri dalam L4 SPSK mungkin membawa maksud peribadi di dalam eL4. Pecangahan ini mungkin akan menyebabkan kesilapan memahami maksud yang dikehendaki. Ia juga boleh dita'rif sebagai lain-lain bidang.

Dengan kepakaran yang ada dalam JK Teknikal pada hemat saya perkara ini mudah diatasi. saya berdoa untuk diri dan tuan-tuan Semoga perkhidmatan Bimbingan akan terus sentiasa maju ke hadapan. Tahniah kepada JK Teknikal Kebangsaan.

21 October 2011

aspirasidiri : Belajar Dari Kegagalan

Kita sentiasa peka dengan memburu kecemerlangan. Dalam mengejar cita-cita kecemerlangan ini kita tidak boleh mengabaikan faktor-faktor yang menyebabkan kegagalan. Dalam memahami makna kegagalan sering kali kita mengukur kegagalan dengan pencapaian akademik sahaja.  Bagaimana jika kita memang lemah dalam akademik tetapi kita cemerlang di dalam bidang sukan , unit beruniform, dan ko-akademik?. Aktif mewakili sekolah di dalam pertandingan rekacipta, menyertai pemeran anjuran Unit Bimbingan & Kaunseling, Doktor Muda, Pidato, Berbalas Pantun, Melukis Poster AADK.
Sebuah kegagalan sebenarnya bermula dari kegagalan kita merancang strategi untuk kejayaan. Kita masih lagi mengulangi kesilapan yang pernah dilakukan oleh orang lain.  Sering mengada-adakan alasan atas setiap kegagalan. Kita  tidak pernah dan tidak mahu  belajar dari kesilapan yang pernah kita lakukan. Jika cara yang kita pilih adalah cara yang pernah menyebabkan orang lain gagal maka kita perlu cuba mengelakkannya.  
Kita sebenarnya perlu menjadi diri kita sendiri. Strategi yang kita  pilih bukan melalui sangkaan. Tetapi memang telah diselidiki kekuatan dan keberkesanannya.  Strategi kita memang mendapat restu ibu bapa kita malahan diiringi solat Istikaharah. Buatlah sesuatu perkara mengikut keupayan diri kita sendiri. Jangan paksa diri mengikut sepenuhnya cara dan strategi orang lain. Pesan orang tua "Ukur baju di badan sendiri". Barulah strategi kita mantap. Insya Allah.

 Pasca UPSR
SK Seri Kampung Renggam

 Menjana Aspirasi Diri
UPSR 2012


 Indah & Hening
 Twin Tower
 On Your Mark, Get Set........Go........dam....


 "Teliti dan Fokus"
Praktikal memberi tumpuan di dalam bilik darjah..

Terima Kasih
Tuan Guru Besar & Ustaz Mohd Taib b. Hj Dolah
Sudi Dalam Perkongsian 
Memberi Kesempatan Menjemput Saya 
Dalam Program Ini.

19 October 2011

aspirasidiri : Aktiviti Kumpulan Menjana Penyelesaian Masalah

Masalah ? Salah satu objektif dalam pembelajaran ialah menyelesaikan masalah. Apabila kita berusaha untuk mencari penyelesaian kepada sesuatu masalah yang kita hadapi, sebenarnya kita sedang menjana keupayaan kita untuk berfikir. Menyelesaikan masalah secara kolektif melalui konsesus mempunyai banyak kebaikan dan amat berkesan. Orang dulu bilang bekerjasama untuk menyelesaikan masalah. Masalah dapat diselesaikan melalui beberapa cara antaranya
1. Berdasarkan pengalaman.
2. Berdasarkan kajian
3. Berdasarkan tunjuk ajar
4. Berdasarkan cuba jaya
5. Berdasarkan ansur maju


Namun pada akhirnya ialah adakah jalan penyelesaian yang dipilih itu dapat diterima dan dipersetujui ? Adakah berlaku "rumah siap pahat berbunyi" ? 

10 October 2011

aspirasidiri : Ke Mana Masa Kita Pergi ?

Analisa mudah boleh kita lakukan untuk kita meneliti ke mana masa dihabiskan. Jika ditolak masa tidur biasa 8 jam, masa aktif adalah 16 jam. Ini bermakna kita beraktiviti secara aktif dari jam 6 pagi hingga 10 malam. Berada di sekolah dari jam 7 pagi hingga jam 2 petang. Melayari internet  4 jam. Berapa tempoh masa untuk belajar ? Bila waktunya untuk belajar ? Buat kerja rumah ? Berapa banyak masa yang digunakan untuk meningkatkan diri dalam melaksanakan tuntutan agama ? Mengaji,  kelas fardu ain ? Membantu ibu bapa bagaimana pula ? Bayangkan jika benar fb menguasai kehidupan para remaja. Kesan positifnya bagaimana ? Sebaldi air yang telah terjatuh ke dalamnya najis (tahi) cicak, adakah boleh digunakan lagi untuk berwuduk ? Sebaldi air itu masa yang kita tinggal. Melayari fb hanya untuk berseronok. Berinteraksi untuk tujuan yang negatif. Apa natijahnya ? 
Tertipu, tergadai maruah, menjadi keldai dadah, kristal, pil kuda , bunuh diri, menipu ibu bapa, dll........ semuanya ini ada statistiknya. Berapa banyaknya positifnya. Baca sahaja laporan akhbar berikut :


Remaja habiskan masa 4 jam sehari layari internet, kerap menipu, antisosial (Berita Harian,10 Oktober)

KUALA LUMPUR: Kira-kira 60,000 pelajar berusia antara 12 hingga 18 tahun di negara ini dikesan menghabiskan sekurang-kurangnya empat jam sehari melayari internet terutama laman sosial Facebook (FB).

Ketagihan terhadap internet terutama FB itu menyebabkan pelajar terbabit kerap menipu, mencuri, antisosial dan berubah menjadi seorang yang pemarah sekiranya keinginan mereka tidak dapat dipenuhi.
Sekiranya ketagihan laman sosial itu tidak diatasi, ia akan menyebabkan pelbagai impak negatif termasuk gejala ponteng sekolah dan perbuatan jenayah serta antisosial. Mohd Fadzil Che Din, Pengarah Institut Sosial Malaysia
Selain itu, golongan itu dikatakan mudah menghidapi penyakit seperti pening, masalah penglihatan dan sakit perut berikutan tindakan mereka mengurangkan masa tidur dan rehat yang mencukupi.

Pengarah Institut Sosial Malaysia (ISM), Prof Madya Dr Mohd Fadzil Che Din, berkata ketagihan remaja melayari laman web itu semakin serius sehingga sanggup bertindak ganas sekiranya dihalang menggunakan kemudahan online.

“Remaja yang ketagih internet itu sanggup ponteng sekolah sekiranya di rumah mereka tiada komputer. Jika duit poket tidak cukup, mereka sanggup mencuri, asalkan dapat mengunjungi siber kafe,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.

Mohd Fadzil berkata, melayari internet kini menjadi sebahagian kehidupan harian mereka dan sering berasakan seolah-olah hidup sunyi jika tidak berinteraksi dengan rakan FB.
“Mereka berasa lebih selesa dan selamat untuk berkomunikasi melalui internet sekali gus membantutkan perkembangan interaksi terus sesama manusia,” katanya.

Beliau turut tidak menafikan golongan ketagih laman web itu seperti ketagihan dadah yang sukar untuk diubati kerana ia satu cara membantunya bersosial.

Katanya, terdapat juga kes sesetengah golongan muda yang lebih rela berhenti kerja daripada mengurangkan masa mereka dengan melayari laman sosial itu sekiranya diberi pilihan.

“Sekiranya ketagihan laman sosial itu tidak diatasi, ia akan menyebabkan pelbagai impak negatif termasuk gejala ponteng sekolah dan perbuatan jenayah serta antisosial,” katanya.

Pakar Perunding Kanan Psikiatri dan Psikoterapi Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Azhar Zain, berkata ketagihan melayari laman sosial boleh menyebabkan keletihan fizikal dan mental yang melampau.

Beliau berkata, ia turut mengganggu jam biologi pelajar sehingga menyebabkan hormon terganggu, sistem ketahanan badan kurang selain memberi kesan kepada mental.

“Apabila masa yang sepatutnya untuk rehat digunakan melayari internet, ia menyebabkan pelajar itu letih fizikal dan mental sekali gus tumpuan belajar berkurangan,” katanya.

Pensyarah Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr Mariani Md Nor, berkata tumpuan terlalu lama terhadap internet akan menyebabkan pelajar lebih suka menyendiri.

Beliau berkata, mereka juga bersifat individualistik selain mudah terdorong untuk melayari laman lucah kerana bahan itu mudah didapati dan boleh dimuat turun dengan hanya menggunakan telefon bimbit.

09 October 2011

aspirasidiri : Jangan mengharap agar orang lain ambil berat tentang solat kita.

Siapa yang tidak solat subuh pagi tadi, sila angkat tangan. Belum pun sempat tangan diangkat dengan sempurna, turun tangan, pintaku. Ku anggarkan lebih sepuluh orang murid yang mengaku tidak solat subuh. Keadaan imi memang telah dijangka. Waktu itu sekitar 20 minit sebelum UPSR 2011 hari kedua bermula. Beberapa hari yang lalu di dalam program pasca UPSR sekali lagi soalan yang sama diajukan. Kali ini pertanyaan secara individu. Siapa yang tidak solat subuh pagi tadi, ganti sekarang. Hampir sepuluh orang yang tidak solat subuh. Bagaimana kita nak solat solat sunat (duha), sedangkan kita ada hutang solat yang wajib (fardhu) ? Pagi itu kami solat sunat taubat sahaja. 

 Apa yang ingin kita renungkan ialah dalam saat genting sebegitu pun ada lagi dalam kalangan (anak-anak / murid-murid)  kita yang tidak menunaikan solat subuh. Dengan siapa kita harap pertolongan ? Bukankah kejayaan itu seiring dengan usaha dan doa. Bukankah perlakuan dan bacaan di dalam solat itu sebahagiannya adalah doa dan pujian kepada Allah?.  Jika tidak solat, bila masanya kita berdoa. Berdoa dengan tidak solat subuh ? Ya , kita boleh berdoa bila-bila masa. Tapi apa maknanya mengaminkan doa yang dibacakan beberapa minit sebelum peperiksaan  itu?  Kita berhutang. Tidak menunaikan solat subuh pagi tadi. Usaha belajar kita sebelum ini bagaimana pula ? Bukankah keberkatan yang kita cari ?. Bukankah kita mencari ilmu yang bermanfaat ?.  Ilmu yang dapat memimpin diri. Penyuluh kehidupan.

Inilah pratikal dalam hidup. Dalam kita menghadapi rutin sebagai murid dan pelajar ada yang mengabaikan soal solat. Bagaimana sekiranya memang kita dilanda ujian seperti sakit dan sebagainya, adakah kita mengabaikan solat juga ? Itu satu persoalan luar konteks tajuk kita.

Bila diajukan soalan mudah. Kenapa tak solat subuh pagi tadi ? Jawapannya juga mudah, .... tak sempat.... bangun lewat.... tak disuruh.... 

Tidak solat dalam kalangan murid menggambarkan perlakuan tidak mengambil berat dalam soal penghayatan sebagai seorang muslim. Saya selalu mengingatkan agar kita selalu merasakan diri kita beragama. Solat adalah garis perbezaannya. Antara taat dan engkar perintah. Jangan harap orang lain yang mengambil berat terhadap amalan beragama diri kita. Jangan kita hanya menunggu arahan dari ibu bapa kita sahaja. Kita bertanggungjawab terhadap amalan agama kita.  Masing-masing akan dipertanggungjawabkan dengan amalan masing-masing. Apa yang membimbangkan kita ialah bagaimana seorang yang sedang meningkat umurnya dapat memelihara diri dari melakukan kesalahan disiplin (konteks seorang murid dan pelajar) jika tidak solat. Bukankah perlakuan perlangaran disiplin ada kaitannya dengan natijah dari amalan solat seseorang ?. 

Dulu merokok, ponteng, melawan guru, conteng dinding sekolah, patahkan kerusi, pecahkan cermin tingkap, pancitkan tayar  dan calarkan kereta guru. Kini gejala zina, buang bayi, menjadi keldai dadah, minum arak, bunuh diri, tikam emak, tendang bapak. Semuanya ini pernah berlaku dan ada statistiknya. 

Bagaimanakah kita ingin berhadapan dengan situasi ini ?  Jawapan sangat pasti, jangan tinggalkan solat. Jangan abaikan solat. Kitalah yang mengambil berat tentang solat kita. Jangan harap orang lain mengambil berat tentang solat kita. Marilah kita menunaikan solat. Marilah kita menuju kejayaan. Berjayalah orang beriman yang khusyuk di dalam solatnya. Insya Allah.

04 October 2011

asipirasidiri : Jawab Ikut Apa Yang di Tanya, Jangan Jawab Ikut Apa Yang Kita Tahu

Gerbang peperiksaan terbuka lagi buat beberapa hari, mulai hari ini. Kini giliran Calon PMR berhadapan dengan cabaran peperiksaan. Persiapan berbulan-bulan berbaloi jika kita dapat mempersembahkan jawapan yang terbaik. 
  1.  Bacalah arahan dengan teliti. Fahamkan betul-betul.
  2.  Bacalah soalan dengan tenang. Gariskan kata kunci.
  3. Baca setiap jawapan. Jangan pilih terus jawapan. Mungkin ada jawapan yang lebih tepat. 
  4. Pilih jawapan yang difikirkan memenuhi kehendak soalan. Jangan terpengaruh dengan jawapan yang kita  pernah tahu. Mungkin dari pengalaman ketika membuat latihan kita pernah menjawab soalan yang mirip dengan soalan yang sedang kita jawab.
  5. Pindahkan jawapan yang kita pilih ke kertas JOB dengan padanan yang betul. Jika kita pilih jawapan A, hitamkan A. Jawapan ikut no soalan. Jika ada soalan yang belum dijawab, bulatkan pada no di soalan yang belum dijawab. Ini bertujuan untuk kita kembali kepada soalan yang belum dijawab lagi.
  6. Bagi jawapan yang mempunyai anika pilihan jawapan. Dalam satu jawapan ada beberapa maklumat. Contoh : A 1 dan 11, B 1, 11 dan 111 Aanda perlu berhati-hati. Soalan ini mempunyai maklumat yang berlapis-lapis.
  7. Hitamkan betul-betul pada jawapan yang dipilih. Padamkan sehingga bersih jika ingin mengubah jawapan.
  8. Bagi soalan subjektif. Tulisan berperanan menentukan markah. Bayangkan jika tulisan pada skrip jawapan yang sukar dibaca. Bagaimana mungkin markah yang baik diberi kepada tulisan yang sedemikian.
  9. Jangan lupa tulis nombor soalan yang dijawab. Contoh : Bahagian A Soalan 1. Natakan bahagian soalan dan nyatakan nombor soalan yang dijawab.
  10. Buat draf. Supaya jawapan lebih teratur. Potong sekali jika ada kesilapan semasa megeja. Jangan conteng pada perkatan yang salah dieja.
  11. Yang sangat penting, jawab ikut kehendak soalan.
  12. Semaklah semula kepada apa yang telah anda buat.
  13. Jangan buat perkara yang mencurigai, melukis, tidur, pergi tandas. Bayangkan belajar berbulan-bulan. Sampai masa menjawab, masa yang diperuntukan tidak dimanfaatkan. Kesian ibu ayah kita. Kita main-main sewaktu pepriksaan sedang berjalan.
  14. Dengan doa kita mulakan, dengan doa juga kita mengakhiri usaha kita.
Selamat menghadapi peperiksaan dengan penuh ketenangan. Mudah-mudahan kejayaan menjadi milik kita.. Persembahkan jawapan yang baik. Ingat, jawab ikut kehendak soalan, jangan jawab ikut apa yang kita tahu

Modul Guru Penyayang

Posting Ke-2 Paling Popular (1041 Pelawat)(25873 Pelawat 14.4.2015)

Teks disusun dan dibacakan oleh nurabadi sempena hari Anugerah Cemerlang & Konvokesyen Pra Sekolah SK Seri Taman Kluang Barat 2011

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِ الْعَالَمِيْنَ حَمْدًا يُوَافِى نِعَامَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَهُ يَارَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِيْ لِجَلاَلِ وَجْهِكَ وَعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُنْجِيْنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ اْلأَهْوَالِ وَاْلآفَاتِ وَتَقْضِيْ لَنَا بِهَا جَمِيْعَ الْحَاجَاتِ وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ السَّيِّئَاتِ وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ أَعْلَى الدَّرَجَاتِ وَتُبَلِّغُنَا بِهَا أَقْصَى اْلغَايَاتِ مِنْ جَمِيْعِ الْخَيْرَاتِ فِى الْحَيَاةِ وَبَعْدَ الْمَمَاتِ

اَللَّهُمَّ يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ

Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana mengizinkan kami untuk mengadakan dan berada dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Konvokesyen Pra Sekolah SK Seri Taman Kluang Barat, 2011

اَللَّهُمَّ يَا مُجِيْبَ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الْحَاجَاتِ

Kami memohon kepada-Mu , agar Eangkau berkati majlis ini dengan limpahan rahman dan rahim-Mu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan hidayah-Mu. Tidak juga lupa kepada para pendidik yang telah menyumbang khidmat dan menabur bakti mereka di sekolah yang bertuah ini .

اَللَّهُمَّ يَا قَوِيُّ يَا عَزِيْزُ يَا فَعَّالٌ لِّمَا يُرِيْدُ

Di saat ini juga kami rafa’kan tangan kehambaan mengharapkan ihsan-Mu agar Engkau teruskan dan lanjutkan kecemerlangan yang sudah kami capai samada dalam bidang akademik mahupun aspek pembinaan sahsiah insan dan seterusnya menganugerahkan kepada kami kecemerlangan demi kecemerlangan yang lebih bermakna dalam pelbagai bidang pada masa-masa akan datang.

اَللَّهُمَّ يَا مُهَيْمِنُ يَا رَقِيْبُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ

Jadikanlah pelajar-pelajar yang menerima hadiah dan sijil penghargaan pada hari ini sebagai pelajar-pelajar yang bersyukur di atas pengiktirafan ini. Jadikanlah mereka pelajar-pelajar yang akan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk meningkatkan potensi dan prestasi mereka dalam bidang akademik mahupun ketrampilan peribadi yang luhur. Malah kami memohon daripada-Mu Ya Allah dengan penuh ketaakulan agar majlis anugerah ini akan menjadi sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar lain supaya mereka sama-sama mengerah keringat dan menggembleng tenaga untuk mencapai kecemerlangan demi mengharumkan nama sekolah ini.


اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ
وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقًا مَعْصُوْمًا
وَلاَ تَجْعَلْ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا.

Ya Allah, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai satu perhimpunan yang dirahmati dan perpisahan kami pula selepas ini sebagai satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi. Dan janganlah Engkau jadikan pada diri kami ini, dan mereka yang bersama kami, kebinasaan, dan menyingkirkan kami dari memperolehi rahmat

رَبَّنَا اصْرِفْ عَنَّا عَذَابَ جَهَنَّمَ إِنَّ عَذَابَهَا كَانَ غَرَامَا إِنَّهَا سَاءَتْ مُسْتَقَرًّا وَمُقَامًا
رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوْبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ مَعَ اْلأَبْرَارِ. يَا عَزِيْزُ يَاغَفَّارُ يَارَبَّ الْعَالَمِيْنَ
وَصَلَّى الله ُ وَسَلَّمَ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

Posting Paling Popular Sepanjang 2012 : (3163 Pelawat)

aspirasidiri : Jadual Waktu Belajar Persendirian (Hari Bersekolah & Cuti Sekolah)

Murid yang mampu mengurus masa berpotensi untuk mendapat pencapaian yang baik dalam bidang Akademik. Sehari kehidupan seorang murid sekolah menempuh aktiviti pembelajaran yang berbeza. Di sekolah seorang murid tertakluk dengan jadual yang disediakan oleh pihak sekolah. Namun bagaimana pula ketika berada di rumah. Aktiviti hujung minggu perlu dikawal Jangan biarkan ianya berlalu begitu sahaja. Sedaikan jadual hujung minggu disesuaikan dengan aktiviti anjuran sekolah. Jika sekolah mengadakan kelas tambahan pada minggu ke-2 dan ke-4, masukkan aktiviti tersebut di dalam jadual agar kita dapat merancang aktiviti hujng minggu dengan aktiviti yang selaras dengan diri kita yang masih bergelar murid sekolah. Bagaimana pula ketika sekolah sedang bercuti ? Cuti sekolah yang tidak dirancang merugikan kita. Peluang tersebut perlu kita ambil dengan kita mengatur masa belajar mengikut keselesaan kita. Jangan gadaikan masa depan dengan hanya berseronok sahaja. Apa yang kita lakukan sekarang ini natijah yang kita perolehi adalah di masa depan. Sekarang kita bersusah payah belajar, Insya Allah hidup kita akan selesa pada masa depan dengan kerjaya yang kita ceburi. Seperkara lagi, apabila kita menyusun jadual jangan kita lupa masukkan sekali matapelajaran sekolah agama, dan aktiviti belajar agama ( mengaji quran). Ini adalah kerana pengabaian kepada aktiviti belajar agama akan menyebabkan persiapan hidup kita akan pincang. Belajar akademik sahaja sedangkan belajar agama terabai. Kata Imam Syafie :

Barangsiapa yang Menginginkan Dunia …

مَنْ أَرَادَ الدُّنْيَا فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ وَمَنْ أَرَادَ الآخِرَةَ فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ

“Barangsiapa yang menginginkan dunia, maka hendaknya menuntut ilmu dan barangsiapa yang menginginkan akhirat, maka hendaknya ia menuntut ilmu”.

Jadual Waktu Persendirian Cuti Sekolah


Jadual Waktu Sekolah



Jadual Waktu Persendirian Hari Bersekolah

Modul PRS


Kandungan : Panduan Perlaksanaan PRS di Sekolah

++klikdownload++Modul P R S ++klikdownload++

Modul RIMUP 2011

Kandungan : Modul RIMUP 3H2M :
"Perhatian" Video Sejarah Kemerdikaan akan di UPLOAD di youtiube dalam masa terdekat. Akan dimaklumkan kemudian.

++klikdownload++Kertas Kerja RIMUP++klikdownload++

++klikdownload++Video RIMUP++klikdownload++

"Perkongsian" Perancangan UBK 2011 Untuk download


Kandungan : Perancangan Strategik, Rancangan Tahunan, Pelan Tindakan, Carta Gantt

++klikdownload++Buku Pengurusan UBK 2011++klikdownload++

Konvensyen PERASA Peringkat Kebangsaan ke-8

Ekslusif Buat Kulator & Kulaan Konvensyen

++klikdownload++ PERASA++klikdownload++

Modul Kajian Tindakan


Kandungan : Panduan Untuk Membuat Kajian Tindakan di Sekolah

++klikdownload++Modul Kajian Tindakan++klikdownload++

Modul Kepimpinan 2011


Kandungan : Modul Kepimpinan 3H2M, 1H di SK Perempuan Bandar

++klikdownload++Modul Kepimpinan++klikdownload++

"Perkongsian" Dokumen Kelab UBK SR Utk Download


Isi kandungan : Perlembagaan Kelab, Cth Aktiviti Tahunan, dll

++klikdownload++Dokumen Pengurusan Kelab UBK++klikdownload++

e-Pengurusan UBK untuk download

Sila dapatkan no unprotected untuk pengaktifan dengan meninggalkan e mail d soutmax
+++klik link ++++e pengurusan bdk++++klik link++++

Waman Jahada Fainnama Yujahidu Linafsih......

Saya admin aspirasidiri menyuarakan KECAMAN sekeras-kerasnya terhadap Laknatullah Rejim Zionis kerana melakukan serangan terhadap SAUDARA-saudara saya di ....GAZZA.... Jahanam, Jahanam Zionis, Hancur, Hancur Zionis. Ihzihum Wansurna Alaihim.... Saya berdoa agar rakyat Palastin tabah dan terus berjuang mempertahankan malahan menyerang keangkuhan Rejim Zionis... Menang atas Rejim Zionis atau Menang Sebagai SYAHID bertemu Allah... Yujahidu na Fi Sabilillah... Fayaktalun na wayuk talun ..... terus berjuang .... samada kamu membunuh atau di bunuh... .... Ya Allah Kami Tidak Dapat Berjuang Seperti Mereka..... tetapi kemi berdoa ... Wamautana, Bimauti Syuhada' ....seperti MEREKA.. Ijabata li dua'

jemput tinggalkan jejak di blog apirasidiri