Didikan Rohani Dengan Ibadah. عن عمرو بن شُعَيْبٍ عن أَبِيهِ عن جَدِّهِ قَالَ، قَالَ رسولُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مُرُوا أَوْلاَدَكُمْ بِالصَّلاَةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْع سِنِينَ وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءَ عَشْرِ سِنِينَ، وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي المَضَاجِعِ.[4] Yang bermaksud, Daripada ‘Amru bin Syu‘aib, daripada bapanya, daripada datuknya berkata, sabda Rasulullah saw: “Perintahlah anak-anakmu mendirikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka jika meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun serta pisahkan tempat tidur mereka.

Perkhidmatan

Pengiktirafan Majalah Pendidik kepada Blog Aspirasi Diri

Keluaran Disember 2010, MS 30

21 February 2014

aspirasidiri : Hati Segumpal Darah


Klik <SUMBER>

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: أَلَا وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ أَلَا وَهِيَ الْقَلْبُ
(صحيح البخاري)
Sabda Rasulullah saw: “Ketahuilah bahwa pada jasad terdapat segumpal daging, jika ia baik maka baiklah seluruh jasadnya, jika ia buruk maka buruklah seluruh jasadnya, ketahuilah itu adalah hati” (Shahih Bukhari)

makna yang pertama adalah makna yang zhahir yaitu jika segumpal darah itu baik maka baiklah seluruh tubuhnya, dan jika segumpal darah itu buruk maka buruklah seluruh tubuhnya, maksudnya jika jantung itu memompa darah kurang baik maka akan berantakan seluruh tubuhnya.

Namun secara bathin berarti bahwa jika segumpal darah itu baik yaitu penuh dengan sifat-sifat yang luhur maka ucapan, penglihatan, pendengaran, dan perbuatannya pun akan luhur, dan segala-galanya penuh dengan rahmat Allah, dan jika dia dipenuh dengan rahmat maka dia akan menjadi matahari rahmat Ilahi, sebagai pewaris dari para penyebar rahmat Ilahi, pewaris dari segala sumber rahmat Ilahi, sayyidina Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam, yang Allah sebut sebagai “Sirajan Muniira” yaitu pelita yang terang benderang, sayyidina Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam

 



قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إنَّ اللهَ لاَ يَنْظُرُ إِلَى صُوَرِكُمْ وَأَمْوَالِكُمْ وَلَكِنْ يَنْظُرُ إِلَى قُلُوْبِكُمْ وَأَعْمَالِكُمْ

Sabda Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam): Sesungguhnya Allah tidak melihat rupamu dan hartamu, tetapi Dia melihat pada hatimu dan amalanmu.
[Hadis Sahih Riwayat Imam Muslim]



20 February 2014

aspirasidiri : Redha Allah Adalah Pada Redha Ibu Bapa

Artikal Diterbitkan Semula
Penjelasan Status Hadith: Redha Allah Atas Redha Ibu Bapa



Matan Hadith:
رضى الله في رضى الوالدين ، وسخط الله في سخط الوالدين
Terjemahan:  Redha Allah adalah pada redha kedua ibu bapa, dan murka Allah adalah pada murka ibu bapa

Takhrij:
Hadith ini dikeluarkan antaranya oleh al-Tirmizi dalam al-Jami' al-Mukhtasar (no. 1899), Ibn Hibban dalam al-Taqasim wa al-Anwa' (no. 429), al-Hakim dalam al-Mustadrak (no. 4/151-152), kesemuanya dari jalur Khalid bin al-Harith dari Syu'bah dari Ya'la bin `Atha' dari Ayahnya dari `Abdullah ibn `Amru dari Nabi SAW secara marfu'.
Juga dikeluarkan al-Tirmizi (dalam komentar no. 1899) dari jalur Muhammad bin Basyar dari Muhammad bin Ja'far dari  Syu'bah dari Ya'la bin `Atha' dari Ayahnya dari `Abdullah ibn `Amru secara Mauquf sebagai kata-kata  `Abdullah ibn `Amru.
Sesetengah lafaz menyebut (الرَّبِّ - Tuhan) menggantikan perkataan (الله - Allah).

Status Hadith:
Saya katakan: Hadith ini tidak sahih sebagai kata-kata Nabi SAW, tetapi yang benar ialah ia adalah kata-kata sahabi : `Abdullah ibn `Amru sahaja.
Hadith ini datang dalam dua jalur satu Marfu' (bersambung kepada Nabi SAW) dan satu Mauquf (terhenti kepada Sahabat - `Abdullah ibn `Amru - sebagai kata-katanya sahaja), dan riwayat yang mahfuz (terpelihara , yang sebetulnya dan tidak silap) ialah riwayat yang Mauquf.
Dan berkata Imam al-Tirmizi sejurus saja beliau mengeluarkan (meriwayatkan) hadith ini dalam kitabnya al-Jami' al-Mukhtasar :
حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ عَنْ شُعْبَةَ عَنْ يَعْلَى بْنِ عَطَاءٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو نَحْوَهُ وَلَمْ يَرْفَعْهُ وَهَذَا أَصَحُّ ... وَهَكَذَا رَوَى أَصْحَابُ شُعْبَةَ عَنْ شُعْبَةَ عَنْ يَعْلَى بْنِ عَطَاءٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو مَوْقُوفًا وَلَا نَعْلَمُ أَحَدًا رَفَعَهُ غَيْرَ خَالِدِ بْنِ الْحَارِثِ 
Terjemahan: "telah menceritakan kami Muhammad bin Basyar dari Muhammad bin Ja'far dari  Syu'bah dari Ya'la bin `Atha' dari Ayahnya dari `Abdullah ibn `Amru semisalnya (iaitu hadith yang sama seperti yang diriwayatkan Khalid bin al-Harith) dan beliau (iaitu Muhammad bin Basyar) tidak meriwayatkannya secara Marfu' (tetapi Mauquf sahaja) dan riwayat yang Mauquf inilah yang tepat, ...dan hadith ini diriwayatkan oleh anak-anak murid Syu'bah yang lainnya dari Syu'bah dari Ya'la dari `Atha' dari Ayahnya dari `Abdullah bin `Amru secara Mauquf sebagai kata-kata `Abdullah bin `Amru sahaja, dan tidaklah diketahui seorangpun dari kalangan murid-murid Syu'bah yang meriwayatkan hadith ini daripada Syu'bah secara Marfu' selain Khalid bin al-Harith sahaja" (al-Jami' al-Mukhtasar, komentar hadith no. 1899).
Juga berkata Imam al-Tirmizi lagi dalam kitabnya al-`Ilal al-Kabir:
أصحاب شعبة لا يرفعون هذا الحديث ، ورفعه خالد بن الحارث
Terjamahan: "- Semua - Murid-murid Syu'bah tidak meriwayatkan hadith ini dari Syu'bah secara Marfu', Khalid bin al-Harith - sahaja - yang meriwayatkannya secara Marfu'" (al-`Ilal al-Kabir, no. 365)
Berdasarkan penjelasan Imam al-Hafiz Abu `Isa al-Tirmizi diatas, dapatlah diketahui bahawa Khalid bin al-Harith meriwayatkan hadith ini dari Syu'bah secara Marfu' , sedangkan Muhammad bin Basyar serta lain-lain murid Syu'bah meriwayatkan hadith ini dari Syu'bah juga tetapi secara Mauquf sahaja, dan yang betul ialah ia adalah Mauquf sebagai kata-kata `Abdullah bin `Amru sahaja sebagaimana periwayatan majoriti murid-murid Syu'bah. Manakala Khalid bin al-Harith beliau telah tersilap meriwayatkan hadith ini secara Marfu'.
Kesimpulannya, ungkapan ini adalah kata-kata `Abdullah bin `Amru dan bukannya kata-kata Nabi SAW. Adapun makna intipati kata-kata `Abdullah ibn `Amru ini benar dan diamalkan fiqhnya. 
sumber Klik < SUMBER PERKONGSIAN >


04 February 2014

aspirasidiri : Ibrah buat ana-anakku


Gambar hiasan.
Warkah ayah buat Adam

Kehadapan anakku Adam yang dikasihi,

Ketika kau bersiap-siap untuk memulakan hari pertama persekolahan sesi petang, ayah senang melihat dirimu yang begitu bersemangat sambil bertali leher biru dengan mengenakan baju dan seluar sekolah baru.

Dan tatkala, kau mengucup tangan kasar yang pernah hinggap di tubuhmu, luluh dan tersiat-siat hati, melihat kau masih tersenyum biarpun di kakimu tersarung kasut lusuh tahun lalu dan beg sekolah yang sedikit carik di tepi.

Di benak, hanya mampu berdoa agar kau tidak mewarisi segala kelemahan dan kekurangan ayah. Ayah sedar, segala impianmu, masih tidak mampu dan belum ditunaikan. Bersabarlah Adam.

Malam sebelumnya, saat kau lena, ayah sukar melelapkan mata. Sesekali terdengar batuk kecilmu, ayah sedikit resah. Mula berkira-kira untuk ke klinik atau sekadar ke kedai mencari ubat sementara mencairkan kahak.

Runsing, ayah lalu menatap picisan berita. Semakin baca, ayah kurang mengerti cerita ekonomi. Lebih-lebih lagi, guna istilah subsidi atau rasionalisasi. Maaflah Adam, ayah tidak sekolah tinggi.

Tapi ayah yang naif ini tersinggung hati, bila menatap kata-kata Menteri yang cuba menyedapkan naluri atau mengajar cara hidup duniawi.

Ukur baju di badan sendiri dan jimat cermat. Kalau naik harga, janganlah makan ayam. Kalau tak nak bayar tol, ikut jalan lama. Harga minyak naik 20 sen saja, barang dan yang lain semua naik, sebab tidak dapat dielakkan lagi. Tapi tidak harga kangkung, buat ramai yang termenung. Buntu juga ayah, sekuat mana lagi mahu perut diikat batu.

Anakku Adam,

Mengurangkan belanja dan tenaga, ayah pun menaiki bas selepas Subuh ke tempat kerja di ibu kota. Jika tidak, tol pergi balik RM10.20, minyak RM20.00 dan parkir kereta RM6.00 setiap hari, perlu diambil kira. Jadi, selepas turun bas ayah lebih rela berjalan kaki untuk ke stesen LRT. Lepas turun LRT, jalan kaki semula untuk sampai destinasi.

Ayah lakukan itu selain senaman, dapat kurangkan beban. Paling tidak, ada duit lebihan sekali sekala dapatlah ayah beli jajan. Bukan apa, tidak tergamak hati, bila ayah balik tanpa buah tangan, kau dan adik-adikmu sudah menunggu di balik pintu dengan harapan.

Tiap kali ke kedai runcit berdekatan, kau, abang dan adikmu pasti mengekori ayah. Dan setiap kali itulah, semuanya tidak pulang dengan hampa.

Ada saja, air kotak, keropok, aiskrim atau paling sikit pun gula-gula sebagai habuan walaupun adakala hati ayah berdebar di kaunter bayaran, bimbang-bimbang baki tidak cukup di tangan.

Pernah sekali duit tidak cukup untuk lebihan,lantas ayah 'paksa' kau, abang dan adikmu ke surau dekat rumah untuk solat berjemaah. Dan waktu itu jugalah, ayah bergegas seorang diri ke kedai, untuk beli keperluan rumah.

Kalau ikut ayah, pasti macam-macam. Dan ayah tidak sanggup melihat semua berputih mata dan pulang tanpa ada jajan untuk dijamah.

Adamku,

Sedikit denyut di kepala bila abangmu, menyua kertas yuran RM120.00 termasuk untuk kelas tambahan. Baru selesai membeli buku-buku sekolah kau dan abang-abangmu berharga RM233.00, kemudian sepersalinan pakaian sekolah semua dengan jumlah RM113.00, tiba pula surat kuning amaran pinta jelaskan bil elektrik yang terlewat bayar, hanya RM36.00 sahaja.

Tetapi lapang sedikit dada ayah, tidak perlu bayar yuran bas yang bakal berganda kerana kau, dan abang-abangmu sudah mula berdikari berjalan kaki ke sekolah. Itupun ditemani ibu.

Biarpun belum sejuk peluh ibu menyiap masakan tengah hari di rumah, dengan sabar perlahan-lahan memimpin adik-adikmu untuk mengiringi kau ke pintu pagar sekolah. Oleh itu ingatlah, jika ibumu marah, janganlah kau menyanggah kerana tiap saat, jasanya kau mamah.

Adam anakku,

Sebenarnya liku ini bukan kisah ayah seorang atau cerita meraih simpati, tetapi lembaran kisah ayah-ayah yang lain jua. Kisah ayahnya seorang penoreh getah, peneroka Felda atau membajak sawah.Juga kisahnya ayah-ayah yang kononnya dikatakan tidak terkesan dengan kenaikan harga sebab tidak mampu memiliki kereta.

Mereka ini tidak pandai mereka-reka cerita dan tidak tahu untuk menukilkan pedihnya rasa seperti ayah. Adakalanya mereka cuba meluah tapi selalunya pasrah dengan apa-apa yang diarah atau dikatakan pemerintah. Lebih hina, mereka yang membantah digelar pula 'Bughah' (penderhaka).

Adam,

Janganlah kau sebak, bilamana ayahmu seolah-olah menjadi pekak. Sebenarnya ayah dengar dan cuba menahan perasaan dengan aneka permintaan kau, abang dan adikmu, yang cukup mentah untuk membezakan apa itu perlu, apa itu kehendak.

Hidup kita mungkin sedikit baik Adam, berbanding ayah-ayah yang diberhentikan kerja serta-merta atau tidak mempunyai kerjaya atau gajinya cukup-cukup makan sahaja. Pasti, redup mata mereka untuk merenung sinar mata anaknya.

Oleh itu bersabarlah, Adam anakku. Moga semua berubah, paling tidak pun, di usia matangmu menjengah. Waktu itu, janganlah sekali-sekali alpa perintah Allah dan lupa ibumu yang bersusah payah.

Anakku Adam,

Ayah telah sedaya upaya berusaha namun apakan daya. Tetapi sekurang-kurangnya, kau tidak alami seperti abang sulungmu ketika kecil, ayah terpaksa isi botolnya dengan air suam, kerana tidak cukup wang untuk membeli susu. Ayah tidak dapat melupakan dan memaafkan diri sendiri, atas kesalahan dan kedaifan itu.

Adam bersabarlah, ayah akan terus usaha membesarkanmu, ikhlas, sampai ke tulang putih ayah. Dan ayah hanya mampu menadah dan sesekali basah di hujung sejadah

sumber ibrah

03 February 2014

aspirasidiri : Ibrah di Sebalik Tahanan Reman di Sweeden


Mendidik anak-anak bukan sekadar cakap-cakap (baca nasihat), contoh perlakuan. Malahan tindakan lebih tegas berupa tindakan merotan. bidang sains mangkaji manusia (psikologi) juga mempunyai pendekatan tersendiri berdasarkan kajian imperikal mereka. Bagi yang berpendidikan bertunjangkan rasional tindakan merotan tidak termasuk di dalam kaedah dan pendekatan pendidikan mereka. Bagi mereka tindakan merotan dalam mendidik diletakkan di dalam kandang orang salah. Membiarkan anak anak di dalam keselesaan tanpa batasan, tidak pula dilihat sebagai satu kesilapan. Malahan itulah satu kewajaran. Kejadian pelakuan-perlakuan bebas melampaui garis batu sempadan tingggalan Rasulullah s.a.w tidak pernah dipandang berat. Seorang anak-anak hanya boleh dirotan jika dalam keadaan sedar ia telah meninggalkan solat dengan sengaja.  Itupun setelah sampai kepada mereka tunjuk ajar dan didikan  mendirikan solat telah disempurnakan. Tidak wajar dirotan jika hanya tidak menyiapkan kerja sekolah. Tidak solat tidak mengapa, tidak membuat kerja sekolah dirotan, ini adalah satu kesilapan.

عن عمرو بن شُعَيْبٍ عن أَبِيهِ عن جَدِّهِ قَالَ، قَالَ رسولُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مُرُوا أَوْلاَدَكُمْ بِالصَّلاَةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْع سِنِينَ وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءَ عَشْرِ سِنِينَ، وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي المَضَاجِعِ.
 Yang bermaksud, Daripada ‘Amru bin Syu‘aib, daripada bapanya, daripada datuknya berkata, sabda  Rasulullah saw: “Perintahlah anak-anakmu mendirikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka jika meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun serta pisahkan tempat tidur mereka

Apa yang perlu menjadi renungan ialah ibu bapa yang membiarkan anak-anak mereka, tidak menekuni ibadah solat, tidak pernah diambil tindakan. Dalam situasai kita sekarang seolah-olah gejala yang berlaku dalam kalangan anak-anak yang semakin membimbangkan tidak pernah dikaitkan dengan perlakuan meninggalkan solat. Iniah yang perlu direnungi. Jangan nanti berlaku, ada dalam kalangan kita yang bersungguh-sungguh dalam mendidik anak-anak agar solat diletakkan di dalam kandang orang salah
pencabulan intergriti kanak-kanak secara kasar.... kita bimbang ada dalam kalangan kita yang melihat isu ini secara rasional semata-mata, Untuk mereka di Sweeden tidaklah mengapa, tetapi untuk kita di tanah air tercinta ini, amatlah malang... jika kita berfikir serupa mereka. "

 HURAIAN Lain
jika meninggalkan solat ketika berumur sepuluh  tahun.

Konsep balasan kepada kesalahan yang dilakukan oleh anak. Sehubungan dengan itu, kita harus mendenda anak sekiranya mereka cuai atau melakukan kesalahan. Berdasarkan ini, Islam mengharuskan kita memukul atau merotan anak sekiranya mereka meninggalkan solat ketika berumur sepuluh tahun. Pada usia ini ada antara anak kita yang telah mencapai umur baligh atau hampir baligh iaitu usia taklif. Akan tetapi apa yang diharuskan itu mestilah satu perkara yang munasabah.

Selain ibu bapa, para guru juga diharuskan mendenda atau merotan anak muridnya yang cuai atau melakukan kesalahan. Walau bagaimana pun janganlah terlalu mudah untuk mengenakan denda atau rotan tanpa cuba memperbaiki atau memperbetulkannya terlebih dahulu dengan pelbagai cara yang lain seperti nasihat. Perkara ini penting dilakukan bagi tujuan menanamkan perasaan pada anak bahawa denda atau rotan itu bertujuan untuk menghentikan mereka daripada melakukan kesalahan berulang-kali untuk kepentingan diri mereka sendiri. Lantaran, Islam lebih menggalakkan kita berlemah-lembut dalam menyampaikan ilmu kepada anak-anak agar matlamat mendidik anak-anak tersebut tercapai dan tidak menganggu perkembangan psikologi mereka. Contoh pendekatan Rasulullah saw dalam mendidik anak:

عَنْ فَاطِمَةَ بِنْتِ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا قَالَتْ: مَرَبِّي رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَنَا مُضْطَجِعَةٌ مُتَصَبِّحَةٌ فَحَرَّكَنِي بِرِجْلِهِ ثُمَّ قَالَ: يَا بُنَيَّةَ قُومِي اشْهَدِي رِزْقَ رَبِّكِ، وَلاَ تَكُونِي مِنَ الغاَفِلِينَ، فَإِنَّ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ يَقْسِمُ أَرْزَقَ النَّاسِ مَا بَيْنَ طُلُوعِ الفَجْرِ إِلَى طُلُوعِ الشَّمْسِ.[14]
Yang bermaksud, Daripada Fatimah binti Muhammad saw r.a berkata: Rasulullah selalu datang menghampiriku pada waktu subuh sedang aku nyenyak tidur maka Baginda menggerakkan aku supaya bangun dengan lbu jari kakinya sambil Baginda bersabda: Wahai anakku Fatimah, hendaklah anakanda bangun segera lihat rezeki daripada Tuhan anakanda dan janganlah anakanda menjadi orang yang pemalas. Hendaklah anakanda mengetahui Tuhan telah menetap pemberian rezekiNya kepada seluruh umat manusia di antara terbit fajar sehingga terbit matahari.

Hadith yang lain,

وَقَدْ كَانَ النَّبِي صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُعَلِّمُ أَصْحَابَهُ أَنْ يُعَامِلُوا أَوْلاَدَهُمْ بِالرِّفْقِ وَاللَّيْنِ، وَيَضْرِبُ لَهُمُ المَثَلَ بِمَا يُمَارِسُهُ هُوَ بِنَفْسِهِ، فَقَدْ كَانَ يُصَلِّى يَوْمًا إِمَامًا، فَارْتَحَلَهُ الحَسَنُ ابْنُ بِنْتِهِ السَّـيِّدَةِ فَاطِمَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا، فَأَطَالَ السُّجُودَ، فَلَمَّا فَرَغَ قَالَتِ الصَّحَابَةُ، يَا رَسُولَ الله! أَطَلْتَ السُّجُودَ؟ فَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، إِنَّ ابْنِي ارْتَحَلَنِي فَكَرِهْتُ أَنْ أُعَجِّلَهُ.
Yang bermaksud, Baginda Rasulullah saw telah mengajar sahabat-sahabat Baginda bagaimana cara melayan anak-anak dan cucu-cucu mereka dengan lemah lembut dan Baginda sendiri telah menunjukkan sebaik-baik contoh sebagaimana yang diceritakan bahawa Baginda Rasulullah solat berjemaah di masjid dan Baginda sendiri menjadi Imam. Tiba-tiba cucunya yang bernama Hassan memaut leher Baginda ketika Baginda sedang sujud menunaikan solat. Rasulullah sebagaimana yang diriwayatkan memanjangkan sujudnya ketika itu. Setelah selesai solat, seorang sahabat bertanya: Engkau memanjangkan sujud?. Jawab Rasulullah saw: Cucuku sedang menunggangku maka aku tidak sampai hati tidak menyampaikan kehendaknya.

Hadith lain pula,

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا قَالَتْ، مَا رَأَيْتُ أَحَدًا أَشْـبَهَ سِمْتًا وَلاَ هَدْيًا بِرَسُولِ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ فَاطِمَةَ بِنْتِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَرَضِيَ اللهُ عَنْهَا، كَانَتْ إِذَا دَخَلَتْ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَامَ إِلَيْهَا فَقَبـَّلَهَا وَأَجْلَسَهَا فِي مَجْلِسِهِ، وَكَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ عَلَيْهَا قَامَتْ مِنْ مَجْلِسِهَا فَقَـبَّلَتْهُ وَأَجْلَسَتْهُ فِي مَجْلِسِهَا.[15]  
Yang bermaksud, Daripada ‘Aishah telah berkata: Belum pernah aku melihat seorang pun menyamai Rasulullah saw di dalam ketenangan dan keraiannya yang mana Siti Fatimah binti Rasulullah saw ketika dia masuk berjumpa Nabi saw maka Rasulullah saw pun bangun dan memeluknya serta mempersilakan dia duduk di majlisnya. Begitu juga apabila Baginda masuk berjumpa Fatimah r.a, kemudian dia (Fatimah r.a) bangun dan memeluk Rasulullah saw serta mempersilakan duduk di majlisnya.


Modul Guru Penyayang

Posting Ke-2 Paling Popular (1041 Pelawat)(25873 Pelawat 14.4.2015)

Teks disusun dan dibacakan oleh nurabadi sempena hari Anugerah Cemerlang & Konvokesyen Pra Sekolah SK Seri Taman Kluang Barat 2011

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِ الْعَالَمِيْنَ حَمْدًا يُوَافِى نِعَامَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَهُ يَارَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِيْ لِجَلاَلِ وَجْهِكَ وَعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُنْجِيْنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ اْلأَهْوَالِ وَاْلآفَاتِ وَتَقْضِيْ لَنَا بِهَا جَمِيْعَ الْحَاجَاتِ وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ السَّيِّئَاتِ وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ أَعْلَى الدَّرَجَاتِ وَتُبَلِّغُنَا بِهَا أَقْصَى اْلغَايَاتِ مِنْ جَمِيْعِ الْخَيْرَاتِ فِى الْحَيَاةِ وَبَعْدَ الْمَمَاتِ

اَللَّهُمَّ يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ

Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana mengizinkan kami untuk mengadakan dan berada dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Konvokesyen Pra Sekolah SK Seri Taman Kluang Barat, 2011

اَللَّهُمَّ يَا مُجِيْبَ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الْحَاجَاتِ

Kami memohon kepada-Mu , agar Eangkau berkati majlis ini dengan limpahan rahman dan rahim-Mu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan hidayah-Mu. Tidak juga lupa kepada para pendidik yang telah menyumbang khidmat dan menabur bakti mereka di sekolah yang bertuah ini .

اَللَّهُمَّ يَا قَوِيُّ يَا عَزِيْزُ يَا فَعَّالٌ لِّمَا يُرِيْدُ

Di saat ini juga kami rafa’kan tangan kehambaan mengharapkan ihsan-Mu agar Engkau teruskan dan lanjutkan kecemerlangan yang sudah kami capai samada dalam bidang akademik mahupun aspek pembinaan sahsiah insan dan seterusnya menganugerahkan kepada kami kecemerlangan demi kecemerlangan yang lebih bermakna dalam pelbagai bidang pada masa-masa akan datang.

اَللَّهُمَّ يَا مُهَيْمِنُ يَا رَقِيْبُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ

Jadikanlah pelajar-pelajar yang menerima hadiah dan sijil penghargaan pada hari ini sebagai pelajar-pelajar yang bersyukur di atas pengiktirafan ini. Jadikanlah mereka pelajar-pelajar yang akan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk meningkatkan potensi dan prestasi mereka dalam bidang akademik mahupun ketrampilan peribadi yang luhur. Malah kami memohon daripada-Mu Ya Allah dengan penuh ketaakulan agar majlis anugerah ini akan menjadi sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar lain supaya mereka sama-sama mengerah keringat dan menggembleng tenaga untuk mencapai kecemerlangan demi mengharumkan nama sekolah ini.


اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ
وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقًا مَعْصُوْمًا
وَلاَ تَجْعَلْ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا.

Ya Allah, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai satu perhimpunan yang dirahmati dan perpisahan kami pula selepas ini sebagai satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi. Dan janganlah Engkau jadikan pada diri kami ini, dan mereka yang bersama kami, kebinasaan, dan menyingkirkan kami dari memperolehi rahmat

رَبَّنَا اصْرِفْ عَنَّا عَذَابَ جَهَنَّمَ إِنَّ عَذَابَهَا كَانَ غَرَامَا إِنَّهَا سَاءَتْ مُسْتَقَرًّا وَمُقَامًا
رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوْبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ مَعَ اْلأَبْرَارِ. يَا عَزِيْزُ يَاغَفَّارُ يَارَبَّ الْعَالَمِيْنَ
وَصَلَّى الله ُ وَسَلَّمَ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

Posting Paling Popular Sepanjang 2012 : (3163 Pelawat)

aspirasidiri : Jadual Waktu Belajar Persendirian (Hari Bersekolah & Cuti Sekolah)

Murid yang mampu mengurus masa berpotensi untuk mendapat pencapaian yang baik dalam bidang Akademik. Sehari kehidupan seorang murid sekolah menempuh aktiviti pembelajaran yang berbeza. Di sekolah seorang murid tertakluk dengan jadual yang disediakan oleh pihak sekolah. Namun bagaimana pula ketika berada di rumah. Aktiviti hujung minggu perlu dikawal Jangan biarkan ianya berlalu begitu sahaja. Sedaikan jadual hujung minggu disesuaikan dengan aktiviti anjuran sekolah. Jika sekolah mengadakan kelas tambahan pada minggu ke-2 dan ke-4, masukkan aktiviti tersebut di dalam jadual agar kita dapat merancang aktiviti hujng minggu dengan aktiviti yang selaras dengan diri kita yang masih bergelar murid sekolah. Bagaimana pula ketika sekolah sedang bercuti ? Cuti sekolah yang tidak dirancang merugikan kita. Peluang tersebut perlu kita ambil dengan kita mengatur masa belajar mengikut keselesaan kita. Jangan gadaikan masa depan dengan hanya berseronok sahaja. Apa yang kita lakukan sekarang ini natijah yang kita perolehi adalah di masa depan. Sekarang kita bersusah payah belajar, Insya Allah hidup kita akan selesa pada masa depan dengan kerjaya yang kita ceburi. Seperkara lagi, apabila kita menyusun jadual jangan kita lupa masukkan sekali matapelajaran sekolah agama, dan aktiviti belajar agama ( mengaji quran). Ini adalah kerana pengabaian kepada aktiviti belajar agama akan menyebabkan persiapan hidup kita akan pincang. Belajar akademik sahaja sedangkan belajar agama terabai. Kata Imam Syafie :

Barangsiapa yang Menginginkan Dunia …

مَنْ أَرَادَ الدُّنْيَا فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ وَمَنْ أَرَادَ الآخِرَةَ فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ

“Barangsiapa yang menginginkan dunia, maka hendaknya menuntut ilmu dan barangsiapa yang menginginkan akhirat, maka hendaknya ia menuntut ilmu”.

Jadual Waktu Persendirian Cuti Sekolah


Jadual Waktu Sekolah



Jadual Waktu Persendirian Hari Bersekolah

Modul PRS


Kandungan : Panduan Perlaksanaan PRS di Sekolah

++klikdownload++Modul P R S ++klikdownload++

Modul RIMUP 2011

Kandungan : Modul RIMUP 3H2M :
"Perhatian" Video Sejarah Kemerdikaan akan di UPLOAD di youtiube dalam masa terdekat. Akan dimaklumkan kemudian.

++klikdownload++Kertas Kerja RIMUP++klikdownload++

++klikdownload++Video RIMUP++klikdownload++

"Perkongsian" Perancangan UBK 2011 Untuk download


Kandungan : Perancangan Strategik, Rancangan Tahunan, Pelan Tindakan, Carta Gantt

++klikdownload++Buku Pengurusan UBK 2011++klikdownload++

Konvensyen PERASA Peringkat Kebangsaan ke-8

Ekslusif Buat Kulator & Kulaan Konvensyen

++klikdownload++ PERASA++klikdownload++

Modul Kajian Tindakan


Kandungan : Panduan Untuk Membuat Kajian Tindakan di Sekolah

++klikdownload++Modul Kajian Tindakan++klikdownload++

Modul Kepimpinan 2011


Kandungan : Modul Kepimpinan 3H2M, 1H di SK Perempuan Bandar

++klikdownload++Modul Kepimpinan++klikdownload++

"Perkongsian" Dokumen Kelab UBK SR Utk Download


Isi kandungan : Perlembagaan Kelab, Cth Aktiviti Tahunan, dll

++klikdownload++Dokumen Pengurusan Kelab UBK++klikdownload++

e-Pengurusan UBK untuk download

Sila dapatkan no unprotected untuk pengaktifan dengan meninggalkan e mail d soutmax
+++klik link ++++e pengurusan bdk++++klik link++++

Waman Jahada Fainnama Yujahidu Linafsih......

Saya admin aspirasidiri menyuarakan KECAMAN sekeras-kerasnya terhadap Laknatullah Rejim Zionis kerana melakukan serangan terhadap SAUDARA-saudara saya di ....GAZZA.... Jahanam, Jahanam Zionis, Hancur, Hancur Zionis. Ihzihum Wansurna Alaihim.... Saya berdoa agar rakyat Palastin tabah dan terus berjuang mempertahankan malahan menyerang keangkuhan Rejim Zionis... Menang atas Rejim Zionis atau Menang Sebagai SYAHID bertemu Allah... Yujahidu na Fi Sabilillah... Fayaktalun na wayuk talun ..... terus berjuang .... samada kamu membunuh atau di bunuh... .... Ya Allah Kami Tidak Dapat Berjuang Seperti Mereka..... tetapi kemi berdoa ... Wamautana, Bimauti Syuhada' ....seperti MEREKA.. Ijabata li dua'

jemput tinggalkan jejak di blog apirasidiri