Keluhan ibubapa biasanya datang dari anaknya yang terlalu banyak bermain daripada yang terlalu banyak belajar. Bahkan kalau anak sangat rajin belajar pastilah ibu bapa mempamerikan kepada orang lain dengan nada bangga. "Semua cikgu puji, nak saya itu belajarnya rajin sekali". Pulang dari sekolah terus belajar, bangun tidur belajar, malampun begitu juga..
Lainpula kalimatnya kalau anak terlalu banyak bermain, "Aduh, malangnya saya ni! Anak saya ni kerjanya bermain sahaja. siang main, petang main, malam pun main. Saya dan bapanya kalau menyuruhnya belajar kene menjerit-jerit dulu, marah dulu, baru dia mahu belajar. Pening kepala saya dibuatnya. Darab dua pua dia tak hafal...
Jika anak enggan belajar tentunya perlu dicari sebab musababnya.
1. Kurangnya waktu yang tersedia untuk bermain
2. Sedan mempunyai masalah di rumah
3. Bermasalah di sekolah
4. Sedang sakit
5. Sedang sedih
Tidak ada masalah ataupun sakit, juga tidak kurang waktu bermain, itu tandanya MALAS. Jika anak-anak kita tidak suka belajar dan lebih suka bermain itu bermakna belajar dianggap sebagai aktiviti yang tidak menarik juga tanpa disedari anggap belajar sebagai aktiviti tidak berguna. Belajar tak nampak untungnya. Bermain dapat kepuasan. Kepuasan itulah keuntungan semasa bermain. Itu bagi mereka...
No comments:
Post a Comment