be fokus |
Ketika ini kita perlu :
1. Lebih bersemangat.
2. Latihan perlu menumpukan kepada subjek-subjek yang masih lemah, namun begitu jangan over confident jika ada subjek-subjek yang memang telah mendapat A secara konsisten.
3. Dalam konteks semasa, (hari raya) Jika ada tetamu yang datang ke rumah kita, terutama saudara terdekat, layanlah seperti biasa, jangan abaikan mereka, mohon diri secara sopan jika kita tidak dapat mengelak dari membuat ulang kaji. Maklumkan kepada mereka bahawa kamu akan menghadapi peperiksaan. Tentu mereka akan rasa lebih bangga dengan sikap kamu, bahkan mereka akan mendoakan kamu pula.
4. Sentiasa meminta bantuan kepada rakan-rakan atau sesiapa sahaja yang difikirkan boleh membantu kamu jika kamu menghadapi sebarang masalah,
5. Sediakan jadual belajar dan sesuaikan dengan keadaan semasa kerana kita berada di awal aidil fitri.
6. Jika ada rakan-rakan yang mengajak untuk berhari raya dan kamu tidak berminat, tolaklah ajakkan mereka dengan sopan untuk mengelakkan salah tanggapan. Ini kerana setiap individu mempunyai perpektif yang berbeza tentang peperiksaan.
7. Jika ada juga yang menzahirkan dengan menganggap apa yang kita lakukan untuk menghadapi peperiksaan adalah dalam bentuk yang negatif, hadapilah dengan tenang dan sabar.
Sentiasa memohon dari Allah agar dikuatkan semangat dan kesungguhan dalam mengulang kaji, terutama di musim-musim perayaan.
8. Tingkatkan amalan kerohanianm Ambil peluang berpuasa sunat Syawal. Teruskan berdoa.
Menyedari cabaran di sekeliling dan hadapi dengan tenang, antaranya :
1. Rancangan televisyen yang mempunyai tarikan tersendiri,
2. Rakan-rakan yang tidak mempunyai fokus.
3. Peluang untuk mengulangkaji yang semakin singkat.
4. Ahli keluarga yang terdekat yang tidak memahami inspirasi seorang pelajar
5. Alat-alat komunikasi yang mencuri ruang masa yang semakin terhad. SMS, Game,
6. Desakkan ibu bapa yang terlalu tinggi.
7. Kelas tambahan dilaksanakan di saat orang lain berhari raya
Kamu terlebih dahulu perlu cemerlang untuk menghadapi cabaran ini sebelum kamu mampu menggenggam kecemerlangan sebenar.
No comments:
Post a Comment