Didikan Rohani Dengan Ibadah. عن عمرو بن شُعَيْبٍ عن أَبِيهِ عن جَدِّهِ قَالَ، قَالَ رسولُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مُرُوا أَوْلاَدَكُمْ بِالصَّلاَةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْع سِنِينَ وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءَ عَشْرِ سِنِينَ، وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي المَضَاجِعِ.[4] Yang bermaksud, Daripada ‘Amru bin Syu‘aib, daripada bapanya, daripada datuknya berkata, sabda Rasulullah saw: “Perintahlah anak-anakmu mendirikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka jika meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun serta pisahkan tempat tidur mereka.

Perkhidmatan

Pengiktirafan Majalah Pendidik kepada Blog Aspirasi Diri

Keluaran Disember 2010, MS 30

21 March 2014

aspirasidiri : Belajar Dari Kejayaan, Ambil Iktibar Dari Kegagalan

Admin : Tahniah kepada Calon SPM yang telah menggengam kejayaan yang cemerlang. Kepada Calon SPM yang Tidak mendapat keptusan seperti yang diharapkan usahlah putus asa. Ceburi bidang  seterusnya melalui pilihan-pilihan lain.

  • Adik beradik ramai bukan halangan Nor Asma Diyana menunjuk keputusan SPM kepada kedua ibu bapanya.
POKOK SENA - “Saya mahu tunjukkan bahawa kemiskinan dan mempunyai ramai adik-beradik tidak pernah menghalang untuk kita berjaya. Semuanya bergantung kepada hasil usaha kita sendiri.
Kejayaan ini saya hadiahkan buat kedua ibu bapa yang banyak memberi galakkan,” kata Nor Asma Diyana Abdullah, 17, selepas berjaya dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan semalam.

Nor Asma Diyana berkata, kemiskinan yang membelenggu kehidupan keluarga itu menjadi semangat kepadanya untuk belajar bersungguh-sungguh hingga berjaya dalam peperiksaan SPM kali ini.

Menurutnya, keperitan ibu bapanya menjaga 10 adik-beradiknya dengan bergantung hidup mengusahakan sawah memberinya semangat untuk belajar hingga menjadi pelajar kedua terbaik di Sekolah Menengah Sains Pokok Sena.

Dalam keputusan SPM yang diumumkan semalam, dia mendapat 7A+ dalam subjek Bahasa Melayu, Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi. Manakala Bahasa Inggeris dan Biologi beliau mendapat 2A.

“Kejayaan saya ini diharap akan menjadi pencetus semangat kepada dua adik kembar yang turut belajar di sekolah asrama penuh ini.

"Semangat untuk berjaya dan keluar dari kepompong kemiskinan memberi kekuatan kepada saya untuk berjaya seperti hari ini,” katanya yang bercita-cita menjadi doktor pergigian.

Menyentuh tentang rahsia kejayaannya, dia membuat ulang kaji pelajaran sejak dari awal tahun lagi dan memberi perhatian semasa guru mengajar.

Katanya, tiga bulan menjelang peperiksaan dia banyak melakukan ibadat dengan mengadakan solat hajat selepas solat waktu secara berjemaah dan membaca al-Quran kerana ia banyak memberi ketenangan.

“Selain itu, saya juga turut menjaga makan dan minum dengan tidak mengambil minuman kafein serta banyak makan kismis bagi memudahkan menghafal pelajaran,” kata anak ketujuh dari 10 beradik itu.

Bagi Abdullah Man, 60, dia bersyukur kerana doanya selama ini untuk melihat anak-anaknya berjaya dalam pelajaran telah dimakbulkan oleh ALLAH.

Katanya, sering memberi semangat kepada anaknya supaya belajar bersungguh-sungguh dan dapat mengubah nasib hidup mereka pada masa akan datang.

Bagaimanapun dia turut mengucapkan terima kasih kepada guru sekolah yang banyak mendidik anaknya hingga berjaya.

  • SPM: Cacat tidak halang kejayaan 
  •  Muhammad Abd Rahman bersama bapa, Ismail Omar; ibu, Siti Hamidah dan adiknya, Siti Norafiqah ketika mengambil keputusan SPM 2013 di SM Imtiaz Besut, semalam.
1 / 1
BESUT - Seorang pelajar yang menghidap penyakit coat desease (masalah penglihatan) sejak kecil pada mata sebelah kiri membuktikan kecacatan dialaminya, bukan penghalang untuk dia berjaya.

Muhammad Abd Rahman Ismail, 18, yang hanya dapat melihat melalui mata kanan, boleh berbangga apabila memperoleh 11A dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan, semalam.

Kejayaan pelajar Sekolah Menengah Imtiaz Besut Yayasan Islam Terengganu itu sekali gus menjadikan dia pelajar terbaik daerah apabila memperoleh 9A+ dan 2A.

“Kecacatan yang saya alami tidak mematahkan semangat, malah menjadi pendorong buat saya untuk belajar dengan lebih tekun. Walaupun melihat dengan hanya sebelah mata, ia menjadikan saya lebih bersyukur kepada ALLAH SWT,” katanya.

Anak ketiga daripada empat beradik itu berkata, antara resipi kejayaannya adalah memberi tumpuan ketika di dalam kelas dan bertanya guru jika tidak faham.

Katanya, dia turut berkongsi ilmu dengan rakan sekolahnya, selain belajar secara berkumpulan.

Selain cemerlang akademik, anak pasangan pensyarah sebuah kolej swasta dan guru itu turut mampu menghafaz 30 juzuk al-Quran.

“Saya berjaya menghafaz al-Quran sejak di tingkatan tiga lagi selepas menghafal selama tiga tahun bermula dari tingkatan satu, menghafal al-Quran memang wajib di sekolah ini,” katanya.

Menurutnya, makanan berkhasiat juga terbukti membantu ingatannya termasuk membaca al-Quran, dan penguasaan dalam agama pula membantu kecemerlangan dalam akademik.

"Pihak sekolah memang bekalkan kami yang tinggal di asrama dengan makanan berkhasiat untuk minda seperti susu, kismis dan madu," katanya.

Dia yang bercita-cita menjadi pensyarah berhasrat melanjutkan pengajian di Darul Quran untuk mendalami pengajian Sunah
  • Rajin zikir, solat hajat rahsia cemerlang 
  •  Izzah (kiri) dan Faqihiyah menunjukkan slip SPM mereka, semalam.
1 / 1
KOTA BHARU - Rajin berzikir dan solat hajat, memberi keyakinan kepada dua calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memperoleh 12A dari Maahad Muhammadi Perempuan, semalam.

Faqihiyah Abu Bakar, 18, yang berasal dari Lundang, berkata, dia sememangnya tidak sangka meraih keputusan cemerlang itu kerana hanya memperoleh 10A dalam peperiksaan percubaan.

“Saya mempunyai bilik belajar sendiri di rumah dan sentiasa solat hajat serta mengamalkan zikir dalam usaha mendapatkan keputusan cemerlang ini.

“Dalam peperiksaan percubaan, saya hanya dapat B+ untuk mata pelajaran Fizik dan C bagi Matematik Tambahan, justeru, saya beri penekanan dan akhirnya kedua-dua subjek ini saya peroleh A- dan A,” katanya.

Sementara itu, bapanya, Abu Bakar Abdullah Kutty yang juga Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Kelantan, berkata, dia sentiasa memantau pelajaran anaknya.

Ibunya pula, Fatimah Hassan, 51, berkata, anak ketiga daripada enam beradik itu tidak makan makanan segera dan organ dalaman, sebaliknya gemar makan kismis, madu serta kurma.

“Dia banyak berzikir di rumah dan setiap hari saya akan pastikan anak makan sebelum jam 7 malam bagi memberi laluan kepadanya berzikir di bilik,” kata guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Melor ini.

Sementara itu, seorang lagi pelajar 12A, Izzah Khairul Anuar, 18, dari Kampung Talak, Cabang Empat Tumpat berkata, dia hanya memperoleh keputusan sederhana ketika peperiksaan percubaan dan pernah gagal untuk subjek Kimia.

“Namun, guru kelas, Rohiah Mohamad selalu memberi semangat dengan menepuk di belakang saya semasa dalam kelas yang membuatkan saya menginsafi diri dan bersemangat,” kata anak kepada guru Maahad Muhammadi Lelaki.


Alor Setar: Kecacatan fizikal bukan penghalang buat Muhammad Hadi Darus, 17, bagi membuktikan dirinya mampu berjaya dalam pelajaran seperti pelajar normal apabila diumumkan memperoleh keputusan cemerlang 11A bagi calon berkeperluan khas (CBK) dalam keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 yang diumumkan, semalam.
Muhammad Hadi, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Kedah, di sini, yang dilahirkan tanpa lengan dengan hanya jari di bahu juga tidak boleh berjalan berikutan kedua-dua kakinya membengkok sejak berusia dua tahun. 
Walaupun dikategorikan sebagai orang kelainan upaya (OKU) apabila terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak serta menulis menggunakan kaki kiri, namun ia tidak melemahkan semangatnya untuk mengubah nasib diri.
Pelajar berkenaan mendapat A dalam 11 mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Bahasa Arab Tinggi, Matematik Tambahan, Fizik, Biologi, Kimia, Pendidikan al-Quran dan Al-Sunnah serta Pendidikan Syariah Islamiah.

FotoHADI (kanan) menerima ciuman daripada ayahnya selepas memperoleh 11A dalam keputusan SPM.

Muhammad Hadi berkata, dia gembira apabila turut diumumkan sebagai antara pelajar terbaik di peringkat negeri sekali gus membuktikan segala penat lelah membuahkan hasil.

  •  'Jangan malu mohon kepada ALLAH' 
  •  Fathah Fasihah bersama ibunya menaiki beca yang dikayuh bapanya sebagai ‘hadiah’ kepada kejayaan pelajar itu yang memperoleh 11A dalam semua mata pelajaran SPM 2013.
1 / 1
SABAK BERNAM – Rahsia seorang ustazah Kelas Agama dan Fardhu Ain (Kafa) menunaikan solat hajat dan membaca surah Yasin sepanjang anaknya menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menjadi kunci utama kepada kejayaan, Fathah Fasihah Mohd Mutalabisin, 18, apabila memperoleh 11A dalam semua mata pelajaran.

Kejayaan itu lebih bermakna, apabila Fathah Fasihah yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Simpang Lima diumumkan sebagai pelajar terbaik 2013 apabila memperoleh gred A satu (cemerlang tertinggi) kecuali mata pelajaran biologi.

Fathah Fasihah berkata, sejak dari Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) lagi, ibunya, Siti Hazar Mohammad Ayon, 46, tidak pernah mengabaikan tanggungjawab bermunajat kepada ALLAH agar anak-anaknya memperoleh keputusan cemerlang.

“Kalau tanya kepada saya, mungkin kejayaan ini adalah berkat doa ibu yang tak pernah putus-putus bermohon kepada ALLAH agar saya dan adik-beradik lain dapat menjawab peperiksaan dan lulus dengan cemerlang,
” katanya.

Fathah Fasihah berkata, ibunya yang mengajar di Kafa Taman Seri Indah, Sungai Besar menjadi pendorong utama kejayaannya selain sokongan dan dorongan daripada bapanya, Mohd Mutalabisin Maryaman, 49, serta guru-guru di sekolah.

“Saya bukanlah pelajar yang fokus di dalam kelas, tetapi apabila pulang dari sekolah, saya akan mengulang kaji pelajaran dan pastikan apa yang diajar guru difahami dengan membuat banyak latihan,”
kata anak kedua daripada tiga beradik itu.

Fathah Fasihah yang bercita-cita menjadi doktor gigi berkata, dia juga mengamalkan bacaan surah al-Quran sekurang-kurangnya 10 muka surat setiap hari bagi mendekatkan diri kepada ALLAH dan terbukti amalan itu berkesan serta memudahkannya mengingati setiap pelajaran yang diajar guru.
“Kadang-kadang saya ada juga bangun malam untuk Qiamullail. Tapi amalan yang saya buat dari dulu ialah membaca al-Quran kerana saya yakin apabila kita dekat dengan-Nya, Insya-ALLAH semua yang kita usahakan akan diberkati,” katanya.

Siti Hazar berkata, berkat mengamalkan solat hajat dan bacaan Yasin, tiga anaknya itu berjaya dalam pelajaran dan beliau ingin berkongsi rahsia kepada umat Islam lain agar tidak sesekali melupakan ALLAH dalam setiap perbuatan yang dilakukan.

“Kita ada Pencipta, jangan malu mohon kepada ALLAH kerana Dia sebaik-baik penentu. Sebagai hamba, kita hanya mampu berusaha, ikhtiar dan berdoa, tetapi segala-galanya atas kehendak-Nya,” katany

No comments:

Modul Guru Penyayang

Posting Ke-2 Paling Popular (1041 Pelawat)(25873 Pelawat 14.4.2015)

Teks disusun dan dibacakan oleh nurabadi sempena hari Anugerah Cemerlang & Konvokesyen Pra Sekolah SK Seri Taman Kluang Barat 2011

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِ الْعَالَمِيْنَ حَمْدًا يُوَافِى نِعَامَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَهُ يَارَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِيْ لِجَلاَلِ وَجْهِكَ وَعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُنْجِيْنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ اْلأَهْوَالِ وَاْلآفَاتِ وَتَقْضِيْ لَنَا بِهَا جَمِيْعَ الْحَاجَاتِ وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ السَّيِّئَاتِ وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ أَعْلَى الدَّرَجَاتِ وَتُبَلِّغُنَا بِهَا أَقْصَى اْلغَايَاتِ مِنْ جَمِيْعِ الْخَيْرَاتِ فِى الْحَيَاةِ وَبَعْدَ الْمَمَاتِ

اَللَّهُمَّ يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ

Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana mengizinkan kami untuk mengadakan dan berada dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Konvokesyen Pra Sekolah SK Seri Taman Kluang Barat, 2011

اَللَّهُمَّ يَا مُجِيْبَ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الْحَاجَاتِ

Kami memohon kepada-Mu , agar Eangkau berkati majlis ini dengan limpahan rahman dan rahim-Mu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan hidayah-Mu. Tidak juga lupa kepada para pendidik yang telah menyumbang khidmat dan menabur bakti mereka di sekolah yang bertuah ini .

اَللَّهُمَّ يَا قَوِيُّ يَا عَزِيْزُ يَا فَعَّالٌ لِّمَا يُرِيْدُ

Di saat ini juga kami rafa’kan tangan kehambaan mengharapkan ihsan-Mu agar Engkau teruskan dan lanjutkan kecemerlangan yang sudah kami capai samada dalam bidang akademik mahupun aspek pembinaan sahsiah insan dan seterusnya menganugerahkan kepada kami kecemerlangan demi kecemerlangan yang lebih bermakna dalam pelbagai bidang pada masa-masa akan datang.

اَللَّهُمَّ يَا مُهَيْمِنُ يَا رَقِيْبُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ

Jadikanlah pelajar-pelajar yang menerima hadiah dan sijil penghargaan pada hari ini sebagai pelajar-pelajar yang bersyukur di atas pengiktirafan ini. Jadikanlah mereka pelajar-pelajar yang akan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk meningkatkan potensi dan prestasi mereka dalam bidang akademik mahupun ketrampilan peribadi yang luhur. Malah kami memohon daripada-Mu Ya Allah dengan penuh ketaakulan agar majlis anugerah ini akan menjadi sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar lain supaya mereka sama-sama mengerah keringat dan menggembleng tenaga untuk mencapai kecemerlangan demi mengharumkan nama sekolah ini.


اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ
وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقًا مَعْصُوْمًا
وَلاَ تَجْعَلْ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا.

Ya Allah, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai satu perhimpunan yang dirahmati dan perpisahan kami pula selepas ini sebagai satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi. Dan janganlah Engkau jadikan pada diri kami ini, dan mereka yang bersama kami, kebinasaan, dan menyingkirkan kami dari memperolehi rahmat

رَبَّنَا اصْرِفْ عَنَّا عَذَابَ جَهَنَّمَ إِنَّ عَذَابَهَا كَانَ غَرَامَا إِنَّهَا سَاءَتْ مُسْتَقَرًّا وَمُقَامًا
رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوْبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ مَعَ اْلأَبْرَارِ. يَا عَزِيْزُ يَاغَفَّارُ يَارَبَّ الْعَالَمِيْنَ
وَصَلَّى الله ُ وَسَلَّمَ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

Posting Paling Popular Sepanjang 2012 : (3163 Pelawat)

aspirasidiri : Jadual Waktu Belajar Persendirian (Hari Bersekolah & Cuti Sekolah)

Murid yang mampu mengurus masa berpotensi untuk mendapat pencapaian yang baik dalam bidang Akademik. Sehari kehidupan seorang murid sekolah menempuh aktiviti pembelajaran yang berbeza. Di sekolah seorang murid tertakluk dengan jadual yang disediakan oleh pihak sekolah. Namun bagaimana pula ketika berada di rumah. Aktiviti hujung minggu perlu dikawal Jangan biarkan ianya berlalu begitu sahaja. Sedaikan jadual hujung minggu disesuaikan dengan aktiviti anjuran sekolah. Jika sekolah mengadakan kelas tambahan pada minggu ke-2 dan ke-4, masukkan aktiviti tersebut di dalam jadual agar kita dapat merancang aktiviti hujng minggu dengan aktiviti yang selaras dengan diri kita yang masih bergelar murid sekolah. Bagaimana pula ketika sekolah sedang bercuti ? Cuti sekolah yang tidak dirancang merugikan kita. Peluang tersebut perlu kita ambil dengan kita mengatur masa belajar mengikut keselesaan kita. Jangan gadaikan masa depan dengan hanya berseronok sahaja. Apa yang kita lakukan sekarang ini natijah yang kita perolehi adalah di masa depan. Sekarang kita bersusah payah belajar, Insya Allah hidup kita akan selesa pada masa depan dengan kerjaya yang kita ceburi. Seperkara lagi, apabila kita menyusun jadual jangan kita lupa masukkan sekali matapelajaran sekolah agama, dan aktiviti belajar agama ( mengaji quran). Ini adalah kerana pengabaian kepada aktiviti belajar agama akan menyebabkan persiapan hidup kita akan pincang. Belajar akademik sahaja sedangkan belajar agama terabai. Kata Imam Syafie :

Barangsiapa yang Menginginkan Dunia …

مَنْ أَرَادَ الدُّنْيَا فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ وَمَنْ أَرَادَ الآخِرَةَ فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ

“Barangsiapa yang menginginkan dunia, maka hendaknya menuntut ilmu dan barangsiapa yang menginginkan akhirat, maka hendaknya ia menuntut ilmu”.

Jadual Waktu Persendirian Cuti Sekolah


Jadual Waktu Sekolah



Jadual Waktu Persendirian Hari Bersekolah

Modul PRS


Kandungan : Panduan Perlaksanaan PRS di Sekolah

++klikdownload++Modul P R S ++klikdownload++

Modul RIMUP 2011

Kandungan : Modul RIMUP 3H2M :
"Perhatian" Video Sejarah Kemerdikaan akan di UPLOAD di youtiube dalam masa terdekat. Akan dimaklumkan kemudian.

++klikdownload++Kertas Kerja RIMUP++klikdownload++

++klikdownload++Video RIMUP++klikdownload++

"Perkongsian" Perancangan UBK 2011 Untuk download


Kandungan : Perancangan Strategik, Rancangan Tahunan, Pelan Tindakan, Carta Gantt

++klikdownload++Buku Pengurusan UBK 2011++klikdownload++

Konvensyen PERASA Peringkat Kebangsaan ke-8

Ekslusif Buat Kulator & Kulaan Konvensyen

++klikdownload++ PERASA++klikdownload++

Modul Kajian Tindakan


Kandungan : Panduan Untuk Membuat Kajian Tindakan di Sekolah

++klikdownload++Modul Kajian Tindakan++klikdownload++

Modul Kepimpinan 2011


Kandungan : Modul Kepimpinan 3H2M, 1H di SK Perempuan Bandar

++klikdownload++Modul Kepimpinan++klikdownload++

"Perkongsian" Dokumen Kelab UBK SR Utk Download


Isi kandungan : Perlembagaan Kelab, Cth Aktiviti Tahunan, dll

++klikdownload++Dokumen Pengurusan Kelab UBK++klikdownload++

e-Pengurusan UBK untuk download

Sila dapatkan no unprotected untuk pengaktifan dengan meninggalkan e mail d soutmax
+++klik link ++++e pengurusan bdk++++klik link++++

Waman Jahada Fainnama Yujahidu Linafsih......

Saya admin aspirasidiri menyuarakan KECAMAN sekeras-kerasnya terhadap Laknatullah Rejim Zionis kerana melakukan serangan terhadap SAUDARA-saudara saya di ....GAZZA.... Jahanam, Jahanam Zionis, Hancur, Hancur Zionis. Ihzihum Wansurna Alaihim.... Saya berdoa agar rakyat Palastin tabah dan terus berjuang mempertahankan malahan menyerang keangkuhan Rejim Zionis... Menang atas Rejim Zionis atau Menang Sebagai SYAHID bertemu Allah... Yujahidu na Fi Sabilillah... Fayaktalun na wayuk talun ..... terus berjuang .... samada kamu membunuh atau di bunuh... .... Ya Allah Kami Tidak Dapat Berjuang Seperti Mereka..... tetapi kemi berdoa ... Wamautana, Bimauti Syuhada' ....seperti MEREKA.. Ijabata li dua'

jemput tinggalkan jejak di blog apirasidiri