Mengurus masa dengan betul bermakna menyesuaikan aktiviti yang dilaksanakan bersesuaian dengan keperluan semasa. Kita sering dihambat dengan "date line", tarikh luput, atau tarikh-tarikh penting yang mempunyai kesan kepada masa depan. Sebagai murid/pelajar "tempoh masa selesa" amat penting untuk dihargai. Menjalankan aktiviti, latihan, ulangkaji, di dalam zon selesa lebih efektif. Melaksanakan ulangkaji di zon sempit, zon sibuk, zon terdesak, zon tertekan natijahnya mungkin negatif. Tidak semua individu yang mampu membuat ulangkaji di bawah zon tekanan tinggi. Kejayaan semakin hampir mustahil jika ulangkaji dilaksanakan di dalam waktu akhir menjelang peperiksaan. Waktu akhir menjelang peperiksaan tahap melaksanakan ulangkaji sebenarnya agak santai tetapi tidak longar. Flash reading lebih sesuai. Fakta yang telah dihafal dipindahkan ke dalam bentuk peta minda. Dari bentuk abstrak ke bentuk konkrit. Dari dalam minda ke dalam bentuk grafik yang boleh dilihat. Dalam bentuk visual. Dari minda dipindahkan ke dalam bentuk audio. Fakta ditukar ke dalam bentuk irama. Semua ini tidak dapat dilakukan ketika kita berada di dalam waktu yang sukar, waktu yang sempit. Kita gagal kerana kita gagal mengurus masa dengan baik........ ini adalah fitrah...
Top Menu
Didikan Rohani Dengan Ibadah.
عن عمرو بن شُعَيْبٍ عن أَبِيهِ عن جَدِّهِ قَالَ، قَالَ رسولُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مُرُوا أَوْلاَدَكُمْ بِالصَّلاَةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْع سِنِينَ وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءَ عَشْرِ سِنِينَ، وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي المَضَاجِعِ.[4] Yang bermaksud, Daripada ‘Amru bin Syu‘aib, daripada bapanya, daripada datuknya berkata, sabda Rasulullah saw: “Perintahlah anak-anakmu mendirikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka jika meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun serta pisahkan tempat tidur mereka.
Perkhidmatan
Tips Berkaitan Peperiksaan
- Teknik DETER
- Doa
- Mengurus Masa
- Sebulan Sebelum Pepeiksaan
- Seminggu Menjelang Peperiksaan
- Malam Sebelum Peperiksaan
- Pagi Peperiksaan
- Apabila Soalan Telah Di Beri
- Apabila Masa Menjawab Telah Bermula
- Apabila Masa Menjawab Telah Tamat
- Tips Menjawab Soalan Objektif
- Kesilapan Yang Tidak Disedarai Ketika Menjawab
- Tips Ketika Di Dalam Dewan Peperiksaan
- Strategi Mungulangkaji Di Hari Peperiksaan
- Rahsia Kejayaan Calon PMR Yang Lalu
- Tips Menjawab Di Bulan Ramadan
Pengiktirafan Majalah Pendidik kepada Blog Aspirasi Diri
13 May 2009
11 May 2009
Alasan Bagi Setiap Kegagalan : 4
Kegagalan dan kejayaan bagi setiap usaha adalah fitrah. Di sebalik kegagalan dan kejayaan ada ujian. Kejayaan yang dikecapi sering dikaitkan dengan sifat syukur. Kegagalan tentunya berkaitan dengan sifat sabar. Sifat syukur dan sabar bagi seorang pelajar merupakan nilai akhlak yang tinggi. Akhlak yang terpuji menjanjikan keberkatan yang tidak ternilai. Barokah atau "berkat" kebaikkan yang berpanjangan dari dunia hingga ke akhirat.
Namun kegagalan tidak wajar dipertahankan dengan alasan yang bersifat "projeksi". Dalam bidang psikologi, projeksi bermaksud meletakkan kesilapan dan kegagalan kita di bahu orang lain. Saya gagal kerana ...... Markah saya rendah kerana.... Seolah-olah kita tiada peranan di atas apa yang kita perolehi. Apa yang kita dapat sekarang adalah sebenarnya adalah dari apa yang kita usahakan dahulu... apa yang akan kita perolehi di masa akan datang adalah dari apa yang kita lakukan sekarang ini. Apa yang kita lakukan sekarang ini boleh ditarifkan dengan USAHA, IKHTIAR....
Tugas kita adalah mengatasi dan berusaha memperbaiki kekurangan, kesilapan, kegagalan.. elakkan dari memikirkan ALASAN... Akur dengan kegagalan dengan sebab kurang berusaha.... Alasan akan mengundang kegagalan yang berterusan... ya kegagalan yang berterusan... akui kegagalan agar kita boleh bangun apabila kita terjatuh... Suburkan sifat syukur apabila menerima kejayaan dan sabar apabila diuji dengan kegagalan..... itulah AKHLAK yang TERPUJI...
Namun kegagalan tidak wajar dipertahankan dengan alasan yang bersifat "projeksi". Dalam bidang psikologi, projeksi bermaksud meletakkan kesilapan dan kegagalan kita di bahu orang lain. Saya gagal kerana ...... Markah saya rendah kerana.... Seolah-olah kita tiada peranan di atas apa yang kita perolehi. Apa yang kita dapat sekarang adalah sebenarnya adalah dari apa yang kita usahakan dahulu... apa yang akan kita perolehi di masa akan datang adalah dari apa yang kita lakukan sekarang ini. Apa yang kita lakukan sekarang ini boleh ditarifkan dengan USAHA, IKHTIAR....
Tugas kita adalah mengatasi dan berusaha memperbaiki kekurangan, kesilapan, kegagalan.. elakkan dari memikirkan ALASAN... Akur dengan kegagalan dengan sebab kurang berusaha.... Alasan akan mengundang kegagalan yang berterusan... ya kegagalan yang berterusan... akui kegagalan agar kita boleh bangun apabila kita terjatuh... Suburkan sifat syukur apabila menerima kejayaan dan sabar apabila diuji dengan kegagalan..... itulah AKHLAK yang TERPUJI...
08 May 2009
Tidak Menerima Pendapat / Nasihat : 3
Nasihat adalah sebahagian dari ajaran agama Islam. Sehingga ada hadis yang bermaksud agama itu nasihat. Ini bermakna nasihat adalah penting bagi setiap diri insan. Nasihat adakalanya datang dari orang di sekitar kita. Nasihat mungkin di dalam bentuk tutur kata, selogan, mungkin juga pantun seloka. Ada juga nasihat yang perlu kita cari sendiri melalui pembacaan. Ini bermakana NASIHAT itu amat perlu dan mesti berlaku kepada insan yang bergelar pelajar. Kelemahan yang ada pada diri kita kadang kala kita tidak dapat mengenalpasti. Begitu juga kelebihan yang ada pada diri kita juga kadangkala kita tidak dapat mengenalpasti.
NAMUN ada manusia yang hatinya lebih keras dari batu. Batu pun akan akur jika dititiskan air ke atas jasadnya. Tunduk dengan perintah Allah. batu yang keras itu benarkan jasadnya dijadikan alur di hulu sungai. Walaupun keras masih akur dengan kehendak dan perintah Allah. Hancur kerana takut kerana tidak sanggup untuk memikul amanah dari Allah.. NAMUN selembut hati manusia ada yang tidak mahu mendengar nasihat dari agamaNya. Nasihat orang lain untuk kejayaan dirinya. Ingatlah kita masih bergantug kepada nasihat untuk kejayaan kita walau di dalam apa juga bidang yang kita sedang lalui.... JANGANlah menjadi insan yang tidak mahu mendengar nasihat.....
NAMUN ada manusia yang hatinya lebih keras dari batu. Batu pun akan akur jika dititiskan air ke atas jasadnya. Tunduk dengan perintah Allah. batu yang keras itu benarkan jasadnya dijadikan alur di hulu sungai. Walaupun keras masih akur dengan kehendak dan perintah Allah. Hancur kerana takut kerana tidak sanggup untuk memikul amanah dari Allah.. NAMUN selembut hati manusia ada yang tidak mahu mendengar nasihat dari agamaNya. Nasihat orang lain untuk kejayaan dirinya. Ingatlah kita masih bergantug kepada nasihat untuk kejayaan kita walau di dalam apa juga bidang yang kita sedang lalui.... JANGANlah menjadi insan yang tidak mahu mendengar nasihat.....
23 April 2009
Leka Dengan Keselesaan : 2
Kita sering leka dengan keselesaan yang kita ada. Kita sering menganggap bulan September / November itu masih jauh lagi. Kita juga selesa kerana, pencapaian orang lain masih belum berada di tahap yang sepatutnya maka kita tidak perlu tegesa-gesa. Kita juga selesa dengan pencapaian yang kita ada setakat ini, sedangkan sebenarnya masih ada banyak lagi kelemahan yang perlu diatasi.
Kita selesa dengan kemewahan yang kita alami kerana kita datang dari keluarga yang berada kita lupa kejayaan di masa hadapan adalah usaha yang bermula hari ini, sekarang.. namun ada juga yang selesa dengan kemiskinan yang dialami kerana beranggapan kalau berjaya pun tidak akan sampai ke mana-mana....
Sebenarnya keselesan yang tidak dihargai dengan sebenar-benarnya adalah salah satu pembunuh masa depan seseorang... Keselesaan sebenarnya perlu dilihat sebagai peluang yang perlu digunakan sebaik-baiknya. Ada orang yang rajin tetapi dibataskan dengan kekurangan yang ada di dalam keluargnya. Ada yang punya kelebiihan tertentu tetapi hanyut dengan keselesaan yang ada di persekitarannya...
Ubahlah keselesaan kepada peluang untuk meningkatkan diri, kecemerlangan diri.... ayuh...
Gagal Kerana Tiada Matlamat : 1
Matlamat belajar amat penting. Matlamat boleh menyuntik kesungguhan untuk belajar. Matlamat juga sebagai kayu ukur. Dalam head count calon UPSR, PMR, SPM & STPM , matlamat adalah ETR (Keputusan sebenar yang diharapkan untuk dicapai). Pencapaian semasa (AR : Actual result) boleh dibandingkan dengan dengan target semasa (ATR : Actual Targeted Result) . Jika markah AR lebih rendah dari markah ATR ini menunjukkan usaha perlu dilakukan lebih gigih untuk ujian seterusnya. Jika tidak kita akan sukar untuk mencapai ETR. Inilah pentingnya matlamat.... Anda ada matlamat ? Jika tidak ... anda sebenarnya menyediakan diri untuk gagal...
Subscribe to:
Posts (Atom)
Modul Guru Penyayang
Posting Ke-2 Paling Popular (1041 Pelawat)(25873 Pelawat 14.4.2015)
Teks disusun dan dibacakan oleh nurabadi sempena hari Anugerah Cemerlang & Konvokesyen Pra Sekolah SK Seri Taman Kluang Barat 2011
Labels: Doa
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِ الْعَالَمِيْنَ حَمْدًا يُوَافِى نِعَامَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَهُ يَارَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِيْ لِجَلاَلِ وَجْهِكَ وَعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُنْجِيْنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ اْلأَهْوَالِ وَاْلآفَاتِ وَتَقْضِيْ لَنَا بِهَا جَمِيْعَ الْحَاجَاتِ وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ السَّيِّئَاتِ وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ أَعْلَى الدَّرَجَاتِ وَتُبَلِّغُنَا بِهَا أَقْصَى اْلغَايَاتِ مِنْ جَمِيْعِ الْخَيْرَاتِ فِى الْحَيَاةِ وَبَعْدَ الْمَمَاتِ
اَللَّهُمَّ يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ
Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana mengizinkan kami untuk mengadakan dan berada dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Konvokesyen Pra Sekolah SK Seri Taman Kluang Barat, 2011
اَللَّهُمَّ يَا مُجِيْبَ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الْحَاجَاتِ
Kami memohon kepada-Mu , agar Eangkau berkati majlis ini dengan limpahan rahman dan rahim-Mu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan hidayah-Mu. Tidak juga lupa kepada para pendidik yang telah menyumbang khidmat dan menabur bakti mereka di sekolah yang bertuah ini .
اَللَّهُمَّ يَا قَوِيُّ يَا عَزِيْزُ يَا فَعَّالٌ لِّمَا يُرِيْدُ
Di saat ini juga kami rafa’kan tangan kehambaan mengharapkan ihsan-Mu agar Engkau teruskan dan lanjutkan kecemerlangan yang sudah kami capai samada dalam bidang akademik mahupun aspek pembinaan sahsiah insan dan seterusnya menganugerahkan kepada kami kecemerlangan demi kecemerlangan yang lebih bermakna dalam pelbagai bidang pada masa-masa akan datang.
اَللَّهُمَّ يَا مُهَيْمِنُ يَا رَقِيْبُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ
Jadikanlah pelajar-pelajar yang menerima hadiah dan sijil penghargaan pada hari ini sebagai pelajar-pelajar yang bersyukur di atas pengiktirafan ini. Jadikanlah mereka pelajar-pelajar yang akan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk meningkatkan potensi dan prestasi mereka dalam bidang akademik mahupun ketrampilan peribadi yang luhur. Malah kami memohon daripada-Mu Ya Allah dengan penuh ketaakulan agar majlis anugerah ini akan menjadi sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar lain supaya mereka sama-sama mengerah keringat dan menggembleng tenaga untuk mencapai kecemerlangan demi mengharumkan nama sekolah ini.
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ
وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقًا مَعْصُوْمًا
وَلاَ تَجْعَلْ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا.
Ya Allah, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai satu perhimpunan yang dirahmati dan perpisahan kami pula selepas ini sebagai satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi. Dan janganlah Engkau jadikan pada diri kami ini, dan mereka yang bersama kami, kebinasaan, dan menyingkirkan kami dari memperolehi rahmat
رَبَّنَا اصْرِفْ عَنَّا عَذَابَ جَهَنَّمَ إِنَّ عَذَابَهَا كَانَ غَرَامَا إِنَّهَا سَاءَتْ مُسْتَقَرًّا وَمُقَامًا
رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوْبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ مَعَ اْلأَبْرَارِ. يَا عَزِيْزُ يَاغَفَّارُ يَارَبَّ الْعَالَمِيْنَ
وَصَلَّى الله ُ وَسَلَّمَ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
Posting Paling Popular Sepanjang 2012 : (3163 Pelawat)
aspirasidiri : Jadual Waktu Belajar Persendirian (Hari Bersekolah & Cuti Sekolah)
Murid yang mampu mengurus masa berpotensi untuk mendapat pencapaian yang baik dalam bidang Akademik. Sehari kehidupan seorang murid sekolah menempuh aktiviti pembelajaran yang berbeza. Di sekolah seorang murid tertakluk dengan jadual yang disediakan oleh pihak sekolah. Namun bagaimana pula ketika berada di rumah. Aktiviti hujung minggu perlu dikawal Jangan biarkan ianya berlalu begitu sahaja. Sedaikan jadual hujung minggu disesuaikan dengan aktiviti anjuran sekolah. Jika sekolah mengadakan kelas tambahan pada minggu ke-2 dan ke-4, masukkan aktiviti tersebut di dalam jadual agar kita dapat merancang aktiviti hujng minggu dengan aktiviti yang selaras dengan diri kita yang masih bergelar murid sekolah. Bagaimana pula ketika sekolah sedang bercuti ? Cuti sekolah yang tidak dirancang merugikan kita. Peluang tersebut perlu kita ambil dengan kita mengatur masa belajar mengikut keselesaan kita. Jangan gadaikan masa depan dengan hanya berseronok sahaja. Apa yang kita lakukan sekarang ini natijah yang kita perolehi adalah di masa depan. Sekarang kita bersusah payah belajar, Insya Allah hidup kita akan selesa pada masa depan dengan kerjaya yang kita ceburi. Seperkara lagi, apabila kita menyusun jadual jangan kita lupa masukkan sekali matapelajaran sekolah agama, dan aktiviti belajar agama ( mengaji quran). Ini adalah kerana pengabaian kepada aktiviti belajar agama akan menyebabkan persiapan hidup kita akan pincang. Belajar akademik sahaja sedangkan belajar agama terabai. Kata Imam Syafie :
“Barangsiapa yang menginginkan dunia, maka hendaknya menuntut ilmu dan barangsiapa yang menginginkan akhirat, maka hendaknya ia menuntut ilmu”.
Barangsiapa yang Menginginkan Dunia …
مَنْ أَرَادَ الدُّنْيَا فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ وَمَنْ أَرَادَ الآخِرَةَ فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ
Jadual Waktu Persendirian Cuti Sekolah
Jadual Waktu Sekolah
Jadual Waktu Persendirian Hari Bersekolah
Modul PRS
Modul RIMUP 2011
"Perhatian" Video Sejarah Kemerdikaan akan di UPLOAD di youtiube dalam masa terdekat. Akan dimaklumkan kemudian.
++klikdownload++Kertas Kerja RIMUP++klikdownload++
++klikdownload++Video RIMUP++klikdownload++
Modul BDK Utk Download
"Perkongsian" Perancangan UBK 2011 Untuk download
++klikdownload++Buku Pengurusan UBK 2011++klikdownload++
Konvensyen PERASA Peringkat Kebangsaan ke-8
++klikdownload++ PERASA++klikdownload++
Modul Kajian Tindakan
++klikdownload++Modul Kajian Tindakan++klikdownload++
Modul Program 5 Minit Benci Zina
Modul Kepimpinan 2011
++klikdownload++Modul Kepimpinan++klikdownload++
"Perkongsian" Dokumen Kelab UBK SR Utk Download
++klikdownload++Dokumen Pengurusan Kelab UBK++klikdownload++
e-Pengurusan UBK untuk download
Waman Jahada Fainnama Yujahidu Linafsih......
Saya admin aspirasidiri menyuarakan KECAMAN sekeras-kerasnya terhadap Laknatullah Rejim Zionis kerana melakukan serangan terhadap SAUDARA-saudara saya di ....GAZZA.... Jahanam, Jahanam Zionis, Hancur, Hancur Zionis. Ihzihum Wansurna Alaihim.... Saya berdoa agar rakyat Palastin tabah dan terus berjuang mempertahankan malahan menyerang keangkuhan Rejim Zionis... Menang atas Rejim Zionis atau Menang Sebagai SYAHID bertemu Allah... Yujahidu na Fi Sabilillah... Fayaktalun na wayuk talun ..... terus berjuang .... samada kamu membunuh atau di bunuh... .... Ya Allah Kami Tidak Dapat Berjuang Seperti Mereka..... tetapi kemi berdoa ... Wamautana, Bimauti Syuhada' ....seperti MEREKA.. Ijabata li dua'





