Didikan Rohani Dengan Ibadah. عن عمرو بن شُعَيْبٍ عن أَبِيهِ عن جَدِّهِ قَالَ، قَالَ رسولُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مُرُوا أَوْلاَدَكُمْ بِالصَّلاَةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْع سِنِينَ وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءَ عَشْرِ سِنِينَ، وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي المَضَاجِعِ.[4] Yang bermaksud, Daripada ‘Amru bin Syu‘aib, daripada bapanya, daripada datuknya berkata, sabda Rasulullah saw: “Perintahlah anak-anakmu mendirikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka jika meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun serta pisahkan tempat tidur mereka.

Perkhidmatan

Pengiktirafan Majalah Pendidik kepada Blog Aspirasi Diri

Keluaran Disember 2010, MS 30

18 July 2011

aspirasidiri : Jenis Salah Laku Murid

 Sumber Perkonsian

JENIS – JENIS SALAH LAKU MURID
Ref: KP(BS)8591/Jld.XVI/(7)
23 Oktober 2003
Surat Pekeliling Ikhisas Bil. 7/2003
Kesalahan Yang Dianggap Berat
(Rotan maksima 3 kali sebatan )


1. Melakukan mana-mana sederhana kali ketiga.
2. Menyimpan,membawa, mengedar, menghisap atau terbabit dalam kegiatan dadah.
3. Membawa, menyimpan, menghisap atau mengedar tembakau.
4. Membawa, meminum, menyimpan atau mengedar atau mengedar minuman keras atau
sebarang benda yang memabukkan atau mengkhayalkan.
5. Menyebabkan atau melakukan pergaduhan atau kekerasan.
6. Melawan, mengancam, memukul, mengugut, atau mencederakan
guru/pengawas/murid.
7. Membawa, menggunakan senjata atau alat berbahaya.
8. Melakukan buli(pelancoan), penderaan atau paksaan pada murid lain.
9. Biadab pada guru, pengawas atau murid.
10. Memeras ugut guru, pengawas atau murid.
11. Mencuri, merompak, memecah masuk dan menceroboh kawasan larangan.
12. Melakukan perjudian atau membabitkan diri dalam pertaruhan.
13. Mencetak,menerbitan, mempamerkan, megedar atau menyimpan rencana, majalah atau pita
rakaman dan multimedia terlarang.
14. Membabitkan diri dalam kumpulan haram.
15. Mencabul kehormatan guru atau murid.
16. Melakukan zina, liwat , hubungan luar tabii.
17. Melacur, menjadi bohsia, bohjan ataupun pondan.
18. Bersekedudukan atau membabitkan diri dalam kegiatan tidak bermoral.
19. Mengintai murid lelaki atau perempuan.
20. Menulis atau mengeluarkan kenyataan akbar yang mencemarkan.
21. Merosakkan harta benda sekolah atau guru.
22. Membawa atau menggunakan bahan letupan.
23. Menulis atau melukis perkataan atau gambar lucah atau melakukan perbuatan lucah.
24. Membabitkan diri dalam tunjuk perasaan, perhimpunan haram atau merusuh.
25. Menyalahgunakan alat permainan, elektronik atau bahan-bahan multimedia.
26. Membawa atau menggunakan alat yang menyebabkan kecederaan atau mengganggu
pengajaran dan pembelajaran atau peperiksaan atau ujian.
27. Menganjur atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan yang bertentangan dengan
masyarakat Malaysia.
28. Menganjur atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan tanpa kebenaran sekolah tanpa
kebenaran pihak sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia.
29. Melakukan ponteng sekolah berterusan(berturut-turut) selama 30 hari atau berkala
(tidak berturut-turut) selama 60 hari selama satu tahun sesi persekolahan.
30. Mengganggu atau menjejaskan kuasa Guru Besar, Pengetua atau guru yang menjalankan
tugas.
31. Membawa masuk tetamu dari luar ke kawasan sekolah tanpa kebenaran.
32. Mengedar, memiliki, membawa, melukis dan mempamerkan bahan lucah.
33. Mengeluarkan kata-kata lucah.
34. Melakukan hubungan yang dicurigai.
35. Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini.
Kesalahan Sederhana
1. Melakukan mana-mana kesalahan ringan melelebihi 3 kali.
2. Menyalahgunakan atau menggunakan peralatan atau sumber bekalan elektrik sekolah tanpa
kebenaran.
3. Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran.
4. Tidak amanah, menipu, berbohong dan meniru ketika ujian atau peperiksaan.
5. Ponteng sebarang acara rasmi sekolah.
6. Tidak menghormati lagu-lagu , bendera atau jata sekolah, negeri dan kebangsaan.
7. Fesyen rambut keterlaluan seperti punk atau skin head atau berwarna.
8. Menconteng pada harta sekolah.
9. Memakai barang kemas keterlaluan seperti menindik telinga dan memakai subang
berlebihan daripada satu pada satu cuping telinga.
10. Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini.
Kesalahan Ringan
1. Menyimpan misai, janggut dan jambang.
2. Berambut panjang atau menyerupai kumpulan tertentu.
3. Bermain dalam bilik darjah, koridor, atau kawasan yang dilarang.
4. Menggunakan dan membawa keluar sebarang peralatan bilik darjah dan sekolah tanpa
kebenaran.
5. Keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran.
6. Berada di kantin pada waktu persekolahan ( kecuali waktu rehat) tanpa kebenaran.
7. Menyimpan atau menggunakan alat permainan kepunyaan sekolah tanpa kebenaran.
8. Menggunakan alat hiburan atau elektronik sekolah tanpa kebenaran.
9. Memasuki atau tidak mematuhi arahan makmal/bengkel/bilik khas.
10. Memakai barang kemas atau perhiasan atau alat solek kecuali jam.
11. Memasuki bilik khas tanpa kebenaran.
12. Makan atau minum di bilik darjah.
13. Melakukan pembaziran air/elektrik.
14. Tidak memakai pakaian sekolah yang lengkap.
15. Semua kesalahan yang bersabit dengan pembelajaran(tidak membawa buku, tidak
membuat kerja rumah, tidak memberi perhatian dan lain-lain).
16. Datang lewat ke sekolah.
17. Lewat bergerak ke perhimpunan/bengkel/makmal.
18. Bising dalam darjah sehingga mengganggu kelas lain.
19. Menunggang atau memandu kenderaan dalam kawasan sekolah.
20. Berjalan-jalan tanpa kebenaran.
21. Tidak membuat gerak kerja yang ditugaskan.
22. Mengganggu kawasan.
23. Mengganggu guru.
24. Lewat masuk kelas.
25. Mengotorkan kelas.
26. Tidak duduk setempat
27. Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini.
Disediakan oleh:
Unit HEM SMK Taman Indah / 2011
(http://myhemsmti.blogspot.com)

15 July 2011

aspirasidiri : Menangani Masalah Disiplin di Sekolah

KUALA LUMPUR: Berikutan kelewatan menangani beberapa kes disiplin di sekolah sejak kebelakangan ini, Kementerian Pelajaran menetapkan supaya kes disiplin murid wajib diselesaikan dalam tempoh tujuh hari pada semua peringkat.
Tempoh itu bagi penyelesaian kes dalam bidang kuasa pentadbiran sekolah, pejabat pelajaran daerah (PPD) dan jabatan pelajaran negeri (JPN), di bawah pelaksanaan Prosedur Operasi Standard (SOP) 1:3:7 (hari pertama, ketiga, ketujuh) Pelaporan Dan Tindakan Menangani Isu Disiplin Murid. Penyelesaian itu termasuk tindakan perlu diambil mahu pun hukuman atau penyelesaian lain yang sudah dilakukan selain memaksimumkan kepuasan hati pihak terbabit.

Bagaimanapun jika kes itu membabitkan pihak berkuasa lain seperti pendakwaan di mahkamah, maka tempoh proses terbabit tidak dikira dalam pelaksanaan SOP berkenaan.

Berdasarkan SOP itu, insiden yang memerlukan kesegeraan dihantar kepada Kementerian Pelajaran pada hari pertama meliputi kes berunsur jenayah, kelucahan melampau, keracunan makanan, kemalangan serius, bencana, buli, pergaduhan, isu perkauman, pandemik (contohnya H1N1), histeria atau isu lain yang perlu dilaporkan segera pada pandangan pengetua atau guru besar.

Panduan pelaksanaan SOP itu terkandung dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7 Tahun 2011 bertarikh 28 Jun lalu yang ditandatangani Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd Ghafar Mahmud, serta dimuat naik dalam laman web Kementerian Pelajaran sejak Selasa lalu.
Abd Ghafar berkata, ada kes disiplin murid yang berlaku di sekolah lambat ditangani sehingga menimbulkan ketidakpuasan hati dan menjejaskan reputasi serta prestasi sesebuah sekolah, malah kementerian.

“Selain itu, ada juga kes atau insiden yang hanya dilaporkan kepada kementerian selepas beberapa hari berlaku atau selepas diminta kementerian.

“Hal ini menggambarkan kelemahan pengurusan semua peringkat dalam menangani isu ini,” katanya dalam surat pekeliling ikhtisas itu.

Sejak kebelakangan ini, ada isu disiplin murid yang disiarkan di media massa terlebih dulu, membuktikan kelewatan JPN/PPD melaporkan kes itu kepada kementerian.

“Sikap sesetengah pentadbir sekolah yang gagal bertindak segera menghubungi Kementerian Pelajaran amat dikesali dan perlu diperbetulkan,” katanya.

Pelaksanaan SOP itu juga untuk menilai prestasi sesebuah sekolah, PPD dan JPN dengan mengambil kira pematuhan tahap kesegeraan tindakan bagi menangani masalah disiplin murid.

Mengikut SOP itu, laporan mengenai insiden disiplin murid hendaklah disampaikan segera oleh JPN kepada kementerian, iaitu pada hari kejadian jika berlaku di sekolah; pada hari kes tersebar melalui media massa jika berlaku di luar sekolah, ketika cuti atau di luar pengetahuan pihak sekolah; dan jika berlaku di luar sekolah atau ketika cuti di mana pihak sekolah mengetahuinya, maka hendaklah segera menyampaikan maklumat atau laporan kepada JPN.

Enam langkah yang mesti diambil sebagai tindakan dan penyelesaian kes disiplin iaitu pertama membabitkan sekolah - siasat kes, ambil tindakan awal, buat laporan awal ke PPD atau terus ke JPN (bagi negeri tiada PPD), manakala bagi kes atau insiden serius, sekolah perlu terus lapor ke JPN.

Langkah kedua (PPD) - menyemak maklumat daripada sekolah dan siasat, menghantar laporan awal ke JPN berserta ulasan dan pandangan awal PPD, membantu sekolah menyelesaikan masalah termasuk tindakan wajar, sementara bagi kes atau insiden serius, PPD boleh lapor terus kepada JPN atau kementerian.

Langkah ketiga (JPN) - menyemak maklumat daripada PPD dan siasat jika perlu, serta menghantar laporan awal ke kementerian berserta ulasan dan pandangan awal JPN.

Langkah keempat (JPN) - menjalankan siasatan selanjutnya dan menghantar laporan penuh kepada kementerian, termasuk tindakan yang sedang, akan atau sudah diambil oleh pihak terbabit.

Langkah kelima (kementerian melalui Bahagian Pengurusan Sekolah Harian/BPSH) - membuat ulasan dan pandangan terhadap laporan JPN, membawa laporan kepada Ketua Pengarah Pelajaran, jika perlu tindakan lanjut maklumkan kepada JPN untuk dibuat, dan JPN melaporkan semula kepada BPSH.

Langkah keenam (BPSH) - mengkaji laporan akhir JPN serta menentukan tindakan dari segi dasar operasi kementerian.

Sumber 

09 July 2011

aspirasidiri : Bicara Diri_SR Agama Bersepadu (SRAB) Kluang

Alhamdulillah baru selesai memberikan pengisian Kecemerlangan UPSR SRAB Kluang. Bicara Memfokuskan tentang bagaimana untuk berubah. Sekalilagi fokus diberikan kepada perubahan di dalam sikap. Sikap dilihat melalui kelakuan seseorang. Pembentukan sikap pula datang dari hati. Keinginan dari hati. Kesungguhan dari hati, tumpuan dari hati, malas juga dari hati, sambil lewa dari hati. Ketahuilah di dalam jasad itu itu ada segumpal darah. Apabila ia baik baiklah seluruh jasad itu, apabila ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Ketahuilah segumpal darah itu adalah hati. (maksud Hadis). 

Belajar dengan tenang dari hati, otak yang berserabut datang dari hati, rajin buat latihan datang dari hati, malas buat latihan juga datang dari hati. Hati dipengaruhi dari apa yang kita makan, apa yang kita pandang apa yang kita lakukan. Hati juga kadangkala terpengaruh oleh bisikan-bisikan. Bisikan manusi. Bisikan Nafsu. bisikan Syaitan. Hati yang tenang adalah hati yang tunduk kepada syariat Allah. Hati yang rosak biasanya adalah hati yang tunduk 

dengan bisikan hawa nafsu, bisikan syahwat, ditambah pula dengan bisikan syaitan. hati seorang murid perlu tunduk dengan nasihat guru, nasihat ibu bapa. Nasihat untuk kebaikan kita. Addinnu Nasihah.... Agama adalah nasihat bagikamu. Kamu ikut nasihat agama kamu (Islam), Insya Allah kamu selamat dunia dan akhirat.

05 July 2011

aspirasidiri : 5A Bakal Kuhadiahkan Kemanisan Ini Buatmu, Ayah Ibu dan Guruku

  Untuk Sebuah  Kecemerlangan
Belajarlah Sayang Satu Modul yang disusun mengikut keperluan situasi. Semakin UPSR hampir, semakin perlu kita mengatur, menyusun masa. Belajar sedikit, tapi biar berkesan. Setiap tajuk perlu dilalui dan dikuasai.... namun masih mapukah berbuat demikian ?  69 hari lagi UPSR (ketika entry ini ditulis). 69 cuma tinggal sebagai angka. Tiada siapa yang gerun dengan penampilan 69 hari lagi. Cuba fahami begini.... hari yang mampu dilalui hanyalah tinggal 34 waktu lagi.... iaitu ditolak waktu tidur 34 waktu. 34 waktu siang dan 34 waktu malam. Jika sehari membuat latihan 1 soalan.... yang hanya mampu disiapkan hanya 34 soalan sahaja.... ini bermakna 6 soalan yang tinggal tidak dapat diselesaikan. Bayangkan jika kita lemah matematik. 1 hari satu soalan buat latihan..... hanya berpeluang membuat 34 soalan sahaja. Boleh dapat A jika hanya membuat latihan sebanyak 34 soalan ?.... Itu baru matematik. Bagaimana pula dengan Sains ? BI ? BM Penulian ?. Masih tidak merasa cemas dengan peluang yang ada ?  Masa yang ada ? Itu belum lagi ditolak dengan hari raya..... tentu tiada siapa yang akan melepaskan peluang. Masa yang digunakan untuk membeli persiapan hari raya bagaimana ?  Semuanya itu  melibatkan 
Modul Belajarlah Sayang

penggunaan masa yang semakin menghimpit. Sebenarnya bagi yang hatinya ingin cemerlang.... rasanya cemas jugalah sikit-sikit. Apa cemas sikit aje ? Mulai sekarang belajar perlu lebih berstrategi. Bagaimana hendak berstrategi ? Mulakan dengan mematuhi jadual... ya,  menjadualkan semula semula aktiviti. Pastikan yang penting sahaja dilakukan. Yang kurang penting bagaimana ? .... Tangguhlah dulu...  Apa aktiviti yang kurang penting atau tidak penting langsung ? Masa bermain waktu petang dipendekkan. Kalau selalunya satu jam. Ambil 20 minit sahaja untuk bermain. Hah 20 minit mana cukup....... Nak cemerlang tak ? Apa tidak mahu ? Terpulanglah pada kalaian..... Cuba ingat semula, sewaktu kaki kita melangkah ke tahun 6 dahulu.... di awal tahun... semangat bukan main berkobar-kobar. Setakat bulan ini cuba ingat semula berapa kali dah menangis ikut program Motivasi?. Takkanlah tangisan itu hanya pura-pura? ikut-ikut ? Kesian ibu bapa kita sangat berharap sesuatu yang menggembirakan dari kita. Biarlah ibu bapa kita menangis kerana meraikan kejayaan kita. Janganlah biarkan ibu bapa kita menangis kerana tingkah laku negatif kita.  Emmmmm masa semakin hampir, peluang semakin sedikit.... ayuh.... teruskan usaha untuk sebuah kecemerlangan.... 5A Bakal Kuhadiahkan Kemanisan Ini Buatmu. Ibu Ayah dan Guruku... Insya Allah.

aspirasidiri : Bimbingan Berfokus Bidang Disiplin_Kelompok Besar


Alhamdulillah perhimpunan pagi tadi menerusi slot guru bimbingan saya telah membawa tajuk bagaimana kita boleh berubah. Lebih 40 minit saya memperincikan pembentangan saya kepada semua warga sekolah. Hanya saya sorang menyampaikan bicara pada pagi ini. Jarang pihak pengurusan memberikan peluang seluas-luasnya untuk seorang guru binbingan berbicara di perhimpunan rasmi.
Saya memulakan bicara saya dengan peranan hati. Segala kelakuan, pertuturan perbuatan segalanya bermula dari hati. Patuh kepada peraturan bermula dari hati. hati yang mempunyai kesedaran yang tinggi melahirkan murid yang bersahsiah tinggi. Sambil memetik sepotong hadith Ketahuilah di dalam jasad itu ada segumpal darah, 

sekiranya ianya baik maka baiklah seluruh jasad itu........ dengan mengaitkan peristiwa Rasulullah dibelah dadanya oleh malaikat, kemudian dibasuh dengan air zamzam, dimasukkan iman, ilmu dan 
hikmah (kebijaksanaan) adalah bukti bahawa peranan hati memang penting...... Kehendak hati perlu ditundukkan dengan ilmu.... kerana di sana tempatnya  hawa, nafsu juga sasaran syaitan membisikkan hasutannya.....Sebagai manusia kita mesti merasakan kita ini bertuhan..... bertuhankan Allah... Oleh kerana menuntut ilmu itu fardu bagi setiap muslim itu fardu.... maka hadir ke sekolah itu fardu juga....  Menurut sebahagian ulamak... tidak sah solat tanpa ilmu.....  Menunaikan ibadat solat tidak boleh dilakukan dengan meniru sahaja...... begitu pentingnya hadir ke sekolah untuk menuntut ilmu..... ponteng satu perlakuan tidak hadir tanpa sebab.... tentulah besar kesalahannya ... tanpa ilmu manusia akan menjadi ingkar....  rasa tidak bersalah jika ponteng, rasa tidak bersalah jika tidak membuat kerja rumah, rasa tidak bersalah jika meniru....kerana hanya dengan ilmu sahajalah kita (murid) akan memahami sesuatu perbuatan itu ada dosa dan pahalanya.... begitulah beratnya tuntutan menuntut ilmu....   barang siapa mahukan dunia dengan ilmu..... 

urusan hidup perlu dengan ilmu.....  barang siapa mahukan akhirat hendaklah baginya dengan ilmu..... apatahlagi perkara berkaitan akhirat...  Isilah masa yang terluang dengan membuat latihan, terutama calon UPSR 2011. Ambillah peluang yang terbentang dengan berlatih untuk berpuasa melalui berpusa sunat. di bulan Sya'ban... berlatih sebelum tibanya bulan ramadan... Kenapa perlunya latihan ? Kerana kita perlu memaluinya dengan pengalaman.... Untuk berpuasa ...... perlukan latihan ..... sebab kita  masih kecil lagi..... inikan pula urusan dunia yang lain terutama calon UPSR 2011.

Modul Guru Penyayang

Posting Ke-2 Paling Popular (1041 Pelawat)(25873 Pelawat 14.4.2015)

Teks disusun dan dibacakan oleh nurabadi sempena hari Anugerah Cemerlang & Konvokesyen Pra Sekolah SK Seri Taman Kluang Barat 2011

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِ الْعَالَمِيْنَ حَمْدًا يُوَافِى نِعَامَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَهُ يَارَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِيْ لِجَلاَلِ وَجْهِكَ وَعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُنْجِيْنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ اْلأَهْوَالِ وَاْلآفَاتِ وَتَقْضِيْ لَنَا بِهَا جَمِيْعَ الْحَاجَاتِ وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ السَّيِّئَاتِ وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ أَعْلَى الدَّرَجَاتِ وَتُبَلِّغُنَا بِهَا أَقْصَى اْلغَايَاتِ مِنْ جَمِيْعِ الْخَيْرَاتِ فِى الْحَيَاةِ وَبَعْدَ الْمَمَاتِ

اَللَّهُمَّ يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ

Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana mengizinkan kami untuk mengadakan dan berada dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Konvokesyen Pra Sekolah SK Seri Taman Kluang Barat, 2011

اَللَّهُمَّ يَا مُجِيْبَ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الْحَاجَاتِ

Kami memohon kepada-Mu , agar Eangkau berkati majlis ini dengan limpahan rahman dan rahim-Mu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan hidayah-Mu. Tidak juga lupa kepada para pendidik yang telah menyumbang khidmat dan menabur bakti mereka di sekolah yang bertuah ini .

اَللَّهُمَّ يَا قَوِيُّ يَا عَزِيْزُ يَا فَعَّالٌ لِّمَا يُرِيْدُ

Di saat ini juga kami rafa’kan tangan kehambaan mengharapkan ihsan-Mu agar Engkau teruskan dan lanjutkan kecemerlangan yang sudah kami capai samada dalam bidang akademik mahupun aspek pembinaan sahsiah insan dan seterusnya menganugerahkan kepada kami kecemerlangan demi kecemerlangan yang lebih bermakna dalam pelbagai bidang pada masa-masa akan datang.

اَللَّهُمَّ يَا مُهَيْمِنُ يَا رَقِيْبُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ

Jadikanlah pelajar-pelajar yang menerima hadiah dan sijil penghargaan pada hari ini sebagai pelajar-pelajar yang bersyukur di atas pengiktirafan ini. Jadikanlah mereka pelajar-pelajar yang akan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk meningkatkan potensi dan prestasi mereka dalam bidang akademik mahupun ketrampilan peribadi yang luhur. Malah kami memohon daripada-Mu Ya Allah dengan penuh ketaakulan agar majlis anugerah ini akan menjadi sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar lain supaya mereka sama-sama mengerah keringat dan menggembleng tenaga untuk mencapai kecemerlangan demi mengharumkan nama sekolah ini.


اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ
وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقًا مَعْصُوْمًا
وَلاَ تَجْعَلْ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا.

Ya Allah, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai satu perhimpunan yang dirahmati dan perpisahan kami pula selepas ini sebagai satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi. Dan janganlah Engkau jadikan pada diri kami ini, dan mereka yang bersama kami, kebinasaan, dan menyingkirkan kami dari memperolehi rahmat

رَبَّنَا اصْرِفْ عَنَّا عَذَابَ جَهَنَّمَ إِنَّ عَذَابَهَا كَانَ غَرَامَا إِنَّهَا سَاءَتْ مُسْتَقَرًّا وَمُقَامًا
رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوْبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ مَعَ اْلأَبْرَارِ. يَا عَزِيْزُ يَاغَفَّارُ يَارَبَّ الْعَالَمِيْنَ
وَصَلَّى الله ُ وَسَلَّمَ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

Posting Paling Popular Sepanjang 2012 : (3163 Pelawat)

aspirasidiri : Jadual Waktu Belajar Persendirian (Hari Bersekolah & Cuti Sekolah)

Murid yang mampu mengurus masa berpotensi untuk mendapat pencapaian yang baik dalam bidang Akademik. Sehari kehidupan seorang murid sekolah menempuh aktiviti pembelajaran yang berbeza. Di sekolah seorang murid tertakluk dengan jadual yang disediakan oleh pihak sekolah. Namun bagaimana pula ketika berada di rumah. Aktiviti hujung minggu perlu dikawal Jangan biarkan ianya berlalu begitu sahaja. Sedaikan jadual hujung minggu disesuaikan dengan aktiviti anjuran sekolah. Jika sekolah mengadakan kelas tambahan pada minggu ke-2 dan ke-4, masukkan aktiviti tersebut di dalam jadual agar kita dapat merancang aktiviti hujng minggu dengan aktiviti yang selaras dengan diri kita yang masih bergelar murid sekolah. Bagaimana pula ketika sekolah sedang bercuti ? Cuti sekolah yang tidak dirancang merugikan kita. Peluang tersebut perlu kita ambil dengan kita mengatur masa belajar mengikut keselesaan kita. Jangan gadaikan masa depan dengan hanya berseronok sahaja. Apa yang kita lakukan sekarang ini natijah yang kita perolehi adalah di masa depan. Sekarang kita bersusah payah belajar, Insya Allah hidup kita akan selesa pada masa depan dengan kerjaya yang kita ceburi. Seperkara lagi, apabila kita menyusun jadual jangan kita lupa masukkan sekali matapelajaran sekolah agama, dan aktiviti belajar agama ( mengaji quran). Ini adalah kerana pengabaian kepada aktiviti belajar agama akan menyebabkan persiapan hidup kita akan pincang. Belajar akademik sahaja sedangkan belajar agama terabai. Kata Imam Syafie :

Barangsiapa yang Menginginkan Dunia …

مَنْ أَرَادَ الدُّنْيَا فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ وَمَنْ أَرَادَ الآخِرَةَ فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ

“Barangsiapa yang menginginkan dunia, maka hendaknya menuntut ilmu dan barangsiapa yang menginginkan akhirat, maka hendaknya ia menuntut ilmu”.

Jadual Waktu Persendirian Cuti Sekolah


Jadual Waktu Sekolah



Jadual Waktu Persendirian Hari Bersekolah

Modul PRS


Kandungan : Panduan Perlaksanaan PRS di Sekolah

++klikdownload++Modul P R S ++klikdownload++

Modul RIMUP 2011

Kandungan : Modul RIMUP 3H2M :
"Perhatian" Video Sejarah Kemerdikaan akan di UPLOAD di youtiube dalam masa terdekat. Akan dimaklumkan kemudian.

++klikdownload++Kertas Kerja RIMUP++klikdownload++

++klikdownload++Video RIMUP++klikdownload++

"Perkongsian" Perancangan UBK 2011 Untuk download


Kandungan : Perancangan Strategik, Rancangan Tahunan, Pelan Tindakan, Carta Gantt

++klikdownload++Buku Pengurusan UBK 2011++klikdownload++

Konvensyen PERASA Peringkat Kebangsaan ke-8

Ekslusif Buat Kulator & Kulaan Konvensyen

++klikdownload++ PERASA++klikdownload++

Modul Kajian Tindakan


Kandungan : Panduan Untuk Membuat Kajian Tindakan di Sekolah

++klikdownload++Modul Kajian Tindakan++klikdownload++

Modul Kepimpinan 2011


Kandungan : Modul Kepimpinan 3H2M, 1H di SK Perempuan Bandar

++klikdownload++Modul Kepimpinan++klikdownload++

"Perkongsian" Dokumen Kelab UBK SR Utk Download


Isi kandungan : Perlembagaan Kelab, Cth Aktiviti Tahunan, dll

++klikdownload++Dokumen Pengurusan Kelab UBK++klikdownload++

e-Pengurusan UBK untuk download

Sila dapatkan no unprotected untuk pengaktifan dengan meninggalkan e mail d soutmax
+++klik link ++++e pengurusan bdk++++klik link++++

Waman Jahada Fainnama Yujahidu Linafsih......

Saya admin aspirasidiri menyuarakan KECAMAN sekeras-kerasnya terhadap Laknatullah Rejim Zionis kerana melakukan serangan terhadap SAUDARA-saudara saya di ....GAZZA.... Jahanam, Jahanam Zionis, Hancur, Hancur Zionis. Ihzihum Wansurna Alaihim.... Saya berdoa agar rakyat Palastin tabah dan terus berjuang mempertahankan malahan menyerang keangkuhan Rejim Zionis... Menang atas Rejim Zionis atau Menang Sebagai SYAHID bertemu Allah... Yujahidu na Fi Sabilillah... Fayaktalun na wayuk talun ..... terus berjuang .... samada kamu membunuh atau di bunuh... .... Ya Allah Kami Tidak Dapat Berjuang Seperti Mereka..... tetapi kemi berdoa ... Wamautana, Bimauti Syuhada' ....seperti MEREKA.. Ijabata li dua'

jemput tinggalkan jejak di blog apirasidiri