Top Menu
Didikan Rohani Dengan Ibadah.
عن عمرو بن شُعَيْبٍ عن أَبِيهِ عن جَدِّهِ قَالَ، قَالَ رسولُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مُرُوا أَوْلاَدَكُمْ بِالصَّلاَةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْع سِنِينَ وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءَ عَشْرِ سِنِينَ، وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي المَضَاجِعِ.[4] Yang bermaksud, Daripada ‘Amru bin Syu‘aib, daripada bapanya, daripada datuknya berkata, sabda Rasulullah saw: “Perintahlah anak-anakmu mendirikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka jika meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun serta pisahkan tempat tidur mereka.
Perkhidmatan
Tips Berkaitan Peperiksaan
- Teknik DETER
- Doa
- Mengurus Masa
- Sebulan Sebelum Pepeiksaan
- Seminggu Menjelang Peperiksaan
- Malam Sebelum Peperiksaan
- Pagi Peperiksaan
- Apabila Soalan Telah Di Beri
- Apabila Masa Menjawab Telah Bermula
- Apabila Masa Menjawab Telah Tamat
- Tips Menjawab Soalan Objektif
- Kesilapan Yang Tidak Disedarai Ketika Menjawab
- Tips Ketika Di Dalam Dewan Peperiksaan
- Strategi Mungulangkaji Di Hari Peperiksaan
- Rahsia Kejayaan Calon PMR Yang Lalu
- Tips Menjawab Di Bulan Ramadan
Pengiktirafan Majalah Pendidik kepada Blog Aspirasi Diri
05 October 2013
aspirasidiri : Ibadah Qurban Untuk Orang Yang Telah Meninggal Dunia
Menurut pengarang Kitab Sabilal Muhtadin (Jawi) halaman 228 baris yang ke 8 (lapan) (dari atas) :
(Dan demikian lagi) Tiada harus lagi tiada memadai mengkorban orang yang mati dengan tiada wasiat.
Menurut pengarang kitab Mat'al Badrin (Jawi) halaman 81baris ke 2 (dua) dari bawah :
(Dan tiada sah pula) diperbuat Adhiah (kurban) bagi orang mati jika tiada wasiat.
Admin :
Boleh melakukan ibadah qurban kepada orang yang mati (sebut arwah) hanya jika ada wasiat.
Maka, adakah pendapat selain dari di atas ? Jika ada saya sedang mencari butirannya.
02 October 2013
aspirasidiri : Menyembelih Untuk Halal dan Bersih (Halal lan Toiyyibah)
Menyembelih Binatang Adalah Sebahagian Daripada
Menjalankan Hukum Allah
Tanpa Mengikut Hukum Allah
Hidup Tidak Mematuhi Syariat
01 October 2013
aspirasidiri : Doaku Buat Calon PMR 2013
Selamat Menduduki PMR 2013,
Doa Kecemerlangan Buat Kalian,
Calon PMR Seluruh Negara
In Sha Allah
28 September 2013
26 September 2013
aspirasidiri : Teks Majlis Doa Selamat Sempena Keberangkatan ke Tanah Suci Makkah
DOA SELAMAT JEMAAH
HAJI
Sempena keberangkatan rakan guru ke mekah
dibacakan oleh : admin
Ya Allah...sesungguhnya
Engkaulah teman dalam perjalanan dan Engkaulah penjaga keselamatan kaum
keluarga, harta benda, anak cucu dan sahabat handai.
Ya Allah, peliharalah
hamba Mu ini___________________________ dari keburukan dunia dan kerosakannya.
Engkau kurniakan lah kebaikan dan takwa dalam perjalanan mereka dan juga
amalan-amalan yang Engkau redhai.
Ya Allah kami bermohon s
upaya
Engkau dekatkan dan permudahkan perjalanan mereka dan kurniakanlah kepada mereka
di sepanjang perjalanan itu keselamatan tubuh badan, agama dan harta benda.
Sampaikanlah maksud mereka untuk mengerjakan haji dan mengunjungi maqam nabiMu
Muhammad s.a.w .
Ya Allah! Engkau Lindungi lah
mereka daripada segala mara bahaya di dalam perjalanan dan perkara- perkara
yang mendukacitakan mereka. Jauhilah buruk pandangan pada kaum keluarga, harta
benda, anak cucu dan sahabat handai mereka. Ya Allah! letakkanlah mereka
di dalam peliharaanMu, janganlah Engkau lucutkan nikmatMu darinya, janganlah Engkau
mengubahkan kesihatan yang ada pada mereka, wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi
Maha Penyayang.
Ya Allah sesungguhnya Tanah
Haram itu, negeri itu, ketenteraman yang ada di dalamnya dan hamba yang ada
padanya semuanya kepunyaanMu. hambaMu ini____________________________________
akan datang menyahut panggilanMu dari negeri yang jauh dengan membawa dosa yang
banyak dan amalan yang buruk. Olih itu ya Allah, kami pohonkan kepadaMu sebagai
permohonan orang yang sangat berhajat kepadaMu dan takut kepada azabMu, supaya
Engkau terima mereka dengan limpahan kemaafanMu dan masukkanlah mereka ke dalam
kawasan syurgaMu, Jannatun Naim,
Ya Allah sesungguhnya
itu adalah Tanah HaramMu maka haramkanlah daging mereka, darah mereka dan
tulang mereka dari api neraka .
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ ،لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ ،لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ ،
اللهُ اَکْبَر ،اللهُ اَکْبَر ،اللهُ اَکْبَر ،
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ ، لَهُ الْمُلْكُ
وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى کُلِّ شَىْءٍ قَدِيْرٍ
Ya Allah, dengan berkat
mereka melihat Kaabah Mu yang penuh dengan kemuliaan, kebesaran, keagungan dan
kebaikan, maka Engkau lindungi lah mereka daripada kekufuran, kemiskinan, azab
kubur dan sempit fikiran. Engkau tambahkanlah kurniaMu kepada mereka yang memuliakannya
(Baitullah) dan membesarkannya dari kalangan yang mengerjakan haji dan umrah
dengan kemuliaan, kebesaran dan kebajikan.
سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُِللهِ
وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَکْبَرُ ،
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ
Ya Allah, apabila hamba Mu ini
bertawaf disekeliling Kaabah, maka Engkau kurniakan lah kepada mereka
keampunan, kesihatan yang sempurna, penolakan yang berkekalan dari bala
bencana, sama ada pada agama mereka, dunia mereka dan akhirat mereka serta
mendapat kemenangan dengan beroleh syurga dan keselamatan dari api neraka.
Ya Tuhan, berkatilah
saie mereka dan dengan berkat saie itu, Engkau diterima doa mereka, afiatkanlah
dan ampunilah mereka. Berilah pertolongan kepada mereka untuk taat dan
bersyukur kepadaMu. Janganlah membiarkan mereka bergantung .kepada yang lain
selain dariMu. Matikanlah mereka dalam iman dan Islam yang sempurna, sedang
Engkau redha kepada mereka.
Ya Allah, dengan berkat saie
mereka itu juga, Engkau peliharalah diri mereka dengan meninggalkan segala
kejahatan selama hidup mereka dan peliharalah mereka supaya tidak membuat
perkara yang tidak memberi manafaat dan kurniakanlah kepada mereka elok
pandangan pada perkara-perkara yang membawa keredhaanMu.
لاَ إِلَهَ إَلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ ،
لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ
وَهُوَ حَيٌ لاَ يَمُوْتُ
بِيَدِهِ الْخَيْرُ
وَهُوَ عَلَى کُلِّ شَىءٍ قَدِيْرٌ
Ya Allah, apabila hamba Mu ini
berada di Arafah, maka Engkau terima lah doa mereka. Ya Allah, ampunkan lah
segala dosa mereka. Janganlah Engkau kecewakan mereka, berilah kepada mereka
sepertimana yang Engkau berikan kepada hamba-hambaMu yang soleh. Janganlah
Engkau palingkan mereka daripada tempat suci itu melainkan mereka mendapat
kemenangan dan tidak kecewa, tidak menyesal dan tidak pula mereka daripada
golongan orang yang sesat dan menyesatkan. Wahai Tuhan Yang Maha Mengasihani.
Ya Allah, berilah
pertunjuk dan taufik kepada mereka, peliharakanlah mereka daripada terjerumus
di dalam lembah kejahilan dan kemusnahan, selamatkan mereka daripada segala
penyakit jiwa, jadikanlah mereka daripada golongan orang yang menjauhkan diri
dari runtunan hawa nafsu yang buas. Ya Allah, jadikanlah mereka daripada
golongan mereka yang sentiasa menghadapi Engkau tidak kepada yang lain.
Ya Allah, perbetulkan mereka
kiranya dia telah menyeleweng, perkuatkanlah mereka di dalam pendirian mereka,
hidupkanlah mereka dalam iman dan taat kepada Engkau, matikanlah mereka di
dalam Islam, dari golongan mereka yang bertaubat, begitu juga semasa soal di
akhirat. Ya Allah, Engkau jadikanlah mereka daripada mereka yang menerima
suratan amalannya dengan tangan kanan, jadikanlah mereka daripada golongan
mereka yang beroleh keamanan pada hari kiamat, berilah kegembiraan kepada
mereka ya Allah, dengan dapat memandang kepada wajah Engkau Yang Mulia dengan
berkat rahmat Engkau wahai Tuhan Yang Maha Mengasihi.
Maha Suci Allah yang ArasyNya
terletak di langit, Maha Suci Allah yang memperlihatkan kekuatanNya di bumi,
Maha Suci Allah yang menjalankan segala lautan, Maha Suci Allah yang melihatkan
kekuasaan. dan pemerintahan di api neraka, Maha Suci Allah yang melihatkan
rahmatNya di dalam syurga, Maha Suci Allah yang telah mengangkat tujuh petala
langit dan menetapkan tujuh petala bumi dengan kudratNya, Maha Suci Allah, yang
tidak ada tempat untuk bergantung dan tidak ada tempat untuk meminta
pertolongan melainkan kepadaNya semata-mata.
Ya Allah, apabila hamba Mu ini
berdoa Mina, maka Engkau anugerahkan mereka dengan apa yang telah Engkau
anugerahkan kepada wali-wali Mu dan hamba-hamba Mu yang taat kepada Engkau.
Ya Allah, Engkau terima lah
semua doa dan amal ibadah mereka selama mereka melakukan ibadah haji mereka dan
kurniakan lah kepada mereka pahala haji yang mabrur.
Ya Allah, peliharakanlah
mereka dari segenap pihak, di kanan mereka, di kiri mereka, hadapan mereka, di
belakang mereka, di atas mereka dan di bawah mereka sehinggalah mereka sampai
sampai kembali kepada keluarga mereka dan negeri mereka. Janganlah Engkau
jauhkan mereka dari rahmatMu walau sekelip mata sekalipun.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Modul Guru Penyayang
Posting Ke-2 Paling Popular (1041 Pelawat)(25873 Pelawat 14.4.2015)
Teks disusun dan dibacakan oleh nurabadi sempena hari Anugerah Cemerlang & Konvokesyen Pra Sekolah SK Seri Taman Kluang Barat 2011
Labels: Doa
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِ الْعَالَمِيْنَ حَمْدًا يُوَافِى نِعَامَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَهُ يَارَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِيْ لِجَلاَلِ وَجْهِكَ وَعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُنْجِيْنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ اْلأَهْوَالِ وَاْلآفَاتِ وَتَقْضِيْ لَنَا بِهَا جَمِيْعَ الْحَاجَاتِ وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ السَّيِّئَاتِ وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ أَعْلَى الدَّرَجَاتِ وَتُبَلِّغُنَا بِهَا أَقْصَى اْلغَايَاتِ مِنْ جَمِيْعِ الْخَيْرَاتِ فِى الْحَيَاةِ وَبَعْدَ الْمَمَاتِ
اَللَّهُمَّ يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ
Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana mengizinkan kami untuk mengadakan dan berada dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Konvokesyen Pra Sekolah SK Seri Taman Kluang Barat, 2011
اَللَّهُمَّ يَا مُجِيْبَ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الْحَاجَاتِ
Kami memohon kepada-Mu , agar Eangkau berkati majlis ini dengan limpahan rahman dan rahim-Mu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan hidayah-Mu. Tidak juga lupa kepada para pendidik yang telah menyumbang khidmat dan menabur bakti mereka di sekolah yang bertuah ini .
اَللَّهُمَّ يَا قَوِيُّ يَا عَزِيْزُ يَا فَعَّالٌ لِّمَا يُرِيْدُ
Di saat ini juga kami rafa’kan tangan kehambaan mengharapkan ihsan-Mu agar Engkau teruskan dan lanjutkan kecemerlangan yang sudah kami capai samada dalam bidang akademik mahupun aspek pembinaan sahsiah insan dan seterusnya menganugerahkan kepada kami kecemerlangan demi kecemerlangan yang lebih bermakna dalam pelbagai bidang pada masa-masa akan datang.
اَللَّهُمَّ يَا مُهَيْمِنُ يَا رَقِيْبُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ
Jadikanlah pelajar-pelajar yang menerima hadiah dan sijil penghargaan pada hari ini sebagai pelajar-pelajar yang bersyukur di atas pengiktirafan ini. Jadikanlah mereka pelajar-pelajar yang akan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk meningkatkan potensi dan prestasi mereka dalam bidang akademik mahupun ketrampilan peribadi yang luhur. Malah kami memohon daripada-Mu Ya Allah dengan penuh ketaakulan agar majlis anugerah ini akan menjadi sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar lain supaya mereka sama-sama mengerah keringat dan menggembleng tenaga untuk mencapai kecemerlangan demi mengharumkan nama sekolah ini.
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ
وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقًا مَعْصُوْمًا
وَلاَ تَجْعَلْ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا.
Ya Allah, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai satu perhimpunan yang dirahmati dan perpisahan kami pula selepas ini sebagai satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi. Dan janganlah Engkau jadikan pada diri kami ini, dan mereka yang bersama kami, kebinasaan, dan menyingkirkan kami dari memperolehi rahmat
رَبَّنَا اصْرِفْ عَنَّا عَذَابَ جَهَنَّمَ إِنَّ عَذَابَهَا كَانَ غَرَامَا إِنَّهَا سَاءَتْ مُسْتَقَرًّا وَمُقَامًا
رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوْبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ مَعَ اْلأَبْرَارِ. يَا عَزِيْزُ يَاغَفَّارُ يَارَبَّ الْعَالَمِيْنَ
وَصَلَّى الله ُ وَسَلَّمَ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
Posting Paling Popular Sepanjang 2012 : (3163 Pelawat)
aspirasidiri : Jadual Waktu Belajar Persendirian (Hari Bersekolah & Cuti Sekolah)
Murid yang mampu mengurus masa berpotensi untuk mendapat pencapaian yang baik dalam bidang Akademik. Sehari kehidupan seorang murid sekolah menempuh aktiviti pembelajaran yang berbeza. Di sekolah seorang murid tertakluk dengan jadual yang disediakan oleh pihak sekolah. Namun bagaimana pula ketika berada di rumah. Aktiviti hujung minggu perlu dikawal Jangan biarkan ianya berlalu begitu sahaja. Sedaikan jadual hujung minggu disesuaikan dengan aktiviti anjuran sekolah. Jika sekolah mengadakan kelas tambahan pada minggu ke-2 dan ke-4, masukkan aktiviti tersebut di dalam jadual agar kita dapat merancang aktiviti hujng minggu dengan aktiviti yang selaras dengan diri kita yang masih bergelar murid sekolah. Bagaimana pula ketika sekolah sedang bercuti ? Cuti sekolah yang tidak dirancang merugikan kita. Peluang tersebut perlu kita ambil dengan kita mengatur masa belajar mengikut keselesaan kita. Jangan gadaikan masa depan dengan hanya berseronok sahaja. Apa yang kita lakukan sekarang ini natijah yang kita perolehi adalah di masa depan. Sekarang kita bersusah payah belajar, Insya Allah hidup kita akan selesa pada masa depan dengan kerjaya yang kita ceburi. Seperkara lagi, apabila kita menyusun jadual jangan kita lupa masukkan sekali matapelajaran sekolah agama, dan aktiviti belajar agama ( mengaji quran). Ini adalah kerana pengabaian kepada aktiviti belajar agama akan menyebabkan persiapan hidup kita akan pincang. Belajar akademik sahaja sedangkan belajar agama terabai. Kata Imam Syafie :
“Barangsiapa yang menginginkan dunia, maka hendaknya menuntut ilmu dan barangsiapa yang menginginkan akhirat, maka hendaknya ia menuntut ilmu”.
Barangsiapa yang Menginginkan Dunia …
مَنْ أَرَادَ الدُّنْيَا فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ وَمَنْ أَرَادَ الآخِرَةَ فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ
Jadual Waktu Persendirian Cuti Sekolah
Jadual Waktu Sekolah
Jadual Waktu Persendirian Hari Bersekolah
Modul PRS
Modul RIMUP 2011
"Perhatian" Video Sejarah Kemerdikaan akan di UPLOAD di youtiube dalam masa terdekat. Akan dimaklumkan kemudian.
++klikdownload++Kertas Kerja RIMUP++klikdownload++
++klikdownload++Video RIMUP++klikdownload++
Modul BDK Utk Download
"Perkongsian" Perancangan UBK 2011 Untuk download
++klikdownload++Buku Pengurusan UBK 2011++klikdownload++
Konvensyen PERASA Peringkat Kebangsaan ke-8
++klikdownload++ PERASA++klikdownload++
Modul Kajian Tindakan
++klikdownload++Modul Kajian Tindakan++klikdownload++
Modul Program 5 Minit Benci Zina
Modul Kepimpinan 2011
++klikdownload++Modul Kepimpinan++klikdownload++
"Perkongsian" Dokumen Kelab UBK SR Utk Download
++klikdownload++Dokumen Pengurusan Kelab UBK++klikdownload++
e-Pengurusan UBK untuk download
Waman Jahada Fainnama Yujahidu Linafsih......
Saya admin aspirasidiri menyuarakan KECAMAN sekeras-kerasnya terhadap Laknatullah Rejim Zionis kerana melakukan serangan terhadap SAUDARA-saudara saya di ....GAZZA.... Jahanam, Jahanam Zionis, Hancur, Hancur Zionis. Ihzihum Wansurna Alaihim.... Saya berdoa agar rakyat Palastin tabah dan terus berjuang mempertahankan malahan menyerang keangkuhan Rejim Zionis... Menang atas Rejim Zionis atau Menang Sebagai SYAHID bertemu Allah... Yujahidu na Fi Sabilillah... Fayaktalun na wayuk talun ..... terus berjuang .... samada kamu membunuh atau di bunuh... .... Ya Allah Kami Tidak Dapat Berjuang Seperti Mereka..... tetapi kemi berdoa ... Wamautana, Bimauti Syuhada' ....seperti MEREKA.. Ijabata li dua'










