Didikan Rohani Dengan Ibadah. عن عمرو بن شُعَيْبٍ عن أَبِيهِ عن جَدِّهِ قَالَ، قَالَ رسولُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مُرُوا أَوْلاَدَكُمْ بِالصَّلاَةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْع سِنِينَ وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءَ عَشْرِ سِنِينَ، وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي المَضَاجِعِ.[4] Yang bermaksud, Daripada ‘Amru bin Syu‘aib, daripada bapanya, daripada datuknya berkata, sabda Rasulullah saw: “Perintahlah anak-anakmu mendirikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka jika meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun serta pisahkan tempat tidur mereka.

Perkhidmatan

Pengiktirafan Majalah Pendidik kepada Blog Aspirasi Diri

Keluaran Disember 2010, MS 30

27 October 2009

aspirasidiri : impian mengatasi keterbatasan diri

Impian Dan Keazaman Mengatasi Keterbatasan Diri
Dengan Izin Allah.


 

 Pakar Ekonomi Senator Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh dalam ingatan Al-fatihah.

 sumber  berita <cgzul

metro 2007 Oleh Shamsul Kamal Amarudin 



IPOH: "Ketika peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2007, guru pengawas ada bertanya sama ada saya memerlukan tambahan masa bagi menjawab soalan kerana kecacatan saya, tetapi saya menjawab tidak perlu. Guna masa biasa saja," kata Nor Umairah Ahmad Jamhari. Nor Umairah, 15, yang menulis menggunakan kaki serta menyelak buku untuk membaca kerana kecacatan kedua-dua tangannya sejak lahir memperoleh 8A dalam peperiksaan PMR yang diumumkan semalam.
Sebelum ini dia pernah membuktikan kekurangan dirinya bukan penghalang untuk menjadi insan cemerlang apabila memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda Musa di Teluk Intan itu adalah seorang daripada lima calon PMR orang kurang upaya (OKU) seluruh negara yang mencatat kejayaan A dalam semua mata pelajaran.

Ketika belajar, dia menggunakan meja khas yang dipotong kakinya supaya berada dalam kedudukan sama paras dengan kerusi bagi membolehkannya selesa menulis atau melakukan pelbagai aktiviti pembelajaran menggunakan kaki.

26 October 2009

aspirasidiri : Pilihan Seorang pelajar

sumber : buku Cemerlang aku cemerlang_Hj Ishammudin Hj Ismail_Pusat Ilmu Jelatik_2007

Sekiranya saya.....

Dalam kehidupan ini anda sebagai seorang pelajar hanya mempunyai dua pilihan dalam tindakan dan perancangan. Andalah yang membuat pilihan tersebut.




  1. Sekiranya saya tidak merancang untuk menjadi seorang pelajar yang BERJAYA , maka saya sebenarnya sedang merancang untuk menjadi seorang pelajar yang GAGAL.
  2. Sekiranya saya tidak merancang untuk menjadi seorang pelajar yang rajin, maka sebenarnya sedang merancang untuk menjadi sorang pelajar yang malas.
  3. Sekiranya saya tidak merancang untuk menjadi pelajar yang PANDAI DAN BIJAKSANA maka saya sebenarnya sedang merancang untuk menjadi seorang pelajar yang BODOH dan DUNGU.
  4. Sekiranya saya tidak merancang untuk menjadi seorang pelajar yang BERDISIPLIN, maka saya sebenarnya sedang merancang untuk menjadi seorang pelajar yang CINCAI.
  5. Sekiranya saya tidak merancang untuk menjadi seorang pelajar yang PEKA, maka saya sebenarnya sedang merancang untuk menjadi seorang pelajar yang PEKAK.
  6. Sekiranya saya tidak merancang untuk menjadi seorang pelajar yang UNGGUL, maka saya sebenarnya sedang merancang untuk menjadi seorang pelajar yang TUNGGUL.


Kejayaan = Matlamat+Usaha + Peluang


24 October 2009

aspirasidiri : Mengenal Akal

sumber : Panduan Mencerdaskan Minda_Siti Norbahyah Mahmod & Jaafar Salleh_2005
dapatkan huraian lengkap di   TELAGA BIRU

Ciri-ciri akal


  1. Setiap sesuatu mempunyai alat dan alat bagi orang mukmin ialah akal
  2. Setiap sesuatu mempunyai kenderaan dan kenderaan bagi manusia ialah akal
  3. Setiap sesuatu mempunyai tiang dan tiang agama ialah akal
  4. Setiap sesuatu mampunyai tujuan dan tujuan bagi hamba Allah ialah akal
  5. Setiap kaum mempunyai penyeru dan penyeru bagi kaum yang beribadah ialah akal
  6. Setiap saudagar mempunyai harta kekayaan dan harta kekayaan orang yang rajian ialah akal
  7. Setiap keluarga dalam rumah mempunyai orang yang membiyainya dan yang membiayai rumahtangga orang siddiqin (orang yang membenarkan agama) ialah akal
  8. Setiap perjalanan mempunyai rumah kecil untuk persinggahan dan tempat prsinggahan bagi orang mukmin ialah akal.

23 October 2009

aspirasidiri : Personaliti Menarik

sumber buku : 
10 elemen Untuk Mencapai Kejayaan oleh Hj Hushim b Hj Salleh _Pusat Ilmu Jelatik_2008

Personaliti Menarik Seorang Pelajar.
  1. Dapat Menerima Kelemahan atau Kesilapan diri
  2. Berbudi bahasa
  3. Boleh bertindak dengan cepat
  4. Jujr
  5. Memaafkan kesilapan orang lain
  6. Sentiasa senyum
  7. Tidak bersifat angkuh dan bangga diri.




Kebanggaan SK Felda lu Penggeli 2008
12-11-2008

Alhamdulillah Akhirnya Impian Menjadi Kenyataan
Berdiri Belakang (Sutinah-5A, Siti Kalsum 5A,Nur Atika 5A, Nurshafira 5A, Nur Aqilah 5A, Nor Dalilah 4A1B, Nur Najihah 5A, Syahidah 5A, Siti Dhabitah 5A)
Baris Bawah (Izzad Rasyidi 4A1B, Mohd Asnursyakir 5A, Muhd Azhar 5A, Mohd Salehuddin 4A1A)

16 October 2009

aspirasidiri : Tips Menghafal Al-Quran



Didedikasikan buat anakanda TERSAYANG :
Ahmad Mujahid Huda b Mohamad Amin
Sek. Rendah Agama Bersepadu Kluang.


Dan apa yang Telah kami wahyukan kepadamu yaitu Al Kitab (Al Quran) Itulah yang benar, dengan membenarkan kitab-kitab yang sebelumnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha mengetahui lagi Maha melihat (keadaan) hamba-hamba-Nya. Kemudian Kitab itu kami wariskan kepada orang-orang yang kami pilih di antara hamba-hamba kami, lalu di antara mereka ada yang menganiaya diri mereka sendiri dan di antara mereka ada yang pertengahan dan diantara mereka ada (pula) yang lebih dahulu berbuat kebaikan dengan izin Allah. yang demikian itu adalah karunia yang amat besar. (Fatir:31-32)

aspirasidiri : Kejahilan lebih Mahal

Tips Ibu Bapa
Sumber Buku : Anakku Bijak Belajar _Sentuhan Ibu Bapa_Dr Shukri Abdullah_ms8

Kata pujangga, jika pendidikan itu mahal cubalah kejahilan. Semahal-mahal pendidikan, anak yang jahil lebih mahal untuk di jaga.

Sebenarnya tidak menyekolahkan anak, tidak memberikan kasih sayang dan masa yang secukupnya, serta mengabaikan keperluan pelajaran mereka lagi mahalnya dari segi wang ringgit tuntutan emosi dan kesannya kepada masyarakat,

12 October 2009

aspirasidiri : Selawat Mencegah Lupa






اللهم صلى وسلم وبارك على سيدنا محمد

وَاَلِهِ كَمَا لاَنِهَايَةَ لِكَمَالِكَ وَعَدَدِ كمَاَلِهِ

Ya Allah Limpahkanlah Rahmat Dan Kesejteraan
Serta Kerberkatan Ke Atas Junjungan Kami
Nabi Muhammad SAW dan Ke Atas Kaum
Keluarga Baginda Denga Kurnaan Yang Paling
Sempurna Daripada Segala Kesempurnaan
Engkau Yang Engkau Kurniakan Kepada
Baginda.

Sumber : Buku Indahnya HIDUP BERSYARIAT
Oleh Al Fadil Ustaz Ismail Kamus ms 273


09 October 2009

aspirasidiri : Doa Ziarah Hari Raya


دعا زيارة هاريراي


الحمد الله رب العلمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد اشرف المرسلين وعلى اله وصحبح اجمعين اَللَّهُمَّ يَا مُحَاوِلَ الاَحوَال ياَكَرِيمُ يَا مُتَاعَل بِجُودِكَ وَكَرَمِكَ حَوِّل اَحوَالَناَ اِلَى اَحسَنِ اَحوَال وَباَرِك لَناَ وَلِجَمِيعِ المُسلِمِينَ بِبَرَ كَتِ شَهرِ شَوَال اَللهَّمَ يَاخَيرَ المَسؤُلِينَ اِستَجِب دُعَاءَنَا وَاَعِد عَلَينَا هَذاَ الشَّهرَ سِنِينَابَعدَ سِنِينِ وَاَعوَاماً بَعدَ اَعوَام وَباَرِك لِصَاحِبِ هَذَا البَيتِ (........) وَطَوِّل عُمرَهُ مَعَ اِلايمَان وَارذُقهُ مِنَ الحَلاَل وَجَنِّبهُ عَنِ الحَرَام بِرَحمَتِكَ يا ارحم الرحمين وصلى الله على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم والحمد لله رب العلمين

( ..........) سبوتكن نم توان رومه














Marhaban PASTI d rumah nurabadi 4.10.2009

aspirasidiri : Apa perlunya nota ?

Apa perlunya nota ?

1. Merakam pelajaran dalam bentuk yang ringkas
2. Menggalakkan mencari idea atau maklumat penting
3. Memudahkan pemahaman
4. Memudahkan proses mengulangkaji

Catatan Kejayaan Lalu......

Bagaimana mereka berjaya ... ikuti kisah mereka...

Cuba tanya mereka yang dah berjaya ne, nota penting atau tidak.....

Anak tukang sapu catat 5A

KUANTAN 15 Nov. – Kegigihan ibunya yang hanya bekerja sebagai tukang sapu di sekolahnya, tidak menghalang Mohamad Syahir Ishak mencatat keputusan cemerlang 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2007 yang diumumkan di seluruh negara hari ini.
Malah, Mohamad Syahir sedikitpun tidak malu atau terjejas tumpuan untuk belajar hanya kerana keluarganya miskin dan ibunya pula menjadi tukang sapu di tempatnya belajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Lumpur di sini.

08 October 2009

aspirasidiri : Tips menyediakan nota

Apa Yang Perlu dibuat Pada Nota

Tips :

1. Anda perku mencatat nota semasa guru menjajar
2. Anda perlu mencatat nota untuk untuk membantu anda memehami pelajaran, membantu proses mengingat,menyimpan maklumat / arahan dan isi-isi penting dalam bentuk nota.
3. Kemahiran di dalam membuat nota termasuklah kemahiran mendengar, kemahiran membaca pantas dan kemahiran menulis.
4. Beberapa peringkat membuat nota ialah nota sebelum kelas, nota semasa kelas, nota selepas keluah, nota tambahan dan nota pindaan.
5. Sumber untuk membuat nota boleh diperoleh dari buku, guru, rakan-rakan serta program tv, radio, internet dan sebagainya


aspirasidiri : Nota

Kemahiran Membuat Nota

Matlamat kepada membuat nota ialah :

N : Natijah
O : Output
T : Terbaik
A : Akademik, Amalan, Akhlak

Nota amat penting. Nota nama lain bagi catatan. Nota penting bagi menentukan maklumat yang diterima tidak hilang begitu sahaja.
Peringkat awal maklumat hanya diingat/hafal. Namun isunya ialah bagaimana sekiranya sumber kepada maklumat itu tiada dengan pelbagai sebab misalnya mati, sakit, gila.... benarlah tindakan Saidina Uthman yang berusaha untuk mengumpulan Al-Quraan di dalam bentuk MUSHAF.
Sebagai seorang pelajar bagaimana ? Tanpa nota tentulah apa yang dipelajari tidak kekal lama di dalam ingatan. Calon SPM/STPM yang lalu mengakui bahawa nota amat penting bagi mereka.



Nur Amalina Che Bakri (born December 07, 1987 in Kota Bharu, Kelantan)[1] was the student who held the record of most 1As scored in the Sijil Pelajaran Malaysia. Upon the announcement of results of SPM 2004 on 26 March 2005, she received 17 1As - a record for number of 1As received by a student in the history of Malaysian education.[2] She was sponsored by Bank Negara Malaysia to study medicine in the United Kingdom, and did her A-levels in Cheltenham Ladies College in the UK.[3]


When her A Levels result was released in 2007, she scored 5As and she received an offer from University of Edinburgh to study medicine. She has just completed her second year and she was offered by the university to pursue an intercalated degree in Pharmacology with Industrial Experience after her second year due to her excellent results, that means she will get a double degree (MBChB and B Med Sc) by the end of her medical course. She will continue with her third year medical course after completing the intercalated degree programme.


05 October 2009

aspirasidiri : Di sebalik warna

Rahsia Di Sebalik Warna (Sumber : cintadearhaney)

Ahli fisiologi dan psikologi menjelaskan ada empat warna utama : merah, hijau, kuning dan biru.

Biarpun tidak dapat dinyatakan daripada sudut saintifik, umum menerima warna mempunyai karektor atau sifat yang berbeza dan mempunyai pengaruh dalam setiap aspek kehidupan manusia, termasuk personaliti.

Merah – Melambangkan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga, mempercepatkan denyutan nadi, menaikkan tekanan darah dan mempercepat pernafasan. Warna ini mempunyai pengaruh produktiviti, perjuangan, persaingan dan berahi.

Merah terang – Mewakili kekuatan, kemahuan atau cita-cita. Warna ini turut melambangkan agresif, aktif, kemahuan keras, penuh ghairah dan dominasi.

Merah jambu – Romantis, feminin, pengemas dan penuh jenaka.

Biru - Ketenangan yang sempurna. Mempunyai kesan menenangkan pada tekanan darah, denyut nadi dan pernafasan sekali gus membantu meningkatkan kesihatan diri.

Biru tua – Melambangkan perasaan yang mendalam. Bersifat perasa, bersikap tenang, bijaksana, tidak mudah tersinggung dan mempunyai ramai kenalan.

Biru muda – Warna ini melambangkan keteguhan dan bertahan. Bagaimanapun, penggemarnya sedikit keras kepala, sering bangga diri dan berpendirian tetap.

Kuning – Mewakili sifat kegembiraan, cukup santai, mempunyai cita-cita setinggi langit.

Kuning terang – Melambangkan sifat spontan dan toleransi. Begitu menonjol tetapi berubah-ubah sikap, suka berharap dan dermawan.

Hijau – Melambangkan adanya suatu keinginan, ketabahan dan keras hati. Mempunyai peribadi yang keras dan berkuasa. Warna ini mampu meningkatkan rasa bangga. Penggemar warna ini sering menjadi pilihan untuk mendapatkan nasihat.

Kelabu – Samar-samar karektornya. Kecenderungan lebih neutral.

Hitam – Melambangkan kehidupan yang terhenti dan memberi kesan kehampaan, kematian, kegelapan, kebinasaan dan kerosakan.

Coklat – Suka merebut, tidak bertolak ansur, pesimis terhadap kesejahteraan dan kebahagiaan masa depan.

Ungu – Warna ini adalah campuran warna merah dan biru. Sifatnya sedikit kurang teliti tetapi selalu penuh harapan.

catatan : hanya sekadar pengetahuan....

sumber : cintadearhaney

Modul Guru Penyayang

Posting Ke-2 Paling Popular (1041 Pelawat)(25873 Pelawat 14.4.2015)

Teks disusun dan dibacakan oleh nurabadi sempena hari Anugerah Cemerlang & Konvokesyen Pra Sekolah SK Seri Taman Kluang Barat 2011

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِ الْعَالَمِيْنَ حَمْدًا يُوَافِى نِعَامَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَهُ يَارَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِيْ لِجَلاَلِ وَجْهِكَ وَعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُنْجِيْنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ اْلأَهْوَالِ وَاْلآفَاتِ وَتَقْضِيْ لَنَا بِهَا جَمِيْعَ الْحَاجَاتِ وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ السَّيِّئَاتِ وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ أَعْلَى الدَّرَجَاتِ وَتُبَلِّغُنَا بِهَا أَقْصَى اْلغَايَاتِ مِنْ جَمِيْعِ الْخَيْرَاتِ فِى الْحَيَاةِ وَبَعْدَ الْمَمَاتِ

اَللَّهُمَّ يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ

Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana mengizinkan kami untuk mengadakan dan berada dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Konvokesyen Pra Sekolah SK Seri Taman Kluang Barat, 2011

اَللَّهُمَّ يَا مُجِيْبَ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الْحَاجَاتِ

Kami memohon kepada-Mu , agar Eangkau berkati majlis ini dengan limpahan rahman dan rahim-Mu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan hidayah-Mu. Tidak juga lupa kepada para pendidik yang telah menyumbang khidmat dan menabur bakti mereka di sekolah yang bertuah ini .

اَللَّهُمَّ يَا قَوِيُّ يَا عَزِيْزُ يَا فَعَّالٌ لِّمَا يُرِيْدُ

Di saat ini juga kami rafa’kan tangan kehambaan mengharapkan ihsan-Mu agar Engkau teruskan dan lanjutkan kecemerlangan yang sudah kami capai samada dalam bidang akademik mahupun aspek pembinaan sahsiah insan dan seterusnya menganugerahkan kepada kami kecemerlangan demi kecemerlangan yang lebih bermakna dalam pelbagai bidang pada masa-masa akan datang.

اَللَّهُمَّ يَا مُهَيْمِنُ يَا رَقِيْبُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ

Jadikanlah pelajar-pelajar yang menerima hadiah dan sijil penghargaan pada hari ini sebagai pelajar-pelajar yang bersyukur di atas pengiktirafan ini. Jadikanlah mereka pelajar-pelajar yang akan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk meningkatkan potensi dan prestasi mereka dalam bidang akademik mahupun ketrampilan peribadi yang luhur. Malah kami memohon daripada-Mu Ya Allah dengan penuh ketaakulan agar majlis anugerah ini akan menjadi sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar lain supaya mereka sama-sama mengerah keringat dan menggembleng tenaga untuk mencapai kecemerlangan demi mengharumkan nama sekolah ini.


اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ
وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقًا مَعْصُوْمًا
وَلاَ تَجْعَلْ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا.

Ya Allah, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai satu perhimpunan yang dirahmati dan perpisahan kami pula selepas ini sebagai satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi. Dan janganlah Engkau jadikan pada diri kami ini, dan mereka yang bersama kami, kebinasaan, dan menyingkirkan kami dari memperolehi rahmat

رَبَّنَا اصْرِفْ عَنَّا عَذَابَ جَهَنَّمَ إِنَّ عَذَابَهَا كَانَ غَرَامَا إِنَّهَا سَاءَتْ مُسْتَقَرًّا وَمُقَامًا
رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوْبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ مَعَ اْلأَبْرَارِ. يَا عَزِيْزُ يَاغَفَّارُ يَارَبَّ الْعَالَمِيْنَ
وَصَلَّى الله ُ وَسَلَّمَ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

Posting Paling Popular Sepanjang 2012 : (3163 Pelawat)

aspirasidiri : Jadual Waktu Belajar Persendirian (Hari Bersekolah & Cuti Sekolah)

Murid yang mampu mengurus masa berpotensi untuk mendapat pencapaian yang baik dalam bidang Akademik. Sehari kehidupan seorang murid sekolah menempuh aktiviti pembelajaran yang berbeza. Di sekolah seorang murid tertakluk dengan jadual yang disediakan oleh pihak sekolah. Namun bagaimana pula ketika berada di rumah. Aktiviti hujung minggu perlu dikawal Jangan biarkan ianya berlalu begitu sahaja. Sedaikan jadual hujung minggu disesuaikan dengan aktiviti anjuran sekolah. Jika sekolah mengadakan kelas tambahan pada minggu ke-2 dan ke-4, masukkan aktiviti tersebut di dalam jadual agar kita dapat merancang aktiviti hujng minggu dengan aktiviti yang selaras dengan diri kita yang masih bergelar murid sekolah. Bagaimana pula ketika sekolah sedang bercuti ? Cuti sekolah yang tidak dirancang merugikan kita. Peluang tersebut perlu kita ambil dengan kita mengatur masa belajar mengikut keselesaan kita. Jangan gadaikan masa depan dengan hanya berseronok sahaja. Apa yang kita lakukan sekarang ini natijah yang kita perolehi adalah di masa depan. Sekarang kita bersusah payah belajar, Insya Allah hidup kita akan selesa pada masa depan dengan kerjaya yang kita ceburi. Seperkara lagi, apabila kita menyusun jadual jangan kita lupa masukkan sekali matapelajaran sekolah agama, dan aktiviti belajar agama ( mengaji quran). Ini adalah kerana pengabaian kepada aktiviti belajar agama akan menyebabkan persiapan hidup kita akan pincang. Belajar akademik sahaja sedangkan belajar agama terabai. Kata Imam Syafie :

Barangsiapa yang Menginginkan Dunia …

مَنْ أَرَادَ الدُّنْيَا فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ وَمَنْ أَرَادَ الآخِرَةَ فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ

“Barangsiapa yang menginginkan dunia, maka hendaknya menuntut ilmu dan barangsiapa yang menginginkan akhirat, maka hendaknya ia menuntut ilmu”.

Jadual Waktu Persendirian Cuti Sekolah


Jadual Waktu Sekolah



Jadual Waktu Persendirian Hari Bersekolah

Modul PRS


Kandungan : Panduan Perlaksanaan PRS di Sekolah

++klikdownload++Modul P R S ++klikdownload++

Modul RIMUP 2011

Kandungan : Modul RIMUP 3H2M :
"Perhatian" Video Sejarah Kemerdikaan akan di UPLOAD di youtiube dalam masa terdekat. Akan dimaklumkan kemudian.

++klikdownload++Kertas Kerja RIMUP++klikdownload++

++klikdownload++Video RIMUP++klikdownload++

"Perkongsian" Perancangan UBK 2011 Untuk download


Kandungan : Perancangan Strategik, Rancangan Tahunan, Pelan Tindakan, Carta Gantt

++klikdownload++Buku Pengurusan UBK 2011++klikdownload++

Konvensyen PERASA Peringkat Kebangsaan ke-8

Ekslusif Buat Kulator & Kulaan Konvensyen

++klikdownload++ PERASA++klikdownload++

Modul Kajian Tindakan


Kandungan : Panduan Untuk Membuat Kajian Tindakan di Sekolah

++klikdownload++Modul Kajian Tindakan++klikdownload++

Modul Kepimpinan 2011


Kandungan : Modul Kepimpinan 3H2M, 1H di SK Perempuan Bandar

++klikdownload++Modul Kepimpinan++klikdownload++

"Perkongsian" Dokumen Kelab UBK SR Utk Download


Isi kandungan : Perlembagaan Kelab, Cth Aktiviti Tahunan, dll

++klikdownload++Dokumen Pengurusan Kelab UBK++klikdownload++

e-Pengurusan UBK untuk download

Sila dapatkan no unprotected untuk pengaktifan dengan meninggalkan e mail d soutmax
+++klik link ++++e pengurusan bdk++++klik link++++

Waman Jahada Fainnama Yujahidu Linafsih......

Saya admin aspirasidiri menyuarakan KECAMAN sekeras-kerasnya terhadap Laknatullah Rejim Zionis kerana melakukan serangan terhadap SAUDARA-saudara saya di ....GAZZA.... Jahanam, Jahanam Zionis, Hancur, Hancur Zionis. Ihzihum Wansurna Alaihim.... Saya berdoa agar rakyat Palastin tabah dan terus berjuang mempertahankan malahan menyerang keangkuhan Rejim Zionis... Menang atas Rejim Zionis atau Menang Sebagai SYAHID bertemu Allah... Yujahidu na Fi Sabilillah... Fayaktalun na wayuk talun ..... terus berjuang .... samada kamu membunuh atau di bunuh... .... Ya Allah Kami Tidak Dapat Berjuang Seperti Mereka..... tetapi kemi berdoa ... Wamautana, Bimauti Syuhada' ....seperti MEREKA.. Ijabata li dua'

jemput tinggalkan jejak di blog apirasidiri