Sumber Buku : Anakku Bijak Belajar _Sentuhan Ibu Bapa_Dr Shukri Abdullah_ms8
Kata pujangga, jika pendidikan itu mahal cubalah kejahilan. Semahal-mahal pendidikan, anak yang jahil lebih mahal untuk di jaga.
Sebenarnya tidak menyekolahkan anak, tidak memberikan kasih sayang dan masa yang secukupnya, serta mengabaikan keperluan pelajaran mereka lagi mahalnya dari segi wang ringgit tuntutan emosi dan kesannya kepada masyarakat,
Pada hakikatnya anak yang gagal di sekolah, anak yang terabai pendidikannya serta anak yang tidak terkawal tingkahlakunya sering mencetuskan banyak masalah kepada dirinya, ahli keluarga dan masyarakat.
Masalah serupa ini jika dibiarkan akan melebar dan merebak menjadi masalah yang lebih serius dan sukar diselesaikan. Ia termasuklah penyalahgunaan dadah, mencuri, gangsterisme dan membuli dan telah menjadi tajuk utama akhbar.
Apabila ini berlaku ibarat nasi telah menjadi bubur, Ibu bapa bukan sahaja memerlukan wang yang banyak untu memulihkan anak, malah ia turut mencemarkan nama baik keluarga.
Pada ketika itu, ibu bapa akan berbuat apa sahaja untuk menangani masalah berkenaan. Jika terpaksa berhutang atau bergolok-bergadai maka itulah yang mereka lakukan. Apabila sudah tersepit dek kerenah anak, tanah pusaka yang disayangi dan barang kemas yang telah lama disimpan terpakasa digadai.
Betullah saranan pujangga, mencegah lebih baik dari mengubati kerana sesal dahu pendapatan sesal kemudian tidak berguna dan janganlah pula apabila sudah terhantuk baru hendak terngadah
Untuk mengetahui penjelasan lebih lanjut sila dapatkan buku tersebut.
Rahsia Kejayaan Lalu.
11-3-2009 Utusan
Solat tahajud rahsia kejayaan 2 pelajar STPM
BESUT 10 Mac - Mengerjakan solat tahajud dan membaca al-Quran pada awal pagi antara rahsia kejayaan dua pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Nurul Ittifaq dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2008 yang diumumkan hari ini.
Bagi dua sahabat karib, Nor Syamimi Mohd. dan Nurul Huda Abdullah, amalan yang dilakukan setiap kali sebelum menelaah pelajaran itu mendatangkan hasil yang memberangsangkan.
Nor Syamimi, anak kepada seorang buruh di Pejabat Hutan Besut memperoleh 5A dalam keputusan yang diumumkan hari ini bagi mata pelajaran Pengajian Am, Syariah, Usuluddin dan Sejarah manakala 1A dalam mata pelajaran Bahasa Arab.
Anak kedua daripada tujuh beradik kepada pasangan Mohd. Mat Saman dan Siti Khalijah Mohd. Yusof, seorang guru Kemahiran Hidup itu muncul salah seorang pelajar terbaik negeri Terengganu dalam STPM 2008 yang diumumkan hari ini.
Rakannya, Nurul Huda yang memperoleh 4A 1B iaitu A dalam mata pelajaran Pengajian Am, Syariah, Usuluddin dan Sejarah manakala B dalam Bahasa Arab turut muncul antara lima pelajar terbaik STPM di negeri ini.
Kejayaan kedua-duanya juga menjadi kebanggaan warga sekolah tersebut.
Nor Syamimi yang bercita-cita menjadi pensyarah berkata, dia selalu memberi tumpuan semasa guru sedang mengajar dalam kelas dan rajin bertanya jika ada masalah atau sukar memahami pelajaran.
Menurutnya, kumpulan belajar yang diwujudkan sesama pelajar di sekolah juga membantunya untuk menguasai banyak ilmu dan kemahiran belajar yang diperlukan.
Nurul Huda yang merupakan anak keempat daripada 10 beradik kepada pesara Juruteknik Padi Beras Nasional (Bernas) juga mengamalkan perkara yang sama untuk memperoleh kejayaan tersebut.
.
No comments:
Post a Comment