SBP jadi pilihan utama pendidikan berkualiti tinggi (BH 21.12.2009)
Ketua Pengarahnya, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata berdasarkan angka itu, pihaknya mendapati pelajar dan ibu bapa menjadikan SBP sebagai pilihan mendapatkan pendidikan berkualiti dalam sistem sekolah berasrama.
“Kami di SBP menyediakan pendidikan berkualiti selain memastikan pelajar membentuk sahsiah dan peribadi seimbang dalam memastikan kecemerlangan dilengkapi jati diri,” katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Alimuddin berkata, sistem pendidikan SBP yang diambil daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) Kolej Melayu dilaksanakan sejak 1905 turut menerapkan semangat patriotik supaya pelajar mempunyai rasa sayangkan negara dan sedia berkhidmat sebaik menamatkan pengajian.
Kesimpulan : (oleh admin aspirasidiri) : Persaingan untuk SBP amat tinggi, kepada yang berjaya patut bersyukur dan yang tidak berjaya teruskanlah berusaha di sekolah menengah yang telah ditempatkan.
No comments:
Post a Comment