Selawat dan Salam ke Atas Junjungan Nabi Muhammad SAW, serta Para Sahabat Sekaliannya.
Sesungguhnya sesuatu perjalanan itu sudah pasti akan sampai ke penghujungnya. Namun itulah lumrah yang pasti akan kita semua tempuh. "PERPISAHAN".
Di kesempatan ini saya ingin menzahirkan rasa syukur saya ke Hadrat Allah SWT kerana sepanjang saya berada di sini (tahun 2006 hingga tahun 2009), Alhamdulillah warga SKUP dapat menerima saya seadanya.
Kepada Tuan Guru Besar dan barisan GPK, sidang 2006-2009 terima kasih di atas segala bentuk teguran, bimbingan, tunjuk ajar serta bantuan dan kerjasama yang telah diberikan kepada saya.
Buat rakan-rakan saya, guru-guru SKUP terima kasih di atas segala sokongan serta dokongan semasa bersama-sama bertugas di SKUP ini. Segala tunjuk ajar kalian serta bimbingan yang diberikan kepada saya amatlah saya hargai.
Kepada YDP PIBG dan AJK PIBG serta seluruh ibu bapa dan penjaga murid SKUP mohon maaf di atas segala kekurangan semasa saya membimbing anak-anak tuan puan sekalian. Juga kepada pihak pengurusan FELDA FUP terima kasih di atas hubungan erat yang terjalin.
Kepada murid-murid SKUP tersayang, rajin-rajinlah belajar, maafkan cikgu di atas sebarang ketidaksempurnaan dan kekurangan ketika cikgu membimbing kamu sekalian. Teruskan usaha dengan bersungguh-sungguh. Kejarlah kecemerlangan sementara peluang masih berada di hadapan kita. Sekiranya ianya berlalu, tiada siapa yang dapat mengembalikannya semula kepada kita.
Akhirnya, buat seluruh WARGA SKUP saya dengan rasa rendah diri memohon kemaafan di atas segala kekurangan dan kelemahan diri saya, kesilapan ketika bertutur, keterlanjuran ketika berkata-kata, berlebih-lebihan ketika bertingkah laku.
Saya berdoa agar WARGA SKUP terus memacu ke hadapan demi mengejar kecemerlangan. Doakan saya berjaya di dalam usaha mengatur langkah seterusnya. Wassalam.
Mohamad Amin Hj Ahmad Basri (nurabadi)
Menjana Aspirasi Diri, Tekad Menggenggam Impian, http://aspirasidiri.blogspot.com
No comments:
Post a Comment