Didikan Rohani Dengan Ibadah. عن عمرو بن شُعَيْبٍ عن أَبِيهِ عن جَدِّهِ قَالَ، قَالَ رسولُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مُرُوا أَوْلاَدَكُمْ بِالصَّلاَةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْع سِنِينَ وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءَ عَشْرِ سِنِينَ، وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي المَضَاجِعِ.[4] Yang bermaksud, Daripada ‘Amru bin Syu‘aib, daripada bapanya, daripada datuknya berkata, sabda Rasulullah saw: “Perintahlah anak-anakmu mendirikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka jika meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun serta pisahkan tempat tidur mereka.

Perkhidmatan

Pengiktirafan Majalah Pendidik kepada Blog Aspirasi Diri

Keluaran Disember 2010, MS 30

31 December 2010

aspirasidiri : Pendaftaran Tahun 1 dan Pra-sekolah sesi 2011

Sekitar Pendaftaran
Tahun Satu dan Pra Sekolah Sesi Persekolahan 2011
SK Seri Taman Kluang Barat
31-12-2010

 Pendaftaran
Aturcara
8.oo Pg   : Pendaftaran
               : Ibu bapa mengambil tempat
8.3o Pg   : Bacaan Doa
               : Ucapan Guru Besar
               : Majlis penyerahan anak tahun 1 serta ikrar.
               : Majlis penerimaan murid tahun 1 serta ikrar
               : Laman Nurani
               : majlis bersurai.

 Laman Nurani
nurabadi / Mohamad Amin Hj Ahmad Basri
Guru Bimbingan

 Ibu Bapa Murid Tahun 1







Ujian Dignostik Untuk LINUS

 Kejutan
Pra Sekolah
 Tenang
Murid Pra Sekolah

Sebak di Hati
Satu Hari Nanti Menjadi Murid Yang Hebat
 Ikrar Serah Didik 
Ibu Bapa Tahun 1
 Bacaan Ikrar
Wakil Ibu Bapa





 Pendaftaran Kelas PRA


 Ibu Bapa PRA




Moga Intan Payung
Kesayangan Ayah Bonda
Putera Puteri SK Seri Taman Kluang Barat
Bakal Menyinar Satu Hari Nanti

30 December 2010

aspirasidiri : Menjulang Piala Suzuki, (AFF) Tahniah Pasukan Bola Sepak Malaysia. "Mengekalkan Kejuaraan Tidak Semudah Ketika Memperolehinya"




Blog aspirasidiri mengucapkan TAHNIAH kepada Semua pihak yang terlibat mengendalikan Pasukan Bolasepak Kebangsaan di atas kejayaan merangkul piala AFF Piala Suzuki.... Kita perlu mengambil pengajaran bagaimana kegigihan dan jatuh bangun pasukan kebangsaan negara kita.  Kegigiihan berlatih dan menyerap tekanan, herdikan, cacian ketika lemah. Namun kebangkitan, bangun dengan penuh semangat, kesungguhan dan keazaman yang tinggi setiap pemain. Sikap fokus kepada perlawanan. Namun kita perlu terus melihat masa depan. Mempertahankannya lebih sukar setelah kita memperoleh kejuaraan. Apapun TAHNIAH....   seterusnya Paparan Berita Media tempatan......

 

SAFEE cuba melepasi asakan pertahanan Indonesia, Zulkifli Syukur sambil diperhati Norshahrul (kanan) ketika perlawanan akhir kedua di Stadium Gelora Bung Karno, malam tadi.

Berakhir kemarau 14 tahun
2010/12/30

Malaysia bawa pulang Piala Suzuki; Safee muncul penjaring terbanyak

DETIK KERAMAT...Safiq Rahim  (kanan) menjulang   Piala Suzuki AFF 2010 selepas  mengalahkan Indonesia  di Stadium Gelora Bung Karno, semalam.  
HARIMAU Malaya seperti memberi 'markah kasihan' kepada Indonesia dan penyokong mereka untuk menang di laman sendiri ketika episod penyudah di Stadium Gelora Bung Karno, malam tadi menyaksikan 
CEKAP...penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat menyelamatkan kubunya daripada ditembusi penyerang Indonesia, semalamanak didik K Rajagobal mencipta gemilang ditabal selaku juara baru Piala Suzuki AFF.  
Di sebalik kekalahan 1-2 gara-gara kealpaan benteng pada lewat babak perlawanan akhir kedua, Malaysia hebat ungguli kejuaraan edisi 2010 atas agregat 4-2 – sekali gus menamatkan kemarau 14 tahun buat menghiburkan jutaan rakyat di tanah air yang bangun menabik skuad masa depan negara.
Dalam perlawanan akhir pertama, pasukan negara menang 3-0 di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 26 Disember lalu.

Bagi Indonesia, igauan 1979 nyaris berulang tetapi tetap kecewa gagal menyekat lawan yang pernah menewaskan mereka 1-0 dalam final Sukan SEA di Senayan menerusi jaringan tunggal Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari.

CEKAP...penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat menyelamatkan kubunya daripada ditembusi penyerang Indonesia, semalam.
CEKAP...penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat menyelamatkan kubunya daripada ditembusi penyerang Indonesia, semalamLedakan padu Safee Sali pada minit ke-53 – jaringan yang menerbitkan rasa gelisah jutaan rakyat Indonesia – menjadikan jumlah gol peribadi penyerang Selangor itu kepada lima untuk muncul pemenang anugerah Kasut Emas.

Namun, dua gol Indonesia menerusi Mohammad Nasuha pada minit ke-72 dan Mohammad Ridwan, dua minit sebelum wisel penamat memberi sedikit penawar duka kepada 95,000 penyokong Merah-Putih meskipun menggigit jari melihat trofi yang mereka amat idamkan itu menjadi milik lawan.
Sebaik pengadil meniup wisel penamat, kekecohan kecil tercetus antara penyokong Indonesia, dengan sebahagian daripada mereka membantah sikap tidak ‘sporting’ (kesukanan) sebahagian penonton di tempat duduk paling atas.

Bagaimanapun keadaan dapat dikawal 10,000 pegawai keselamatan diketuai pegawai dari Malaysia, Datuk Dell Akhbar Khan.

  •  
  •  
  •  

  •  

  • Nada Riedl masih sombong walau Garuda tumbang

    JAKARTA - Walaupun sudah terlepas gelaran juara Piala Suzuki AFF, nada jurulatih Indonesia, Alfred Riedl seolah-olah enggan menerima kekalahan dengan menganggap skuad yang lebih baik sebenarnya tewas di perlawanan akhir.
    Sambil mengucapkan tahniah ke atas kejayaan Malaysia muncul sebagai juara baru, jurulatih berbangsa Austria itu berkata skuad Indonesia sebenarnya membayar harga yang mahal selepas melepaskan tiga gol dalam masa 15 minit ketika bertandang ke Stadium Nasional Bukit Jalil.
    ''Tahniah buat Malaysia kerana muncul juara tetapi pasukan yang lebih baik sebenarnya tewas pada hari ini.
    ''Kita bermain begitu luar biasa pada malam ini biarpun menyedari ketinggalan tiga gol namun pada separuh masa pertama, banyak peluang keemasan kita terlepas walaupun menguasai permainan terutamanya pada 15 minit perlawanan.
    ''Malah selepas Malaysia mendahului gol pertama, semangat pemain saya tidak luntur dan cuba bangkit, saya harus ucapkan tahniah kepada mereka," katanya pada sidang media.
    Dia juga enggan bercakap mengenai sepakan penalti yang gagal disempurnakan oleh Firman Utina kerana baginya insiden itu tidak memberikan kesan buat pasukannya.
    ''Saya tidak mahu mengulas soal itu, perkara-perkara sebegini biarkan sahaja berlalu dan saya enggan berkata apa-apa sama ada ia boleh membantu kita menang menjaringkan lebih banyak gol atau tidak," ujarnya.
    Sementara itu, penyerang Indonesia, Bambang Pamungkas mengucapkan tahniah kepada Malaysia yang disifatkannya beraksi dengan penuh bersemangat.
    ''Saya ucapkan tahniah buat pasukan Malaysia dan rakan-rakan saya, kerana telah berjaya menjuarai pertandingan AFF kali ini.
    ''Buat kami, skuad ini telah bermain dengan sebaik mungkin pada perlawanan akhir kedua tetapi itulah bola sepak, kita tidak sedikit beruntung kerana gagal menterjemahkan peluang ke bentuk gol.
    ''Kami menang di sini namun kejuaraan tetap milik Malaysia, tahniah buat mereka," katanya. - Utusan
    TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Badi 14 tahun berakhir









Pemain Malaysia, Safee Sali (kanan) meraikan bersama rakan sepasukan, S. Kunanlan (tengah) dan Safiq Rahim selepas menjaringkan gol sewaktu menentang Indonesia pada perlawanan akhir Piala Suzuki AFF 2010 di Jakarta, malam tadi. – REUTERS


JAKARTA – Sejarah tercipta di bumi Stadium Gelora Bung Karno, buat pertama kali dalam sejarah penganjuran Piala Suzuki AFF 2010 apabila Malaysia menjadi juara walaupun tewas 1-2 kepada Indonesia dalam perlawanan akhir kedua untuk meraih kemenangan melalui agregat 4-2, semalam.
Bertambah manis anak didik K. Rajagobal berjaya melakukannya di hadapan 95,000 penyokong fanatik Indonesia yang terpaksa menelan kepahitan bahawa Malaysia lebih berhak merangkul kejuaraan edisi kelapan Piala Suzuki.
Ternyata bekalan 3-0 yang dibawa dari Stadium Nasional Bukit Jalil, Ahad lalu cukup membantu kerana gol di tempat lawan yang dijaringkan oleh Safee Sali menjadi faktor penting mematahkan api perjuangan Indonesia yang mahu mencipta jaringan pendahuluan.
Bukan sekadar itu, penyerang negara, Safee Sali dinobatkan selaku penjaring terbanyak kejohanan Piala Suzuki AFF 2010 dengan lima gol mengatasi pesaing terdekat, Cristian Gonzales.
Gol tunggal Malaysia dalam perlawanan ini diilhamkan daripada gerakan pantas Mohd. Ashari Samsudin ketika Indonesia rancak menyerang dan pemain Terengganu itu melakukan hantaran jauh yang disambut dengan baik oleh Safee Sali.
Safee dengan tenang mengawal bola sebelum mendapat posisi terbaik melepaskan rembatan kencang melalui kaki kiri menewaskan Markus Harison untuk memberikan gol penting di tempat lawan.
Biarpun Indonesia dengan mendapatkan dua jaringan pada minit ke-71 melalui Mohamad Nasuha dan Muhammad Ridwan pada minit ke-87, ia sudah terlewat buat skuad Garuda bangkit mengatasi Malaysia yang menang dengan kelebihan agregat 4-2.
Penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat wajar diberikan pujian menggunung kerana beraksi cemerlang menghalang hajat Indonesia memburu gol yang lebih besar termasuk menyelamatkan sepakan penalti pada minit ke-18 yang diambil oleh Firma Utina.
Walaupun pertahanan negara yang dikemudi oleh Mohd. Muslim Ahmad dan Mohd. Fadhli Shas bocor sebanyak dua kali, ketenangan dan kesungguhan semangat juang pemain Malaysia bertahan jelas menjadi kunci utama kejayaan bersejarah Malaysia.
Apa yang penting, kejayaan merangkul Piala Suzuki AFF akan menutup mulut media dan peminat Indonesia yang tidak henti-henti melancarkan provokasi semenjak hari pertama skuad Malaysia tiba di Jakarta.
Malahan, sebelum perlawanan, mental pemain Malaysia didera habis-habisan oleh penyokong tuan rumah yang menyebut perkataan Maling! Maling! dan membuat bising semasa lagu kebangsaan Malaysia dimainkan.
Bertambah pahit buat pihak Indonesia, ini merupakan kegagalan kali keempat buat Indonesia selepas empat kali mencuba di pentas final.
Selain membawa pulang trofi AFF, Malaysia meraih wang tunai sebanyak A$$100,000 sementara Indonesia mendapat A$$ 50,000.
Pemain terbaik kejohanan Piala Suzuki AFF dirangkul kapten Indonesia, Firman Utin


29 December 2010

aspirasidiri : Statistik Pelanggaran Disiplin dalam Kalangan Pelajar 2010

Disiplin Diri dalam Mengejar Kecemerlangan
Disiplin  diri merupakan antara faktor kejayaan di dalam membentuk sahsiah dalam kalangan pelajar dan murid. Para sarjana beranggapan salah satu indikator untuk mengukur kejayaan seorang pelajar adalah dengan melihat disiplin dirinya. Mengikut laporan akhbar kesalahan disiplin yang paling serius ialah masalah pelajar ponteng.

 Ponteng : Tidak hadir tanpa sebarang alasan.

Jenis ponteng antaranya :
1. Ponteng sekolah
2. Ponteng waktu perhimpunan
3. Ponteng aktiviti Kokurikulum
6. Ponteng kelas tambahan
7. Ponteng latihan sukan
8. Ponteng kelas

Bagaimana pula dengan ponteng solat ? Ponteng puasa ? Mungkin kajian berkaitan ponteng solat jika dilaksanakan akan menemukan kelakuan rendah sahsiah, kerendahan  akhlak dan akal budi. tiada ketahanan diri, ....... antara jawapan-jawapan yang bakal ditemui.


HM 28.12.2010

PUTRAJAYA: Masalah salah laku disiplin di kalangan pelajar masih terkawal dan statistik Kementerian Pelajaran menunjukkan hanya kira-kira tiga peratus daripada lebih 5 juta pelajar dari 10,000 sekolah rendah dan menengah di seluruh negara terbabit kegiatan salah laku itu sepanjang sesi persekolahan 2010.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Kah Siong, berkata ini bermakna kira-kira 97 peratus daripada keseluruhan pelajar di sekolah menengah dan rendah di negara ini, tidak terbabit dengan sebarang salah laku disiplin. 

Beliau berkata, mengikut rekod kementerian 111,484 pelajar atau 72,557 pelajar sekolah menengah dan 38,927 murid sekolah rendah dikesan terbabit pelbagai salah laku disiplin pada 2010. 

Katanya, antara kes salah laku disiplin yang sering dilakukan pelajar terbabit termasuk jenayah (17,595 kes), ponteng sekolah (19,545 kes), berlaku kurang sopan (18,346 kes), kekemasan diri (21,384 kes), tidak mementingkan masa (17,808 kes), kelucahan (3,031 kes), vendalisme (5,212 kes) dan kenakalan (8,563 kes).

"Walaupun masalah salah laku disiplin pelajar di negara ini masih terkawal, kita tetap memandang serius gejala ponteng sekolah kerana ia menjadi penyebab utama pembabitan seseorang pelajar dalam pelbagai kegiatan berunsur negatif seperti penagihan dadah, minuman keras, samseng, seks bebas, buli dan judi.

"Saya berpendapat penguatkuasaan peraturan sekolah semata-mata tidak memadai bagi menangani gejala ponteng sekolah, namun masyarakat khususnya ibu bapa dan pelajar juga perlu diberikan kesedaran mendalam mengenai masalah ini," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Disiplin Murid 2010 di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Wee berkata kementerian juga meminta sekolah mengambil pelbagai pendekatan efektif termasuk memberi amaran, bimbingan dan kaunseling kepada pelajar yang terbabit dengan gejala ponteng sekolah.

25 December 2010

aspirasidiri : Sekitar Keputusan PMR 2010

Apa yang perlu dipelajari ialah bagaimanakah mereka mengecapi kejayaan yang sedemikian. Saban tahun kita didedahkan dengan kejayaan Calon PMR, namun bakal-bakal calon tidak melihatnya sebagai sesuatu yang boleh dijadikan iktibar. Belajar dari kejayaan orang lain. Ada dalam kalangan mereka yang miskin, berpenyakit kronik, OKU, yatim piatu, tidak menghadiri kelas tuisyen, anak nelayan, anak orang kampung, pelajar pengajian tahfiz, kembar, pelajar berbangsa cina mendapat A dalam mata pelajaran Bahasa Arab komunikasi, pelajar yang tinggal di kawasan pedalaman... mampu cemerlang dalam akademik.  Belajar juga dari kegagalan orang lain. Kajilah mengapa mereka gagal. Lihat dari sudut faktor-faktor kegagalan, agar kita dapat sesuatu dari mereka. Tahniah kepada Calon yang berjaya dengan cemerlang. Bersyukur adalah akhlak yang paling terpuji. Ingat kejayaan kita disebabkan orang-orang yang berada di sekeliling kita, jangan lupa ucapkan terima kasih kepada mereka. Bagi yang tidak memperoleh keputusan seperti  yang diinginkan jangan biarkan kegagalan berlalu begitu sahaja.  Sabar menghadapi kegagalan. Jangan salahkan orang di sekeliling kita yang menyebabkan kita tidak berjaya cemerlang. Jangan lakukan begitu. Belajarlah dari kegagalan yang telah dialami. Dan yang paling  penting, bangun dan bangkit dari kegagalan.Kegagalan akan membuat kita lebih matang, bukan sebab untuk kita kecewa. Kegagalan dalam PMR bukan segala-galanya.

Rahsia kejayaan.

SEREMBAN 24 Dis. - 1. Sikap saling bersaing dan 2. memperbanyakkan doa menjadi rahsia kejayaan pasangan kembar Nur Dalila serta Nur Dahlia Zulkifli, 15, dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang diumumkan semalam.
Dua beradik yang belajar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Gemencheh, Tampin, masing-masing memperoleh 8A dalam peperiksaan berkenaan.
Nur Dalila berkata, mereka suka bersaing sesama sendiri untuk mencapai kecemerlangan selain mengamalkan pembelajaran secara berkumpulan bersama rakan-rakan.
"Saya lebih gemar belajar bersama rakan-rakan berbanding belajar bersama adik. Mungkin kerana kami mempunyai pandangan berbeza dengan matapelajaran yang diajar," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Nur Dahlia pula berkata, dia 3. mengamalkan cara pembelajaran secara sistematik selain  4. tidak mengulangkaji pelajaran pada saat-saat akhir menjelang peperiksaan.
"Apa yang penting adalah 5. menumpukan sepenuh perhatian di dalam kelas selain 6. membuat soalan-soalan peperiksaan. Cara itu lebih baik berbanding mengulangkaji pelajaran pada saat akhir.
"Kejayaan yang saya perolehi ini adalah  7. hasil daripada dorongan semua pihak termasuk ibu bapa, guru serta rakan-rakan," katanya yang bercita-cita menjadi doktor

December 23, 2010 14:28 PM
Calon Orang Kelainan Upaya (OKU) Cemerlang PMR 2010
Pelajar Rabun Di Johor Peroleh 8A Dalam PMR
JOHOR BAHARU, 23 Dis (Bernama) -- Seorang pelajar perempuan yang mengalami masalah rabun membuktikan kecacatan penglihatan yang dialaminya tidak menjadi penghalang untuk memperoleh 8A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini, yang keputusannya diumumkan Khamis.

Ting Kai Li, 15, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Temenggong Ibrahim, Batu Pahat, berkata dia berasa sangat terkejut dengan keputusan itu kerana tidak menyangka mendapat pencapaian yang cemerlang.

"Saya mempunyai jadual belajar yang ditetapkan dan akan memastikan sentiasa mengikut jadual tersebut," katanya kepada pemberita selepas majlis pengumuman keputusan PMR oleh Pengarah Pelajaran Johor Markom Giran di sini hari ini.

Ting, yang turut dianugerahkan pelajar cemerlang kategori pelajar pendidikan khas (bermasalah penglihatan), berkata dia menggunakan masa lapangnya dengan bermain piano ataupun mendengar muzik klasik.

Anak sulung daripada tiga adik beradik itu berkata dia amat meminati subjek Bahasa Inggeris dan bercita-cita menjadi seorang doktor.

Farah Raihanah Atan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Perhentian, Pontian, pula dianugerahkan pelajar cemerlang kategori pelajar pendidikan khas (bermasalah fizikal) apabila memperoleh 4A, 3B dan 1D.

Farah Raihanah, 15, yang menghidap autisme sejak berumur tiga tahun, berkata dia banyak mengulang kaji pelajaran di perpustakaan sekolahnya dengan dibantu oleh guru.

"Saya suka mata pelajaran Sejarah dan Bahasa Inggeris, dan saya suka membaca novel ataupun cerpen berunsur sejarah," kata Farah Raihanah yang bercita-cita menjadi seorang penulis

Pelajar Miskin
BINJAI – Ketekunan mengerjakan solat Hajat selepas waktu Isyak tiga kali setiap minggu dan fokus di dalam kelas menjadi resipi kejayaan anak sulung daripada tiga beradik, Nazifa Auni Mohd Zulkifli, 15, apabila muncul salah seorang pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Binjai dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010.

Nazifa Auni yang mendapat keputusan 8A dan mendedikasikan kejayaannya kepada kedua ibu bapanya berkata, solat Hajat yang selalu dilakukan memotivasikan dirinya untuk belajar lebih bersungguh-sungguh demi membantu keluarga ke arah lebih baik.

Menurut anak mekanik ini, kejayaannya itu adalah berkat asuhan kedua ibu bapanya, Mohd Zulkifli Mohd Noor, 41, dan Fadzilah Hashim, 36, yang tegas mendidik serta mewajibkannya belajar di rumah sekurang-kurang tiga jam sehari sejak berumur lima tahun.

Katanya, disebabkan telah dilatih sedemikian, amalan itu diteruskan apabila memasuki alam sekolah menengah. Malah, dia lebih selesa belajar sendiri di rumah tanpa mengikuti mana-mana kelas tuisyen.

“Bagi membolehkan saya menguasai setiap yang diajar guru, saya akan memberi tumpuan sepenuhnya semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).

"Jika tidak faham, saya akan terus bertanya agar tidak ketinggalan. Selain itu hubungan dengan guru juga perlu rapat,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di SMK Binjai pada majlis ringkas meraikan pelajar cemerlang sekolah berkenaan selepas pelajar masing-masing memperoleh keputusan, di sini.

Nazifa Auni berkata, memandangkan dirinya lemah dalam subjek Matematik, dia mendampingi lima pelajar pintar Matematik dalam kelasnya bagi membolehkan penguasaan dan kefahamannya dalam semua subjek seiring.

Sementara itu, Fadzilah yang terharu dengan kejayaannya anaknya itu berkata, usahanya mendisiplinkan anak sejak kecil tidak sia-sia dengan pencapaian yang diraih anak sulungnya itu.

“Alhamdulillah, sekarang dua adik Nazifa Auni iaitu Nazarin Auni, 11, dan Nariesya Auni, 6, turut saya disiplinkan seperti kakaknya.

"Ini sebab, didikan awal sebegini mampu memberi kesan dalam diri anak. Diharap kejayaan Nazifa Auni ini mampu menjadi pendorong kepada adiknya untuk meraih kejayaan sama,” katanya.

Pelajar tahfiz Pahang cemerlang

(Sekolah tahfiz pun cemerlang dalam PMR 2010 -admin


Sebahagian pelajar cemerlang PMR, Maahad Tahfiz Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur yang mendapat keputusan 9A gembira menerima keputusan peperiksaan itu di Kuantan, Pahang, semalam. – UTUSAN/Mahathir Ali


KUANTAN 24 Dis. – Berpegang kepada prinsip untuk mencapai kejayaan dunia dan akhirat, seramai 19 bakal hafiz Sekolah Maahad Tahfiz Pahang, Tanjung Lumpur di sini mendapat 9A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang diumumkan hari ini.
Bagi mereka, kesibukan menghafal al-Quran seharian bukan penghalang untuk muncul sebagai pelajar cemerlang dalam akademik.
Lebih membanggakan, kebanyakan ‘ustaz muda’ yang mampu menghafal 30 juzuk al-Quran itu turut cemerlang dalam kegiatan kokurikulum terutama sukan menunggang kuda, memanah dan reka cipta robotik apabila ada di kalangan mereka pernah mewakili negeri di peringkat kebangsaan.
Seorang pelajar, Mohd. Nazmi Nordin, 15, yang berasal dari Kampung Tok Sira di sini berkata, daya ingatan yang tinggi dalam penghafalan al-Quran mungkin antara rahsia kejayaannya mendapat 9A dalam PMR.
Anak bongsu daripada enam beradik itu memberitahu, dia sering mengulangkaji pelajaran selepas solat subuh kerana waktu itu daya ingatannya masih segar.
‘‘Saya juga kerap menunaikan solat hajat dan membaca serta menghafal al-Quran sebelum solat subuh,” katanya yang pernah mendapat anugerah Tunas Jaya peringkat kebangsaan dua tahun lalu.
Selain mencapai keputusan cemerlang dalam PMR, anak kepada seorang peniaga itu pernah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan menghafal al-Quran peringkat negeri dua tahun lalu.
Mohd. Nazmi juga terlibat secara aktif dalam sukan memanah dan menunggang kuda selain pernah mewakili sekolahnya dalam pertandingan robotik peringkat negeri baru-baru ini.
Seorang lagi bakal hafiz yang mendapat 9A dalam peperiksaan itu ialah Norly Erfariza Ibrahim, 15, yang kini berjaya menghafal 26 daripada 30 juzuk al-Quran sejak dua tahun lalu.
Anak sulung daripada empat beradik itu bersetuju dengan pandangan Mohd. Nazmi bahawa ingatannya ketika mengulangkaji pelajaran semakin kuat apabila semakin banyak juzuk al-Quran yang dihafalnya.
‘‘Saya kerap mengulangkaji pelajaran selepas pukul 12 tengah malam kerana sebelum itu saya penuhkan masa dengan menghafal al-Quran.
‘‘Dalam pada itu, saya menjadikan solat qiamullail sebagai amalan harian,” katanya yang berazam untuk mengulangi kejayaan cemerlangnya itu dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dua tahun lagi.
Rakannya yang turut memperoleh keputusan sama, Kashfi Khairusalleh, 15, memberitahu, walaupun waktu tidurnya hanya empat jam sehari namun ia tidak menghalangnya untuk mendapat kejayaan dalam akademik.
Menurutnya, sebahagian besar kehidupannya dalam sehari dipenuhi dengan pelbagai aktiviti seperti menelaah pelajaran, menghafal al-Quran, bersukan dan beribadat.
‘‘Saya akan tidur pada pukul 12 tengah malam dan bangun semula kira-kira pukul 4 pagi untuk bersolat hajat dan membaca al-Quran.
‘‘Selepas solat subuh, saya akan mengulangkaji pelajaran dan pada sebelah petang saya terlibat dalam aktiviti sukan menunggang kuda,” katanya yang bercita-cita mahu menjadi doktor.
Selain mencapai kejayaan dalam PMR, Kashfi memberitahu, dia pernah mendapat tempat ketiga dalam Pertunjukan Kuda Kebangsaan di Terengganu, bulan lalu.
Sementara itu, Pengarah Maahad Tahfiz Pahang, Datuk Zulkifle Ali memberitahu, pencapaian sekolah itu amat membanggakan apabila tiada calon mendapat C dalam PMR 2009.
Daripada 28 calon peperiksaan itu, kata beliau, seramai 19 pelajar atau 68 peratus mendapat 9A, tujuh calon (25 peratus) mendapat 8A 1B manakala selebihnya atau tujuh peratus memperoleh 7A 2B.
‘‘Seramai 15 pelajar lelaki dan empat pelajar perempuan mendapat 9A dalam PMR 2009. Ini merupakan pertama kali Maahad Tahfiz Pahang melaksanakan PMR sejak ditubuhkan tiga tahun lalu,” katanya.
Apa yang membanggakan, kata Zulkifle, kesemua calon terbabit kini mampu menghafal antara 25 hingga 30 juzuk al-Quran.
Beliau menambah, seramai 18 pelajar lelaki dan 10 calon perempuan menduduki peperiksaan itu pada tahun ini.

Kesimpulan : Sukar untuk mendapatkan fakta-fakta tentang kegagalan. Namun faktor kegagalan seseorang itu boleh dilihat melalui pengalaman dalam hidup. Ingat jika kita telahpun berusaha dengan bersungguh-sungguh namun kaita masih gagal untuk cemerlang itu namanya takdir, sekadar ujian kepada diri kita. Ayuh bangkit semula dari kegagalan. Selagi kita hidup peluang untuk cemerlang tetap ada. Dengan Izin Allah.

21 December 2010

aspirasidiri : Qiyamullail (Sinposis)

Rintihan seorang hamba meraih Cinta Agong di sisi Rabb-Nya "Maha Suci Allah yang membangunkan hamba-Mu untuk qiyamullail ketika orang lain lena dalam mimpi. Jadikan munajatku, tilawahku, zikirku dan khalwatku ini sebagai tanda syukurku terhadap nikmat Engkau kurniakan ini. Engkau terimalah taubatku dan himpunkan aku, ahli keluargaku dan kaum muslimin di bawah arsy limpahan kasih sayang-Mu....Ya Allah.."

Ketahuilah bahawa pohon jihad Allah SWT tidak dapat disirami kecuali dengan linangan airmata mereka yang suka berqiamullail. Pohon itu tidak akan berubah kecuali dengan amalan rukuk dan sujud yang istoqomah kepada Allah SWT. Orang-orang itu laksana pendita dimalam hari dan singa di siang hari. 

Musuh-musuh tidak akan menewaskan mereka selama mana mereka pendita di malam hari. Limpah rahmat dan kebahagiaan sentiasa memenuhi hati dan kehidupan mereka. Mereka ditolong dan dibantu dalam senang dan susah. Allah SWT menjadikan mereka pejuang yang hidup mati hati walaupun sedikit tapi mampu menakluki bumi.

Inilah pandangan kaum salifus sholih. Apabila malam dihidupkan untuk solat, doa dan bermunajat, pasti cinta sebenar menjelma dan mendakap hati. Diri mereka sebaik-baik peribadi untuk mendapatkan kemenangan dan kebahagiaan dari Tuhannya. maka Tuhannya meredhoinya. Semoga kita bersama-sama mereka, Insya Allah.  bersambung...... ke bab 1

Sinopsis dari (kulit) buku yang ditulis oleh Al Faqir Illallah Abdul Aziz Ismail ,10 Muharram 1431, Terbitan Mulia Terang Sdn Berhad, muliaterangsb@gmail.com, 03 2026 0050, Cetakan Pertama 2010, Mengandungi 96 bab,  RM35

19 December 2010

aspirasidiri : Doa menghindari Was-was

Antara doa menghindari was-was :
Doa was-was 1.

 Maksudnya : Dialah yang awal (Allah telah ada sebelum sesuatu ada)
yang akhir (pada saat segala sesuatu telah hancur, allah masih tetap kekal)
Yang lahir (dialah yang Nyata, sebab banyak bukti yang menyatakan 
adanya Allah) yang batin (tiada sesuatu yang menghalangnya, Allah
lebih dekat kapada hamba-hamba Nya daripada mereka pada
dirinya) Dialah yang maha Mengetahui atas segala sesuatu (Surah Al-Hadid : 3)

(Riwayat Abu Daud dengan sanad yang Jayyid)
Penjelasan dan cara beramal.
Maksud Firman Allah " Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan daripada syaitan, maka engkau meminta perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dialah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."
(Surah Fussilat Ayat 36.)

Allah s.w.t mengajar kita agar memohon perlindungan dengan Allah s.w.t daripada serangan was-was yang mengajak kita berfikir tentang kejadian Allah. Tindakan yang pertama sebaik saja kita mengalami gambaran  seumpama itu ialah kita mesti beristigfar mohon perlindungan. Kita boleh memilih untuk mengamalkan doa ini iaitu petikan dari Surah Al Hadid.

Doa was-was 2.
أَمَنتُ بِاللهِ وَرَسُلِهِ
Maksudnya "Aku beriman dengan Allah dan para Rasulnya"
(Al Azkar : Imama Nawawi Bab Bacaan Orang Was-was) 
(dalam 101 Adab Petua Kecemerlangan Pelajar capai kecemerlangan di Sisi Allah : MS 122-123)

12 December 2010

aspirasidiri : Blog aspirasidiri di khalayak pembaca "Majalah Pendidik"

Bukan promosi cuma untuk berkongsi.
Terima kasih dan sekalung penghargaan kepada wartawan Majalah Pendidik Saudara Mohd Yahya Fazli Yusof kerana menulis info nur abadi  pemilik blog aspirasidiri serta peluang yang diberi untuk berada di halaman Blog Guru Majalah Pendidik yang menjadi tatapan bacaan guru dan  bahan bacaan di sekolah-sekolah seluruh tanah air. Juga kepada sahabat pemblog yang gigih tinta norish, norish77.blogspot.com terima kasih tuan.. 
Kepada saudara dan saudari jemput untuk mambaca info blog aspirasidiri di dalam Majalah Pendidik keluaran Disember muka surat 30.
"Klik di paparan majalah untuk membaca  isi kandungan"







aspirasidiri : Pesan Yusuf Islam


   26-11-2010 Masjid UIA Gombak Selangor
Para pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak, dekat sini dan orang ramai tetap tidak akan melupakan pesanan baik yang diberikan oleh Cat Steven atau kini lebih dikenali dengan nama Yusof Islam, sempena kunjungan penyanyi itu ke masjid pusat pengajian itu untuk menyampaikan tazkirah ringkasnya, Jumaat, 26 November lalu.
Seorang pelajar pusat pengajian itu, Mohd Shamsul Shamsuddin ketika ditemui hari ini berkata, beliau dan rakan-rakannya berasa amat bertuah kerana penyanyi dan pendakwah terkenal itu sudi hadir ke UIA untuk menyampaikan tazkirahnya yang walaupun ringkas, tetapi penuh dengan mesej-mesej yang berguna.
Ketika menyampaikan tazkirahnya, Cat Steven antara lain mengingatkan setiap umat Islam agar faham dengan perjalanan hidup kita yang berbeza sama sekali dengan kehidupan orang bukan Islam, dengan selalu bermuhasabah bagi membolehkan kita menjadi semakin baik dari sehari ke sehari.
Oleh itu, setiap umat Islam perlu memperlengkapkan dirinya dengan ilmu bagi membolehkan kehidupan yang dilalui bukan sahaja sempurna pada pandangan manusia, tetapi lebih penting lagi menepati kehendak Islam, bagi mencapai keredhaan Allah di dunia dan akhirat.
Tazkirah ringkas sekitar setengah jam itu disampaikan oleh Cat Steven selepas solat Jumaat. Kehadiran beliau menjadikan Masjid UIA pada hari itu diwarnai suasana yang amat berbeza berbanding hari-hari sebelumnya, apabila bukan sahaja dipenuhi para pelajar sedia ada di pusat pengajian itu, tetapi juga orang ramai yang turut mengambil kesempatan untuk melihat wajah beliau secara dekat dan mendirikan solat Jumaat bersama-sama dengannya.
Perubahan Cat Steven daripada bukan Islam kepada Islam, lebih-lebih lagi kini turut menjadi pendakwah terkenal, sememangnya membanggakan setiap umat Islam.
Dengan perubahan itu, tidak hairanlah jika khatib yang bertugas pada hari itu turut memuji perubahan baik yang berlaku dalam kehidupan beliau ketika membacakan khutbah Jumaat sebelum itu, bagi dijadikan titik renungan oleh setiap umat Islam, terutama golongan remaja agar menjalani kehidupan yang lebih baik menepati tuntutan Islam dari semasa ke semasa.  
Sebelum takzirah ringkasnya itu pula, pengerusi majlis ketika mengalu-alukan kedatangan beliau ke masjid itu turut menjelaskan, kesudian Cat Steven datang ke Malaysia hari itu merupakan satu anugerah yang amat berharga dari Allah kepada seluruh umat Islam di tanah air. Manakala kesudiannya datang ke masjid itu pula merupakan tuah yang tersendiri kepada seluruh warga pusat pengajian itu.
Dengan itu, tidak hairanlah jika sebelum itu, beliau turut diberikan sambutan negara dengan diraikan dan diterima mengadap oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Dalam pertemuan yang berlangsung sekitar sejam dan menggembirakan kedua-dua pihak itu, Yusof tidak ketinggalan menceritakan sebahagian kisah hidupnya kepada Tuanku Mizan yang penuh liku termasuk melibatkan aspek pendidikan dan muzik. 
Ketika menyampaikan tazkirahnya, beliau turut menyuarakan rasa terharu dan menyanjung tinggi penghormatan yang diberikan kepadanya itu.
Beliau turut menyuarakan kesyukurannya kepada Allah kerana mengurniakan hidayah kepadanya sehingga beliau memeluk Islam, di samping mengajak orang ramai agak bersama-sama menjaga keimanan dengan sebaik mungkin bagi kepentingan hidup di dunia dan akhirat.
Seorang lagi pelajar pusat pengajian itu yang ditemui, Rohana Abdul Kadir berkata, di dalam tazkirahnya itu, Cat Steven turut mengingatkan orang ramai, terutama golongan muda dan para pelajar agar sentiasa menitikberatkan soal akhlak Islam dalam hidup, di samping mendidik nafsu dengan baik agar tidak terjerumus ke lembah maksiat.
"Walaupun pesanan seperti itu sudah sering kali didengar oleh saya sama ada daripada ibu bapa saya sendiri dan pendakwah-pendakwah lain sebelum itu, tetapi pesanan dari Cat Steven memberikan kesan yang tersendiri kepada saya," katanya. 
Manakala seorang penduduk di kawasan itu yang turut mendirikan solat Jumaat bersama Cat Steven pada hari itu, Junaidi Abdul Rahim, 48, berkata, tazkirah ringkas pendakwah itu walaupun lebih banyak memperkatakan tentang perjalanan hidupnya dan nasihat kepada golongan remaja, tetapi turut meninggalkan kesan baik kepada golongan dewasa sepertinya.
"Malah, perubahan penyanyi Cat Steven itu sendiri daripada bukan Islam kepada Islam dan kini menjadi pendakwah yang disegani ramai itu pun dah boleh menjadi titik renungan penting kepada orang yang berakal.
"Kenapa beliau memeluk Islam dan kini sanggup menjadi pendakwah dengan meninggalkan sepenuhnya imejnya yang lalu, sedangkan beliau sudah berada di mercu kejayaan dalam bidangnya dan mempunyai jutaan peminat? Itu pun sudah cukup untuk menjawab bahawa jika menolak Islam, tanpa keimanan dan ketakwaan, seseorang itu tidak akan ke mana, tidak sempurna dan tidak akan bahagia dalam erti kata yang sebenarnya dalam kehidupan di dunia ini, apatah lagi di akhirat.
"Jadi untuk hidup sempurna, tenteram, bahagia dalam erti kata yang sebenarnya di dunia dan akhirat, manusia perlu berubah daripada kafir kepada Islam, daripada kufur dan fasik kepada ahli ibadat. Dengan itu, barulah kelihatan hasilnya seperti yang berlaku dalam kehidupan Cat Steven itu sendiri sehingga menjadi manusia yang dihormati orang ramai, ekoran kehidupannya yang diberkati Allah," tegasnya.   

11 December 2010

aspirasidiri : Fenomena Zina "Seks Bebas di IPT"

Fakta ini perlu di ambil perhatian oleh ibu bapa penjaga yang mempunyai anak-anak di IPT A&S.
Hasil kajian yang diketuai oleh Prof Dr Mazlin Mokhtar UKM 2006 ke atas belia Institusi Pengajian Tinggi (18-25 tahun)

1. Mendapati lebih 59.4% responden menganggap tidak mengapa untuk remaja perempuan dan lelaki berciuman, berpelukan dan menyentuh antara satu sama lain.
2. 25% berpendapat tidak salah untuk melakukan hubungan seks jika pasangan remaja saling bercinta

Hasil kajian dipaparkan secara prosa :

Peratusan siswa dan siswi (umur 18-25 Tahun) yang bersetuju dengan kenyataan berikut :

a. Saya percaya tidak mengapa untuk remaja dan belia lelaki dan perempuan berciuman, berpelukan dan menyentuh antara satu sama lain    Lelaki (59.4%)    Perempuan (45%)  Semua (50.6%)

b. Saya percaya tidak salah untuk remaja dan perempuan mengadakan hubungan seks jika mereka mencintai antara satu sama lain                     Lelaki (33.6%)    Perempuan (20%)  Semua (25.3%)

c. Seorang perempuan akan kehilangan kehormatan dan harga dirinya jika melakukan hubungan seks sebelum berkahwin                                    Lelaki (41.7%)    Perempuan (60.4%) Semua (53.1%)

d. Seorang remaja lelaki akan kehilangan kehormatan dan harga diri jika ia melakukan hubungan seks sebelum berkahwin                       Lelaki (19.1%)    Perempuan (25.5%)  Semua (25.5%)

Sumber : Mazlin Mokhtar UKM dlm HM 28-11-2010 MS E3

Rumusan :
Apa yang perlu diambil perhatian ialah tatacara perlakuan anak-anak kita di IPT. Terbaru terdapat mahsiswi IPT menjadi pelacur . Ini amat membimbangkan. Para ibu bapa perlu memantau perkembangan anak-anak mereka di IPT.

10 December 2010

aspirasidiri : Fenomena "Zina" Seks Bebas

 Fakta-fakta kajian yang perlu difahami oleh ibu bapa di dalam mengikuti perkembangan anak-anak:

"Sama ada kita suka atau tidak, kita kena terima hakikat semakin ramai remaja melakukan hubungan seks, pada usia muda, malah ketika bersekolah lagi" Dr Harlina,

1. Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia ke-4 (LPPKN 2004) mendapati 2.2 % golongan muda berumur antara 13 hingga 24 tahun (kira-kira 132,000 orang) pernah melakukan seks luar nikah (zina).
2. Kajian di Negeri Sembilan (2006) mendapati 5.4% remaja melakukan hubungan seks buat kali pertama pada unmur 15 tahun.
3. Kajian media LPPKN (1998) 27.2% golongan muda mengadakan seks pertama pada usia 16 tahun (tingkatan 4) dan umur paling muda yang pernah direkodkan ialah 9 tahun (darjah 3).
4. Berdasarkan rekod klinik dan hospital kerajaan yang dikaji, 19% kse hamil luar nikah membabitkan remaja bawah 18 tahun. (65% remaja melayu)
5. Soalselidik seksualiti ke atas 1303 remaja 15 hingga 24 tahun ramai mula berkawan antara lelaki dan perempuan (berpasangan) bermula seawal usia 15 tahun - 18 tahun .
6. Ketika bertemu-janji 65 peratus remaja di semenanjung menganggap berpegang tangan  adalah perkara biiasa. 26.2 pernah bercium, 16.6 % pula pernah meraba.
Rumusan :
Sebagai orang dewasa, ibu bapa dan mayarakat perlu mengetahui fakta ini dan mengambil tindakan yang bersesuaian bagi mendidik anak-anak dengan berpegang dengan perintah Allah.

Lagi  maklumat dan fakta  Pengakuan

......bersambung.....

08 December 2010

aspirasidiri : Bauan Kasturi _Membantu Kesegaran Minda Murid

Fungsi Kasturi
Dengan Izin Allah kasturi dapat

1. Menguat, menenang dan meriangkan jiwa (hati)
2. Mencerdaskan akal dan menyihatkan otak.
    Seperti hati, akal juga merupakan bahan rohani, Kedua-duanya mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan roh. Justeru ketiga-tiganya disebut rohani. Tanpa roh akal tidak boleh berfikir,hati tidak berfungsi dan tubuh jasmani tidak dapat bergerak. (kaku dan mati)
3. Mewnghilangkan ketakutan dan kebimbangan.
    Sesiapa yang menghidap penyakit jiwa hendaklah segera memulihkan kekuatannya dengan cara mencium kasturi atau wangi-wangian.
4. Menghilangkan debaran jantung
5. Menghilangkan sesak nafas.
6. Melegakan lelah
7. Menyedarkan orang yang pingsan
8. Memperkuat organ dalaman
9. Menghilangkan gementar.
    Bagi orang yang tubuhnya yang selalu gementar. Meminum dan mencium kasturi akan membantu memulihkan keadaan.
10. Menghilangkan sejuk.
      Kasturi bersifat panas. Meminumnya membantu memanaskan badan.
11. Membuang angin yang berlebihan di dalam badan.
12. Menawar racun dan bisa binatang,
13. Menjernihkan mata putih.
      Menitiskan kasturi kedalam mata dapat mengeringakan cairan-cairan lembapnya.
14. Melanjutkan usia. Mencium dan meminum kasturi dapat menyegarkan tubuh badan dan dapat mempertahankan kemudaannya serta memanjagkan usia.

*Perkara 1 dan 2 adalah sangat berkaitan dengan kehidupan seorang yang sedang menuntut ilmu*

aspirasidiri : Haruman Kasturi_Kaitan dengan penuntut ilmu "murid"

Pengenalan
Menurut Imam Asy-Syafie r.a "Antara perkara yang dapat menguatkan tubuh ialah dengan mencium bauan yang harum."
Apabila mencium wangian, roh akan menjadi kuat. apabila roh kuat, maka kuatlah segala anggota tubuh sebab kekuatan roh menjadi sumbur kepada kekuatan roh keseluruhannya, Wangi sering dikaitkan dengan sifat syurga.
KASTURI
Sabda Rasulullah saw. bersabda maksudnya " Sebaik-baik wangian ialah minyak kasturi," HR Muslim dari Abi Said al-khudri r.a 
Kasturi adalah sejenis bau-bauan. Ia baik untuk dicium kera wangian kasturi boleh manguatkan dan menyedapkan hati dan akal. Sifat kasturi panas. Kasturi asli berasal dari kelenjar rusa yang hidup di kawasan terpencil. Berdasarkan kajian Imam Ibnu Qayyim al-jauzi dan ahli perubatan Islam lain, kasturi didapati mengandungi banyak khasiat, antaranya memberi kekuatan kepada rohani. Haruman adalah santapan rohani. manakakala kasturi adalah sebaik-baik wangian dan sewangi-wangi dan sebaik-baik haruman.
Mencium kasturi menenangkan roh. JANGANLAH anda menzalimi roh dengan membiarkannya menghidu sesuatu yang busuk dan janganlah menganiayai akal tanpa belajar ilmu-ilmu agama dan ilmu-ilmu yang berguna.
Sunat berwangi-wangian
1. Hari Jumaat
2. Ketika hendak keluar ke masjid.
3. Ketika hendak membaca al-Quran
4. KETIKA hendak MENUNTUT ILMU
5. Ketika hendak bersama suaimi isteri
6. Hari raya
7. Ketika hendak bertemu tetamu.

lagi info tentang kasturi  < Haruman Kasturi  >

.............bersambung........


30 November 2010

aspirasidiri : Perancangan UBDK SR 2011 untuk download


Rakan-rakan guru bimbingan jika sudi tuan/puan dijemput untuk mendownload perancangan UBDK 2011 ...."Boleh diedit".....
Isi kandungan : Perancangan Strategik, Rancangan Tahunan, Pelan Tindakan, Carta Gantt. Mungkin ada Kelemahan, Cuma Panduan. Sebagai Satu Perkongsian.








++klikuntukdownload++Buku Pengurusan UBK 2011++klikuntukdownload++


26 November 2010

aspirasidiri : Tahniah buat Isteri TERCINTA


Kepujian (Dengan Cemerlang)
Tahniah Buat Insan Tercinta
Adinda Nur Istiqomah


Tahniah Umi Tersayang

Konvokesyen 9
Open University Malaysia (OUM)
21-11-2010 PWTC

Modul Guru Penyayang

Posting Ke-2 Paling Popular (1041 Pelawat)(25873 Pelawat 14.4.2015)

Teks disusun dan dibacakan oleh nurabadi sempena hari Anugerah Cemerlang & Konvokesyen Pra Sekolah SK Seri Taman Kluang Barat 2011

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِ الْعَالَمِيْنَ حَمْدًا يُوَافِى نِعَامَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَهُ يَارَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِيْ لِجَلاَلِ وَجْهِكَ وَعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُنْجِيْنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ اْلأَهْوَالِ وَاْلآفَاتِ وَتَقْضِيْ لَنَا بِهَا جَمِيْعَ الْحَاجَاتِ وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ السَّيِّئَاتِ وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ أَعْلَى الدَّرَجَاتِ وَتُبَلِّغُنَا بِهَا أَقْصَى اْلغَايَاتِ مِنْ جَمِيْعِ الْخَيْرَاتِ فِى الْحَيَاةِ وَبَعْدَ الْمَمَاتِ

اَللَّهُمَّ يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ

Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana mengizinkan kami untuk mengadakan dan berada dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Konvokesyen Pra Sekolah SK Seri Taman Kluang Barat, 2011

اَللَّهُمَّ يَا مُجِيْبَ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الْحَاجَاتِ

Kami memohon kepada-Mu , agar Eangkau berkati majlis ini dengan limpahan rahman dan rahim-Mu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan hidayah-Mu. Tidak juga lupa kepada para pendidik yang telah menyumbang khidmat dan menabur bakti mereka di sekolah yang bertuah ini .

اَللَّهُمَّ يَا قَوِيُّ يَا عَزِيْزُ يَا فَعَّالٌ لِّمَا يُرِيْدُ

Di saat ini juga kami rafa’kan tangan kehambaan mengharapkan ihsan-Mu agar Engkau teruskan dan lanjutkan kecemerlangan yang sudah kami capai samada dalam bidang akademik mahupun aspek pembinaan sahsiah insan dan seterusnya menganugerahkan kepada kami kecemerlangan demi kecemerlangan yang lebih bermakna dalam pelbagai bidang pada masa-masa akan datang.

اَللَّهُمَّ يَا مُهَيْمِنُ يَا رَقِيْبُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ

Jadikanlah pelajar-pelajar yang menerima hadiah dan sijil penghargaan pada hari ini sebagai pelajar-pelajar yang bersyukur di atas pengiktirafan ini. Jadikanlah mereka pelajar-pelajar yang akan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk meningkatkan potensi dan prestasi mereka dalam bidang akademik mahupun ketrampilan peribadi yang luhur. Malah kami memohon daripada-Mu Ya Allah dengan penuh ketaakulan agar majlis anugerah ini akan menjadi sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar lain supaya mereka sama-sama mengerah keringat dan menggembleng tenaga untuk mencapai kecemerlangan demi mengharumkan nama sekolah ini.


اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ
وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقًا مَعْصُوْمًا
وَلاَ تَجْعَلْ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا.

Ya Allah, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai satu perhimpunan yang dirahmati dan perpisahan kami pula selepas ini sebagai satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi. Dan janganlah Engkau jadikan pada diri kami ini, dan mereka yang bersama kami, kebinasaan, dan menyingkirkan kami dari memperolehi rahmat

رَبَّنَا اصْرِفْ عَنَّا عَذَابَ جَهَنَّمَ إِنَّ عَذَابَهَا كَانَ غَرَامَا إِنَّهَا سَاءَتْ مُسْتَقَرًّا وَمُقَامًا
رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوْبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ مَعَ اْلأَبْرَارِ. يَا عَزِيْزُ يَاغَفَّارُ يَارَبَّ الْعَالَمِيْنَ
وَصَلَّى الله ُ وَسَلَّمَ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

Posting Paling Popular Sepanjang 2012 : (3163 Pelawat)

aspirasidiri : Jadual Waktu Belajar Persendirian (Hari Bersekolah & Cuti Sekolah)

Murid yang mampu mengurus masa berpotensi untuk mendapat pencapaian yang baik dalam bidang Akademik. Sehari kehidupan seorang murid sekolah menempuh aktiviti pembelajaran yang berbeza. Di sekolah seorang murid tertakluk dengan jadual yang disediakan oleh pihak sekolah. Namun bagaimana pula ketika berada di rumah. Aktiviti hujung minggu perlu dikawal Jangan biarkan ianya berlalu begitu sahaja. Sedaikan jadual hujung minggu disesuaikan dengan aktiviti anjuran sekolah. Jika sekolah mengadakan kelas tambahan pada minggu ke-2 dan ke-4, masukkan aktiviti tersebut di dalam jadual agar kita dapat merancang aktiviti hujng minggu dengan aktiviti yang selaras dengan diri kita yang masih bergelar murid sekolah. Bagaimana pula ketika sekolah sedang bercuti ? Cuti sekolah yang tidak dirancang merugikan kita. Peluang tersebut perlu kita ambil dengan kita mengatur masa belajar mengikut keselesaan kita. Jangan gadaikan masa depan dengan hanya berseronok sahaja. Apa yang kita lakukan sekarang ini natijah yang kita perolehi adalah di masa depan. Sekarang kita bersusah payah belajar, Insya Allah hidup kita akan selesa pada masa depan dengan kerjaya yang kita ceburi. Seperkara lagi, apabila kita menyusun jadual jangan kita lupa masukkan sekali matapelajaran sekolah agama, dan aktiviti belajar agama ( mengaji quran). Ini adalah kerana pengabaian kepada aktiviti belajar agama akan menyebabkan persiapan hidup kita akan pincang. Belajar akademik sahaja sedangkan belajar agama terabai. Kata Imam Syafie :

Barangsiapa yang Menginginkan Dunia …

مَنْ أَرَادَ الدُّنْيَا فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ وَمَنْ أَرَادَ الآخِرَةَ فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ

“Barangsiapa yang menginginkan dunia, maka hendaknya menuntut ilmu dan barangsiapa yang menginginkan akhirat, maka hendaknya ia menuntut ilmu”.

Jadual Waktu Persendirian Cuti Sekolah


Jadual Waktu Sekolah



Jadual Waktu Persendirian Hari Bersekolah

Modul PRS


Kandungan : Panduan Perlaksanaan PRS di Sekolah

++klikdownload++Modul P R S ++klikdownload++

Modul RIMUP 2011

Kandungan : Modul RIMUP 3H2M :
"Perhatian" Video Sejarah Kemerdikaan akan di UPLOAD di youtiube dalam masa terdekat. Akan dimaklumkan kemudian.

++klikdownload++Kertas Kerja RIMUP++klikdownload++

++klikdownload++Video RIMUP++klikdownload++

"Perkongsian" Perancangan UBK 2011 Untuk download


Kandungan : Perancangan Strategik, Rancangan Tahunan, Pelan Tindakan, Carta Gantt

++klikdownload++Buku Pengurusan UBK 2011++klikdownload++

Konvensyen PERASA Peringkat Kebangsaan ke-8

Ekslusif Buat Kulator & Kulaan Konvensyen

++klikdownload++ PERASA++klikdownload++

Modul Kajian Tindakan


Kandungan : Panduan Untuk Membuat Kajian Tindakan di Sekolah

++klikdownload++Modul Kajian Tindakan++klikdownload++

Modul Kepimpinan 2011


Kandungan : Modul Kepimpinan 3H2M, 1H di SK Perempuan Bandar

++klikdownload++Modul Kepimpinan++klikdownload++

"Perkongsian" Dokumen Kelab UBK SR Utk Download


Isi kandungan : Perlembagaan Kelab, Cth Aktiviti Tahunan, dll

++klikdownload++Dokumen Pengurusan Kelab UBK++klikdownload++

e-Pengurusan UBK untuk download

Sila dapatkan no unprotected untuk pengaktifan dengan meninggalkan e mail d soutmax
+++klik link ++++e pengurusan bdk++++klik link++++

Waman Jahada Fainnama Yujahidu Linafsih......

Saya admin aspirasidiri menyuarakan KECAMAN sekeras-kerasnya terhadap Laknatullah Rejim Zionis kerana melakukan serangan terhadap SAUDARA-saudara saya di ....GAZZA.... Jahanam, Jahanam Zionis, Hancur, Hancur Zionis. Ihzihum Wansurna Alaihim.... Saya berdoa agar rakyat Palastin tabah dan terus berjuang mempertahankan malahan menyerang keangkuhan Rejim Zionis... Menang atas Rejim Zionis atau Menang Sebagai SYAHID bertemu Allah... Yujahidu na Fi Sabilillah... Fayaktalun na wayuk talun ..... terus berjuang .... samada kamu membunuh atau di bunuh... .... Ya Allah Kami Tidak Dapat Berjuang Seperti Mereka..... tetapi kemi berdoa ... Wamautana, Bimauti Syuhada' ....seperti MEREKA.. Ijabata li dua'

jemput tinggalkan jejak di blog apirasidiri