Rintihan seorang hamba meraih Cinta Agong di sisi Rabb-Nya "Maha Suci Allah yang membangunkan hamba-Mu untuk qiyamullail ketika orang lain lena dalam mimpi. Jadikan munajatku, tilawahku, zikirku dan khalwatku ini sebagai tanda syukurku terhadap nikmat Engkau kurniakan ini. Engkau terimalah taubatku dan himpunkan aku, ahli keluargaku dan kaum muslimin di bawah arsy limpahan kasih sayang-Mu....Ya Allah.."
Ketahuilah bahawa pohon jihad Allah SWT tidak dapat disirami kecuali dengan linangan airmata mereka yang suka berqiamullail. Pohon itu tidak akan berubah kecuali dengan amalan rukuk dan sujud yang istoqomah kepada Allah SWT. Orang-orang itu laksana pendita dimalam hari dan singa di siang hari.
Musuh-musuh tidak akan menewaskan mereka selama mana mereka pendita di malam hari. Limpah rahmat dan kebahagiaan sentiasa memenuhi hati dan kehidupan mereka. Mereka ditolong dan dibantu dalam senang dan susah. Allah SWT menjadikan mereka pejuang yang hidup mati hati walaupun sedikit tapi mampu menakluki bumi.
Inilah pandangan kaum salifus sholih. Apabila malam dihidupkan untuk solat, doa dan bermunajat, pasti cinta sebenar menjelma dan mendakap hati. Diri mereka sebaik-baik peribadi untuk mendapatkan kemenangan dan kebahagiaan dari Tuhannya. maka Tuhannya meredhoinya. Semoga kita bersama-sama mereka, Insya Allah. bersambung...... ke bab 1
Sinopsis dari (kulit) buku yang ditulis oleh Al Faqir Illallah Abdul Aziz Ismail ,10 Muharram 1431, Terbitan Mulia Terang Sdn Berhad, muliaterangsb@gmail.com, 03 2026 0050, Cetakan Pertama 2010, Mengandungi 96 bab, RM35
No comments:
Post a Comment