Bagi sesiapa yang ingin membantu keluarga Darvin, boleh hubungi talian 012-9335730 atau salurkan bantuan berkenaan ke akaun Maybank Muniandy Sackari, 105104070342.
Budak kanser cemerlang UPSR
Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus
asmaini@nstp.com.my
asmaini@nstp.com.my
Tetapi dia kanak-kanak yang cukup istimewa kerana biarpun hanya bersekolah selama dua tahun disebabkan menjalani rawatan penyakit leukemia, Darvin Raaj Barath Muniandy, 13, masih mampu mencatat kejayaan cemerlang dengan mendapat 7A dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) lalu.
Ayahnya, Muniandy Sackari, 51, berkata pencapaian anak bongsunya itu sungguh membanggakan kerana sejak disahkan mengidap penyakit leukemia, mereka sekeluarga terpaksa menjadikan Pusat Perubatan Universiti Malaya sebagai rumah kedua.
Biarpun Darvin terlepas empat tahun pertama persekolahan, dia tidak putus asa untuk mengejar apa yang tertinggal dengan belajar bersama mendiang ibunya, Nagamal Munusami, yang ketika itu turut menjalani rawatan di wad hospital berkenaan.
Mendiang isterinya ketika itu terpaksa dimasukkan ke wad di tingkat sembilan kerana penyakit buah pinggang manakala Darvin berada di wad aras lapan.
Dia akui hidupnya sangat menderita kerana dua insan kesayangannya bertarung dengan maut dan pada masa sama, dia perlu membahagikan masa untuk menjaga mereka dan bekerja sebagai peniaga pasar malam.
"Memang susah menjaga dua orang serentak, tetapi mujurlah wad mereka hanya berasingan tingkat.
Sepanjang berada di wad, Darvin tidak jemu belajar tidak kira siang atau malam bersama ibunya.
"Sayangnya, sebaik saja Darvin kembali ke sekolah pada 2008 lalu, ibunya meninggal dunia dan tidak sempat melihat kejayaan anak kami ini," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Aman, Banting, baru-baru ini.
Hadir sama, sukarelawan Majlis Kanser Nasional (Makna) yang juga bekas pesakit kanser, Jacob Matthews, yang selama ini banyak membantu mencari dana bagi membiayai kos perubatan Darvin yang mencecah RM200,000.
Sejak kematian isteri, Muniandy terpaksa mengambil alih tugas sebagai ibu dan ayah kepada tiga anaknya berusia antara 13 hingga 19 tahun.
Dia juga terpaksa melupakan perniagaan pasar malamnya dan kini bekerja sebagai pemandu teksi kerana waktu bekerja yang lebih fleksibel.
Muniandy berkata, berikutan kejayaan cemerlang dalam UPSR itu, Darvin ditawarkan mengikuti pengajian di sebuah sekolah swasta terkenal di Damansara, tetapi memandangkan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan, dia terpaksa menolak tawaran berkenaan.
Biarpun sudah menjalani pembedahan sum-sum, kini Darvin masih perlu mengikuti rawatan susulan di hospital dan selain itu, anaknya juga memerlukan jagaan rapi memandangkan kesihatannya kini masih belum pulih sepenuhnya.

"Darvin kini mengikuti pembelajaran tingkatan satu di Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Datuk, Banting.
Saya sudah memaklumkan kepada gurunya bahawa Darvin mudah berasa penat serta tidak boleh berada dalam suasana panas atau sesak.
"Lantaran keadaan kesihatannya, saya perlu berkorban mengambil dan menghantarnya setiap hari selain memasak makanan yang berkhasiat untuknya.
"Mujurlah saya bekerja sendiri kerana jika tidak, entah bagaimana saya mahu jelaskan kepada majikan setiap kali mahu keluar untuk mengambil dan menghantar Darvin ke sekolah," katanya.
Muniandy mengakui begitu teringin untuk membelikan anaknya itu sebuah komputer bagi membolehkan Darvin mempelajari dunia siber dan melancarkan pembelajarannya.
Tetapi apakan daya, dia tidak mampu kerana pendapatannya hanya sekitar RM30 sehari.
Menerusi pendapatan itulah dia menyara keluarga termasuk membayar sewa rumah, pendidikan anak-anaknya serta melunaskan permit kereta sewa sebanyak RM100 sebulan.
Muniandy juga berharap supaya pihak berkenaan dapat membantunya memiliki permit kereta sewa sendiri kerana dia kini mencari rezeki menggunakan permit yang disewa.
"Saya bekerja kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang untuk menyara keluarga.
"Dengan pendapatan sebanyak itu, mana mungkin saya dapat mengumpul wang dalam masa terdekat ini untuk membeli komputer yang sangat diimpikan Darvin.
"Sebelum ini saya terpaksa membawanya ke pusat siber bagi membolehkannya menyiapkan tugasan sekolah.
"Apapun, saya tidak akan berputus asa untuk mengumpul wang bagi membeli komputer kerana apa yang penting, Darvin tidak akan ketinggalan dan dapat belajar seperti kanak-kanak lain untuk mengejar cita-citanya bergelar doktor," katanya.
Bagi sesiapa yang ingin membantu keluarga Darvin, boleh hubungi talian 012-9335730 atau salurkan bantuan berkenaan ke akaun Maybank Muniandy Sackari, 105104070342.
No comments:
Post a Comment