Wanita bakar diri tak tahan anak liar
Sumber : BHarian Online 10-01-10
NIBONG TEBAL: Seorang ibu tujuh anak membakar diri dengan mencurah petrol ke badan dipercayai kecewa dengan anak perempuannya berusia 15 tahun yang didakwa degil dan sering tidak pulang ke rumah.
Dalam kejadian di depan rumah mangsa di Jalan Hutan Lipur, jam 12.30 tengah malam itu, Rossliana Rosli, 33, yang bekerja sebagai pembantu kedai makan melecur 54 peratus badannya dari dahi hingga pusat.

Wanita yang tertekan dengan kelakuan anak perempuannya menjadi bualan penduduk nekad membakar diri disaksikan anak keempat, Mohd Shahrul Aidil, 11, dan beberapa keluarganya.
Mangsa dikejarkan ke Hospital Sungai Bakap, dekat sini sebelum dipindahkan Hospital Pulau Pinang dan dirujuk ke Unit Kebakaran Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star, Kedah.
Suaminya, Marzuki Jamaluddin, 39, bekerja sebagai pengawal keselamatan dan mereka mempunyai anak berusia antara dua hingga 17 tahun.
Keluarga itu adalah penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Sebelum kejadian, Rossliana ke rumah ibunya, Hasnah Omar, 52, kerana anak perempuannya, Nur Hidayah, tidur di situ selepas merajuk ditampar beberapa hari lalu kerana tidak mendengar nasihat serta enggan belajar.
Mohd Shahrul yang tidur di rumah bapa saudaranya ketika kejadian, berkata apabila Rossliana memanggil Nur Hidayah supaya keluar dari rumah, lampu rumah itu terus dipadamkan menyebabkan ibunya hilang sabar.
Rossliana masuk ke rumah adiknya yang terletak bersebelahan lalu mengambil petrol dan menyalakan lilin sebelum keluar dan mencurahkan petrol ke badannya sambil mengugut untuk melakukan apa saja jika anaknya tidak keluar.
"Ibu juga memberi amaran jangan menghampirinya jika tidak mahu terbakar bersama-sama," kata Mohd Shahrul yang memberanikan diri menepis lilin dipegang ibunya sehingga terjatuh dan padam sebelum wanita itu masuk semula ke rumah adik iparnya untuk menyalakan lilin dan terus membakar dirinya.

"Saya minta Pak Su (bapa saudara) menutup pintu bagi menghalang ibu masuk (untuk nyalakan lilin) tetapi tak sempat," katanya.
Ahli keluarga wanita berkenaan dengan bantuan penduduk berjaya memadamkan api sebelum membawa mangsa ke hospital.
Ketua Polis Daerah Seberang Prai Selatan, Superintendan Shafien Mamat, mengesahkan polis menerima laporan dan siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan untuk mengenal pasti punca kejadian, termasuk mengambil keterangan anak mangsa.
Katanya, kejadian berlaku ketika mangsa bercakap untuk melepaskan perasaan terhadap masalah yang dihadapi seorang anaknya yang degil dan tidak mahu mendengar nasihat serta kerap tidak pulang ke rumah.

No comments:
Post a Comment