Perkhidmatan Bimbingan secara ONLINE “24 jam” merupakan satu perkhidmatan yang disediakan kepada SELURUH WARGA SK Seri Taman Kluang Barat . (Juga kepada mereka-mereka yang sudi). Perkhidmatan ini merupakan perkhidmatan tambahan kepada kemudahan sedia ada yang dapat dicapai di mana-mana sahaja melalui internet dan bertujuan meminimumkan kekangan masa dan pelbagai halangan yang lain di samping meningkatkan lagi peluang untuk memdapatkan bimbingan.
Apakah Perkhidmatan Yang Disediakan ?
1. Perkhidmatan Bimbingan dalam bidang Psikologi & Kaunseling untuk murid-murid
2. Bimbingan dalam bidang perkembangan, pencegahan dan krisis.
3. Konsaltasi ibu bapa dan penjaga
4. Konsaltasi rakan sejawat dan warga kerja.
5. Lain-lain perkhidmatan yang dianggap sesuai dan tidak bertentangan dengan undang-undang negara.
Bagaimana Untuk Mendapatkan Perkhidmatan Bimbingan Secara “ONLINE” ?
1. Langkah satu : Anda boleh mendapatkan perkhidmatan tersebut dengan cara melayari weblog Menjana Aspirasi Diri di alamat : http://aspirasidiri.blogspot.com.
2. Langkah dua : Lihat di bahagian Perkhimatan Bimbingan Psikologi & Kaunseling On Line dan klik di link berikut : klik sini +++Bimbingan On Line +++ klik sini
3. Langkah tiga : Isikan maklumat yang diperlukan dan tuliskan perkara yang ingin dikemukakan di dalam borang yang dipaparkan, kemudian klik “submit”
No comments:
Post a Comment