Didikan Rohani Dengan Ibadah. عن عمرو بن شُعَيْبٍ عن أَبِيهِ عن جَدِّهِ قَالَ، قَالَ رسولُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مُرُوا أَوْلاَدَكُمْ بِالصَّلاَةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْع سِنِينَ وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءَ عَشْرِ سِنِينَ، وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي المَضَاجِعِ.[4] Yang bermaksud, Daripada ‘Amru bin Syu‘aib, daripada bapanya, daripada datuknya berkata, sabda Rasulullah saw: “Perintahlah anak-anakmu mendirikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka jika meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun serta pisahkan tempat tidur mereka.

Perkhidmatan

Pengiktirafan Majalah Pendidik kepada Blog Aspirasi Diri

Keluaran Disember 2010, MS 30

28 July 2010

aspirasidiri : Kegelisahan Ibu Bapa (4)

Mewujudkan suasana belajar yang lebih menyeronokkan.

1. Anak-anak cenderung meniru tingkahlaku ibu bapa, ketika menyuruh dan mengawasi anak-anak belajar, ibu bapa juga perlu untuk kelihatan seperti sedang belajar.

2. Pilih waktu belajar yang paling baik untuk anak, ketika anak berasa segar. Anak-anak boleh diajak berbincang waktu belajarnya.

3. Anak-anak memerlukan suatu kepastian. Jadi, jadikan waktu belajar sebagai waktu yang rutin dan pasti.

4. Anak mempunyai daya konsentrasi berbeza. Ada yang mampu belajar selama 1 jam terus-menerus dan ada yang boleh setengah jam sahaja. Kenal pasti pola ini dan susunlah suatu jadual belajar yang sesuai untuk mereka. Bagi anak yang hanya mampu berkonsterasi selama 30 minit, maka berikan waktu berehat selama 10 minit.

5.Ibu bapa disaran menemani anak, namun ibu bapa juga ada tugasan lain untuk diselesaikan. Namun paling tidak apabila anak mengalami kesukaran, anda harus ada di sampingnya untuk membantunya.

27 July 2010

aspirasidiri : Kegelisahan Ibu Bapa (3)

Memberikan dorongan agar anak mahu belajar.

1. Berikan insentif jika anak belajar. Isentif tidak semestinya berupa kebendaan tetapi boleh juga berupa penghargaan dan perhatian. Pujilah anak jika ia mahu belajar tanpa disuruh. Anak sering kahausan perhatian dan amat selesa dipuji. 

2. Terangkan kepada anak-anak bahawa pelajaran amat beguna pada mereka. Untuk kepentingan dunia dan akhirat. Jika kamu pandai kamu akan dapat  menjawab apa sahaja soalan. Juga dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran dengan lebih mudah.

3. Sering bertanyakan tentang apa yang telah dipelajari di sekolah. Jika boleh menjawab sebutlah kepintarannya adalah hasil belajar di sekolah. Sering bertanya tentang solat. Pujilah jika anak kita solat tanpa disuruh Itu juga hasil belajar di sekolah. Mengaji Al Quraan tanpa dileter.

4. Dorongan anak agar merasakan belajar sebagai sesuatu yang menyeronokkan.

Untuk berhadapan dengan keadaan ini perkara minima yang boleh dilakukan ialah "mengatur suasana belajar".  Jika setiap kali perbicaraan mengenai belajar  berakhir dengan leteran dan sungutan, maka akan mengaitkan suasana belajar sebagai perkara yang tidak memberi perasaan menyenangkan. Begitu juga dengan SOLAT. Solat harus dikaitkan dengan ketenangan dan kebahagiaan. Jangan jika berbicara tentang amalan SOLAT sering dikaitkan dengan sesuatu yang terpaksa dilakukan walaupun hakikatnya memang mesti dilakukan.


23 July 2010

aspirasidiri : Kegelisahan Ibu Bapa (2)

Anak saya malas belajar.

Keluhan ibubapa biasanya datang dari anaknya yang terlalu banyak bermain daripada yang terlalu banyak belajar. Bahkan kalau anak sangat rajin belajar pastilah ibu bapa mempamerikan kepada orang lain dengan nada bangga. "Semua cikgu puji, nak saya itu belajarnya rajin sekali". Pulang dari sekolah terus belajar, bangun tidur belajar, malampun begitu juga..

Lainpula kalimatnya kalau anak terlalu banyak bermain, "Aduh, malangnya saya ni! Anak saya ni kerjanya bermain sahaja. siang main, petang main, malam pun main. Saya dan bapanya kalau menyuruhnya belajar kene menjerit-jerit dulu, marah dulu, baru dia mahu belajar. Pening kepala saya dibuatnya. Darab dua pua dia tak hafal...

Jika anak enggan belajar tentunya perlu dicari sebab musababnya.

1. Kurangnya waktu yang tersedia untuk bermain
2. Sedan mempunyai masalah di rumah
3. Bermasalah di sekolah
4. Sedang sakit
5. Sedang sedih

Tidak ada masalah ataupun sakit, juga tidak kurang waktu bermain, itu tandanya MALAS. Jika anak-anak kita tidak suka belajar dan lebih suka bermain itu bermakna belajar dianggap sebagai aktiviti yang tidak menarik juga tanpa disedari anggap belajar sebagai aktiviti tidak berguna. Belajar tak nampak untungnya. Bermain dapat kepuasan. Kepuasan itulah keuntungan semasa bermain. Itu bagi mereka...

22 July 2010

aspirasidiri : Kegelisahan Ibu Bapa

Adakah anak saya bermasalah ?

Umumnya, mereka bimbang kerana anak-anak mereka dinilai berbeza dengan rakan-rakan mereka. Mungkin dari prestasinya, sikap dan perilakunya sifatnya sehingga pada fizikalnya. Begitu pemerhatian para ibu bapa amat resah jika sudah berkaitan dengan perbezaan pada anak-anak mereka. Kemudian ibu bapa cendrung berfikir "anak saya memerlukan terapi"
Sebagai ibu bapa ada faktor tertentu yang mempengaruhi perbezaan ini.


1. Faktor biologi dan genetik
2. Faktor pola asuh
3. Faktor lingkungan
4. Faktor pendidikan
5. Faktor pengalaman.

Tidak ada seorangpun di dunia ini yang memiliki keadaan yang sama, tidak ada satu manusia pun di dunia ini segala sesuatunya sama. Itulah takdir yang ditetapkan Allah.

19 July 2010

aspirasidiri : Stress

Sebab-sebab pelajar / murid stress antaranya :

1. Kerja banyak
2. Kerja tertangguh
3. Banyak perkara perlu perhatian
4. Tidak cukup tidur
5. Tidak cukup rehat
6. Amalan pemakanan
7. Tidak solat

"Orang biasa dipengaruhi persekitaran, Orang luar biasa mempengaruhi persekitaran (Prof Madya Hj Md Izuddin Ali)

aspirasidiri : Stress

Definisi stress : Situasi yang mengganggu atau membina kehidupan.

Jenis-jenis stress :

1. Eustress : Dapat menyesuaikan diri / stress yang membina.
2. Distress : Tidak bolah menyesuaikan diri / boleh merosakkan diri.

Faktor Yang Mempengaruhi Stress.

1. Faktor dalaman

* Harapan dan matlamat

* Sikap negatif dalam diri


* Kelemahan pengurusan diri

* Kelemahan dalam komunikasi dan berbahasa

* Keperluan dan kemahuan

**Status**Kuasa**Penghargaan
**Prestasi**Kesihatan**Keselamatan diri

2. Faktor luaran.

*Persekitaran
**Cuasa**Bising**Sibuk**

*Beban Kerja
**Tugas berat**Kerja banyak

*Hubungan dengan orang lain
**Guru**Rakan sebaya**Keluarga

>>bersambung>>

17 July 2010

aspirasidiri : Belajar Berkumpulan

Salah urus tadbir dalam belajar berkumpulan, pandangan dan kritikan :

1. Terdapat ahli tidur  "partner sleeping" yang hanya menerima sahaja dalam proses pembelajaran.
2. Hanya seorang individu sahaja yang menetapkan keputusan di dalam akativiti belajar berkumpulan.
3. Banyak bersembang dari membincangkan topik yang sedang dibincangkan.
4. Pergaulan luar batas yang membabitkan lain jantina.
5. Tidak menepati masa.
6. Tidak ada kerjasama dan ahli kumpulan tidak mengusai isi pelajaran
7. Belajar berkumpulan hanya sebagai satu "projection" iaitu mengelakkan sesuatu tugasan yang sepatutnya dilaksanakan di rumah dan menjadikan alasan belajar berkumpulanuntuk mengabaikan tanggungjawab.
8. Tiada perubahan di dalam pencapaian dalam akademik. Keputusan sama sahaja.
9. Tiada pemantauan dari orang dewasa.

15 July 2010

aspirasidiri : Belajar Berkumpulan

Panduan membentuk kumpulan

1. Bentuk kumpulan terdiri 4 atau 5 orang. Pilih kawan yang bersemangat dan bersungguh-sungguh
2. Lantik ketua. Ketua hendaklah mengendali kumpulan dengan berhikmah. ahli hendaklah mematuhi arahan ketua.
3. Lantik seorang pencatat agar ahli kumpulan dapat isi perbincangan.
4. Tetapkan tarikh yang dipersetujui bersama agar ahli dapat hadir apabila aktiviti pembelajaran dilaksanakan.
5. Tetapkan subjek, tarikh dan tajuk yang akan dipelajari.
6. Sediakan alatan pembelajaran secukupnya agar aktiviti berjalan dengan lancar.
7. Piluh tempat belajar yang dipersetujuai oleh semua ahli kumpulan
8. Sebaik-baiknya duduk dalam bulatan agar ahli dapat berinteraksi dengan lebih baik
9. PERHATIAN :
  a. Elakkan kumpulan yang berlainan jantina (bagi pelajar / murid  muslim sahaja ) atau perlu ada orang dewasa sebagai  pemantau jika tidak dapat dielakkan. Ingat mencegah lebih baik.....
 b. Memelihara aurat walaupun sesama jantina.
  c. Mematuhi waktu solat (jika berkaitan) 

14 July 2010

aspirasidiri : Belajar Berkumpulan

Kelebihan belajar secara berkumpulan.

1. Dapat menjimatkan masa yang banyak
2. Mampu meningkatkan minat terhadap proses pembelajaran
3. Dapat mengumpul isi pelajaran dengan lebih banyak dan lengkap
4. Boleh mengurangkan rasa malas belajar
5. Berupaya melahirkan rasa bertanggungjawab dan tolong menolong
6. Mudah mengelakkan rasa bosan dan jemu semasa belajar terutamanya apabila subjek itu sukar
7. Secara tidak langsung mengukuhkan daya ingatan terhadap isi pelajaran.
8. Mewujudkan semangat berlumba untuk kejayaan secara tidak langsung.

09 July 2010

aspirasidri : Menghayati Peristiwa Isra' dan Mi'raj

Islam menganjurkan supaya anak-anak dididik
mengerjakan solat atau sembahyang sejak berusia
tujuh tahun. Anjuran ini terkandung di dalam sepotong 
hadis Nabi SAW :

مُرُوا الصَّبِيَّ بِالصَّلاَةِ  اِذَا بَلَغَ  سَبْعَ
سِنِينَ  وَاِذَا بَلَغَ  عَشْراً  فَاضْرِ  بُوهُ  عَلَيْهاَ
Maksudnya : Suruhlah kanak-kanak mengerjakan solat
apabila berumur tujuh tahun dan apabila sudah sampai
sepuluh tahun maka pukullah (sekiranya tidak solat)

Kebiasaan mereka mematuhi suruhan Allah SWT  akan
mempersiapkan individi kanak-kanak tersebut menghadapi alam kedewasaan dengan penuh yakin dan bersemangat.

sumber : Indahnya Hidup Bersyariat 
Dato' Ismail Kamus, Mohd Azrul Azlen, MS 23

08 July 2010

aspirasidiri : Belajar Berkumpulan

Mengapa tidak belajar secara berkumpulan ?

1. Tidak tahu kebaikan belajar secara berkumpulan.
2. Tidak tahu cara belajar secara berkumpulan.
3. Tiada kawan yang berminat untuk belajar secara berkumpulan.
4. Sukar mencari dan memilih kawan yang sesuai.

Harta benda akan berkurang jika ia dibelanjakan, sedangkan ilmu pengetahuan itu bahkan akan bertambah-tambah jika kita berikan kepada orang lain. (Sayidina Ali)  bersambung

06 July 2010

aspirasidiri : Kenal Pada Diri

Pengetahuan dan penerimaan kendiri

A. Fizikal
    1. Kuat
     2. Sihat
     3. Cergas
     4. cacat

B. Psikomoto
1. Cekap,
2. Pantas
3. Teliti
4. Mahir

C. Sikap
1. Rajin
2. Bercakap Benar
3. Tekun
4. Malas
5. Cuai

04 July 2010

aspirasidiri : Menghilangkan Tekanan Dan Rasa Bimbang

Sumber : 101 Adab Petua kecemerlangan Pelajar : Siti Nor Bahyah binti Mahmod, Zahazan bin Mohamed, Mahfuzah binti Omar : ms 22

1. Depakan Tangan
2. Angkat bahu
3. Tarik nafas sedalamnya
4. Pusingkan tangan dan kaki.
5. Rehatkan otot-otot.
6. Pejamkan mata.
7. Bayangkan suasana indah yang pernah dilalui, dan yang akan anda akan lalui,
8. Beriadah bersama rakan-rakan,
9. Minum air masak,
10. Berdoa dengan doa yang ma'tsur,
11. Bersolat,
12. Bersalawat ke atas Nabi s.a.w,
13. Berzikir,
14. Lakukan aktiviti yang anda gemari dan harus serta boleh menghilangkan keresahan.

Modul Guru Penyayang

Posting Ke-2 Paling Popular (1041 Pelawat)(25873 Pelawat 14.4.2015)

Teks disusun dan dibacakan oleh nurabadi sempena hari Anugerah Cemerlang & Konvokesyen Pra Sekolah SK Seri Taman Kluang Barat 2011

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِ الْعَالَمِيْنَ حَمْدًا يُوَافِى نِعَامَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَهُ يَارَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِيْ لِجَلاَلِ وَجْهِكَ وَعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُنْجِيْنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ اْلأَهْوَالِ وَاْلآفَاتِ وَتَقْضِيْ لَنَا بِهَا جَمِيْعَ الْحَاجَاتِ وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ السَّيِّئَاتِ وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ أَعْلَى الدَّرَجَاتِ وَتُبَلِّغُنَا بِهَا أَقْصَى اْلغَايَاتِ مِنْ جَمِيْعِ الْخَيْرَاتِ فِى الْحَيَاةِ وَبَعْدَ الْمَمَاتِ

اَللَّهُمَّ يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ

Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana mengizinkan kami untuk mengadakan dan berada dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Konvokesyen Pra Sekolah SK Seri Taman Kluang Barat, 2011

اَللَّهُمَّ يَا مُجِيْبَ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الْحَاجَاتِ

Kami memohon kepada-Mu , agar Eangkau berkati majlis ini dengan limpahan rahman dan rahim-Mu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan hidayah-Mu. Tidak juga lupa kepada para pendidik yang telah menyumbang khidmat dan menabur bakti mereka di sekolah yang bertuah ini .

اَللَّهُمَّ يَا قَوِيُّ يَا عَزِيْزُ يَا فَعَّالٌ لِّمَا يُرِيْدُ

Di saat ini juga kami rafa’kan tangan kehambaan mengharapkan ihsan-Mu agar Engkau teruskan dan lanjutkan kecemerlangan yang sudah kami capai samada dalam bidang akademik mahupun aspek pembinaan sahsiah insan dan seterusnya menganugerahkan kepada kami kecemerlangan demi kecemerlangan yang lebih bermakna dalam pelbagai bidang pada masa-masa akan datang.

اَللَّهُمَّ يَا مُهَيْمِنُ يَا رَقِيْبُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ

Jadikanlah pelajar-pelajar yang menerima hadiah dan sijil penghargaan pada hari ini sebagai pelajar-pelajar yang bersyukur di atas pengiktirafan ini. Jadikanlah mereka pelajar-pelajar yang akan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk meningkatkan potensi dan prestasi mereka dalam bidang akademik mahupun ketrampilan peribadi yang luhur. Malah kami memohon daripada-Mu Ya Allah dengan penuh ketaakulan agar majlis anugerah ini akan menjadi sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar lain supaya mereka sama-sama mengerah keringat dan menggembleng tenaga untuk mencapai kecemerlangan demi mengharumkan nama sekolah ini.


اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ
وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقًا مَعْصُوْمًا
وَلاَ تَجْعَلْ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا.

Ya Allah, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai satu perhimpunan yang dirahmati dan perpisahan kami pula selepas ini sebagai satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi. Dan janganlah Engkau jadikan pada diri kami ini, dan mereka yang bersama kami, kebinasaan, dan menyingkirkan kami dari memperolehi rahmat

رَبَّنَا اصْرِفْ عَنَّا عَذَابَ جَهَنَّمَ إِنَّ عَذَابَهَا كَانَ غَرَامَا إِنَّهَا سَاءَتْ مُسْتَقَرًّا وَمُقَامًا
رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوْبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ مَعَ اْلأَبْرَارِ. يَا عَزِيْزُ يَاغَفَّارُ يَارَبَّ الْعَالَمِيْنَ
وَصَلَّى الله ُ وَسَلَّمَ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

Posting Paling Popular Sepanjang 2012 : (3163 Pelawat)

aspirasidiri : Jadual Waktu Belajar Persendirian (Hari Bersekolah & Cuti Sekolah)

Murid yang mampu mengurus masa berpotensi untuk mendapat pencapaian yang baik dalam bidang Akademik. Sehari kehidupan seorang murid sekolah menempuh aktiviti pembelajaran yang berbeza. Di sekolah seorang murid tertakluk dengan jadual yang disediakan oleh pihak sekolah. Namun bagaimana pula ketika berada di rumah. Aktiviti hujung minggu perlu dikawal Jangan biarkan ianya berlalu begitu sahaja. Sedaikan jadual hujung minggu disesuaikan dengan aktiviti anjuran sekolah. Jika sekolah mengadakan kelas tambahan pada minggu ke-2 dan ke-4, masukkan aktiviti tersebut di dalam jadual agar kita dapat merancang aktiviti hujng minggu dengan aktiviti yang selaras dengan diri kita yang masih bergelar murid sekolah. Bagaimana pula ketika sekolah sedang bercuti ? Cuti sekolah yang tidak dirancang merugikan kita. Peluang tersebut perlu kita ambil dengan kita mengatur masa belajar mengikut keselesaan kita. Jangan gadaikan masa depan dengan hanya berseronok sahaja. Apa yang kita lakukan sekarang ini natijah yang kita perolehi adalah di masa depan. Sekarang kita bersusah payah belajar, Insya Allah hidup kita akan selesa pada masa depan dengan kerjaya yang kita ceburi. Seperkara lagi, apabila kita menyusun jadual jangan kita lupa masukkan sekali matapelajaran sekolah agama, dan aktiviti belajar agama ( mengaji quran). Ini adalah kerana pengabaian kepada aktiviti belajar agama akan menyebabkan persiapan hidup kita akan pincang. Belajar akademik sahaja sedangkan belajar agama terabai. Kata Imam Syafie :

Barangsiapa yang Menginginkan Dunia …

مَنْ أَرَادَ الدُّنْيَا فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ وَمَنْ أَرَادَ الآخِرَةَ فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ

“Barangsiapa yang menginginkan dunia, maka hendaknya menuntut ilmu dan barangsiapa yang menginginkan akhirat, maka hendaknya ia menuntut ilmu”.

Jadual Waktu Persendirian Cuti Sekolah


Jadual Waktu Sekolah



Jadual Waktu Persendirian Hari Bersekolah

Modul PRS


Kandungan : Panduan Perlaksanaan PRS di Sekolah

++klikdownload++Modul P R S ++klikdownload++

Modul RIMUP 2011

Kandungan : Modul RIMUP 3H2M :
"Perhatian" Video Sejarah Kemerdikaan akan di UPLOAD di youtiube dalam masa terdekat. Akan dimaklumkan kemudian.

++klikdownload++Kertas Kerja RIMUP++klikdownload++

++klikdownload++Video RIMUP++klikdownload++

"Perkongsian" Perancangan UBK 2011 Untuk download


Kandungan : Perancangan Strategik, Rancangan Tahunan, Pelan Tindakan, Carta Gantt

++klikdownload++Buku Pengurusan UBK 2011++klikdownload++

Konvensyen PERASA Peringkat Kebangsaan ke-8

Ekslusif Buat Kulator & Kulaan Konvensyen

++klikdownload++ PERASA++klikdownload++

Modul Kajian Tindakan


Kandungan : Panduan Untuk Membuat Kajian Tindakan di Sekolah

++klikdownload++Modul Kajian Tindakan++klikdownload++

Modul Kepimpinan 2011


Kandungan : Modul Kepimpinan 3H2M, 1H di SK Perempuan Bandar

++klikdownload++Modul Kepimpinan++klikdownload++

"Perkongsian" Dokumen Kelab UBK SR Utk Download


Isi kandungan : Perlembagaan Kelab, Cth Aktiviti Tahunan, dll

++klikdownload++Dokumen Pengurusan Kelab UBK++klikdownload++

e-Pengurusan UBK untuk download

Sila dapatkan no unprotected untuk pengaktifan dengan meninggalkan e mail d soutmax
+++klik link ++++e pengurusan bdk++++klik link++++

Waman Jahada Fainnama Yujahidu Linafsih......

Saya admin aspirasidiri menyuarakan KECAMAN sekeras-kerasnya terhadap Laknatullah Rejim Zionis kerana melakukan serangan terhadap SAUDARA-saudara saya di ....GAZZA.... Jahanam, Jahanam Zionis, Hancur, Hancur Zionis. Ihzihum Wansurna Alaihim.... Saya berdoa agar rakyat Palastin tabah dan terus berjuang mempertahankan malahan menyerang keangkuhan Rejim Zionis... Menang atas Rejim Zionis atau Menang Sebagai SYAHID bertemu Allah... Yujahidu na Fi Sabilillah... Fayaktalun na wayuk talun ..... terus berjuang .... samada kamu membunuh atau di bunuh... .... Ya Allah Kami Tidak Dapat Berjuang Seperti Mereka..... tetapi kemi berdoa ... Wamautana, Bimauti Syuhada' ....seperti MEREKA.. Ijabata li dua'

jemput tinggalkan jejak di blog apirasidiri