Didikan Rohani Dengan Ibadah. عن عمرو بن شُعَيْبٍ عن أَبِيهِ عن جَدِّهِ قَالَ، قَالَ رسولُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مُرُوا أَوْلاَدَكُمْ بِالصَّلاَةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْع سِنِينَ وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءَ عَشْرِ سِنِينَ، وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي المَضَاجِعِ.[4] Yang bermaksud, Daripada ‘Amru bin Syu‘aib, daripada bapanya, daripada datuknya berkata, sabda Rasulullah saw: “Perintahlah anak-anakmu mendirikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka jika meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun serta pisahkan tempat tidur mereka.

Perkhidmatan

Pengiktirafan Majalah Pendidik kepada Blog Aspirasi Diri

Keluaran Disember 2010, MS 30

31 August 2010

aspirasidiri : Salam Kemerdekaan Yang ke-53

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang ke-53
burung kau bebas ke mana sahaja...merdeka
Isi Ilmu di dada sepenuhnya untuk melayari bahtera kehidupan

30 August 2010

aspirasidiri : Mohon Restu

Kupohon restu darimu oh ayah dan ibu
Peperiksaan UPSR, PMR hampir bertandang mengikut masa yang ditetapkan. Ianya suatu yang pasti berlaku. Diketahui dan dimaklumi.
Sebagai calon peperiksaan ada baiknya kita mengambil kesempatan dengan kehadiran lebaran ini. Ambillah peluang bertemu dengan sanak saudara rakan taulan, sahabat handai dengan meminta restu, Emmm ya memohon restu. Apa dia mohon restu. Restu mengikut kamus dewan ialah berkat, doa. 
Dalam konteks seorang calon peperiksaan  ialah mohon restu bermaksud meminta didoakan agar mendapat kejayaan yang diharapkan. Bukan itu sahaja minta juga dihalalkan ilmu yang diajarkan, tentulah dari guru-guru yang bertungkuslumus siang malam, tidak mengikut masa, sehinggakan ada yang menjadikan pencapaian murid sebagai suatu yang amat berharga. mengorbankan wang ringgit, tenaga, masa untuk anak-anak didiknya.
Ibu bapa apatah lagi. Orang yang melahirkan kita, yang membesarkan kita, menghantar kita ke sekolah. Mintalah restu dari mereka. Pohon doa dari mereka. Katakan kepada mereka. Ayah halalkan makan minumku, terimakasih kerana menghantarku ke sekolah... restuilah diriku agar daku menjadi insan yang tenang dan tabah. Tiada apa yang lebih penting melainkan doa seorang ayah, ibu buat anaknya yang tersayang.
Buatlah dengan bersungguh-sungguh agar kita sentiasa disebut di dalam doa-doa mereka. Juga dari adik beradik kita dan orang yang hampir dengan kita.
Dan akhirnya yang paling penting ialah mohon restu perkenan dari Allah swt agar segala usaha yang dilakukan diberkati. Tiada sesiapa yang bertuah selama mana menjadi hamba Allah melainkan mendapat restu berupa rahmat Allah yang Maha Luas itu.
Restu Allah, Redho Allah, Perkenan Allah dengan meningkatkan amalan kerohanian dengan Ikhlas dan bersungguh-sungguh. Tidak putus, sentiasa memanjatkan doa kepada-Nya, ameen.

28 August 2010

aspirasidiri : Peranan Ibu bapa Menjelang Peperiksaan

Duhai ayahnda dan bonda restui kami
Menjelang tibanya hari peperiksaan anak-anak akan menghadapi tekanan dari pelbagai sisi hidup dan dari pelbagai sumber.
Tanda-tanda tekanan :
1. Bimbang-Ada perubahan dalam tingkahlaku anak.
2. Runsing-Anak tidak selera atau terlalu selera makan. Tidak boleh tidur atau terlalu kuat tidur. Murung, marah dan sensitif.

Bagaimana ibu bapa boleh membantu ? Antaranya.....
1. Peka kepada perubahan
2. Katakan harapan dengan jelas yang anda mahukan yang terbaik mengikut kemampuan mereka.
3. Diamkan diri anda apabila mereka terlalu tertekan. Elakkan dari meninggikan suara atau marah.
4. Ajak mereka melakukan aktiviti yang dapat menenangkan diri.
5. Tanamkan keyakinan dalam diri mereka.
6. Berasama-sama merancang dalam mengurus masa mereka.
7. Mengawal pergerakkan keluarga (balik kampung, dll) terutama yang melibatkan anak-anak yang akan menghadapi peperiksaan supaya persiapan mereka tidak terganggu.
8. Sentiasa mengambil bahagian aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah. (Solat Hajat, Hari Terbuka)
9. Sentiasa mrngikuti perkembangan aktiviti yang derlaku di sekolah. (Ujian, Peperiksaan percubaan)
10. Memantau kesihatan anak.
11. Sentiasa menghubungi guru-guru anak-anak untuk mengetahui perkembangan terkini anak-anak.
12. Mewujudkan suasana yang tenang di rumah. (kawal penggunaan tv, internet mengikut kesesuaian)
13. Seluruh anggota kelurga di rumah maklum tentang adanya anggota keluarga akan menghadapi peperiksaan pada tahun itu.
14. Anggota kelurga maklum akan tarikh peperisksaan di jalankan.

26 August 2010

aspirasidiri : Refleksi Menjelang Peperiksaan

Meningkatkan keupayaan diri dan merangsang kesungguhan untuk mengapai kejayaan.
Sesuatu perlu diambil bagi memastikan minda sentiasa fokus dengan cabaran menghadapi peperiksaan. Lebih-lebih lagi persiapan dilakukan seiring dengan melaksanakan ibadah Puasa di bulan ramadan. Tentu banyak keberkatannya bagi mereka yang Ikhlas di dalam berusaha.

Pamirkan di dinding rumah di sudut yang bersesuaian.
1. Jadual Peperiksaan (sekiranya telah diterima, jika tidak memadai dengan memaparkan tarikh peperiksaan)
2. Bilangan hari menjelang peperiksaan.
3. Peta minda.
4. Kata-kata perangsang. Contoh : Pesan ayah / ibu / sahabat / guru
5. Gambar-gambar kejayaan yang lalu. (Ditampal di dalam buku ulang kaji)
6. Gambar ibu bapa dan orang tersayang. (ditampal dibahagian belakang kulit petama buku)
7. Matlamat yang ingin di capai.

24 August 2010

aspirasidiri : Selawat Sir صلوات السر



Barangsiapa membanyakkan selawat ini diberi terang mata hati dan mata kepala. Amalannya tiap lepas solat fardu 25 Kali.













اَلَّلهُمَّ صَلِى وَسَلِمْ وَباَرِكْ عَلَى سَيِدِّنَا وَمَولَانَا
مُحَمَّدِنِ النّوُرِ الذَّاتِيِّ وَالسِّرِالسَّارِيِّ
فِى سَائِرِالْأَسْمَاءِ وَالصِّفَاتِ

Sumber : Kitab Perhimpunan Selawat dan hikmatnya,
Penyusun : Allahyarham Dato' Kiyayi Haji Samsuddin bin Hj Riduan,
Parit Medan, Kundang Ulu, Muar, Johor.
( Kitab Kecil Warna Putih ms 14)
Cetakkan ke lima 1989,
Dicetak Oleh Percetakan Pesta Sdn. Bhd

21 August 2010

aspirasidiri : Selawat malaikat ( صلواة الملائكة )

Selawat malaikat   (  صلواة الملائكة )
Hikmatnya khas untuk meluluskan sesuatu perkara. Amalannya tiap-tiap tengah malam dibaca jangan kurang daripada 1000 kali. Insya Allah lulus














اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلاَةَ أَهْلِ السَّمَوَاتِ
وَالْأَرْضِ وَأَ جِزْ يَا رَبّىِ بِلُطفِكَ الْخَفِىّ فِىْ أَمْرِ
 ( تمفت مموهن..................).

Sumber : Kitab Perhimpunan Selawat dan hikmatnya,
Penyusun : Allahyarham Dato' Kiyayi Haji Samsuddin bin Hj Riduan,
Parit Medan, Kundang Ulu, Muar, Johor.
( Kitab Kecil Warna Putih ms 13)
Cetakkan ke lima 1989,
Dicetak Oleh Percetakan Pesta Sdn. Bhd.

aspirasidiri : Selawat Al-Tib ( صلواة الطب )



Selawat Al-Tib    (    صلواة   الطب     )

Hikmat untuk menjaga kesihatan dan terang hati, amalannya ialah dibaca pada tiap-tiap lepas Solat fardu sebanyak sebeas kali. Kalau dapat, mula-mula amal hendaklah berpuasa satu hari (Khas untuk anak-anak yang masih belajar)







اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ طِبِّ القُلُوبِ
وَدَوَائِهَا وَعَافِيَةِ الْأبَدَانِ وَشِفَا ئِهاَ وَنُورِ
الْأَبْصَارِ وَضِيَائِهاَبِحَقِّ عَظَمَةِ ذَاتِكَ بِرَحمَتِكَ
ياَأَرحَمَ الرَّحِمِيْنَ 

Sumber : Kitab Perhimpunan Selawat dan hikmatnya,
Penyusun : Allahyarham Dato' Kiyayi Haji Samsuddin bin Hj Riduan,
Parit Medan, Kundang Ulu, Muar, Johor.
( Kitab Kecil Warna Putih ms 10)
Cetakkan ke lima 1989,
Dicetak Oleh Percetakan Pesta Sdn. Bhd.

18 August 2010

aspirasidiri : e-Pengurusan UBK v10.0

Perisian e-Pengurusan UBK v10.0
Untuk Guru Bimbingan & Kaunseling.

contoh "e-Pengurusan UBK v10.0"
Perisian ini v10.0 dapat membantu guru bimbingan untuk menyimpan maklumat berkaitan perkhidmatan bimbingan Individu dan bimbingan kelompok. Melalui perisian ini guru bimbingan dapat meyelanggara maklumat dengan lebih berkesan. Perisian ini dapat menjana maklumat L4 KPM dengan lebih mudah kemas dan yang lebih penting ianya pantas dan menjimatkan masa. Perisian ini telah diguna pakai oleh sebahagian Guru Bimbingan daerah Kluang. Alhamdulillah perisian ini telah mendapat maklum balas yang sangat positif. Kepada yang berminat, jemput berinteraksi dengan saya melalui  link di  http://nurabadi.wufoo.com/forms/q7x3p3/  . (di sebelah kanan atas blog ini) ++++link++++ e-pengurusan UBK ++++link++++

17 August 2010

aspirasidiri : Tips Menghadapi Peperiksaan di Bulan Ramadan

Gunakan Peluang Yang Ada
Buat adik-adik yang menghadapi peperiksaan percubaan peperiksaan di Bulan Ramadan (UPSR, PMR. SPM)

(Juga di dedikasikan untuk nur sarah safiqah (SPM 10) & hanzalah (PMR 10) Labis Johor. Doa Kecemerlangan buat kalian berdua....Pak Ngah..

1. Bangun Tidur Awal 30 Min sebelum Imsak atau lebih awal. (bersih diri, ambil peluang lakukan solat sunat hajat )
2.Melewatkan Bersahur : Ketika bersahur makan seperti biasa, utamakan mengambil makan berkhasiat, jangan lupa makan korma dulu sebelum makan nasi. (JANGAN TIDUR lepas bersahur)
3. Soalat Fardu Subuh, Berdoa (JANGAN TIDUR lepas solat)
4. Baca Quran mengikut kadar yang sesuai.
5. Ambil peluang buat ulangkaji secara, melihat-lihat sambil lalu, santai, lihat gambarajah, kata kunci, peta minda, rumus dan tips pesanan guru,
6. Bersiap untuk ke sekolah. Pastikan kelengkapan pepreriksaan telah dibawa
7. Mohon restu ibu bapa
8. Baca doa keluar rumah. (Ke sekolah jangan terlalu awal dan terlalu lewat.. ikut nasihat guru)
9. Sampai sekolah tak perlu berbincang, perlu bertenang, banyakkan berdoa / selawat
10. Elakkan bergurau / bercakap yang tidak berkaitan
11. Sentiasa memberi perhatian arahan guru
12. Ikut aktiviti yang telah disusun oleh guru, duduk baca doa,
13. Isikan masa terluang dengan mengimbas, melihat, menyemak nota, secara ringan....jika ada
14. Letakkan nota / bahan yang dibawa titempat yang sesuai... tinggalkannya...
15. Teruskan bertenang...
16. Beratur di luar dewan setelah di arahkan....
17. Bertawakal dengan bersungguh-sungguh kepada ALLAH,
18. Bisikkan kepada diri , Insya Allah aku akan dapat menjawab soalan dengan baik dan mengikut kehendak soalan....
19. Melangkah masuk ke dewan peperiksaan didahului kaki kanan dan penuh tenang.....

Moga Kecemerlangan Menjadi Kenyataan
Insya Allah....

14 August 2010

aspirasidiri : Elakkan Perlakuan Yang Negatif dalam Bulan Ramadan

Saya Seorang Murid, Saya Seorang HAMBA Allah
 Apa yang perlu dielakkan ?
Sebagai seorang murid / pelajar banyakan berdoa agar mempunyai kekuatan untuk mengelakkan dari melakukan perkara largho/ kurang bermanfaat ketika sedang menjalani ibadah puasa Ramadhan . Ini adalah kerana kita tidak akan mampu melaksanakannya. Apa yang berlaku adalah disebabkan kelemahan diri kita sendiri. Antara perkara yang perlu dielakkan ialah :

1. Tidur  yang ketelaluan.
2. Bercakap "rafas". Menyebut perkara-perkara yang mengandungi kekejian.


3. Berkumpul di mana-mana tempat tanpa tujuan. (Shoping Center, CC")
 Saya Seorang Anak
4. Mengunjungi pusat siber dengan tujuan melayari   internet "tanpa" tujuan.
5. Menonton. TV, DVD, IPOD, Tanpa tujuan.
6. Berpaikaian yang tidak mengikut syariat.
7. Komunikasi sesama manusia tidak mengenal batas. Seolah-olah tiada sempadan antara seorang manusia-dengan manusia yang lain.
8. Bermain apa sahaja bentuk game komputer.
9, Mengabaikan tanggungjawab seorang murid/pelajar terhadap tugasan.
10. Mengabaikan tanggungjawab terhadap solat. Ada dalam kalangan kita yang "berpuasa tetapi tidaksolat".
11. Melewat-lewatkan solat fardu.
12. Dan banyak lagi.....

Kadang kala kita hanya menyangka sahaja apa yang kita laksanakan itu betul, sedangkan pada hakikatnya kita telah melakukan pengabaian tanggung jawab. Mencari ketenangan selain yang diajar kepada kita oleh Islam adalah haya mengikut "sangkaan hati" yang bertunjangkan nafsu semata-mata. Malanglah sekiranya sangkaan kita tidak selari dengan hakikat diri kita sebagai seorang anak, seorang murid dan seorang insan yang bergelar hamba Allah. Bayangkan gejala buang bayi yang amat "bangsat" dilakukan di mana-mana. Semua ini berpunca dari "sangkaan dalam diri" yang SALAH.  Ingatlah kemurkaan Allah dan bala yang diturunkan tidak mengenal sesiapa.

13 August 2010

aspirasidiri : Hujung Minggu di Bulan Ramadan

Cuti Hujung Minggu (Sabtu-Ahad : Pantai Barat, Jumaat-Sabtu : Pantai Barat)
Cuti hujung minggu di Bulan Ramadan bagi seorang murid / pelajar tentunya berbeza dari bulan biasa. Namun berbezanya ialah dari sudut pengisian dan aktiviti yang dilakukan. Tuntutan untuk mengulankaji tiada bezanya yang berbezanya ialah belajar di Bulan Ramadan sudah pasti ganjarannya lebih besar, kerana belajar adalah sebahagian dari cabang-cabang ibadat. Isilah masa dengan aktiviti yang bersesuaian, antaranya :

1. Mengikuti kelas-kelas pengajian sebelum Jumaat (Pantai Timur), pada waktu petang diisi dengan mengulangkaji dan menyelesaikan tugasan sekolah.
2. Membuat ulangkaji dan menyelesaikan kerja rumah selepas Solat Jumaat (Pantai Barat)
3. Membatu keluarga di dalam aktiviti harian di rumah, menyapu laman, membersihkan longkang dl.
4. Jika tiada kelas tambahan, ziarahlah keluarga yang terdekat dan berbuka bersama.
5. Pada waktu yang bersesuaian ambil peluang dengan membaca Al-Quran.
6. Bertarawikh di sebelah malam.
7. Solat Fardu berjemaah di surau atau masjid.
8. Banyakkan bersedekah.
9. Elakkan tidur yang terlalu panjang.

Semoga amalan Bulan Ramadan kali ini lebih baik dari amalan Bulan Ramadan yang lalu.

aspirasidiri : Tazkirah Ramadan

Tadarus mendidik jiwa
 Ramadan memenuhi Fitrah Manuia

" Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa." - Surah al-Baqarah, ayat 183.

Memahami tujuan hidup

Manusia terdiri daripada dua unsur yang saling melengkapi di antara satu sama lain. Unsur tersebut ialah tubuh dan roh. Sejak zaman berzaman, tubuh jika mengalami sebarang masalah dapat dirujuk kepada bomoh dan hari ini digelar sebagai doktor. Kesemuanya ini dirujuk apabila tubuh ditimpa sebarang penyakit. Manakala roh ataupun jiwa, jika ditimpa sebarang masalah akan dirujuk kepada pawang atau bomoh.


Selalu juga berlaku, sebahagian atau segelintir orang mengambil langkah penyelesaian kepada pelbagai masalah itu dengan cara mengadu kepada kuasa lain selain Allah SWT. Cara itu adalah khurafat. Lalu lahirlah amalan memuja pokok, sungai, batu, cakerawala dan sebagainya.

Semua itu menunjukkan keperluan untuk melunaskan fitrah manusia yang ingin bertuhan. Secara fitrahnya, manusia perlu kepada Tuhan. Manusia sendiri tidak boleh menerima dengan akal bahawa dunia ini wujud tanpa pencipta. Lalu dengan keyakinan inilah, manusia mencari-cari siapa yang perlu dirujuk ketika menghadapi sebarang masalah. Lahirlah dari rasa fitrah tersebut amalan-amalan khurafat yang wujud semenjak zaman dahulu kala.

Mentadbbur Al Quran
Islam kemudiannya datang bukanlah sangat untuk mengajar manusia bahawa di dunia ini adanya Tuhan kerana itu merupakan satu fitrah. Tetapi Islam datang untuk meletakkan fitrah manusia di landasan yang betul iaitu mengakui Tuhan itu hanyalah Allah SWT. Jiwa dan jasad manusia dipandu dengan jelas agar mengakui bahawa zat yang layak untuk disembah hanyalah Allah SWT. Dengan kata lain, manusia diseru agar mengabdikan diri hanya kepada Allah SWT. Pengabdian kepada Allah SWT merupakan misi utama penciptaan manusia. Inilah tujuan hidup manusia yang telah ditetapkan oleh Allah Yang Maha Pencipta.



Al-Quran panduan hidup

Tujuan hidup ini tidak dapat disebut oleh mana-mana ahli fikir jika tidak merujuk kepada al-Quran. Ahli-ahli sains mungkin dapat menyebut tujuan tanah, air, api, dan udara atau sebagainya adalah berguna kepada manusia. Demikian juga seorang ahli perubatan dapat menjelaskan khasiat ubat-ubatan yang dihasilkan. Namun, siapakah yang dapat menjelaskan tujuan hidup jika tidak Allah SWT sendiri?

Sebagaimana seorang yang datang dari ceruk kampung berdepan dengan pelbagai mesin di gudang yang besar, tidak akan mengetahui fungsi setiap jentera dan suis yang dilihatnya kerana tidak mempunyai kemahiran. Orang yang mengetahui fungsi mesin yang pelbagai itu ialah jurutera yang menciptanya atau sekurang-kurangnya mereka yang berpengetahuan tentangnya.

Demikianlah tujuan hidup manusia. Mustahil seorang manusia mengetahui tujuan dia sendiri diciptakan jika tidak diberitahu oleh kuasa yang menciptakan manusia, iaitu Allah SWT. Untuk memberitahu tujuan hidup inilah, dihantar rasul-rasul kepada manusia dari zaman berzaman. Merekalah (para rasul) yang ditugaskan untuk memandu manusia, bagaimana hidup ini perlu diselaraskan menurut kehendak Allah SWT.

Justeru jurupandu kepada umat ini ialah para ambiya’ khususnya di akhir zaman ini ialah Nabi Muhammad SAW. Baginda tidak mereka-reka jalan, baginda hanya menunjuk jalan berpandukan al-Quran.

Sehubungan itu, bersempena menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak kali ini (1431H), maka seluruh kehidupan ini hendaklah mengambil pengajaran darinya. Antaranya mengambil ingatan sebaiknya kerana bulan Ramadhan merupakan bulan penurunan al-Qur an. Di antara sifat al-Quran ialah hudan linnas sepertimana firman Allah SWT:

" Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang bathil)."
- Surah al-Baqarah, ayat 185.



Puasa memenuhi fitrah manusia

Justeru, antara keberkatan utama bulan Ramadhan adalah difardhukan ibadat puasa sepertimana difardhukan ke atas umat terdahulu. Namun, puasa sebagaimana ibadat-ibadat lain juga merupakan keperluan bagi fitrah manusia. Jika sekalipun agama tidak mewajibkan puasa ini dilakukan, manusia sendiri tentunya akan mewajibkan ke atas dirinya untuk berpuasa kerana banyak manfaat daripadanya, termasuklah dari aspek kesihatan. Apatah lagi jika ia merupakan satu perintah daripada Allah SWT, maka lebih perlulah puasa ditunaikan sekalipun menempuhi sedikit kepayahan.

Salah satu manfaat besar puasa ialah dapat membukti sejauh mana tanda taat dan tunduknya manusia kepada tuhannya. Manusia selaku hamba Allah, sanggup bersusah payah (dengan berpuasa), demi membuktikan kepatuhan mereka. Sebagaimana kita bersusah payah untuk menjaga anak-anak kita yang kita sayangi, maka demikianlah kita mengutamakan ibadat sepanjang Ramadhan ini, sanggup kita bersusah payah demi Tuhan yang kita yakini.

Inilah sebab mengapa setiap amalan di dalam Islam perlu diasaskan kepada niat yang ikhlas. Niat yang ikhlas dalam erti kata lain melaksanakan amalan semata-mata kerana ia merupakan perintah Allah SWT. Bukan sahaja beribadat seperti solat dan puasa, bahkan berpolitik, berniaga, bersosial, berumahtangga semuanya kerana Allah SWT. Dari sinilah, hati kita perlu sentiasa diasuh untuk meyakini bahawa amalan yang dilakukan bukan kerana budaya turun temurun atau adat resam tetapi hanya kerana Allah SWT.

Manusia perlulah sentiasa yakin bahawa Allah SWT itulah yang bersifat dengan al-Khaliq (Yang Maha Mencipta), al-Baari (Yang Memberikan Kemampuan) dan al-Mushawwir (Yang Memberikan Bentuk). Keyakinan seperti ini membantu manusia untuk lebih meningkatkan amal ibadat kerana diyakini setiap amalan tersebut dinilai oleh Allah SWT yang menciptakannya. Keyakinan inilah juga yang akan mendorong manusia untuk berpuasa dengan sesungguh hati yang memenuhi tuntutan takwa kepada Allah SWT.

Ingatlah, hilangnya keyakinan terhadap Allah, maka akan hilanglah roh dari ibadat puasa tersebut. Hilangnya roh ibadat puasa itu, maka akan menghilangkan pula ganjaran yang disediakan oleh Allah SWT kepada orang-orang yang berpuasa. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW :


"Betapa ramai orang yang berpuasa tidak mendapat apa-apa daripada puasanya kecuali lapar dan betapa ramai orang yang berqiyam tidak mendapat
apa-apa daripada qiyamnya kecuali hanya berjaga malam."
- Riwayat Ibnu Majah.


Semoga kita semua dapat memperbanyakkan amalan membaca al-Quran, bersedekah, qiyamullail dan sentiasalah berzikir mengingati Allah SWT di sepanjang Ramadhan. Malah, semua ini seharusnya sentiasa menjadi amalan rutin kita, bukan hanya ketika bulan Ramadhan. Harapan kita, agar bacaan al-Quran, sedekah, qiyam dan juga zikir yang kita amalkan sentiasa memandu kita di dalam mengurus tadbir hidup ini berpandukan al-Quran sebagai usaha kita memenuhi apa yang dikehendaki oleh Allah SWT. InsyaAllah, Ramadhan pada tahun ini jauh lebih baik dari Ramadhan pada tahun-tahun yang lepas.

Sumber : Disalin semula

12 August 2010

aspirasidiri : Khatam Al Quran di Bulan Ramadhan



Tips Khatam Al-Quran Di Bulan Ramadhan
RAMADAN adalah satu-satunya bulan disebut namanya dalam al-Quran dan pada bulan itu diturunkan al-Quran.
Cara paling mudah khatam al-Quran ialah dengan membaca al-Quran secara konsisten sebanyak empat setengah muka setiap kali selepas solat lima waktu.
Dengan izin Allah akan khatam dalam masa sebulan.

Membaca empat setengah muka hanya mengambil masa lima minit saja.


sumber : http://halaqah.net/v10/index.php?topic=8025.0

09 August 2010

aspirasidiri : Memanfaatkan Masa Senggang di Bulan Ramadan Dengan Mengulangkaji

Anak Soleh, hati sentiasa dekat dengan Al Quran
Masa senggang ialah masa yang dilalui sehari-hari tanpa disedari. Kadangkala masa tersebut dibiarkan sahaja ia berlalu tanpa diisi dengan aktiviti yang berfaedah. Masa senggang ini adalah masa perantaraan dari satu aktiviti ke satu aktiviti yang lain. Tepatlah masa, bersempena dengan Bulan Ramadan Karim ini kita isikannya dengan beribadat dan mengulangkaji. Antara masa tersebut adalah seperti berikut.

Waktu senggang / terluang antara waktu pergi, waktu berada di sekolah dan ketika pulang dari sekolah.
1. Masa selepas bersahur. Tempoh masa waktu subuh hingga masa pergi ke sekolah.
2. Masa menunggu bas (jika menaiki bas ke sekolah)
3. Masa di dalam bas / van sekolah.
4. Masa sebelum loceng pertama di sekolah.
5. Masa pertukaran antara mata pelajaran.
6. Masa rehat.
7. Masa menunggu bas ketika pulang dari sekolah.

Cadangan aktiviti untuk mengisi masa senggang .
1. Bertadarus (waktu rehat)
2. Membaca ( masa menunggu bas ketika datang dan pergi sekolah, waktu di dalam bas jetijka datang dan pergi sekolah)
3. Menghafal sifir ( masa peralihan)
4. Masa sebelum loceng pertama. (menjawab soalan objektif)
5. lain-lain aktiviti yang sesuai.

aspirasidiri : Belajar di Bulan Ramadan Al Mubarak.

Ambil Peluang, Membaca Tidak Kira di Mana
Belajar dibulan Mulia Bulan Ramadan perlu di struktur. Ini adalah kerana masa belajar perlu diimbangi dengan ibadat sunat, seperti mengaji, bertadarus, solat tarawikh, i'tiqaf...... Jika kita hanya menumpukan kepada pelajaran akademik sahaja amatlah tidak sesuai. Walaupun mengulangkaji satu cabang menuntut ilmu namun ianya berkaitan akademik sahaja.Janganlah kerana membuat persiapan bagi menghadapi UPSR / PMR / SPM / SDOA / STPM / STAM sehinggakan ibadat sunat yang lain ditinggalkan. Beberapa langkah boleh diambil bagi merealisasikan persiapan bagi menghadapi peperiksan dalam masa yang sama amalan yang di tuntut di bulan Ramadan tidak terabai, antaranya ialah :

1. Bina jadual belajar yang sesuai. Dapatkan nasihat guru bimbingan / kaunselor jika perlu.
2. Pilih Subjek yang sesuai dengan masa ulangkaji dilakukan.
3. Pilih aktiviti yang sesuai semasa belajar. (eg :Membaca, jawab soalan yang lalu, jawab soalan secara online)
3. Tentukan kaedah mengulangkaji. (eg : secara berkumpulan, individu)
3. Tentukan peruntukan masa. (eg : Tempoh masa belajar, tempoh masa rehat)
4. Jangan abaikan amalan bersahur. Sahur ada keberkatannya.
5. Kurangkan aktiviti fizikal.
Semoga usaha kita diberkati Allah.






08 August 2010

aspirasidiri : Belajar di Bulan Ramadan

Anak Soleh & Solehah
Bezanya kita belajar di bulan Ramadan ialah kita belajar sedang kita menunaikan perintah Allah berpuasa Ramadan. Itulah bezanya. Dari segi amalan belajar tiada kelainannya. Yang lebih perlu kita fahami ialah kita belajar di dalam Bulan Ramadan pahalanya tidak terhingga. Ibadat sunat ganjarannya seperti melaksanakan ibadah Wajib. Ibadat wajib beratus kali ganda ganjarannya. Sehinggakan di akhirnya perlu disedari ialah urusan ganjaran setiap amalan adalah hanya Allah yang Maha mengetahui. Di akhir ibadah puasa nanti kita akan lahir sebagai manusia yang bertaqwa, Insya Allah. Ambillah peluang yang terbentang ini. Ini kerana CALON UPSR 2010 berpeluang mengulangkaji di bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

Namun ada juga cabarannya. Tidak mahu belajar antaranya, yang sering dijadikan alasan
1. Mengantuk, sebab telah bangun awal kerana bersahur.
2. Cepat letih.
3. Sibuk membuat persiapan hari raya.
4. Banyak tidur untuk mengelakan keletihan
5. Banyak lagi.....

Sedangkan hakikat disebalik kita menjalani ibadat puasa ialah untuk kita melatih diri untuk menjadi hamba Allah yang taat kepada perintah-Nya dalam apa juga keadaan. Melatih agar mempunyai semangat juang yang tinggi demi Agama dan cita-cita. Menjadikan diri tabah, menghayati kehidupan insan yang kurang berada, insan yang serba kekurangan seperti rakan yang seusia kita yang berada di bumi Palestin. Ingatlah Nabi Muhammad saw berjuang di dalam Perang Badar di dalam bulan Ramadan.

Biarlah ramadan ini kita tunaikannya dengan penuh ikhlas, menjalani ibadah puasa  sebagai anak yang soleh dan solehah. Tentu kita akan lahir sebagai insan yang bertaqwa akhirnya. Kejayaan ketika kita di dunia  dan  di akhirat. Kita nantikan kehadiran Ramadan yang dirindui.  Insya Allah.

07 August 2010

aspirasidiri : Menjelang Menunaikan Ibadah Puasa Ramadan

Selamat Menjalani Ibadah Puasa
Tip untuk anak-anak
Ramadan Karem semakin menghampiri kita. Sebagai seorang anak yang soleh kita perlu bersedia dari awal bagi menjalani Ibadah Puasa. Persiapan yang perlu dibuat merangkumi persiapan Ilmu. Melakukan sesuatu amal ibadah tanpa ilmu, dibimbingi apa yang dilakukan tidak sempurna. Walaupun kita masih kecil kita perlu berusaha untuk melakukan ibadah puasa sesempurna yang mungkin. Untuk memastikan puasa kita sempurna perkara berikut boleh dilakukan antaranya:

1. Bagi yang bersekolah agama (Johor), belajar di kelas KAFA bolehlah mengulang kaji bab puasa dengan membaca kitab ibadah bab puasa.
2. Meminta tunjuk ajar dari ahli keluarga. Contohnya menyemak lafaz niat Puasa Ramadan, rukun, sarat sah dan perkara yang membatalkannya, perkara sunat dan makruhnya.
3. Meminta Ustaz / Ustazah di sekolah agar mengulang kaji perkara berkaitan Puasa.
4. Bagi yang baru belajar untuk berpuasa, bolehlah cuba dengan belajar melakukan ibadah puasa. Contohnya dengan berpuasa bersama-sama dengan ahli keluarga. 
5. Cuba berlatih untuk belajar bangun untuk bersahur.
6. Minta nasihat dari Ustaz / Ustazah tentang apakah yang perlu dibuat apabila tidak tahan untuk menyempurnakan ibadah puasa.
7. Berdoa kepada Allah agar kita dapat melaksanakan ibadah puasa dengan sempurna.

02 August 2010

aspirasidiri : Kegelisahan Ibu Bapa (5)

Anak Tunjuk Perangai

"nesya, mujahid, fahmi..... gembira, emosi seimbang"
Ini adalah merupakan satu luapan emosi yang meledak-ledak  dan tidak terkawal. Perbuatan ini sering muncul pada anak yang berusia 15 bulan hingga 7 tahun. Tunjuk perangai ini biasanya berlaku pada anak yang aktif dengan tenaga yang berlimpah. Tunjuk perangai ini lebih mudah berlaku kepada kanak-kanak yang dikategorikan sebagai kana-kanak dengan ciri yang berikut :


1. Memiliki kebiasan tidur, makan, dan mmbuang air besar yang tidak teratur.
2. Sukar menyukai situasi, makanan dan orang-orang baru.
3. Lambat beadaptasi dengan perubahan
4. Mood (suasana hati) sering negatif
5. Mudah terprovokasi, mudah berasa marah atau kesal.
6. Sukar dialihkan perhatiannya......bersambung...

Modul Guru Penyayang

Posting Ke-2 Paling Popular (1041 Pelawat)(25873 Pelawat 14.4.2015)

Teks disusun dan dibacakan oleh nurabadi sempena hari Anugerah Cemerlang & Konvokesyen Pra Sekolah SK Seri Taman Kluang Barat 2011

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِ الْعَالَمِيْنَ حَمْدًا يُوَافِى نِعَامَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَهُ يَارَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِيْ لِجَلاَلِ وَجْهِكَ وَعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُنْجِيْنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ اْلأَهْوَالِ وَاْلآفَاتِ وَتَقْضِيْ لَنَا بِهَا جَمِيْعَ الْحَاجَاتِ وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ السَّيِّئَاتِ وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ أَعْلَى الدَّرَجَاتِ وَتُبَلِّغُنَا بِهَا أَقْصَى اْلغَايَاتِ مِنْ جَمِيْعِ الْخَيْرَاتِ فِى الْحَيَاةِ وَبَعْدَ الْمَمَاتِ

اَللَّهُمَّ يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ

Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana mengizinkan kami untuk mengadakan dan berada dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Konvokesyen Pra Sekolah SK Seri Taman Kluang Barat, 2011

اَللَّهُمَّ يَا مُجِيْبَ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الْحَاجَاتِ

Kami memohon kepada-Mu , agar Eangkau berkati majlis ini dengan limpahan rahman dan rahim-Mu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan hidayah-Mu. Tidak juga lupa kepada para pendidik yang telah menyumbang khidmat dan menabur bakti mereka di sekolah yang bertuah ini .

اَللَّهُمَّ يَا قَوِيُّ يَا عَزِيْزُ يَا فَعَّالٌ لِّمَا يُرِيْدُ

Di saat ini juga kami rafa’kan tangan kehambaan mengharapkan ihsan-Mu agar Engkau teruskan dan lanjutkan kecemerlangan yang sudah kami capai samada dalam bidang akademik mahupun aspek pembinaan sahsiah insan dan seterusnya menganugerahkan kepada kami kecemerlangan demi kecemerlangan yang lebih bermakna dalam pelbagai bidang pada masa-masa akan datang.

اَللَّهُمَّ يَا مُهَيْمِنُ يَا رَقِيْبُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ

Jadikanlah pelajar-pelajar yang menerima hadiah dan sijil penghargaan pada hari ini sebagai pelajar-pelajar yang bersyukur di atas pengiktirafan ini. Jadikanlah mereka pelajar-pelajar yang akan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk meningkatkan potensi dan prestasi mereka dalam bidang akademik mahupun ketrampilan peribadi yang luhur. Malah kami memohon daripada-Mu Ya Allah dengan penuh ketaakulan agar majlis anugerah ini akan menjadi sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar lain supaya mereka sama-sama mengerah keringat dan menggembleng tenaga untuk mencapai kecemerlangan demi mengharumkan nama sekolah ini.


اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ
وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقًا مَعْصُوْمًا
وَلاَ تَجْعَلْ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا.

Ya Allah, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai satu perhimpunan yang dirahmati dan perpisahan kami pula selepas ini sebagai satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi. Dan janganlah Engkau jadikan pada diri kami ini, dan mereka yang bersama kami, kebinasaan, dan menyingkirkan kami dari memperolehi rahmat

رَبَّنَا اصْرِفْ عَنَّا عَذَابَ جَهَنَّمَ إِنَّ عَذَابَهَا كَانَ غَرَامَا إِنَّهَا سَاءَتْ مُسْتَقَرًّا وَمُقَامًا
رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوْبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ مَعَ اْلأَبْرَارِ. يَا عَزِيْزُ يَاغَفَّارُ يَارَبَّ الْعَالَمِيْنَ
وَصَلَّى الله ُ وَسَلَّمَ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

Posting Paling Popular Sepanjang 2012 : (3163 Pelawat)

aspirasidiri : Jadual Waktu Belajar Persendirian (Hari Bersekolah & Cuti Sekolah)

Murid yang mampu mengurus masa berpotensi untuk mendapat pencapaian yang baik dalam bidang Akademik. Sehari kehidupan seorang murid sekolah menempuh aktiviti pembelajaran yang berbeza. Di sekolah seorang murid tertakluk dengan jadual yang disediakan oleh pihak sekolah. Namun bagaimana pula ketika berada di rumah. Aktiviti hujung minggu perlu dikawal Jangan biarkan ianya berlalu begitu sahaja. Sedaikan jadual hujung minggu disesuaikan dengan aktiviti anjuran sekolah. Jika sekolah mengadakan kelas tambahan pada minggu ke-2 dan ke-4, masukkan aktiviti tersebut di dalam jadual agar kita dapat merancang aktiviti hujng minggu dengan aktiviti yang selaras dengan diri kita yang masih bergelar murid sekolah. Bagaimana pula ketika sekolah sedang bercuti ? Cuti sekolah yang tidak dirancang merugikan kita. Peluang tersebut perlu kita ambil dengan kita mengatur masa belajar mengikut keselesaan kita. Jangan gadaikan masa depan dengan hanya berseronok sahaja. Apa yang kita lakukan sekarang ini natijah yang kita perolehi adalah di masa depan. Sekarang kita bersusah payah belajar, Insya Allah hidup kita akan selesa pada masa depan dengan kerjaya yang kita ceburi. Seperkara lagi, apabila kita menyusun jadual jangan kita lupa masukkan sekali matapelajaran sekolah agama, dan aktiviti belajar agama ( mengaji quran). Ini adalah kerana pengabaian kepada aktiviti belajar agama akan menyebabkan persiapan hidup kita akan pincang. Belajar akademik sahaja sedangkan belajar agama terabai. Kata Imam Syafie :

Barangsiapa yang Menginginkan Dunia …

مَنْ أَرَادَ الدُّنْيَا فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ وَمَنْ أَرَادَ الآخِرَةَ فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ

“Barangsiapa yang menginginkan dunia, maka hendaknya menuntut ilmu dan barangsiapa yang menginginkan akhirat, maka hendaknya ia menuntut ilmu”.

Jadual Waktu Persendirian Cuti Sekolah


Jadual Waktu Sekolah



Jadual Waktu Persendirian Hari Bersekolah

Modul PRS


Kandungan : Panduan Perlaksanaan PRS di Sekolah

++klikdownload++Modul P R S ++klikdownload++

Modul RIMUP 2011

Kandungan : Modul RIMUP 3H2M :
"Perhatian" Video Sejarah Kemerdikaan akan di UPLOAD di youtiube dalam masa terdekat. Akan dimaklumkan kemudian.

++klikdownload++Kertas Kerja RIMUP++klikdownload++

++klikdownload++Video RIMUP++klikdownload++

"Perkongsian" Perancangan UBK 2011 Untuk download


Kandungan : Perancangan Strategik, Rancangan Tahunan, Pelan Tindakan, Carta Gantt

++klikdownload++Buku Pengurusan UBK 2011++klikdownload++

Konvensyen PERASA Peringkat Kebangsaan ke-8

Ekslusif Buat Kulator & Kulaan Konvensyen

++klikdownload++ PERASA++klikdownload++

Modul Kajian Tindakan


Kandungan : Panduan Untuk Membuat Kajian Tindakan di Sekolah

++klikdownload++Modul Kajian Tindakan++klikdownload++

Modul Kepimpinan 2011


Kandungan : Modul Kepimpinan 3H2M, 1H di SK Perempuan Bandar

++klikdownload++Modul Kepimpinan++klikdownload++

"Perkongsian" Dokumen Kelab UBK SR Utk Download


Isi kandungan : Perlembagaan Kelab, Cth Aktiviti Tahunan, dll

++klikdownload++Dokumen Pengurusan Kelab UBK++klikdownload++

e-Pengurusan UBK untuk download

Sila dapatkan no unprotected untuk pengaktifan dengan meninggalkan e mail d soutmax
+++klik link ++++e pengurusan bdk++++klik link++++

Waman Jahada Fainnama Yujahidu Linafsih......

Saya admin aspirasidiri menyuarakan KECAMAN sekeras-kerasnya terhadap Laknatullah Rejim Zionis kerana melakukan serangan terhadap SAUDARA-saudara saya di ....GAZZA.... Jahanam, Jahanam Zionis, Hancur, Hancur Zionis. Ihzihum Wansurna Alaihim.... Saya berdoa agar rakyat Palastin tabah dan terus berjuang mempertahankan malahan menyerang keangkuhan Rejim Zionis... Menang atas Rejim Zionis atau Menang Sebagai SYAHID bertemu Allah... Yujahidu na Fi Sabilillah... Fayaktalun na wayuk talun ..... terus berjuang .... samada kamu membunuh atau di bunuh... .... Ya Allah Kami Tidak Dapat Berjuang Seperti Mereka..... tetapi kemi berdoa ... Wamautana, Bimauti Syuhada' ....seperti MEREKA.. Ijabata li dua'

jemput tinggalkan jejak di blog apirasidiri