Kupohon restu darimu oh ayah dan ibu |
Peperiksaan UPSR, PMR hampir bertandang mengikut masa yang ditetapkan. Ianya suatu yang pasti berlaku. Diketahui dan dimaklumi.
Sebagai calon peperiksaan ada baiknya kita mengambil kesempatan dengan kehadiran lebaran ini. Ambillah peluang bertemu dengan sanak saudara rakan taulan, sahabat handai dengan meminta restu, Emmm ya memohon restu. Apa dia mohon restu. Restu mengikut kamus dewan ialah berkat, doa.
Dalam konteks seorang calon peperiksaan ialah mohon restu bermaksud meminta didoakan agar mendapat kejayaan yang diharapkan. Bukan itu sahaja minta juga dihalalkan ilmu yang diajarkan, tentulah dari guru-guru yang bertungkuslumus siang malam, tidak mengikut masa, sehinggakan ada yang menjadikan pencapaian murid sebagai suatu yang amat berharga. mengorbankan wang ringgit, tenaga, masa untuk anak-anak didiknya.
Ibu bapa apatah lagi. Orang yang melahirkan kita, yang membesarkan kita, menghantar kita ke sekolah. Mintalah restu dari mereka. Pohon doa dari mereka. Katakan kepada mereka. Ayah halalkan makan minumku, terimakasih kerana menghantarku ke sekolah... restuilah diriku agar daku menjadi insan yang tenang dan tabah. Tiada apa yang lebih penting melainkan doa seorang ayah, ibu buat anaknya yang tersayang.
Buatlah dengan bersungguh-sungguh agar kita sentiasa disebut di dalam doa-doa mereka. Juga dari adik beradik kita dan orang yang hampir dengan kita.
Dan akhirnya yang paling penting ialah mohon restu perkenan dari Allah swt agar segala usaha yang dilakukan diberkati. Tiada sesiapa yang bertuah selama mana menjadi hamba Allah melainkan mendapat restu berupa rahmat Allah yang Maha Luas itu.
Restu Allah, Redho Allah, Perkenan Allah dengan meningkatkan amalan kerohanian dengan Ikhlas dan bersungguh-sungguh. Tidak putus, sentiasa memanjatkan doa kepada-Nya, ameen.
No comments:
Post a Comment