Perubahan fizikal dan perawakan.
Perubahan fizikal yang berlaku boleh dilihat melalui perkembangan pertumbuhan diri samada lelaki atau perempuan. Keadaan otot pada tubuh badan akan lebih ketara. ditambahpula dengan tumbuhnya bulu-bulu halus di bahagian bibir yang disebut sebagai misai. Bulu roma tumbuh dengan lebih banyak di bahagian kaki dan bahagian kelamin.Kehadiran halkum akan lebih ketara. Suara akan mulai berubah secara tidak disedari dari suara keanak-anakan kepada suara yang lebih parau. Semua perubahan ini memperlihatkan lagi ciri-ciri kelalakian seseorang.
Bagi seorang remaja perempuan, berlaku juga perubahan yang ketara terutama dari segi struktur dan postur tubuh badan. Bentuk badan beransur-ansur berubah ke arah bentuk tubuh seseorang perempuan. Gaya petuturan dan pergerakan badan akan menjadi lebih keperempuanan.
Suka saya menarik perhatian di sini, sekiranya perubahan yang berlaku adalah secara songsang. Mungkin ini menandakan telah berlakunya satu krisis kecelaruan identiti. Sekiranya seorang remaja lelaki secara fizikalnya berparawakan seorang perempuan ataupun seorang perempuan berperawakan seorang lelaki maka inilah yang dinamakan krisis kecelaruan identiti. Sekiranya seseorang itu bernalurikan selain dari sifat fizikalnya maka sesuatu perlu dilakukan. Kepada ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anggota keluarga yang dapat dikesan di peringkat awal perkembangan seperti ini (songsang), bertindaklah awal. jangan biarkannya berlalu berlarutan kerana lambat-laun akan berlaku kesukaran untuk mengubah kepada fitrahnya yang asal.
Sekiranya seseorang itu merasakan bahawa nalurinya tidak seperti fizikal luarannya, segeralah mendapatkan nasihat dan kalau perlu dapatkanlah "rawatan" dari pihak-pihak yang mempunyai kepakaran. Jangan biarkan diri anda di dunia penuh kecelaruan. BERSAMBUNG
No comments:
Post a Comment