Konsep Kerohanian
Konsep kerohanian memberikan kefahaman bahawa aktiviti di dalam hidup adalah satu ibadah. Kita juga perlu menyedari bahawa belajar adalah wajib bagi setiap individu. Belajar perlu ikhlas. Dengan keikhlasan akan memberi natijah bermakna di dalam menentukan matlamat belajar. Seseorang yang menyedari bahawa belajar itu satu suruhan agama akan menjadikan seseorang itu belajar dengan kerelaan diri. Tak perlu dipujuk, tak perlu disuruh, tak perlu dimarahi, tak perlu dipaksa keinginan untuk belajar datang dengan sendiri. Sikap malas, tidak bersungguh-sungguh dan segala macam yang negatif akan terhakis dengan sendirinnya.
Rumusan
Akal (otak), jiwa (psikologi) dan kerohanian (amalan beragama) merupakan asas penting untuk menjana perubahan. Rahsia kejayaan seseorang terletak bagaimana seseorang itu melihat dirinya. Sekiranya seseorang murid itu sentisa diasak dengan tanggapan yang negatif tentang diri mereka mungkin inilah menyebabkan mereka hanya berada di dalam lingkaran yang negetif. Sentiasa rasa rendah diri, merasakan diri tidak pandai, malu yang tidak kena pada tempatnya. Orang lain di sekeliling mereka mesti positif. Ibu bapa dan guru perlu sentiasa merangsang agar berfikir secara lebih positif. Usaha perlu diterjemahkan kepada tingkah laku. Halangan dalam minda bersifat psikologi perlu diatasi dengan cara berhemah, berhati-hati dan akhirnya bertawakal. Manusia boleh berubah dan setiap perubahan itu berlaku dengan izin Allah.
Bagaimana untuk menjana sebuah kejayaan ? Pupuklah diri dengan ikhlas. Minta restu dari ibu bapa. Panjatkan doa kepada Allah sebanyak-banyaknya. Ayuh kita kejar kecemerlangan . Bangun berjuang untuk agama, diri, keluarga dan masa depan. A S P I R A S I ……