Alhamdulillah Program Kerohanian Sayangi Hidup Elakkan Dadah Selamanya Telah Dapat Dilalui Dengan Jayanya
Pengisian Berkisar mengenai Mengenali Diri dan Mengetahui Tanggungjawab Dikaitkan dengan menentukan semula halatuju dalam hidup. Solat berjamaah, solat taubat dan solat hajat menjadi rutin utama setiap peserta selepas solat fardu maghrib. Beberapa orang peserta diarahkan mandi wajib terlebih dahulu sebelum meneruskan aktiviti berikutnya. Program selama 4H3M juga memberikan penumpuan terhadap diri sebagai hamba Allah, anak kepada ayahanda dan bonda. Kesedaran sebegini penting bagi memastikan ianya benar-benar menjadi panduan agar tidak tersasar jauh dari hidup seorang insan. Penerapan dan pemantapan akidah yang teguh diberi perhatian. Segala amalan baik buruk mempunyai natijahnya di akhirat. Doa saya kepada para peserta agar daat menjadi remaja yang tinggi budi pekerti. Terima kasih pihak AADK & PPD Kluang kerana memberi peluang untuk saya terlibat di dalam program ini.
No comments:
Post a Comment