1. Berjantina Lelaki
2. Berjantina Perempuan
3. Berjantina Khunsa (berjantina lelaki dan berjantina perempuan, atau tanpa kedua-dua jantina) namun perlu memilih satu setelah diperhalusi kecendrungan fungsi jantina. Lagi tentang Khunsa
Sebagai seorang murid perlulah menentukan kecenderungan diri mengikut jantina. Sekiranya terdapat keleinan dari sudut perasaan, misalnya lelaki tetapi berperasaan untuk melakukan tingkaklaku bertentangan dengan jantina sila beritahu guru bimbingan.... jangan biarkan perasaan dan kecenderungan itu mengusai kebisaan sehari-hari. Begitu juga sebagai rakan di sekolah, sekiranya mengetahui atau tahu ada dalam kalangan rakan kenalan di sekolah berkelakuan demikian sampaikan maklumat tersebut kepada guru bimbingan.
Persoalan :
1. Bila ianya bermula ?
2. Disedari atau tidak ?
3. Apa perlu kita buat bila kita merasakan kecendrungan itu ?
4. Sebagai rakan, apa perlu kita buat apabila kita dapati rakan kita berkecendrungan begitu ?
5. Bagaimana ia bemula ?
6. Jika kita ibu bapa, apa peranan kita ?
(disampaikan pada Jumaat 22-07-2011 jam 7.30 pagi di perhimpunan pagi Jumaat )
sumberBHarian
TERLAJAK perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya tetapi 'terpotong anu' memang kecoh satu Malaysia. Begitu jadinya apabila Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz yang dilahirkan sebagai seorang lelaki bertindak nekad membuang alat sulit lelakinya kerana mahu menjadi wanita dan sekali gus menukar namanya kepada Aleesha Farhana. Keputusan 'buang anu' itu pun dibuat selepas mengambil kira pandangan seorang pakar yang mengesahkan Ashraf memang cenderung menjadi Aleesya.
Perasaan gembira Ashraf yang berjaya membebaskan diri daripada perangkap badan lelaki tidak berpanjangan apabila dia berhadapan dengan realiti kehidupan. Iyalah, apa ertinya hidup jika gaya dan rupa fizikal saja nampak wanita tetapi status diri masih lagi lelaki. Mungkin ada ketika dia terpaksa menjadi Ashraf dan ada ketikanya menjadi Aleesha. Semakin mendesak apabila mula melangkah ke institusi pengajian tinggi, status diri mula diperinci. Macam mana ni, hendak pergi tandas perempuan atau lelaki?
Lalu dalam situasi begini, di mana lagi mahu mendapat keadilan jika tidak merujuk kes ke mahkamah. Namun mahkamah juga bukan tempat Ashraf mendapat keadilan seperti yang diharapkan kerana tiada peruntukan undang-undang yang membolehkan seseorang warga negara itu menukar status jantina asalnya ketika dilahirkan. Jika ketika lahir disebut lelaki, maka jadi lelaki sampai bila dan begitu juga sebaliknya.
Memburukkan lagi keadaan, sejak kisahnya mendapat liputan luas media, Ashraf terpaksa pula berdepan dengan kutukan dan hinaan masyarakat. Bukan sedikit mengutuk keras dirinya dan paling menyedihkan mengheret nama ibu bapa dalam kes ini, kononnya tak pandai didik anak dengan sempurna. Kasihan Mak Yah dan suaminya Pak Aziz (Abdul Aziz) yang terpaksa menelan segala nista. “Hinaan itu sangat pedih, seolah-olah kami membelakangkan Allah dengan menyokong keputusan Ashraf membuat pembedahan menukar jantina,” luah hati Mak Yah. Siapa tak kecewa apabila anak jantan tiba-tiba sudah bertukar jadi betina. Halaulah Ashraf, bakarlah bajunya pun, ia tidak menghilangkan rasa sakit dan kecewa itu. Ia juga tidak mengembalikan Ashraf sebagai lelaki. Fikiran buntu kerana tidak sanggup menanggung malu. Lalu hati yang luluh dibawa ke Tanah Suci Makkah, mengadu kepada Allah. Persepsi buruk orang sekeliling tidak membantu. Begitu lumrah manusia yang lebih gemar melemparkan kata-kata nista daripada memberi input membina.
Kisah Ashraf terus menjadi bualan bukan sekadar di kedai kopi tetapi mampu mencuri tumpuan pak dan mak menteri. Sekurang-kurangnya timbul usul merangka satu modul bimbingan bagi membantu Ashraf dan segolongan dengannya atau yang masih lagi terumbang-ambing, tak tahu sama ada hendak jadi perempuan atau lelaki. Cerita Ashraf juga bukan terpinggir kerana teman percaya ramai lagi berada dalam dilema sepertinya.
Teringat kerenah Kajol Malaysia atau nama lelakinya Mohd Hafiz Jafri. Ketika dia ditahan Jabatan Agama Islam Kelantan kerana berpakaian seperti wanita, dia terus melontarkan kata-kata, “Saya lebih rela mati daripada berubah (menjadi lelaki sejati). Saya bukan sengaja mahu menjadi wanita tapi naluri wanita memang wujud dalam diri saya sejak zaman kanak-kanak lagi. Saya tidak mampu berubah dan sampai bila-bila saya akan terus begini.” Rupa-rupanya itu bukan pertama kali dia ditahan, malah Kajol bagaikan tidak serik, terus mengundang kontroversi.
Memang pening melihat dan mendengar gejala sebegini. Mahu angin satu badan apabila tiba-tiba anak yang dilahirkan lelaki tiba-tiba kata hendak ubah jantina. Kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria dalam akhbar tempoh hari, statistik pada 1980-an saja, ada lebih 6,000 lelaki di ibu negara yang mahu jadi perempuan. Jumlah itu tidak mustahil semakin bertambah sekarang, apatah lagi sudah ada anggota masyarakat yang mula menerima kehadiran mereka dan golongan ini juga tidak lagi segan silu mengakui bahawa mereka lebih selesa jadi wanita.
Nak tegur susah, tak tegur lagi susah. Mencaci dan menghina bukan jalan penyelesaiannya. Apa yang kita boleh buat adalah sentiasa mendidik golongan begini dan bukan terus menerus mencemuh dan menyisihkan mereka. Acap kali juga perkara yang sering berlaku adalah sebaliknya. Mereka selalunya menjadi bahan gurauan dan sendaan masyarakat. Tetapi apabila ada usaha memulihkan mereka, ada pula yang kata ia melanggar hak asasi manusia. Tengok saja di Terengganu, apabila kerajaan negeri mengambil inisiatif mengadakan bengkel untuk pelajar lelaki yang nampak cenderung menjadi perempuan, bukan sedikit yang mempersoalkan kewajarannya.
Macam menarik rambut dalam tepung, rambut ditarik tetapi tepung tidak berselerak. Entahlah... tiba-tiba saja teringat kisah Madam Zaza dalam drama Wali lakonan Ahmad Tarmimi Siregar. Anak gadis nak kahwin perlukan wali sedangkan bapa gemar pakai kaftan dan bersolek sakan. Beza Madam Zaza dengan Ashraf, dia masih belum ke peringkat menukar jantina. Malah mesej filem ...Dalam Botol arahan Raja Azmi berkisar mengenai dilema lelaki yang melakukan pembedahan jantina, akhirnya menyesal tak sudah gara-gara terlalu mengikut hati dan naluri. Itu teman kata, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya dan kes ‘terpotong anu’ apa kesudahannya? Jumpa lagi!
No comments:
Post a Comment