Bezanya kita belajar di bulan Ramadan ialah kita belajar sedang kita menunaikan perintah Allah berpuasa Ramadan. Itulah bezanya. Dari segi amalan belajar tiada kelainannya. Yang lebih perlu kita fahami ialah kita belajar di dalam Bulan Ramadan pahalanya tidak terhingga. Ibadat sunat ganjarannya seperti melaksanakan ibadah Wajib. Ibadat wajib beratus kali ganda ganjarannya. Sehinggakan di akhirnya perlu disedari ialah urusan ganjaran setiap amalan adalah hanya Allah yang Maha mengetahui. Di akhir ibadah puasa nanti kita akan lahir sebagai manusia yang bertaqwa, Insya Allah. Ambillah peluang yang terbentang ini. Ini kerana CALON UPSR 2011 berpeluang mengulangkaji di bulan Ramadan yang penuh keberkatan.
Namun ada juga cabarannya. Tidak mahu belajar antaranya, yang sering dijadikan alasan
1. Mengantuk, sebab telah bangun awal kerana bersahur.
2. Cepat letih.
3. Sibuk membuat persiapan hari raya.
4. Banyak tidur untuk mengelakan keletihan
5. Banyak lagi.....
Sedangkan hakikat disebalik kita menjalani ibadat puasa ialah untuk kita melatih diri untuk menjadi hamba Allah yang taat kepada perintah-Nya dalam apa juga keadaan. Melatih agar mempunyai semangat juang yang tinggi demi Agama dan cita-cita. Menjadikan diri tabah, menghayati kehidupan insan yang kurang berada, insan yang serba kekurangan seperti rakan yang seusia kita yang berada di bumi Palestin. Ingatlah Nabi Muhammad saw berjuang di dalam Perang Badar di dalam bulan Ramadan.
No comments:
Post a Comment