Alhamdulillah tarikh UPSR semakin hampir... Tarikh Hari Raya juga semakin hampir, namun demikian cabaranya ialah melengkapkan diri dengan persiapan yang sempurna di saat-saat orang lain bergembira merayakan Hari Raya Aidil Fitri. Bayangkan sedang asyik kita mengulangkaji pelajaran tiba-tiba kedengaran suara salam di luar tanda ada tetamu yang berkunjung. Emmm memang mencabar. Dikejauhan terdengar hilai tawa di jalanan rakan rakan yang sedang berjalan beramai-ramai untuk pergi berhari raya.... sedangkan kita sedang melengkapkan persiapan menghadapi UPSR di saat-saat akhir..... hati mana yang yang tidak bergoyang.... Kawan-kawan kita sibuk mengira duit hasil ziarah hari raya sedangkan kita terpaksa beria-ia belajar bersendirian...
Bagaimana kita untuk menghadapi situasi ini ? Belajar tidak tertinggal, dalam masa yang sama dapat meraikan kemeriahan Aidil Fitri....
Tentu sukar bukan..... apa tips ?
Diri sendiri
1. Bawalah diri bertenang dalam ertikata bersabar kerana masih sempat lagi untuk berhari raya selepas UPSR. Sentiasa mengingati dan melihat matlamat yang hendak dicapai dalam UPSR 2011.
2. Jagalah pengambilan makanan. Kerana dibimbangi berlakunya perkara yang akan menjejaskan kesihatan
3. Pilih tempat belajar yang sesuai. Elakkan belajar di tempat yang terbuka.... walaupun itulah kebiasaan tabiat kita belajar.
4. Pilih waktu yang sesuai untuk mengulangkaji. Elakkan waktu perdana.... waktu tetamu paling ramai datang berziarah
5. Elakkan dari mendengar dan menonton cerita berkaitan hari raya kerana ianya akan menghilangkan fokus dan merendahkan semangat untuk belajar serta mencuri masa dan tenaga....
6. Minimakan aktiviti melayan tetamu. Jika ada tetamu yang perlu dilayan, lakukanlah dengan had tertentu.... mohon izin dari mereka untukl belajar jika perlu....
7. Elakkan dari menziarahi sanak saudara yang tempat kediamannya jauh dari tempat kita kerana mungkin ini akan menyebabkan kita akan penat dan menjejaskan persiapan.
8. Sentiasa berdoa agar diberi kekuatan untuk melakukan ulangkaji pelajaran.
Ibu Bapa dan ahli Calon UPSR
1. Perlu memahami situasi calon yang akan menghadapi UPSR.
2. Mengawal pergerakkan keluarga kerana ini akan meninggalkan kesan tidak puas hati ...kerana mereka perlu belajar sedangkan ahli keluarga yang lain bergembira berhari raya.
3. Ibu bapa dan penjaga perlu sentiasa memberikan galakkan dan sentiasa emantau keperluan anak yang sedang mengulang kaji.... kawal penggunan media televisyen.... jangan buka tv dengan nada suara yang tinggi...
4. Penjaga perlu menyediakan tempat yang sesuai untuk mereka mengulangkaji sesuai dengan suasana perayaan.... agar mereka dapat m,emberikan tumpuan sepenhnya.
5. Sentiasa mengutamakan keselamatan dan kesihatan mereka terutama ketika bersama-sama berhari raya. sentiasa menasihati anak kita agar memilih makanan yang hendak diambil.
6. Segeralah bawa anak kita untuk mendapatkan rawatan sekiranya terdapat tanda-tanda mereka tidak sihat.
7. banyakkan berdoa untuk anak kita agar mereka dapat melaksanakan persiapan dengan sempurna.
Sebenarnya tiada sebarang perbezaan pun ... cuma yang ada adalah berbezanya sikap kita di dalam menghadapi situasi ini. Jika banyakpun garispanduan yang diberi.... sedangkan kita asyik leka dengan situasi yang bakal dihadapi dan menganggapnya tidak penting maka itulah natijah yang bakal kita peroleh jika mengambilnya dengan sikap sambil lewa..... pokok pangkalnya kembali kepada diri kita sendiri...
Didoakan kepada adik-adik yang akan menduduki UPSR seluruh Malaysia agar sentiasa tabah menghadapi situasi ini. Kita diuji dengan kemeriahan hari raya tetapi rakan kita diuji dengan mara bahaya..... Jika kita tidak mampu menghadapi keadan ini apatah lagi untuk berhadapan dengan suasana seperti mereka.... ingat rakan-rakan kita di bumi Palastin perlu dijadikan contoh dan tauladan..... biarpun dihujani oleh peluru Zionis.... namun mereka tetap berazam dan bertekad untuk belajar....
No comments:
Post a Comment