Alhamdulillah UPSR telah pun berlalu. Seperti mana kehadirannya begitu juga pemergiannya. Insya Allah ianya akan berkunjung semula pada tahun 2012. Jangan terlalu gembira kerana UPSR telah dilalui. Adakah pernah kita terfikir... ada yang terlalu bersuka-suka lebih-lebih lagi di dalam mod raya.... adakah kita tahu jawapan yang kita kemukakan pada UPSR yang lalu itu betul semua ? .... Kalau kita yakin betul semua... teruskanlah kesukan kamu itu.... Sebaliknya, jangan lupa solat hajat yang kita lakukan itu bukan masa sebelum UPSR sahaja.... waktu sekarang juga waktu yang getir ketika skrip jawapan sedang diagih-agihkan kepada pemeriksa kertas jawapan kita. Teruskan berdoa moga jawapan yang kita kemukan itu menepati kehendak soalan dan mendapat markah yang tinggi. Mana tahu sewaktu percubaan hanya 3A2B tetapi selepas diumumkan keputusannya nanti sesuatu di luar jangka berlaku.
Masa sekarang juga perlulah dilalui dengan mengikuti program yang telah diatur. Elakkan ponteng. Jangan lakukan perkara yang melanggar peraturan sekolah. Tiada untungnya merosakkan harta benda sekolah. Sekaranglah peluang kita untuk memperbaiki kelemahan kita. UPSR bukan penyudah. PMR sedang menanti di hadapan.
No comments:
Post a Comment