Kita perlu menjemput pihak luar untuk membantu murid-murid kita !, Sama saja samada kita buat program atau tidak, murid kita tetap tidak berubah. Asyik-asyik ceramah...asyik ceramah.... tak de cara lain ke ? Guru bimbingan tak berperanan. Guru Bimbingan asyik keluar aje.... Guru Bimbingan cari duit luar..!. Pandangan lain : Kita tak perlu jemput penceramah luar..... guru bimbingan kita kan ada.... Saya tak percaya dengan ceramah. Puas kita buat program ceramah, murid kita macam itu jugak. Pandangan murid : Bosanlah cikgu asyik ceramah aje....
Begitulah keluhan yang bisa kita dengar. Program BDK kurang / tidak berkesan. Bagaimana pandangan anda guru BDK yang berada di luar sana. Dari Perlis sampai ke Sabah.
Benarkah ianya tidak berkesan ? Kita baharu sahaja menghantar laporan L4 ke KPM tentu ada rumusan yang telah dibuat. JK Teknikal tentunya boleh menganalisa dapatan dan mengenal pasti adakah sungutan tersebut benar. Jika benar apakah tindakan susulannya ?. Dari sudut pandangan yang bersifat peribadi tanggapan ini adalah berat sebelah. Di sekolah Guru BDK menjalankan aktiviti dengan pelbagai cabaran. Antaranya aspirasi guru bimbingan tidak difahami seperti mana sepatutnya. Walaupun garis panduan perkhidmatan jelas di senaraikan di dalam buku rekod perkhidmatan namun ianya tidak dijadikan rujukkan dan panduan. Ada dalam kalangan rakan guru bimbingan yang mengajar seperti guru lain dengan pelbagai alasan dan hujah. SPPK (Surat Pekeliling Perkhidmatan) guru bimbingan seakan tidak wujud. Tugas Guru Bimbingan dapatkannya di sini sini sini, sini, sini, adalah sebagai panduan. Begitu banyak tugas dan tanggung jawab..... mungkin ini adalah penyebab. Semua dilakukan oleh kami. Program anjuran swasta ? Tentunya berbayar. Berbayaritulah signifikan dengan keberkesanan. Bukankah program yang dilaksanakan di sekolah juga berbayar ? Ya .... murid tidak dikenakan bayaran. Tetapi kos perlaksanaan dari peruntukan BDK. Apakah ada perbezaan program anjuran swasta dan yang dilaksanakan oleh Guru BDK ?. Dari segi isi dan isu yang di ketengahkan, apa yang berbezanya ? Aktiviti yang dijalankan, apa yang berbezanya ? Adakah kerana personal yang mengendalikan ? Apakah mereka lebih berpengalaman berbanding dengan kita yang berada di lapangan bertahun-tahun lamanya ? Jawapannya bagi saya ialah kita masih lagi tidak diiktiraf. Ya pengiktirafan dan kepercayaan. Berapa kali kita dijadikan rujukkan atau pandangan kita diterima pakai ? Kita masih dianggap seperti guru biasa lainnya.... terlalu subjektif untuk kita memperkatakan isu ini di sini.
No comments:
Post a Comment