Bilah-bilah hari semakin meninggalkan kita. Yang telah pergi hanya akan menjadi sejarah. Sejarah dikenang sebagai suatu yang manis. Namun ada juga sejarah yang pahit. Malangnya dalam kalangan pelajar yang bakal menghadapi pepriksaan (UPSR, SDEA peringkat rendah) SPM, STPM, seperti melihatnya tidak begitu penting. Mereka tidak begitu serius mencari dan meneliti sejarah kejayaan Calon-calon Pepriksaan yang lalu. Sebenarnya menjejaki kejayaan yang lalu bakal memberikan tips dan semangat. Pembakar azam agar sentiasa berkobar-kobar. Membangkitkan semangat untuk terus berjuang. Ini kerana semangat ini adakalanya meningkat dan menurun. Kerana semangat ini sisi psikologi dalam kehidupan manusia. Ianya tidak dapat dilihat dengan mata kasar tetapi dapat dilihat menerusi pandangan hati nurani yang terpimpin dan terpandu. Adakah kamu masih lagi dibuai mimpi. Ingatlah kamu akan menerima ucapan selamat tinggal oleh rakan-rakan yang sedang berusaha dengan gigih. Berhempas pulas berjuang menghadapi kemalasan. Berusaha menyingkirkan keselesaan diri. Bangun malam di kala orang lain sedang nenyak tidur. Bersendiri tetakala orang lain bersama rakan di pesta malam minggu. Mengenang kelemahan diri di saat orang lain ghairah melakukan pelbagai aktiviti. Merasakan diri dibadai ribut, dihempas ombak menggila di tengah lautan, di saat orang lain menghirup udara nyaman sepoi-sepoi bahasa di tepi pantai. Di saat merasakan kebimbangan pada diri adakah aku ini pastikan berjaya menggengam impian. Impianku, impian bonda dan ayahandaku dan impian semua guru-guruku. Sesesungguhnya aku sedang berada di............
Ya.... Saya Sedang Berada di ZON Peperiksaan.....
Ya Allah, berilah kekuatan kepadaku
untuk aku terus berusaha dengan giggih....
Ya Allah, berikanlah kepadaku
sebanar-benar petunjuk.....
Ya Allah, berilah kekuatan kepadaku
untuk aku terus berusaha dengan giggih....
Ya Allah, berikanlah kepadaku
sebanar-benar petunjuk.....
No comments:
Post a Comment