"Sebahagian" Petikan Modul Seharum Lafaz Sakinah
Penulis Modul : nuristiqomah tersayang 2012
Penulis Modul : nuristiqomah tersayang 2012
Assalammualaikum anakanda tersayang……………
Pada hari ini bonda/ayahanda sangat gembira kerana ayah bonda dapat melihat anakanda …………… telah semakin membesar, sihat dan bakal menempuh cabaran sebagai Calon UPSR pada tahun ini.
Bonda/ayahanda cukup bangga dan bersyukur kerana Allah telah kurniakan zuriat sebaikmu, sayang. Bonda/ayahanda amat mengharapkan agar anakanda …….. dapat terus membesar sebagai anak soleh/solehah, taat perintah Allah, tidak tinggal solat, menjaga aurat, patuh nasihat bonda/ayahanda, hormati guru, lembut tutur kata dan berakhlak mulia.
Anakndaku ….…. tersayang, ayah bonda terkenang saat pertama kali mendengar suara tangisanmu yang begitu syahdu, saat dikau selamat dilahirkan, jiwa ayahanda bonda begitu tenang dan bangga, bagaikan hilang kesakitan meskipun darah terus menitis, lalu azan dan iqomah dilaungkan di telingamu, tanda Islam agamamu, sayang. Tatkala titisan susu pertama kau terima ayahanda bonda telah halalkan makan minummu, sambil hati terus menadah memohon semoga dikau menjadi seorang yang beriman, bertaqwa, biar boleh menjadi anak yang boleh dibanggakan dan berbahagia hidupmu di dunia dan di akhirat. Kelak, sudi kiranya dikau hadiahkan sepotong doa dan surah al-Fatihah buat ayahanda bonda pabila ayah bonda tiada di dunia ini lagi.................
Assalamualaikum bonda/ayahanda tersayang, …………………………………
Dengan rendah hati, anakanda ingin sekali melafaz kata-kata ini ,
“Anakanda sangat menyayangimu , amat mengasihimu”
Bonda/Ayahanda tersayang,
Terima kasih atas kata-kata yang dilafazkan sebentar tadi. Sesungguhnya anakanda amat bersyukur kerana dikurniakan seorang bonda/ayahanda sebaikmu. Anakanda sangat bangga menjadi anakandamu. Terima kasih kerana sudi melahirkanku, terima kasih kerana sudi mengasihiku, terima kasih kerana sudi menjagaku dari kecil hingga kini, terima kasih kerana sudi mendidikku hingga kini anakanda masih mampu bernafas dan tersenyum di hadapanmu. Terima kasih ya Allah atas rahmat dan izin-Mu untuk aku memiliki bonda dan ayahanda sebaik dan semulia mereka berdua.
Bonda/Ayahanda tersayang,
Anakanda sedar betapa pada tahun ini , anakanda memikul amanah dan tanggungjawab yang cukup besar. Namun, anakanda juga sedar bahawa anakanda yang serba lemah ini masih belum cukup berusaha untuk membahagiakan bonda dan ayahanda. Anakanda akur bahawa anakanda masih belum cukup berusaha untuk belajar bersungguh-sungguh, anakanda masih leka, masih lalai dan masih belum cukup bersedia untuk menghadiahkan kejayaan dan kebahagiaan yang bonda dan ayahanda impikan. Maafkanlah anakanda.
Bonda/Ayahanda tersayang,........................
Doa Ibu
Juga Doa Ayah
Doaku, Pintaku Pada Mu Ya Allah
Seharum Lafaz Sakinah
Dengar Pesan Ayahanda
1 comment:
GENG KAWAN MINTAK COPY LAFAZ TUE YER.....MCM BEST JER...TERINGAT PULAK MASA KAHWIN DLU.....TAK TERPIKIR BOLEH GUNA WAT MOTIVASI....HALALKAN YER
Post a Comment