Fenomena Perlakuan Positif dalam kalangan Remaja ditenglami dengan Fenomena Perlakuan Negatif Dalam Kalangan Remaja. Para remaja sekalian....Kita perlu merasa diri kita beragama. Dengan menghayati agama yang kita anuti iaitu ISLAM. Dalam satu Hadis di bahagian awalnnya « الدِّينُ النَّصِيحَةُ » قُلْنَا لِمَنْ قَالَ « لِلَّهِ
وَلِكِتَابِهِ وَلِرَسُولِهِ وَلأَئِمَّةِ الْمُسْلِمِينَ وَعَامَّتِهِمْ
». ada menyatakan (dalam hadis 40) Addinnunasihah .... agama Islam) adalah nasihat bagi kamu... ada yang mengkesampingkan agama kerana mengganggapnya sebagai satu halangan.... ini adalah kerana ... ada yang tidak merasakan Agama adalah nasihat... ingin berpakaian... agama adalah nasihat bagi kamu.... ingin makan dan memenuhi selera makan ... agama adalah nasihat bagi kamu... ingin berkawan... agama adalah nasihat bagi kamu... teringin bercinta... agama adalah nasihat bagi kamu.... apa sahaja yang kita ingin atau sedang lakukan .... agama adalah nasihat bagi kamu... berkenal-kenalan, bersahabat, berkawan, bercinta, interaksi lelaki perempuan .... agama adalah nasihat bagi kamu..... tidak melakukan perkara yang di larang Allah .... kerana seseorang itu menganggap agama adalah sentiasa mensaihatkannya.... kerana mereka yang baeragama akan ada sifat malu bagi dirinya.... hilang sifat malu... nah buatlah apa yang kamu suka.... tapi ingat hidup ada kesudahannya, iaitu mati dan kehidupan selepasnya. Bukanah malaikat kiromankatibin sentiasa mencatat apa yang kita lakukan samaada sedang bersendirirn atau di hadapan khalayak ?. Apakah kita tidak pernah mendengar setiap perbuatan baik atau jahat yang kita lakukan walau sebesar zarah sekalipun akan ditunjukkan di hari Kemudian ? Maksudnya akan diperhitungkan di hadapan Allah . Ingatlah pada waktu itu bukan mulut yang berkata-kata... tetapi yang berkata-kata adalah anggota tubuh badan kita. Yang akan menjawap setiap perkara yang dikemukakan kepada kita nanti. Ingatlah Agam (Islam) adalah nasihat cara hidup kita. Islamlah nescaya kamu akan selamat. Kepada para ibu bapa jangan terlepas mata kita memerhati perlakuan anak-anak kita....
Jumlah Remaja Hamil Mendapatkan Khidmat di Fasiliti Kerajaan
Tahun
|
Remaja Hamil
Umur 10 Hingga 19 Tahun)
|
Jumlah Yang Tidak Berkahwin
|
2011
|
18,652
Orang
|
4,222
Orang (23%)
|
2012 ( Sehingga Jun 2012)
|
9,082
Orang
|
2,008
Orang (23%)
|
*Tujuh kes kematian remaja hamil dilaporkan dari Jan hingga Jun dan empat daripadanya membabitkan remaja tidak berkahwin*
Sumber : KKM dalam HM Ahad 4.11.2012
KUALA LUMPUR: Peringatan kepada ibu bapa yang mempunyai anak gadis. Rekod Kementerian Kesihatan (KKM) dalam tempoh 18 bulan dari Januari tahun lalu hingga Jun lalu mendapati, seramai 6,310 remaja perempuan yang hamil dan berdaftar di hospital atau klinik kerajaan tidak berkahwin, termasuk pelajar sekolah.
Jumlah itu tidak termasuk remaja menggugurkan kandungan secara haram di klinik swasta seluruh negara.
Pengarah Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga KKM, Dr Safurah Jaafar berkata, seramai 9,082 remaja hamil berusia 10 hingga 19 tahun berdaftar di hospital atau klinik kerajaan, dengan purata 1,500 kes sebulan dari Januari hingga Jun tahun ini.
“Daripada jumlah itu, 2,088 (23 peratus) tidak berkahwin. Tujuh kes kematian remaja hamil dilaporkan dan empat daripadanya tidak berkahwin. Ini menunjukkan risiko kematian di kalangan remaja hamil, khususnya tidak berkahwin, tinggi iaitu 57 peratus.
“Tahun lalu, 18,652 remaja hamil mendapatkan perkhidmatan di fasiliti kesihatan kerajaan dengan 4,222 atau 23 peratus daripada jumlah itu tidak berkahwin,” katanya. kepada Metro Ahad.
Beliau berkata, remaja atau pelajar sekolah yang mengandung boleh mendapat perkhidmatan kesihatan di mana-mana klinik kesihatan atau hospital secara percuma.
“Namun, pihak berkuasa boleh mengambil tindakan mengikut Akta Kanak-kanak 2001,” katanya.
“Di samping KKM, ia memerlukan gabungan kerjasama Kementerian Pelajaran, Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat (KPWKM), jabatan perundangan, jabatan agama dan masyarakat,” katanya.
hm setempat 4-11-2012 SUMBER
No comments:
Post a Comment