Disusun & Dibacakan Oleh Admin
13-11-2013
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ
ِللهِ رَبِ
الْعَالَمِيْنَ حَمْدًا يُوَافِى نِعَامَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَهُ يَارَبَّنَا
لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِيْ لِجَلاَلِ وَجْهِكَ وَعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ اَللَّهُمَّ
صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُنْجِيْنَا بِهَا مِنْ
جَمِيْعِ اْلأَهْوَالِ وَاْلآفَاتِ وَتَقْضِيْ لَنَا بِهَا جَمِيْعَ الْحَاجَاتِ وَتُطَهِّرُنَا
بِهَا مِنْ جَمِيْعِ السَّيِّئَاتِ
وَتَرْفَعُنَا
بِهَا عِنْدَكَ أَعْلَى الدَّرَجَاتِ
وَتُبَلِّغُنَا
بِهَا أَقْصَى اْلغَايَاتِ مِنْ جَمِيْعِ الْخَيْرَاتِ فِى الْحَيَاةِ وَبَعْدَ
الْمَمَاتِ
اَللَّهُمَّ يَا حَيُّ يَا
قَيُّوْمُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ
Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana mengizinkan kami untuk
mengadakan dan berada dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Konvokesyen Pra Sekolah SK Seri Taman Kluang Barat, 2013
اَللَّهُمَّ
يَا مُجِيْبَ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الْحَاجَاتِ
Kami memohon kepada-Mu , agar Eangkau berkati majlis ini dengan limpahan
rahman dan rahim-Mu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini
mendapat keredhaan dan hidayah-Mu. Tidak juga lupa kepada para pendidik yang
telah menyumbang khidmat dan menabur bakti mereka di sekolah yang bertuah ini
.
اَللَّهُمَّ يَا قَوِيُّ يَا عَزِيْزُ يَا فَعَّالٌ
لِّمَا يُرِيْدُ
Di saat ini juga kami rafa’kan tangan kehambaan mengharapkan ihsan-Mu
agar Engkau teruskan dan lanjutkan kecemerlangan yang sudah kami capai samada
dalam bidang akademik mahupun aspek pembinaan sahsiah insan dan seterusnya
menganugerahkan kepada kami kecemerlangan demi kecemerlangan yang lebih
bermakna dalam pelbagai bidang pada masa-masa akan datang.
اَللَّهُمَّ يَا مُهَيْمِنُ
يَا رَقِيْبُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ
Jadikanlah
pelajar-pelajar yang menerima hadiah dan sijil penghargaan pada hari ini
sebagai pelajar-pelajar yang bersyukur di atas pengiktirafan ini. Jadikanlah
mereka pelajar-pelajar yang akan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk
meningkatkan potensi dan prestasi mereka dalam bidang akademik mahupun
ketrampilan peribadi yang luhur. Malah kami memohon daripada-Mu Ya Allah dengan
penuh ketaakulan agar majlis anugerah ini akan menjadi sumber inspirasi kepada
pelajar-pelajar lain supaya mereka sama-sama mengerah keringat dan menggembleng
tenaga untuk mencapai kecemerlangan demi mengharumkan nama sekolah ini.
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ
وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا
وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ
وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ
لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ
جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقًا
مَعْصُوْمًا
وَلاَ تَجْعَلْ فِيْنَا
وَلاَ مَعَنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا.
Ya Allah, jadikanlah
perhimpunan kami ini sebagai satu perhimpunan yang dirahmati dan perpisahan
kami pula selepas ini sebagai satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi.
Dan janganlah Engkau jadikan pada diri kami ini, dan mereka yang bersama kami, kebinasaan, dan menyingkirkan
kami dari memperolehi rahmat
رَبَّنَا اصْرِفْ عَنَّا عَذَابَ جَهَنَّمَ إِنَّ
عَذَابَهَا كَانَ غَرَامَا إِنَّهَا سَاءَتْ مُسْتَقَرًّا وَمُقَامًا
رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوْبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا
وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى
اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ مَعَ اْلأَبْرَارِ.
يَا عَزِيْزُ يَاغَفَّارُ يَارَبَّ الْعَالَمِيْنَ
وَصَلَّى الله ُ وَسَلَّمَ عَلَى
سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ
ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
No comments:
Post a Comment