SEORANG bapa, Razali Harun, 45, yang berkerja sebagai buruh binaan
dengan gembira terus menggendong pulang anaknya Amir Zuhaidi Razali, 12,
yang mendapat keputusan cemerlang 5A dalam UPSR 2013 untuk memberitahu
kepada ahli keluarga lain di Kampung Hutan Pasir, Ketereh. Amir, murid
Istimewa Orang Kelainan Upaya (OKU) Sekolah Kebangsaan (SK) Ketereh
mengalami kecacatan kaki kiri akibat kemalangan. FOTO Syamsi Suhaim
Kuala Lumpur: Mereka melangkah masuk ke sekolah masing-masing semalam dengan penuh debaran, tetapi beberapa ketika kemudian, beredar sambil tersenyum lebar.
Wajah masing-masing girang ketika melihat keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2013, namun di sebalik kejayaan yang dilakar, tersembunyi pelbagai kisah yang boleh dijadikan teladan.
Di Kota Bharu, Amir Zuhaidi Razali, 12, murid Sekolah Kebangsaan
(SK) Ketereh yang menghidap penyakit saraf akibat dilanggar lari ketika
berusia enam tahun, tidak menjadikan kekurangan fizikal dan kewangan
penghalang untuknya mendapat 5A.
Hadiah buat ayah
“Saya sangat bangga dan menghadiahkan kejayaan ini buat ayah yang sanggup berulang-alik menghantar saya ke sekolah,” kata anak tukang rumah ini sambil menambah, walaupun sukar menulis dan tidak dapat aktif seperti rakan lain, dia tetap menguatkan semangat apatah lagi hanya mampu memperoleh 3A 2B dalam percubaan lalu.
Di Shah Alam, kehidupan serba kekurangan dalam komuniti Orang Asli tidak menghalang Anisa Yahya dari SK Asli Bukit Cheding, muncul anak Orang Asli tunggal di Selangor mendapat 5A.
Anak bongsu daripada sembilan beradik itu tidak menyangka mampu cemerlang kerana jarang mengulangkaji di rumah.
“Untuk berjaya, saya mengamalkan sikap rajin bertanya apa yang tidak difahami, sentiasa memberi sepenuh perhatian apa yang diajar dalam kelas dan belajar secara berkumpulan,” katanya bercita-cita menjadi pereka fesyen.
Di Port Dickson, Choi Kee Fong, 12, mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi calon tunggal UPSR di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Ladang Siliau dan berjaya pula mendapat 7A, kali pertama dalam sejarah sekolah berkenaan yang ketika ini hanya mempunyai 11 murid dari Tahun Satu hingga Enam.
Anak pekebun sayur
Anak kedua daripada empat beradik kepada pasangan pekebun sayur di Lukut ini, berkata banyak keistimewaan menjadi calon tunggal kerana dia yang diajar tujuh guru, mendapat tumpuan eksklusif dalam kelas walaupun tiada teman sekelas untuk belajar bersama.
Di Alor Setar, beban penyakit buah pinggang sejak usia dua tahun yang memaksa Muhammad Zaim Mohd Zaidi, 12, sering bercuti sakit, langsung tidak menghalangnya memperoleh 5A, sekali gus muncul antara 43 pelajar cemerlang di Sekolah Rendah Islam Darul Aman (SRIDA) di sini.
“Saya sering ponteng kerana sakit, terpaksa mengambil inisiatif sendiri mengulangkaji pelajaran sehingga lewat malam ketika di rumah. Saya bersyukur kerana rakan sekelas serta guru banyak membantu memberi tunjuk ajar.
Saya sebenarnya tidak mahu memberi alasan sakit dan gagal dalam UPSR,” kata anak sulung daripada enam beradik ini.

Tahniah.....Cg Hafiz & Ustazah Saloma
Dalam Dakapan Ibu , Nurzaida Permata SK Seri Taman Kluang Barat.
Gambar Atas (Tirukumaran "Ciuman Seorang Ibu" )
Biarkan Gambar Berbicara
Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Indera itu, berkata dia sempat menziarahi pusara bapanya pada malam sebelum bermula peperiksaan UPSR dan asyik terbayang wajah arwah sepanjang peperiksaan, namun terpaksa mengetepikannya kerana mahu menjadi kebanggaan keluarga.
“Saya bercita-cita mahu menjadi pakar astronomi dan mahu melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh bagi menggapai cita-cita. Kejayaan ini dikongsi bersama keluarga terutama kakak dan abang yang banyak memberi tunjuk ajar ketika mengulang kaji pelajaran,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.
Sementara itu, cucunda kepada Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, Sharifah Farah Adriana Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, 12, turut berjaya memperoleh keputusan cemerlang 5A dalam UPSR.
HANA Najwa menunjukkan keputusan diperoleh.

Kalaulah Arwah Ayah Ada
Kangar: “Arwah bapa pasti bangga dengan keputusan cemerlang diperolehi
ini, tetapi saya sedih kerana dia tidak dapat meraikannya kerana
menghembuskan nafas terakhir pada malam sebelum bermula peperiksaan pada
9 September lalu.”
Begitu kata Hana Najwa Abdul Aziz, 12, yang memperoleh 5A dalam
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2013 walaupun terpaksa
mengharungi peperiksaan dalam kesedihan selepas bapanya Abdul Aziz
Dahaman, 66, meninggal dunia akibat angin ahmar, kira-kira dua bulan
lalu.
Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Indera itu, berkata dia sempat menziarahi pusara bapanya pada malam sebelum bermula peperiksaan UPSR dan asyik terbayang wajah arwah sepanjang peperiksaan, namun terpaksa mengetepikannya kerana mahu menjadi kebanggaan keluarga.
Menurutnya, dia percaya keputusan diperolehinya mampu membanggakan
arwah jika masih ada, cuma terkilan dia sudah tiada bagi meraikan
kejayaannya.
“Saya bercita-cita mahu menjadi pakar astronomi dan mahu melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh bagi menggapai cita-cita. Kejayaan ini dikongsi bersama keluarga terutama kakak dan abang yang banyak memberi tunjuk ajar ketika mengulang kaji pelajaran,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.
Sementara itu, cucunda kepada Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, Sharifah Farah Adriana Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, 12, turut berjaya memperoleh keputusan cemerlang 5A dalam UPSR.
HANA Najwa menunjukkan keputusan diperoleh.
Sharifah Farah berkata, beliau memperuntukkan masa bagi
mengulangkaji pelajaran di sekolah setiap hari, tiga minggu sebelum
peperiksaan berkenaan.
Tanya Solan Jika Tak Faham
Shah Alam: “Macam mimpi, tidak percaya saya mendapat 5A kerana saya kurang mengulangkaji menjelang peperiksaan,” kata Anisa Yahya, 12, yang mencatat sejarah apabila menjadi anak Orang Asli pertama mendapat 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Selangor.
Anisa, murid Sekolah Kebangsaan (Asli) Bukit Cheding Kuala Langat antara 7,914 calon UPSR mencapai keputusan cemerlang dan memperoleh semua A dalam semua mata pelajaran diambil.
Menurutnya, tiada apa yang membezakan anak Orang Asli dengan
pelajar lain di bandar untuk mencapai kejayaan kerana yang penting ialah
fokus dalam bilik darjah.
“Saya suka menonton televisyen setiap hari menyebabkan saya kurang mengulangkaji pelajaran. Malah, ketika peperiksaan percubaan, saya hanya mendapat 3A 2B.
ANISA menunjukkan keputusan diterima kepada Lela di Seksyen 4, Shah Alam, semalam.
“Saya memberi sepenuh perhatian ketika dalam kelas ketika cikgu sedang mengajar dan bertanya soalan jika ada yang tidak faham,” katanya yang ditemui selepas Majlis Pengumuman Analisis Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2013 di sini, semalam.
Ibu saudaranya, Lela Belit, 56, yang menjaganya mengakui anak saudaranya itu tidak mengulangkaji pelajaran walaupun dia sering menegur Anisa.
“Puas saya memarahinya, tetapi dia lebih gemar menonton televisyen. Namun, selepas dia dapat 3A 2B dalam peperiksaan percubaan, saya tidak mengganggunya kerana percaya dengan kebolehannya,” katanya.
Anak bongsu daripada sembilan beradik itu bercita-cita ingin menjadi pereka fesyen dan mahu membuktikan kemampuan anak Orang Asli.
Turut memperolehi 5A ialah murid Sekolah Rendah (Berkeperluan Khas) Seksyen Satu Bandar Kinrara, Puchong Aineen Sofea Azhari.
KOTA BHARU - "Saya tak sangka ayah akan tunaikan hajat untuk menghadiahkan kereta Mini Cooper kepada saya,” kata pelajar cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Siti Nur Fatini Zulaika Zukila, 12.
Menurutnya, hadiah itu anugerah istimewa baginya kerana sebelum ini dia pernah menyatakan minatnya terhadap kereta tersebut yang kelihatan comel dan menarik kepada bapanya, Zukila Deraman, 36, dan ibunya, Nor Aishah Mahmud, 31.
“Ayah beritahu saya, jika saya dapat keputusan cemerlang dalam UPSR, dia janji untuk hadiahkan kereta tersebut.
“Memang pada mulanya seperti tidak percaya dan tidak sangka impian untuk memiliki kereta idaman tercapai selepas memperoleh keputusan cemerlang dalam UPSR,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya di Taman Tanjung Chat, di sini, hari ini.
Tanya Solan Jika Tak Faham
Shah Alam: “Macam mimpi, tidak percaya saya mendapat 5A kerana saya kurang mengulangkaji menjelang peperiksaan,” kata Anisa Yahya, 12, yang mencatat sejarah apabila menjadi anak Orang Asli pertama mendapat 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Selangor.
Anisa, murid Sekolah Kebangsaan (Asli) Bukit Cheding Kuala Langat antara 7,914 calon UPSR mencapai keputusan cemerlang dan memperoleh semua A dalam semua mata pelajaran diambil.
“Saya suka menonton televisyen setiap hari menyebabkan saya kurang mengulangkaji pelajaran. Malah, ketika peperiksaan percubaan, saya hanya mendapat 3A 2B.
“Saya memberi sepenuh perhatian ketika dalam kelas ketika cikgu sedang mengajar dan bertanya soalan jika ada yang tidak faham,” katanya yang ditemui selepas Majlis Pengumuman Analisis Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2013 di sini, semalam.
Ibu saudaranya, Lela Belit, 56, yang menjaganya mengakui anak saudaranya itu tidak mengulangkaji pelajaran walaupun dia sering menegur Anisa.
“Puas saya memarahinya, tetapi dia lebih gemar menonton televisyen. Namun, selepas dia dapat 3A 2B dalam peperiksaan percubaan, saya tidak mengganggunya kerana percaya dengan kebolehannya,” katanya.
Anak bongsu daripada sembilan beradik itu bercita-cita ingin menjadi pereka fesyen dan mahu membuktikan kemampuan anak Orang Asli.
Turut memperolehi 5A ialah murid Sekolah Rendah (Berkeperluan Khas) Seksyen Satu Bandar Kinrara, Puchong Aineen Sofea Azhari.
KOTA BHARU - "Saya tak sangka ayah akan tunaikan hajat untuk menghadiahkan kereta Mini Cooper kepada saya,” kata pelajar cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Siti Nur Fatini Zulaika Zukila, 12.
Menurutnya, hadiah itu anugerah istimewa baginya kerana sebelum ini dia pernah menyatakan minatnya terhadap kereta tersebut yang kelihatan comel dan menarik kepada bapanya, Zukila Deraman, 36, dan ibunya, Nor Aishah Mahmud, 31.
“Ayah beritahu saya, jika saya dapat keputusan cemerlang dalam UPSR, dia janji untuk hadiahkan kereta tersebut.
“Memang pada mulanya seperti tidak percaya dan tidak sangka impian untuk memiliki kereta idaman tercapai selepas memperoleh keputusan cemerlang dalam UPSR,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya di Taman Tanjung Chat, di sini, hari ini.
No comments:
Post a Comment