Semua telah maklum keputusan SPM telah diumumkan minggu lalu.... nah sekaranglah masanya kita membuat pilihan. Membuat pilihan jalan yang hendak dipilih seharusnya mengikut keupayaan keputusan SPM, Jangan putus asa jika keputusan agak kurang baik / tidak baik. Jangan banding keputusan SPM kita dengan keputusan SPM orang lain... itu yang penting/ Lihat keputusan dan padankan dengan tempat-tempat yang sesuai dengan keputusan SPM kita. Saya berbicara bekaitan dengan keputusan yang agak kurang A, atau kurang dari itu. Banyak Institut yang dapat membantu kita. Lihat di persekitaran tempat tinggal kita, Saya amat yakin setiap komuniti ada tempat untuk kita menyambung pengajian. Jangan pandang ke belakang. Satu lagi jangan memilih sangat, ikut minatlah itu semua akan membuatkan kita tersekat di tengan jalan. Pilih kursus yang boleh memberikan pekerjaan selepas 5 tahun dari sekarang, atau kurang dari itu. Yang penting ada kerja. Dulu mungkin kita bercita-cita nak masuk Universiti tapi keputusan tidak melayakkan kita ke sana, jangan tekan butang panik. Sementalahan lagi kawan-kawan kita dapat apa yang mereka hendak. Rakan sekelas lagi, Kita pun kecewa. Malu nak keluar rumah. Takut orang kampung tanya keputusan SPM kita, Peduli apa itu semua. Jika kita berfikiran begitu maka salah berfikiran cara begitu. Kan baik jika kita berfikir nanti masuk U masa dah bekerja. Masuk U juga walaupun lambat sikit dari kawan-kawan kita yang keputusan SPMnya lebih baik dari kita. Jangan buang masa. Terus dapatkan maklumat dari tempat-tempat yang berkaitan. Cari individu yang dapat memberikan nasihat yang tepat berkaitan hala tuju kita, Jangan bincang dengan rakan sebaya sahaja, kerana bimbang pendapat yang diperolehi tidak dapat membantu kita. Lihat sahaja di sekeliling kita. Kejayaan yang dikecapi dalam kehidupan bukanlah satu-satunya dari akademik. Kita biasa mendengar, individu yang tidak tahu membaca boleh menjadi jutawan dalam bidang perniagaan. Kuncinya ialah USAHA. Seterusnya ialah BI IZ Nillah. Selamat Maju Jaya. (Pandangan admin)
Ke mana selepas SPM ? Mendalami Bidang
Akademik ? Mendalami Bidang Kemahiran ? ..... Emmmm ada satu lagi bidang
yang kelihatan dipinggirkan di dalam ruang pemikiran.... Bidang Agama.
Pilihlah bidang yang merentasi ketiga-tiga bidang... Paling kurang
Bidang Komputer dan bidang Pengajian Islam ( usuluddin / syariah / )...
Jika pilih bidang ekonomi cuba lihat dan ambil bidang ekonomi Islam,
Jika minat undang-undang... belajarlah undang-undang sivil dan
undang-undang syariah..... belajar psikologi belajar sekali dengan
bidang kaunseling Islam.... Kita biasa dengan di peringkat menengah
rendah kelas intergerasi.... aliran biasa di tambah dengan belajar
bahasa arab..... begitu juga di universiti...... apa penting ini semua ?
Jika ditakdirkan Allah kita menjadi ir biarlah tahu hukum fekah.....
jadi doktor perubatan.... doktor yang hafiz..... lihat sahaja di timur
tengah... imam hafiz mereka juga seorang berkelulusan kejurteraan....
Bukankah kita sering membaca berita di dada akhbar.... indeks jenayah
semakin bertambah.... mengapa ianya berlaku ?.... salah satu puncanya
penghayatan ilmu hanya sebahagian semata-mata. Ilmu Agama ? Semacam
terpinggir. Ada kelulusan dalam bidang kewangan ... tetapi kewangan
konvensional sahaja tanpa pengetahuan di dalam bidang kewangan
Islam...... Kitalah generasi masa depan. Biarlah ilmu dunia dan Ilmu
akhirat didalami dan digali bersama. Ilmu yang bermanfaat ialah ilmu
yang dapat memimpin hidup kita dari dunia sampailah ke akhirat.
Bukankah selepas hidup di dunia kita akan mati. Itulah sunatullah.
Kemudiannya akan dihidupkan pula di akhirat yang kekal abadi ? Kejar
ilmu dunia jangan sampai lupa kepada ilmu-ilmu akhirat, nanti mengukur urusan kehidupan di dunia dengan ilmu dunia semata-mata. Kelak kita akan rugi ketika di akhirat sana. Barang
siapa hendakkan dunia maka dengan ilmu. Barang siapa hendakkan akhirat
maka dengan ilmu. Barang siapa inginkan keduanya maka sayugialah dengan
ilmu. Jangan pula ada yang
tersalah ..... hanya kejar ilmu akhirat semata-mata, tinggalkan ilmu
dunia, buruk juga padah jadinya. Buatlah pilihan berpandukan agama.
Insya Allah, kita pasti akan selamat.
No comments:
Post a Comment