Maksudnya :
Wahai Allah, Berilah SelawatMu
atas Penghulu kami, Nabi Muhammad, Salawat yang dengannya Engkau selamatkan
kami dari segala perkara yang menakutkan dan kebinasaan dan Engkau tunaikan
bagi kami segala hajat. Engkau sucikan kami dari segala kejahatan. Engkau
angkat kami di sisi Mu setinggi-tinggi darjat dan Engkau sampaikan kami pada
kesudahan segala kebajikan di dalam hidup kami dan selepas mati.
Dari Hasan bin Ali al-aswani ia
telah berkata : “Barang siapa membaca selawat ini dalam perkara yang penting,
atau bala yang menimpa sebanyak seribu kali
Allah akan melepaskan darinya. Faedahnya melapangkan kesempitan dan
penderitaan, menghasilkan cita-cita. Amalkan 11 kali, 40 kali, 100 kali, 313 kali
tiap-tiap hari. Ada hajat besar, kerjakan sembahtang sunat tengah malam dan
baca selawat ini 1000 kali. Hajat akan berhasil secepat kilat (dipetik dari
kitab Himpunan Selawat)
Sember :
Dari kitab himpunan Salawat Berijazah ( Susunan Al Marhum
Kiyayi Haji Samsuddin)
Dari Kitab Rahsia ke jalan Allah Ratib Al Atas (Susunan Tuan Guru HJ Abdul Ghani b A Samad Pemimpin Ratib Al Atas )
Perkongsian :
admin juga pernah diberitahu oleh pengamal Salawat Munjiyyat ini bahawa ia amat membantu sekiranya kita mempunyai hajat. Khusus bagi anak yang menghadapi peperiksaan. Selawat Munjiyyat ini dibacakan untuk mrmbantu anak-anak ketika menhadapi peperiksaan. Alhamdulliah anak pengamal Selawat Munjiyyat berjaya dan telah ada yang di menara gading. Bila saya bertanya macam mana nak lakukan. Beliau menjawab, bangun tengah malam solat hajat, kemudian baca Selawat Munjiyyat ini seribu kali TANPA SEBARANG kesalahan. Jika ada kesalahan semasa membaca, ulang semula dari awal (dari kosong). Beliau membaca selawat ini bersama isterinya setiap kali anak-anak beliau menduduki peperiksaan sama di peringkat sekolah, pepriksaan awam maupun peperiksaan universiti.
No comments:
Post a Comment