Apa yang berlaku pada 9.9.2014 hingga 11.9.2014 memang ada hikmahnya. Allah maha mengetahui atas segala kejadian.
Maksud Firman Allah :
"Allahlah yang menciptakan
tujuh langit dan seperti itu pula bumi. Perintah Allah berlaku padanya,
agar kamu mengetahui bahwasanya Allah Mahakuasa atas segala sesuatu, dan
sesungguhnya Allah, ilmu-Nya benar-benar meliputi segala sesuatu.”
(ath-Thalaaq: 12)
Rumusannya, kita telah diberi PELUANG ke-2 oleh Allah. Melakukannya buat kali kedua. Menduduki kertas BI dan SC kali kedua. Memang memeritkan. Ada dalam kalangan Calon UPSR 2014 mengambil peluang menyertai Program Motivasi yang tidak dirancang.
Ada yang mengatakan semua ini berlaku kerana terlalu mengejar 'A'. Buat apa sahaja asal dapat 'A'. Ini benar bagi yang tidak ikhlas di dalam menuntut ilmu. Adakah kita tidak pernah membaca maksud Firman Allah :
“Allah akan
mengangkat orang-orang yang beriman dan diberikan ilmu di antara
kalian beberapa derajat. Allah Maha mengetahui apa yang kalian
kerjakan.” (Al Mujadilah [58] : 11). Al Hafizh menjelaskan, “Ada
yang mengatakan tentang tafsirannya adalah : Allah akan mengangkat
kedudukan orang beriman yang berilmu dibandingkan orang beriman yang
tidak berilmu. Dan pengangkatan derajat ini menunjukkan adanya sebuah
keutamaan…” (Fathul Bari, 1/172). SUMBER
Bukankah usaha untuk mencapai pencapaian tahap tertinggi itu sebagai matlamat dalam belajar ? Benarlah mereka yang berusaha untuk kejayaan melalui pintu belakang tiada kebaikannya. Malahan jauh dari keberkatan. Berkat ? (Barokah). Apa itu keberkatan ? Keberkatan ialah kebaikkan yang Allah berikan kepada seseorang insan samada di dunia atau pun di akhirat kelak. Bagi mereka yang menyedari menuntut ilmu ada kaitan dengan darjat dan keberkatan akan sentiasa berusaha menuntut ilmu dengan penuh hikmah (bijaksana) Bukan belajar hanya semata-mata untuk 'A'.
NAMUN hikmahnya ialah kita memperolehi PELUANG ke-2. Jika pada kali pertama kita ada beberapa kelemahan dan kekurangan. Maka inilah peluang untuk memperbaikainya. Ya kita lihat ianya sebagai satu PELUANG yang lebih bernilai dari emas. (Peluang keemasan). Peluang yang Allah beri kepada kita. Peluang mencipta kecemerlangan melalui peluang ke-dua. Jarang-jarang sekali seseorang itu mendapat peluang kedua. Ya inilah masanya.... tunaikan. 30.9.2014, Aku Tunggu Mu Datang.
Terima kasih Allah. Kerana telah memberikan kepada Aku pelung ke-2 ini.
No comments:
Post a Comment