Disusun oleh admin aspirasidiri.
إلَى حَضْرَةِ النَّبِيِّ الْمُصْطَفَى صَلَّى
اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَإِلى كَافَّةِ
الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ واَلْمُؤْمِنَاتِ الأَحْيَاءِ
مِنْهُمْ وَالأَمْوَاتِ شَيْءٌ لِلَّهِ لَهُمُ الْفَاتِحَةُ ...
الحمد لله الذي هدانا لهذا وماكنا
لنهتدي لولا أن هدانا الله ، والصلاة والسلام على سيد الأنام بلغ الرسالة ونصح
الأمة وكشف الغمة .
Ya Allah , Ya Karim Ya
Wadud ,
Kami merafakkan rasa
kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri …………………………………………………………………..
Ya Allah , Tuhan Yang
Berkuasa Melaksanakan apa yang dikehendakki ,
Kurniakanlah kami lisan
yang lembut basah ,mengingati dan menyebut nama-Mu , hati yang penuh segar
mensyukuri nikmat-Mu serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada
perintah-Mu.
Ya Munzilar Rahmat wa Ya
Fatihal Barakat ,
Ya Allah , Tuhan Yang
Maha Esa lagi Perkasa
Kami
memohon kehadrat-Mu semoga Engkau jadikan majlis ini sebagai salah satu wadah
untuk kami bersatu-padu , bekerjasama dan bantu-membantu di kalangan kami dan
juga demi membangunkan dan memartabatkan Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan
Kluang di persada arus perdana kecemerlangan pendidikan negara.
Satukanlah
hati-hati kami sebagai murrabi,
azatizah, pendakwah, pencetus trnformasi yang mampu menghadapi cabaran yang
semakin hebat. Amin Ya Rabbal’alamin
Sesungguhnya kami lemah
dalam sendirian , maka kuatkanlah kami dalam kerja berpasukan ;
Kurniakanlah kami kekuatan kesatuan hati umpama kesatuan hati
pemuda ashabul kahfi , sehingga kami
mampu mengharungi susah senang, suka duka, pahit manis bersama dalam
melaksanakan amanah dan tugas kami ,
Jadikanlah hati-hati kami mampu meleburkan segala kepentingan
peribadi demi mencapai semangat kekitaan yang tinggi demi merealisasikan
cita-cita yang murni.
Sesungguhnya kesabaran
kami punya batasnya , maka kurniakanlah kami nikmat kesabaran seumpama sabarnya
Nabi-nabi Ulul’azmi ;
Sesungguhnya kami amat
cenderung untuk mengutamakan diri kami , maka didiklah hati kami untuk
mengutamakan keperluan saudara-saudara seagama kami dan sahabat sejawatan kami sebagaimana
Kekasih-Mu mendidik para sahabat baginda berbuat demikian;
Sesungguhnya hati kami
juga sentiasa berbolak balik dan bercerai berai , maka satukanlah hati-hati
kami dan berikanlah kami ruang dan masa untuk bantu-membantu dalam menegakkan
amal makruf dan nahi mungkar .
Sesungguhnya kami amat menyedari dengan penuh keinsafan bahawa kami hamba-Mu tidak akan terlepas dari
sunnah alam kurniaan-Mu, kegelapan malam disulami siang yang terang benderang,
setiap pertemuan itu ada detik perpisahannya, justeru dengan kudrat dan iradah-Mu
serta kuasa ungkapan kun fayakun-Mu , maka jadikanlah pertemuan kami bersama
insan yang diraikan sebagai pertemuan yang dipenuhi dengan keberkatan dan kasih
sayang, jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang penuh
dengan kesejahteraan dan keamanan.
اللَّهُمَّ بَاِركْ صَاحِبَ هَذَا
الطَّعَامِ ، وَأَتْمِمْ نِيَّتَهُ وَتَقَبَّلْ ضِيَافَتَهُ ،
وَارْزُقْهُ مِنَ الْحَلاَلِ وَجَنِّبْهُ عَنِ
الْحَرَامِ .
اللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحُزْنَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا آتِنَا ِفي الدُّنْيَا
حَسَنَةً وَِفي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ وصلى الله على سيدنا
محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَـمِيْنَ
No comments:
Post a Comment