Menyampaikan motivasi melalui pendekatan hipnoterapi "hipno-motivasi" dirasakan meninggalkan kesan yang lebih mendalam.. Ini adalah kerana interaksi melalui gelombang alpha-tetha mampu menggerakkan perubahan yang diinginkan. 80% perlakuan kita adalah di bawah pengaruh fikiran di bawah sedar. Kebosanan semasa belajar adalah pengaruh fikiran sedar. Kerungsingan, kebimbingan menghadapi kegagalan adalah di bawah pengaruh rasional fikiran. Fikiran sedar selalunya menganalisa dengan mendalam factor-faktor kejayaan atau kegagalan. Sehinggakan keyakin diri dan semangat hilang tanpa disedari. Situasi ini boleh berubah dengan mudah apabila komunikasi berkesan "sugesti" mengarahkan fikiran di bawah sedar mengubah kepercayaan "belive" takut, di ubah kepada yakin dengan mengarahkan belive system takut gagal berubah kepada positif "yakin boleh berjaya". Ketika gelombang otak berada di level sangat tenang, sangat damai, sangat fokus, (gelombang alpha-theta) system kepercayaan yang negative boleh diubah kepada positif.
Contoh sugesti :
Ketika anda bernafas semasa anda sedang membaca, nafas anda akan membuatkan anda merasakan diri anda semakin tenang...
Apa yang sedang anda lakukan sekarang ini akan membuatkan anda semakin yakin.Tanpa anda sedari, ianya membuatkan anda yakin boleh menghadapi peperiksaan dengan baik dan berkesan....
Sekarang anda sangat yakin. Anda semakin fokus. Anda semakin tenang... semakin anda fokus..... anda dapat merasakan anda semakin tenang.
Hipnoterapi mampu berkomunikasi terus dengan fikiran di bawah sedar. Fikiran di bawah sedar menggerakkan perubahan tingkah laku secara semula jadi berdasarkan system kepercayaan yang telah positif... tidak percaya akan gagal... lebih yakin akan kejayaan.... dengan izin Allah.
Inilah kelainan pendekatan hipnoterapi di dalam menyampaikan motivasi kerana motivasi itu sendiri letaknya di dalam fikiran bawah sedar. Sebab itu motivasi difahami sebagai gerakkan perubahan "di dalam diri". Melalui pendekatan hipnoterapi, sugesti yang diberikan ketika fikiran di bawah sedar level trans, mampu menggerakan motivasi yang duduknya "di dalam diri".
BERMINAT DENGAN HIPNOTERAPI DALAM PROGRAM ?
HUBUNGI SAYA, SEKITAR NEGERI JOHOR 0197764178
No comments:
Post a Comment