disusun dan dibacakan oleh Admin
Juga sebagai Timbalan YDP MGKK Kluang
َالْحَمْدُ
ِللهِ رَبِ الْعَالَمِيْنَ حَمْدًا يُوَافِى نِعَمَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَهُ يَارَبَّنَا
لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِيْ لِجَلاَلِ وَجْهِكَ وَعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ اَللَّهُمَّ
صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُنْجِيْنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ
اْلأَهْوَالِ وَاْلآفَاتِ وَتَقْضِيْ لَنَا بِهَا جَمِيْعَ الْحَاجَاتِ وَتُطَهِّرُنَا
بِهَا مِنْ جَمِيْعِ السَّيِّئَاتِ وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ أَعْلَى الدَّرَجَاتِ
وَتُبَلِّغُنَا بِهَا أَقْصَى اْلغَايَاتِ مِنْ جَمِيْعِ الْخَيْرَاتِ فِى الْحَيَاةِ وَبَعْدَ الْمَمَاتِ.
اَللَّهُمَّ
يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ
Sesungguhnya pada
hari ini / kami berhimpun kerana-Mu Ya Allah / Kami berkumpul
untuk memohon hidayah dan
mencari keredhaan-Mu dalam segala urusan hidup kami / Kami berhimpun
untuk menggali ilmu-Mu yang maha luas, bertukar-tukar pendapat dan
menyumbangkan buah fikiran, di dalam majlis ilmu ini….
Seminar Amalan Terbaik Program Perkhidmatan Pengurusan
Kaunseling Dan Disiplin di Sekolah Peringkat Daerah Kluang 2016
اَللَّهُمَّ
يَا مُجِيْبَ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الْحَاجَاتِ
Ya Allah, berkatilah perhimpunan kami, terangkanlah
hati-hati kami, mudah-mudahan kami, sentiasa gigih berusaha / disegani dan
dihormati, di dalam menggalas tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada
kami semata-mata kerana-Mu, ya Allah.
اَللَّهُمَّ
يَا قَوِيُّ يَا عَزِيْزُ يَا فَعَّالٌ لِّمَا يُرِيْدُ
Ya Allah, perbaikilah
segala kekurangan diri kami , jernihkanlah mata hati dan nurani kami,
lembutkanlah hati-hati kami dan tunjukkanlah kami jalan yang membawa kepada
keselamatan, penyelesaian dan keharmonian dalam menjalankan tugas serta
tanggungjawab yang diamanahkan kepada kami dengan iltizam yang tinggi serta
sentiasa istiqomah. Ya Allah, kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu
pengetahuan / dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan
indahkanlah diri kami dengan akhlak yang terpuji.
اللَّهُمَّ
اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ
أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا
الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ
ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا
جَمْعًا مَرْحُوْمًا وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقًا مَعْصُوْمًا وَلاَ تَجْعَلْ
فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا.
Ya Allah, jadikanlah Seminar Amalan Terbaik Program
Perkhidmatan Pengurusan Kaunseling Dan Disiplin di Sekolah Peringkat Daerah
Kluang 2016 yang kami hadiri pada hari ini, sebagai satu perhimpunan yang
dirahmati dan perpisahan kami pula selepas ini sebagai satu perpisahan yang
diberkati dan dilindungi. Dan janganlah Engkau jadikan pada diri kami ini, dan
mereka yang bersama kami, kebinasaan, dan menyingkirkan kami dari memperolehi
rahmat dan petunjuk-Mu.
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة
ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ
وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
No comments:
Post a Comment