Di saat akhir masa menjawab, ketika anda menyemak jawapan anda, anda menyedari anda telah tersalah mengemukakan jawapan. Jawapan anda tidak mengikut kehendak soalan. Sedangkan masa yang ada tinggal 15 minit @ 10 minit ?
Contoh : BM
Soalan meminta anda menuliskan FAEDAH menabung. Jawapan yang telah anda berikan adalah CARA-CARA menabung.
Persoalannya, APA YANG PATUT ANDA LAKUKAN ?
Tentunya pada ketika itu anda akan rasa panik dan sangat cemas.
Adakah anda patut menangis, kelam kabut, abaikan sahaja, biarkan ia berlalu begitu sahaja.
Sekiranya ini berlaku saya menyarankan agar anda tenangkan diri anda. Dengan masa yang masih ada USAHAKAN agar anda menulis jawapan yang sepatutnya. Jangan cemas teruskan menulis sehingga masa tamat. Usahakan dan tuliskan jawapan semampu, secepat dan sebanyak mungkin mengikut masa yang ada.
Berkaitan situasi anda pada ketika itu, teruskan berusaha habis-habisan sehingga pengawas peperiksaan meminta anda berhenti menulis. Selagimana pengawas peperiksaan tidak meminta anda berhenti menulis jawapan, anggaplah masa menjawab dan peluang anda menjawab masih ada.
Anda tidak perlu berasa bimbang kerana pengawas peperiksaan adalah guru guru yang berpengalaman dan bijaksana. Namun begitu, berhentilah menulis jawapan dengan tenang dan ikutlah arahan apabila pengawas peperiksaan menghampiri anda dan meminta anda memberikan kertas jawapan anda kepada mereka.
Ucapkan syukur dan redha kepada diri anda. Sekurang-kurangnya anda telah berusaha dengan sedaya upaya untuk memperbaiki kesilapan yang anda sedari itu. Cuba anda bayang dan rasakan yang anda tidak menyedari jawapan yang anda tulis itu tidak mengikut kehendak soalan. Anda hanya menyedarinya apabila anda telah keluar dari dewan peperiksaan. Apa yang boleh anda buat ketika itu. Inilah yang disebuat sebagai "peluang hanya sekali".
Mengikut pengalaman saya keadaan ini pernah dan lazimnya selalu terjadi. Prinsipnya sekali ada masa dan peluang, gunakan baki masa yang ada sehabis baik.
Yang penting, jangan sampai mati akal, terdiam, tergamam. menangis, sehinggakan ianya mempengaruhi emosi anda. Dan menjejaskan persiapan mata pelajaran seterusnya.
Lupakan buat sementara kesilapan yang telah anda lakukan itu. Tumpukan dan buat persiapan untuk mata pelajaran yang seterusnya.
No comments:
Post a Comment