KUALA LUMPUR: Penyerang sensasi Pulau Pinang, Mohd Faiz
Subri melakar sejarah bola sepak negara dan Asia selepas dinobatkan selaku
pemenang Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016,
sebentar tadi. Jaringan ajaib berpunca daripada sepakan percuma yang melencong
seperti 'banana kick' disifatkan 'melanggar hukum fizik' itu membolehkan
penyerang berusia 30 tahun itu meraih anugerah jaringan terbaik itu pada Malam
Anugerah FIFA di Zurich, Switzerland. Anugerah terbabit disampaikan legenda bola
sepak Brazil, Ronaldo sekali gus menyaksikan kemenangan ini meletakkan Mohd
Faiz sebaris dengan pemain ternama yang pernah merangkul anugerah terbabit
seperti Cristiano Ronaldo, Zlatan Ibrahimovic, Neymar dan James Rodriguez.
Kemenangan ini juga menyaksikan bapa kepada dua cahaya mata itu mengecewakan
hasrat bumi Amerika Selatan apabila mengetepikan dua pencabarnya, Marlone dari
Brazil dan pemain wanita Venezuela, Daniuska Rodriguez. Keputusan itu
sememangnya sudah dijangka terutama selepas melihat sokongan padu daripada
penyokong bola sepak dunia yang terbukti selepas video jaringannya di laman
Youtube FIFA kekal mendahului saingan sehingga hari terakhir pengundian.
Jaringannya itu juga dianggap terlalu istimewa dan ajaib apabila sukar untuk
dihasilkan semula berbanding dua jaringan pencabarnya yang dilihat kerap kali
dilakukan oleh pemain bola sepak profesional sebelum ini. Anak kelahiran Air
Hitam, Kedah itu melakukan jaringan yang menggegar dunia bola sepak
antarabangsa itu ketika aksi Liga Super bertemu Pahang di Stadium Bandaraya,
Februari tahun lalu. Selain muncul selaku pemain Asia pertama yang mara ke
peringkat itu, Mohd Faiz turut mencipta kejutan apabila menewaskan jaringan
yang dilakukan beberapa bintang ternama termasuk duo penggempur Barcelona,
Lionel Messi serta Neymar. Senarai pemenang Anugerah Puskas FIFA 2009:
Cristiano Ronaldo 2010: Hamit Altintop 2011: Neymar 2012: Miroslav Stoch 2013:
Zlatan Ibrahimovic 2014: James Rodriguez 2015: Wendell Lira
KUALA
LUMPUR: Mohd Faiz Subri yang mula bermain bola sepak di kawasan sawah padi di
kampungnya di Ayer Hitam, Jerlun, Kedah, sudah pasti mengasah bakatnya sehingga
membawa beliau ke bandaraya Zurich untuk menerima Anugerah Puskas Persekutuan
Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016. Jaringan tercantik oleh penyerang Pulau
Pinang itu membolehkan beliau berada di bandar raya glamor itu bersama-sama
penerima anugerah pada majlis berkenaan pada Isnin (awal pagi Selasa di
Malaysia) seperti bekas pemenang gol tercantik dunia, Cristiano Ronaldo (2009)
dan Neymar pada 2012. Biarpun masih belum menyarung jersi kebangsaan namun
pencapaian pemain berusia 29 tahun itu lebih bermakna apabila muncul sebagai
pemain pertama dari Asia menerima anugerah berkenaan. Mohd Faiz melakukan
jaringannya yang disifatkan 'melanggar hukum fizik' ketika membantu Pulau
Pinang menewaskan Pahang 4-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Bandaraya,
Pulau Pinang, pada 16 Februari tahun lepas.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/232469
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/232469
JERLUN:
Rakan-rakan sekampung Mohd Faiz Subri di Kampung Pida 6, Tok Kepak di sini
berasa bangga dengan kejayaan Mohd Faiz yang merangkul Anugerah Puskas
Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016. Helmi Baharom, 25, berkata,
kejayaan yang dikecapi Mohd Faiz juga kejayaan buat rakan-rakan sepermainan
yang pernah bermain bola sepak suatu masa dahulu. "Kami main bola masa
kecil-kecil dulu dan dia seorang yang bersungguh-sungguh jika bermain bola
dibandingkan dengan kami, kejayaanya ini adalah hasil usaha beliau sendiri,"
katanya di rumah keluarga Mohd Faiz selepas pengumuman kemenangan itu di
Zurich, Switzerland, awal hari ini. Beliau berkata selain itu, Mohd Faiz
disifatkan sebagai seorang yang sangat menghormati rakan-rakannya walaupun dia
sebenarnya seorang pemalu. Bagi Mohd Adha Salleh, 35, beliau percaya Mohd Faiz
akan mengulangi kejayaan ini pada masa hadapan bagi anugerah yang lain di
peringkat antarabangsa. "Saya cukup bangga menjadi kawan kepada Mohd Faiz
dan akan pergi menjemput beliau di Lapangan Terbang Bayan Lepas, Pulau Pinang
lepas ini untuk peluk dia sepuasnya," katanya. Mohd Faiz adalah finalis
dalam kategori gol tercantik bersama-sama dua pemain lain iaitu Jonath Marlone
Azevedo da Silva dari Brazil dan pemain bola sepak wanita, Danisuka Rodriguez dari
Venezuela. Teknik 'knuckleball' yang dicalonkan pada anugerah tersebut
dilakukan Mohd Faiz ketika menjaringkan gol melalui sepakan percuma ketika
perlawanan Pulau Pinang menentang Pahang pada saingan Liga Super, 16 Februari
tahun lepas. Sejak diperkenalkan pada 2009, anugerah yang bertujuan mengiktiraf
gol tercantik di dunia sepanjang sesuatu tahun itu pernah dimenangi bintang
bola sepak terkenal dunia antaranya Cristiano Ronaldo, Zlatan Ibrahimovic,
Neymar dan James Rodriguez. - BERNAMA
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/232466
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/232466
KUALA LUMPUR: Mohd Faiz Subri yang mula bermain bola sepak di kawasan
sawah padi di kampungnya di Ayer Hitam, Jerlun, Kedah, sudah pasti
mengasah bakatnya sehingga membawa beliau ke bandaraya Zurich untuk
menerima Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA)
2016.
Jaringan tercantik oleh penyerang Pulau Pinang itu membolehkan beliau
berada di bandar raya glamor itu bersama-sama penerima anugerah pada
majlis berkenaan pada Isnin (awal pagi Selasa di Malaysia) seperti bekas
pemenang gol tercantik dunia, Cristiano Ronaldo (2009) dan Neymar pada
2012.
Biarpun masih belum menyarung jersi kebangsaan namun pencapaian pemain
berusia 29 tahun itu lebih bermakna apabila muncul sebagai pemain
pertama dari Asia menerima anugerah berkenaan.
Mohd Faiz melakukan jaringannya yang disifatkan 'melanggar hukum fizik'
ketika membantu Pulau Pinang menewaskan Pahang 4-1 dalam saingan Liga
Super di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, pada 16 Februari tahun lepas.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/232469
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/232469
KUALA LUMPUR: Penyerang
sensasi Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri melakar sejarah bola sepak negara
dan Asia selepas dinobatkan selaku pemenang Anugerah Puskas Persekutuan
Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016, sebentar tadi.
Jaringan ajaib berpunca daripada sepakan percuma yang melencong seperti
'banana kick' disifatkan 'melanggar hukum fizik' itu membolehkan
penyerang berusia 30 tahun itu meraih anugerah jaringan terbaik itu pada
Malam Anugerah FIFA di Zurich, Switzerland.
Anugerah terbabit disampaikan legenda bola sepak Brazil, Ronaldo sekali
gus menyaksikan kemenangan ini meletakkan Mohd Faiz sebaris dengan
pemain ternama yang pernah merangkul anugerah terbabit seperti Cristiano
Ronaldo, Zlatan Ibrahimovic, Neymar dan James Rodriguez.
Kemenangan ini juga menyaksikan bapa kepada dua cahaya mata itu
mengecewakan hasrat bumi Amerika Selatan apabila mengetepikan dua
pencabarnya, Marlone dari Brazil dan pemain wanita Venezuela, Daniuska
Rodriguez.
Keputusan itu sememangnya sudah dijangka terutama selepas melihat
sokongan padu daripada penyokong bola sepak dunia yang terbukti selepas
video jaringannya di laman Youtube FIFA kekal mendahului saingan
sehingga hari terakhir pengundian.
Jaringannya itu juga dianggap terlalu istimewa dan ajaib apabila sukar
untuk dihasilkan semula berbanding dua jaringan pencabarnya yang dilihat
kerap kali dilakukan oleh pemain bola sepak profesional sebelum ini.
Anak kelahiran Air Hitam, Kedah itu melakukan jaringan yang menggegar
dunia bola sepak antarabangsa itu ketika aksi Liga Super bertemu Pahang
di Stadium Bandaraya, Februari tahun lalu.
Selain muncul selaku pemain Asia pertama yang mara ke peringkat itu,
Mohd Faiz turut mencipta kejutan apabila menewaskan jaringan yang
dilakukan beberapa bintang ternama termasuk duo penggempur Barcelona,
Lionel Messi serta Neymar.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/232452
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/232452
UALA LUMPUR: Mohd Faiz
Subri yang mula bermain bola sepak di kawasan sawah padi di kampungnya
di Ayer Hitam, Jerlun, Kedah, sudah pasti mengasah bakatnya sehingga
membawa beliau ke bandaraya Zurich untuk menerima Anugerah Puskas
Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016.
Jaringan tercantik oleh penyerang Pulau Pinang itu membolehkan beliau
berada di bandar raya glamor itu bersama-sama penerima anugerah pada
majlis berkenaan pada Isnin (awal pagi Selasa di Malaysia) seperti bekas
pemenang gol tercantik dunia, Cristiano Ronaldo (2009) dan Neymar pada
2012.
Biarpun masih belum menyarung jersi kebangsaan namun pencapaian pemain
berusia 29 tahun itu lebih bermakna apabila muncul sebagai pemain
pertama dari Asia menerima anugerah berkenaan.
Mohd Faiz melakukan jaringannya yang disifatkan 'melanggar hukum fizik'
ketika membantu Pulau Pinang menewaskan Pahang 4-1 dalam saingan Liga
Super di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, pada 16 Februari tahun lepas.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/232469
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/232469
UALA LUMPUR: Mohd Faiz
Subri yang mula bermain bola sepak di kawasan sawah padi di kampungnya
di Ayer Hitam, Jerlun, Kedah, sudah pasti mengasah bakatnya sehingga
membawa beliau ke bandaraya Zurich untuk menerima Anugerah Puskas
Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016.
Jaringan tercantik oleh penyerang Pulau Pinang itu membolehkan beliau
berada di bandar raya glamor itu bersama-sama penerima anugerah pada
majlis berkenaan pada Isnin (awal pagi Selasa di Malaysia) seperti bekas
pemenang gol tercantik dunia, Cristiano Ronaldo (2009) dan Neymar pada
2012.
Biarpun masih belum menyarung jersi kebangsaan namun pencapaian pemain
berusia 29 tahun itu lebih bermakna apabila muncul sebagai pemain
pertama dari Asia menerima anugerah berkenaan.
Mohd Faiz melakukan jaringannya yang disifatkan 'melanggar hukum fizik'
ketika membantu Pulau Pinang menewaskan Pahang 4-1 dalam saingan Liga
Super di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, pada 16 Februari tahun lepas.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/232469
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/232469
No comments:
Post a Comment